Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Mesyuarat AJK PSS 2022

1. Orientasi PSS
- Brosur maklumat PSS
- Jadual Orientasi PSS
2. Dokumentasi Program Sekolah (Semua -Kurikulum, HEM & Kokurikulum) – Letak di LIbrary
Tugas Jawatankuasa Kerja:

-Menguruskan perkhidmatan-perkhidmatan di Pusat Sumber Sekolah

-Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan

-Mengemukakan laporan kemajuan Pusat Sumber Sekolah kepada Jawatankuasa Tadbir


(Induk)

Tugas Guru Perpustakaan dan Media:

-merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.

-Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah ( PSS )
bersama-sama pengetua, kakitangan PSS, guru dan pelajar sekolah.

-Merancang dan mengurus belanjawan tahunan PSS bersama AJK Kurikulum sekolah.

-Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas
kini.

-Merancang dan mengurus program pembacaan ( Program NILAM ) dan pembudayaan ilmu.

-Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan
dalaman berhubung dengan PSS.

-Merancang dan mengurus program promosi PSS.

-Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran


berasaskan sumber.

-Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan Negeri / PKG /


Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program PSS.

-Menyelia dan mengurus bahan-bahan PSS.

-Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk / Kerja PSS.

-Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program PSS.


-Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan / PSS.

-Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan PSS.

-Menyediakan laoran serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan


aktiviti serta kewangan PSS.

-Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program PSS khasnya Laporan PSS dan NILAM
kepada BTP melalui PKG dan PSPN pada bulan Oktober setiap tahun.

-Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke
semasa.

Tugas-Tugas Guru Perpustakaan:

-Menentukan dasar pentadbiran, pembelian dan pengurusan perpustakaan.

-Melatih dan menyelia kerani dan pengawas Pusat Sumber.

-Menjamin perjalanan perpustakaan berjalan dengan baik.

-Merancang aktiviti perpustakaan

-Merancang anggaran belanjawan tahunan perpustakaan

-Menyimpan rekod perbelanjaan bahan-bahan perpustakaan

-Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukannya

-Memperolehi dan menyemak maklumat-maklumat mengenai bahan-bahan baru dan


terkini untuk koleksi perpustakaan

-Menyemak stok pada akhir tahun

TUGAS-TUGAS PENGAWAS PUSAT SUMBER:

-Membantu membuat kerja-kerja pengkelasan, katalog dan susunan alat/bahan

-Membantu dalam menerbitkan bahan-bahan pengajaran.


-Membantu guru dalam membaiki dan mengubahsuai alat/perabot.

-Membantu guru PSS dalam kerja-kerja memproses buku-buku.

-Membantu guru PSS mengemaskinikan stok bahan cetak dan bukan cetak.

-Membantu guru mengurus pinjaman/pemulangan buku.

-Menggunting akhbar/majalah yang telah dipilih oleh guru PSS untuk tujuan fail tegak.

-Membantu guru PSS mengendalikan aktiviti PSS.

You might also like