Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

LAPORAN PROJEK MELUKIS MURAL

SEMASA PELAKSANAAN PRAKTIKUM FASA 1

1.0 Ringkasan Program


Nama sekolah : SJK(C) Putra Nilai
Nama peserta program : Chan Mun Syuen
Foong Zhi Lin
Joeann Ong Kher Thien
Leong Lai Yee
Ng Qian Huei
Tarikh pelaksanaan program : 22 Mac 2021 - 30 April 2021

Target Lokasi : Dinding Pintu Utama, Sekolah Jenis


Kebangsaan Cina Putra Nilai

Objektif : 1. Mewujudkan persekitaran sekolah yang


ceria dan menarik serta dijadikan sumber
perhatian terutamanya murid dan juga para
tetamu yang mengunjungi ke sekolah ini.
2. Hasil kerja guru pelatih praktikum dapat
dijadikan sebagai salah satu sumbangan
kepada pihak sekolah serta sebagai tanda
kenangan apabila meninggalkan sekolah.
3. Memotivasikan murid supaya sentiasa
seronok ke sekolah dan meningkatkan rasa
ingin belajar.
4. Membantu pihak pengurusan sekolah dalam
menceriakan kawasan sekolah dan
menyediakan persekitaran sekolah yang
kondusif.
2.0 Pelaksanaan

B TARIKH AKTIVI TINDAKAN


IL TI
● Perbincangan mengenai projek.
22 Mac 2021 - Guru Besar
1 ● Perancangan Kertas Kerja
-
- Guru Pelatih
24 Mac 2021
- Guru Besar
● Mula melakar sampel mural
25 Mac 2021 - Penolong Kanan
2 ● Perancangan bahan
- Guru Besar
● Merujuk sampel mural kepada mentor
26 Mac 2021 - Mentor
● Mula melukis dan mewarnakan mural
- Guru Pelatih

1 April 2021 - - Guru Besar


3 ● Menyiapkan mural
30 April 2021
- Penolong Kanan
Guru Besar

- Guru Pelatih
- Mentor

1 Mei 2021 - ● Post - Mortem - Pihak


4 19 Mei 2021 ● Penilaian Pengurusan
- Guru Pelatih

3.0 Kelebihan
Antara kelebihan yang telah dikenal pasti ialah kami telah dapat memupuk semangat
bekerjasama semasa kami sedang menjalankan projek mural ini. Kami telah dapat
mengagihkan tugasan secara sistematik, seperti mengangkat barangan daripada
bilik stor, mengisikan air, melakarkan mural pada dinding, dan sebagainya.
Sehubungan itu, kami juga telah dapat mengeratkan hubungan silaturahim
antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, sikap keterbukaan juga merupakan elemen
yang signifikan yang telah kami amalkan sepanjang projek mural dilaksanakan. Kami
sering kali mengadakan perbincangan antara satu sama lain dengan hati yang
terbuka, menghormati dan menerima pendapat setiap orang untuk menghasilkan
projek mural yang sempurna.

4.0 Kelemahan
Projek melukis mural yang telah dijalankan turut mempunyai kelemahan yang
berlaku sepanjang tempoh menjalankan pelbagai aktiviti yang telah dirancang.
Antara perkara yang dapat dikenal pasti adalah masa yang agak terhad. Kami sibuk
dengan persediaan rancangan pengajaran dan hanya mempunyai masa lapang pada
hujung minggu untuk melukis mural. Hal ini menyebabkan guru pelatih kurang
memberikan fokus terhadap sesuatu pekerjaan. Akan tetapi semua ini dapat diatasi
dengan baik dan berjaya disiapkan walaupun menghadapi beberapa cabaran yang
tidak dapat dielakkan.
Seterusnya, kelemahan yang berlaku ialah kurangnya pengetahuan dan
kemahiran yang diperlukan dalam melakukan projek melukis mural. Kami
kekurangan kemahiran melukis pada dinding, mewarna dengan menggunakan cat
dan mencampur warna cat. Selain itu, kami juga menghadapi masalah dalam
mencari idea mengguna semula botol plastik untuk menjadi pasu bunga,
menggantung pasu pada dinding dan seumpamanya.

5.0 Cadangan Penambahbaikan


Untuk mengatasi isu yang dikendalikan di atas, kami seharusnya bijak dalam
pengurusan masa. Misalnya, kami boleh menggunakan masa sehari pada hujung
minggu untuk mejalankan projek mural dari pagi hingga petang. Hal ini telah
membantu kami menjimatkan masa dalam penyediaan bahan mural dari bilik stor
dan kerja pembersihan selepas setiap kali melakukan projek mural.
Bukan itu sahaja, bagi masalah kekurangan pengetahuan, kami telah
memanfaatkan teknologi kini seperti Youtube, serta informasi dalam laman
sesawang untuk menimba ilmu pengetahuan dalam menjalankan mural ini.
Contohnya, teknik melakarkan gambar mural, teknik mencampurkan warna cat, dan
sebagainya.

6.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, projek lukisan mural di dinding pintu utama, Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina Putra Nilai adalah dikatakan amat berjaya kerana dapat
menyempurnakan projek ini pada tempoh masa yang ditetapkan. Walaupun pelbagai
dugaan dihadapi sepanjang tempoh pelaksanaan projek, namun secara
keseluruhannya hasil projek mural ini adalah sangat memuaskan. Secara
ringkasnya, projek lukisan mural program ini telah mencapai objektif yang ditetapkan.

Disediakan oleh,
___________________
(FOONG ZHI LIN)
Guru Praktikum Fasa 1,
Ambilan Jun 2018,
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik.
LAMPIRAN

You might also like