Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Rujukan kami : JBA9002/100-4/4 ( 02)

Tarikh : 29 MAC 2023

Ibu bapa / Penjaga murid,


SK SAGIL KAMPONG,
84900 TANGKAK, JOHOR.

Tuan,

TABUNG INFAQ RAMADHAN SKSK 2023

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK Sagil Kampong akan menubuhkan Tabung Infaq Ramadhan
SKSK 2023 dengan kerjasama PIBG, Unit Pendidikan Islam dan Unit Hal Ehwal Murid SK Sagil Kampong.
Program ini diadakan adalah untuk Tabung Program Pembangunan Sekolah dan sebahagiannya
sumbangan bantuan murid miskin serta duit raya bagi semua murid SKSK. Di samping itu ,program ini
memberi peluang kepada seluruh warga SKSK termasuklah di kalangan ibu bapa atau penjaga memberi
sumbangan sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

3. Sehubungan dengan itu, tuan / puan yang ingin memberikan sumbangan bagi menjayakan
program tersebut, boleh menyerahkan sumbangan tersebut melalui anak masing-masing kepada Guru
Kelas atau secara dalam talian ke dalam akaun PIBG dengan disertakan bukti transaksi kepada guru kelas
masing-masing.

4. Berikut merupakan tempoh bagi pungutan sumbangan Tabung Infaq Ramadhan SKSK 2023 dan
maklumat akaun PIBG SK Sagil Kampong.

 Tempoh pelaksanaan : 01 - 13 APRIL 2023 ( 2 MINGGU )


 NO AKAUN PIBG SKSK : 0010 8420 9276 - MAYBANK - PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SAGIL

Kerjasama daripada pihak tuan / puan adalah amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Selamat
menjalani ibadah puasa dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Terima Kasih.

Yang menjalankan amanah,

.............................................
( ARIFUDIN BIN WAGIMAN )
YANG DIPERTUA,
PIBG SK SAGIL KAMPONG
potong di sini

Bersama-sama ini disertakan sumbangan saya bagi tujuan yang dinyatakan. Tandakan ( / ) pada kotak
yang berkenaan.

Sumbangan sebanyak RM ______________ untuk Tabung Infaq Ramadhan SKSK 2023

Nama :........................................................ Nama Anak : .................................................................


Kelas :
Tanda tangan :

You might also like