Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

PERATURAN PERTANDINGAN

KEJOHANAN RAGBI 10’S MSSD PASIR GUDANG L15

2022

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Undang-undang Permainan Ragbi Antarabangsa (bawah 19 tahun) akan digunakan sepanjang kejohanan ini.

2. KELAYAKAN PEMAIN (HAD UMUR)


2.1 Para pemain mestilah berumur bawah 15 tahun pada 1 Januari 2022, lahir pada atau selepas 1
Januari 2007.
2.2 Semua pemain mestilah pelajar-pelajar 'bona fide' iaitu pelajar-pelajar yang didaftarkan dalam
Jadual Kedatangan Sekolah yang sama pada masa kejohanan berlangsung.
2.3 Kad Pengenalan asal akan diterima pakai sebagai bukti umur. Seseorang peserta yang
hilang Kad Pengenalan mestilah mempunyai surat pengesahan dari Pejabat Pendaftaran Negara
(Borang JPN 1/11). Pemain yang tidak mematuhi perkara 2.3 tidak dibenarkan bertanding dalam
kejohanan ini.
2.4 Pemain-pemain boleh dipanggil selepas satu-satu perlawanan untuk mengesahkan kelayakan mereka.
Pasukan yang tidak mematuhi perkara 2.1, 2.2 dan 2.3 akan disingkirkan daripada kejohanan.
2.5 Hanya pasukan yang layak ke Kejohanan Ragbi 10 sebelah peringkat MSS Malaysia sahaja dimestikan
menyediakan borang M01 dan M02 bertandatangan Ketua Unit Sukan JPNJ.

3. BILANGAN PEMAIN
Setiap Pasukan boleh mendaftar tidak melebihi 15 orang pemain dan 3 orang pegawai.

4. PENDAFTARAN PEMAIN
Pengurus Pasukan hendaklah membuat pendaftaran pemain bersama dengan Kad Pengenalan asal mereka
dan sesalinan kad pengenalan yang disahkan oleh pihak sekolah di meja urusetia sebelum perlawanan
pertama pasukan masing-masing. Sebarang pertukaran atau tambahan tidak diterima selepas itu. Pengurus
pasukan diingatkan supaya bersedia dengan kad pengenalan pemain jika diminta oleh pihak urusetia.

5. SISTEM PERTANDINGAN
5.1 Pusingan Pertama
5.1.1 Semua pasukan yang mengambil bahagian dibahagikan kepada 2 Kumpulan iaitu A dan B.
Pertandingan dijalankan secara liga satu pusingan.

5.1.2 Pasukan-pasukan bertanding ditempatkan dalam setiap kumpulan dengan Cabutan Undi.
Undian akan dibuat semasa mesyuarat pengurus pasukan/pengerusi teknik.

5.2 Pusingan Kedua


5.2.1 Pasukan yang akan bermain di kategori Cup/Plate adalah pasukan yang menduduki
kedudukan 1 hingga 2 selepas pusingan liga. Perlawanan pusingan ini adalah kalah mati.

5.2.2 Pasukan yang bermain di kategori Bowl/Shield adalah pasukan yang menduduki kedudkan
5 hingga 8 selepas pusingan liga. Perlawanan pusingan ini adalah kalah mati.

5.2.3 Carta pusingan kedua yang dilampirkan diharap dapat menerangkan kedudukan pasukan-
pasukan bertanding.

5.3 Lima orang scrum adalah dikuatkuasakan.

5.4 Medal akan disediakan untuk Johan Cup, Naib Johan Cup, Ketiga Cup, Keempat Cup, Johan Plate, Naib
Johan Plate, Johan Bowl, Naib Johan Bowl, Johan Shield dan Naib Johan Shield. Piala Pusingan
Kejohanan adalah Hak Milik PPD Pasir Gudang dan pasukan yang memenangi boleh menyimpannya
sehingga kejohanan berikutnya (jika ada).
6. KEDUDUKAN DALAM KUMPULAN
6.1 Mata berikut akan diberi;
Menang : 3 mata
Seri : 1 mata
Kalah : 0 mata

6.2 Jika 2 (dua) atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang kumpulan akan
ditentukan mengikut sistem berikut:

a) Pasukan yang memperolehi jumlah try yang terbanyak.


b) Pasukan yang mendapat lebih perbezaan skor dikira menang.
c) Jika masih seri, pasukan yang mendapat jumlah skor yang terbanyak dikira menang.
d) Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.
e) Jika masih seri, maka pasukan yang mendapat pungutan (I) Gol Penalti, (II) Drop Goal dan (III)
Conversion akan diambil kira.
f) Jika masih seri, pasukan yang mendapat kurang purata mata (points average) dikira menang.
g) Jika masih seri, lambungan syiling ”best of three” akan dilakukan.

6.3 Dalam pusingan kedua, pertandingan mengikut sistem kalah mati. Jika berlakunya kedudukan seri selepas
masa penuh, langkah-langkah berikut akan digunakan untuk menentukan pemenang.

a) Masa tambahan 5 minit diberikan dan perlawanan dijalankan mengikut sistem “sudden death”.
b) Jika masih seri, sepakan penalti “best of three” secara ‘sudden death’ diadakan.
c) Jika masih seri, lambungan syiling ”best of three” akan dilakukan.

6.4 Cara mengambil sepakan penalti.


a) Pasukan-pasukan akan mengambil sepakan penalti (drop kick) mengikut giliran selang-seli di
sepanjang garisan 22 meter.
b) Hanya pemain-pemain yang bermain dan berada dalam padang semasa masa tambahan, dibenarkan
mengambil sepakan penalti.

7. MASA BERMAIN
7.1 Masa perlawanan adalah 7 minit – 1 minit – 7 minit
7.2 Hanya perlawanan akhir CUP sahaja akan dimainkan 10 minit – 2 minit – 10 minit.
Walaubagaimanapun, jika kesuntukkan masa, perlawanan akhir CUP akan dimainkan 7 minit
- 1 minit – 7 minit.

9. PERTUKARAN PEMAIN
‘Rolling sub’ akan diaplikasi.

10. MASA MELAPOR


10.1 Semua pasukan mesti bersedia 5 minit sebelum masa perlawanan.
10.2 Kapten pasukan hendaklah hadir ke meja teknikal dan menanda √ semua pemain yang akan
memulakan sesuatu perlawanan pasukannya.
10.3 Setiap pasukan mesti mengandungi sekurang-kurangnya 8 orang pemain untuk memulakan
perlawanan. Jika tidak, kemenangan percuma akan diberikan kepada pihak lawannya dengan skor 21 –
0.
10.4 Jika kedua-dua pasukan tidak melaporkan diri kepada pengadil 5 minit selepas masa yang ditentukan,
perlawanan tersebut akan dibatalkan.
10.5 Jika perlawanan tidak dapat diteruskan oleh sebab yang tidak dapat dielakkan (petir/hujan lebat),
keputusan perlawanan akan diambilkira jika telah berlangsung 10 minit dan lebih. JIka perlawanan
berlangsung kurang dari 10 minit, 3 kali sepakan penalti akan diberikan untuk menentukan pemenang.

11. KAD KUNING DAN KAD MERAH SERTA ‘BLOOD BIN’


11.1 Pemain yang dikenakan kad kuning (sin bin) dalam satu perlawanan akan digantung daripada bermain
selama 2 minit (permainan 7-1-7) dan 3 minit (permainan 10-2-10).

11.2 Pemain yang dikenakan kad merah dalam satu-satu perlawanan akan digantung secara automatik
satu perlawanan berikutnya dan jawatankuasa rayuan dan disiplin akan bermesyuarat bagi
menentukan bentuk hukuman yang sewajarnya.
12. BANTAHAN
11.1 Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan dihantar kepada Pengelola Pertandingan dalam masa
20 minit selepas tamatnya perlawanan yang berkenaan.

11.2 Bermain dibawah bantahan adalah dibenarkan. Jika bantahan itu berjaya keputusan kemenangan ialah
21 – 0 diberikan kepada pihak yang membuat bantahan.

11.3 Setiap bantahan (11.1 dan 11.2) mestilah disertakan dengan wang tunai sebanyak RM 200.00 (Ringgit
Malaysia Dua Ratus saja) dan wang ini akan dikembalikan jika bantahan didapati berasas.

13. LEMBAGA RAYUAN


Semua bantahan/rayuan akan diputuskan oleh Lembaga Jawatankuasa Rayuan dan Disiplin yang terdiri daripada
Pengerusi Pengelola atau wakilnya sebagai Pengerusi, Setiausaha Pengelola atau wakilnya sebagai Setiausaha,
Pengerusi Teknik Ragbi MSSD atau wakilnya.

14. PENALTI
Jawatankuasa Pengelola berhak mengenakan penalti kepada pasukan-pasukan yang melanggar peraturan-
peraturan 2, 3, 9 dan 10.

15. PENTAFSIRAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN


Jawatankuasa Pengelola mempunyai hak mentafsirkan segala perkara yang tidak disiarkan atau termaktup di
dalam Peraturan-Peraturan Pertandingan ini dan keputusannya adalah muktamad.

You might also like