Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Selamat pagi saya ucapkan kepada guru besar, guru-guru dan rakan-

rakan sekalian. Tajuk cerita saya pada hari ini ialah ‘Singa dengan
Tikus’.

Suatu hari, cuaca agak panas.Singa sedang berehat di bawah


sepohon pokok. Tiba-tiba, seekor tikus terlanggar singa hingga
terkejut.

Singa sangat marah lantas menengking tikus sambil menuding


kukunya kea rah tikus. ‘Tolong jangan makan saya, tuanku!’ rayu
tikus. ‘Maafkan saya! Saya akan membalas budi tuanku suatu harti
nanti.’

Singa tersenyum sambil menyindir, ‘tubuh sekecil ini ingin


menolong beta. Baiklah, kamu boleh pergi.’

Suatu hari ketika merayau-rayau, tikus terdengar ngauman


singa. Dia segera berlari ke dalam hutan. Dia ternampak singa
terperangkap di dalam jarring.

‘Sabar, sabra. Saya akan lepaskan tuaku,’ kata tikus. Si tikus


mula menggigit jarring itu dengan gigi yang kuat untuk menebuk
lubang yang besar. Akhirnya, singa Berjaya melepaskan diri.

‘Terima kasih, tikus. Kamu memang hebat,’ puji singa.

Nilai murni yang terdapat dalam cerita ini ialah orang yang
hebat juga ada kelemahannya dan turut memerlukan pertolongan.

Sekian, terima kasih.


Selamat pagi saya ucapkan kepada guru besar, guru-guru dan rakan-
rakan sekalian. Tajuk cerita saya pada hari ini ialah ‘Anjing yang
tamak’.

Pada suatu hari, Sang Anjing pergi mencari makanan. Sang


Anjing terjumpa seketul tulang. Hatinya sangat gembira.

Sang Anjing menggonggong tulang itu. Sang Anjing segera


beredar dari situ. Sang Anjing lalu di atas sebatang titi.

Tiba-tiba, Sang Anjing terpandang bayangnya dendiri di dalam


air. Sang Anjing ada anjing lain yang menggonggong tulang. Sang
Anjing ingin merampas tulang itu.

Sewaktu Sang Anjing membuka mulutnya, tulang yang


digonggongnya jatuh ke dalam air. Sang Anjing berasa sangat
menyesal.

Bayang-bayang itu rupa-rupanya ialah baying-bayangnya


sendiri. Itulah akibatnya jika tamak.

Nilai murni yang terdapat dalam cerita ini ialah janganlah


mengamalkan sikap tamak. Sikap tamak boleh membawa kerugian.

Sekian, terima kasih.


Selamat pagi saya ucapkan kepada guru besar, guru-guru dan rakan-
rakan sekalian. Tajuk cerita saya pada hari ini ialah ‘Penggembala
dengan Serigala’.

Pada zaman dahulu, ada seorang budak lelaki yang suka


menipu. Setiap hari, dia menggembala kambing di puncak bukit.

Suatu hari, dia berasa bosan. Dia terfikir hendak menipu orang
kampung. Dia pun menjerit, ‘Tolong! Tolong! Serigala!’

Penduduk kampong terdengar jeritan lalu membawa senjata


untuk membantu. Apabila mereka sampai di bukit, budak it uterus
ketawa terbahak-bahak, ‘Ha! Ha! Ha! Kamu semua tertipu!’ Mereka
pulang dengan perasaan marah.

Beberapa hari kemudian, penggembala itu menjerit meminta


tolong lagi. ‘Tolong! Tolong! Serigala!’ Sekali lagi penduduk
kampung pergi menyelamatkan budak itu. Tetapi mereka tertipu lagi.

Suatu hari, seekor serigala muncul dan membaham kambing


budak itu. Dia menjerit meminta tolong dengan kuatnya. Penduduk
kampung terdengar jeritan itu tetapi mereka tidak mempedulikannya.

Akhirnya, semua kambing penggembala itu habis dimakan oleh


serigala. Dia amat menyesal atas perbuatannya itu.

Nilai murni yang terdapat dalam cerita ini ialah orang yang suka
menipu tidak akan dipercayai walaupun dia berkata benar.

Sekian, terima kasih.


Selamat pagi saya ucapkan kepada guru besar, guru-guru dan rakan-
rakan sekalian. Tajuk cerita saya pada hari ini ialah ‘Semut dengan
Burung Merpati’.

Suatu hari semut minum di tepi sungai. Tiba-tiba, dia tergelincir


lalu jatuh ke dalam sungai. Dia hampir lemas.

Burung merpati berehat di dahan pokok. Ketika itu, dia


ternampak semut yang hamper lemas itu. Dia menjatuhkan sehelai
daun kea rah semut.

Semut terus memanjat daun itu dan berterima kasih kepda


burung merpati kerana menyelamatkannya.

Sebaik sahaja sampai ke tebing sungai, dia ternampak seorang


pemburu. Semut sangat risau kerana pemburu itu hendak menembak
burung merpati.

Tanpa membuang masa, semut terus memanjat kaki pemburu itu


dan menggigitnya. Pemburu itu menjerit kesakitan, ‘Aduh!’

Jeritan pemburu itu telah menyedarkan burung merpati. Merpati


terus terbang apabila melihat pemburu di situ. Sambil terbang, burung
merpati memandang kea rah semut dan mengucapkan terima kasih
kerana menyelamatkannya.

Nilai murni yang terdapat dalam cerita ini ialah budi baik akan
dengan kebaikan juga.

Sekian, terima kasih.

You might also like