Minit Mesy Kurikulum Bil 4 2022

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT AWANG

16800 PASIR PUTEH, KELANTAN.


Tel / Faks : 0116573353
Email : dba4253@1bestarinet.yes.my

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.4 SESI 2022

Tarikh : 09 Februari 2023 ( Khamis )


Masa : 1.10 Petang
Tempat : Bilik Gerakan SKeBA
Pengerusi : En Ismahafiza bin Ismail ( Guru Besar )
Kehadiran : Seperti lampiran

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Pengerusi Majlis (Guru Besar - En. Ismahafiza bin Ismail)

1.1 Ucapan alu aluan kepada Guru-guru Penolong Kanan dan


semua ajk kurikulum yang hadir pada hari ini.
1.2 Memulakan mesyuarat dengan bacaan surah Al-Fatihah.
1.3 Berharap AJK Kurikulum pada tahun ini dapat meningkatkan
pencapaian SKeBA dengan lebih baik lagi.
Makluman

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Bil 3/2022

2.1 Setiausaha Kurikulum membacakan Minit Mesyuarat Kurikulum


Bil.3/2022 dan meminta AJK kurikulum mengesahkan.
2.2 Pn. Sharifah bt Awang mencadangkan Minit Mesyuarat Kurikulum
Bil.3/2022 disahkan.
2.3 En. Zawawi bin Azhari menyokong Minit Mesyuarat Kurikulum
Bil.3/2022 disahkan.
2.4 Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.3/2022 disahkan sebulat suara.

Makluman

3. Perkara perkara berbangkit

3.1 Tiada perkara berbangkit.


4. Pembentangan

4.1 Budaya tutup Sekolah

membentangkan aspek-aspek yang perlu diambil kira semasa budaya


Tutup Sekolah. Borang Budaya Tutup Sekolah telah diedarkan kepada
semua guru sebagai senarai semak . Ketua-ketua panitia, guru-guru bilik-
bilik khas , guru kelas dan guru matapelajaran diingatkan supaya untuk
mengambil tindakan berikutan dengan senarai semak bahagian masing-
masing. PKP telah membincangkan setiap aspek seperti didalam senarai
semak dan fokus kepada beberapa pekara penting, Antaranya ialah,

4.1.1 Ketua Panitia memastikan keempat-empat mesyuarat panitia


telah dijalankan dan melengkapkan minit serta laporan
disamping mengemaskini fail panitia.
Tindakan : ketua panitia

4.1.2 Guru-guru bilik khas dan guru kelas mengambil stok dan
memastikan kerusi dan meja tersusun dan kelas dalam
keadaan bersih.
Tindakan : guru kelas

4.1.3 Guru-guru matapelajaran perlu melengkap dan menghantar


Buku Perancangan Harian ke pejabat.
Tindakan : semua guru

4.1.4 Mengambil tindakan, melengkap dan menghantar borang


Budaya Tutup Sekolah
Tindakan : semua guru

4.1.5 Guru-guru yang akan bertukar sekolah perlu melengkapkan


Borang Serah Tugas dan bahan berkaitan di pejabat
Tindakan : makluman

4.1.6 Guru-guru diminta mengemaskan meja guru di bilik guru


sebelum mula bercuti
Tindakan : makluman

4.1.7 Guru yang memegang portfolio seperti Setiausaha Peperiksaan


dan Pentaksiran Bilik Darjah, Guru Pusat Sumber , Setiausaha
Latihan Dalam Perkhidmatan dan sebagainya mengemaskini
data / analisis dan menghantar kepada Penolong Pentadbiran
Tindakan : makluman

4.2 KEDUDUKAN GURU TAHUN 2023


4.2.1 Berkemungkinan kelas Tahun 1 bagi tahun 2023 akan dibuka
dua kelas kerana kemasukan murid tahun 1 berdasarkan
pendaftaran. Berikutan itu, akan berlaku lebihan guru dalam
anggaran 1 orang.

Tindakan : makluman
4.3 PENGURUSAN JADUAL WAKTU
4.3.1 Jadual Waktu Pdpc bagi tahun 2023 akan disediakan
berdasarkan keberadaan guru semasa. Perubahan dalam
Jadual Waktu akan dibuat berdasarkan pergerakan guru pada
Tahun 2023
Tindakan : makluman

4.4 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


4.4.1 Penolong Kanan Pentadbiran mengingatkan guru-guru untuk
mengisi dan mengemaskini data peribadi, permohonan cuti,
pengisytiharan dan sebagainya dalam HRMIS

Tindakan : Tindakan guru

5. LAIN-LAIN
5.1 Latihan Dalam Perkhidmatan
Guru Besar mengucapkan Tahniah kepada guru-guru dan staf
SKeBA kerana kesemua telah melengkapkan LDP sekurang-
kurangnya 7 hari

5.2 Dokumentasi Kejayaan Sekolah


Setiap unit juga diingatkan untuk mendokumentasikan
kejayaaan Sekolah sepanjang Tahun 2022 untuk tujuan
perekodan dan rujukan masa depan

5.3 Mesyuarat Pertama Tahun 2023


Tarikh mesyuarat Pertama bagi Tahun 2023 ditentukan pada
12hb Mac 2023 (Ahad). Sebarang perubahan dari segi Tarikh
dan Tempat akan dimaklumkan kepada guru-guru melalui emel
peribadi dan Telegram rasmi sekolah

Tindakan : makluman

6. PENANGGUHAN MESYUARAT
6.1 Guru Besar, menangguhkan mesyuarat Jam 2.30 petang

Tindakan : makluman

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………………….. ……………………………
( SALAHUDIN BIN MAMAT ) (WAN MUHD.NAZARI WAN AWANG)
Setiausaha Kurikulum Penolong Kanan Kurikulum
SK Bukit Awang SK.Bukit Awang

Disahkan oleh :

…………………………………
( ISMAHAFIZA BIN ISMAIL)
Guru Besar
SK Bukit Awang
Lampiran 1

SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT BIL 04/ 2022


JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH BUKIT AWANG

Pengerusi : En. Ismahafiza bin Ismail Guru Besar


Timbalan Pengerusi: En. Wan Muhd Nazari Wan Awang Pk Pentadbiran
Naib Pengerusi : Pn. Yusnita bt Che Soh Pk HEM
En. Rusdi bin Mohammad Pk KoKurikulum
Setiausaha : En. Salahudin bin Mamat SU Kurikulum

AJK :
1. Pn. Normayuzi bt Ibrahim
2. En.Salahudin bin Mamat
3. Ust. Azhar bin Ab. Rahim
4. En.Nik Radzi bin Nik Man
5. En.Karim bin Hasan
6. Pn. Badariah bt Muhammad
7. Pn. Norazizah bt Yaakub
8. Pn. Maziah bt Ismail
9. YM. Tn Norma bt Tn.Soh
10.Pn. Shanun bt Sharif
11.Pn. Sharifah bt Awang
12.Pn. Yusmawati bt Che Soh
13.Pn. Azlinda bt Ab.Shatar
14.Pn. Mahani bt Mohd Noor
15.En. Zulkifli bin Nor

Tidak Hadir

- En. Ahmad Zhafran bin Md. Noor


( Urusetia perkhemahan Pengakap)
Lampiran 2

MAKLUM BALAS MESYUARAT

AGENDA KEPUTUSAN TINDAKAN MAKLUM BALAS

Semua guru Borang Budaya


4.1 Budaya tutup Sekolah subjek tutup sekolah
telah diagihkan
dan telah pun
diserahkan
kembali kepada
PKP.

4.2 Kedudukan guru tahun Masih lagi


PKP
2023 menunggu gran
ABM perjawatan
2023

4.3 Pengurusan Jadual Waktu SU Jadual Dalam proses dan


akan diagihkan
sebelum sesi
persekolahan
2023 di buka.

5.2 Dokumentasi Kejayaan Semua warga Semua unit telah


sekolah membuat dan
menyiapkan
domukentasi
melalui One Page
Report

*Pengumpulan makluman sehingga 18 Februari 2023.

You might also like