Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

Nama: ………………………………………. Kelas: ……..…………................

SULIT PTE SMK MEROTAI BESAR


900/2 P/S 272, 91007 TAWAU, SABAH
PENGAJIAN
AM
UJIAN PECUTAN AKHIR
Kertas 2
ULANGAN SEMESTER 2 SESI 2022
Julai
1 JAM 30 MINIT

SKEMA JAWAPAN

PENGAJIAN AM
KERTAS 900/2
( 1 jam 30 minit )

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.

Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Tulis jawapan dalam ruang yang Untuk kegunaan
disediakan.
pemeriksa
Bahagian A
Jawab satu soalan sahaja dalam Bahagian B. Anda boleh menjawab semua 1
soalan tetapi hanya jawapan pertama yang akan diperiksa. 2
3
Jawab satu soalan sahaja dalam Bahagian C. Anda boleh menjawab semua 4
soalan tetapi hanya jawapan pertama yang akan diperiksa. Bahagian B
Mulakan setiap jawapan pada helaian baharu jawapan.
Bahagian C
Susun jawapan mengikut tertib keutamaan dan ikat helaian jawapan anda.
Jumlah

Kertas soalan ini mengandungi 5 halaman bercetak termasuk muka depan.


© PTE SMK MEROTAI BESAR

1
Bahagian A [15 markah]
Jawab semua soalan.
1. Huraikan dua faedah yang didapati apabila negara mencapai status negara maju. [4]

i. Kadar kemiskinan rendah. Variasi pekerjaan di pelbagai sektor membolehkan


rakyat memperoleh pekerjaan atau pendapatan.

ii. Tahap perkhidmatan kesihatan yang lebih berkualiti. Rakyat mendapat


perkhidmatan kesihatan yang baik, cekap dan pantas. Jangka hayat rakyat panjang.

iii. Sistem pendidikan yang diiktidaf oleh dunia. Kualiti pendidikan bertambah baik.
Peluang pendidikan bertambah kepada semua rakyat. Pendidikan terbuka kepada
rakyat asing untuk melanjutkan pelajaran.

iv. Terbentuknya modal insan kelas pertama. Rakyat berfikiran terbuka dan dapat
menerima perubahan. Rakyat berilmu pengetahuan tinggi dan berkemahiran.

v. Keadilan ekonomi dalam masyarakat. Pengagihan kekayaan negara secara adil dan
saksama. Rakyat yang lemah diberi bantuan.

vi. Pendapatan perkapita yang tinggi. Pendapatan yang tinggi memberi kualiti hidup
rakyat yang tinggi.

vii. Kepelbagaian peluang ekonomi atau pekerjaan. Peluang pekerjaan yang banyak
dalam ekonomi dan dapat dinikmati oleh semua rakyat.

viii. Ekonomi yang berdaya saing. Ekonomi yang meningkat dan pelbagai.

2. Salah satu daripada pendekatan kerajaan untuk mencapai Wawasan 2020 ialah melahirkan
modal insan kelas pertama. Nyatakan tiga pendekatan kerajaan untuk mencapai Wawasan
2020 . [3]

i. Menjadikan Malaysia destinasi pelaburan antarabangsa

ii. Memperkasa sistem pengangkutan awam dan perhubungan domestik dan


antarabangsa

iii. Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi

iv. Membentuk negara perindustrian

v. Membentuk sebuah negara bangsa

vi. Keadilan ekonomi dan sosial


2
3. Bagaimana Rukun Negara boleh menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.
[4]
i. Mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati
bersama-sama secara adil dan saksama. Supaya kemakmuran negara dapat dinikmati
bersama-sama.
ii. Mewujudkan masyarakat yang memelihara cara hidup demokratik. Perlembagaan
negara menjamin kebebasan hak asasi. Kepentingan negara hendaklah diutamakan lebih
daripada kepentingan peribadi.
iii. Melahirkan masyarakat yang mencipta perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakat. Mendukung untuk membentuk satu bangsa dan negara.
Menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan
kepercayaan masing-masing.
iv. Membentuk masyarakat yang bersifat liberal terhadap tradisi kebudayaan yang
kaya dan berbagai-bagai corak. Liberal terhadap tradisi kebudayaan kaum lain.
Masyarakat bebas mengamalkan agama, adat resam dan kebudayaan masing-masing.
v. Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi
moden. Satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan
teknologi moden yang akhirnya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.

4. Huraikan dua kepentingan keharmonian agama kepada negara Malaysia. [4]


i. Memainkan fungsi kawalan sosial. Kebanyakan agama di dunia menyarankan kepada
kebaikan. Mendidik manusia supaya memelihara keharmonian dan kesejahteraan hidup.
ii. Garis panduan dan cara hidup. Menjadi garis panduan dan cara hidup dalam
kehidupan manusia.
iii. Melahirkan pemimpin yang mengamalkan nilai-nilai murni. Dapat melahirkan
pemimpin yang mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.
iv. Melahirkan ahli akademik, ahli cendekiawan dan orang yang bijaksana. Nilai-nilai
murni yang diamalkan dapat melahirkan ahli akademik, ahli cendekiawan dan orang
yang bijaksana.
v. Satu bangsa dan negara yang berdaulat. Menjadikan negara ini sebagai satu bangsa
dan negara yang berdaulat.
vi. Mengingatkan manusia. Agama sentiasa mengingatkan manusia untuk melakukan
sesuatu perkara tanpa mengabaikan kepentingan orang lain.

3
Bahagian B [20 markah]

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.

5. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan aliran jumlah keuntungan bersih bank-bank perdagangan terpilih di Malaysia
dari tahun 2016 hingga tahun 2019.

Bank-bank perdagangan seperti Maybank,CIMB dan Public Bank memainkan peranan yang
penting dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan kewangan kepada orang ramai.Perkhidmatan
tersebut telah meningkatkan lagi keuntungan bersih bank-bank perdagangan.
Malayan Banking Berhad telah mencatat keuntungan bersih sejumlah RM6.74 billion pada
tahun 2016 dan meningkat kepada RM7.52 billion pada tahun 2017. Jumlah ini mencatat penurunan
sebanyak RM2.41 billion pada tahun 2018. Namun begitu pada tahun 2019, Bank Malayan Banking
telah meningkat sebanyak 60.47% berbanding tahun sebelumnya.
CIMB Bank Berhad pula mencatat keuntungan bersih yang tidak konsisten. Sejumlah RM3.63
billion keuntungan bersih direkodkan pada tahun 2016.Jumlah ini meningkat kepada RM4.48 billion
pada tahun 2017. Pada tahun 2019 CIMB Bank Berhad mencatat RM4.55 billion iaitu pengurangan
sebanyak RM1.33 billion berbanding tahun sebelumnya.
Public Bank Berhad mencatat rekod terbaik apabila keuntungan bersih sentiasa mengalami
peningkatan mulai tahun 2016 hingga 2018. Peningkatan ini telah mempengaruhi jumlah keseluruhan
bersih tersebut. Pada tahun 2016, Public Bank Berhad mencatat keuntungan bersih sebanyak RM5.21
billion. Jumlah ini meningkat masing-masing pada tahun 2017 dan 2018 iaitu RM5.47 billion dan
RM5.59 billion. Pada tahun 2019 pula bank ini mencatat keuntungan sebanyak RM6.51 billion.
Jika ditinjau pada jumlah keseluruhan keuntungan bersih,dari tahun 2016 hingga tahun
2019,jumlah keseluruhan keuntungan bersih bank-bank perdagangan telah mengalami peningkatan.
Pada tahun 2016, sebanyak RM15.58 billion keuntungan bersih telah diperoleh.Jumlah ini terus
meningkat kepada RM17.47 billion pada tahun 2017. Walau bagaimanapun pada tahun 2018 jumlah
keseluruhan ini mencatat penurunan sebanyak RM0.89 billion berbanding tahun sebelumnya dan
meningkat semula pada tahun 2019 sejumlah RM19.26 billion.

(Disesuaikan daripada laporan Berita Harian, Januari 2020)

GRAF GARIS KOMPONEN

4
GRAF BAR MEMESONG

5
Bahagian C
[25 markah]

Pilih satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350
patah perkataan.

7. Kenaikan harga barang keperluan telah menjejaskan perbelanjaan dan kehidupan pengguna.
Justeru itu, kerajaan perlu bertindak dalam mengatasi kenaikan harga barangan keperluan asasi.
Bincangkan.

6
8. Kejadian tanah runtuh merupakan kejadian fenomena alam semulajadi dan juga akibat aktiviti
manusia di sepanjang lereng bukit dan lereng curam. Bincangkan.

Disediakan oleh :

_________________________

(Pn. Nik Norsamsilawati Binti Nik Soh)


Guru Pengajian Am
PTE Smk Merotai Besar

7
8
9
10

You might also like