6 Tugasan Pelajar RBTS2082M

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: 2022/2023

Program: PDPP Nama Pelajar:

Kod: RBTS2082M Semester / Tahun: Semester 2 /Tahun 1


Ambilan: Okt 2022
Nama Kursus: Pentaksiran Reka Bentuk
dan Teknologi Sekolah Menengah Kumpulan: PDPP

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Booklet Pembinaan Instrumen 21.2.2023 17.3.2023


Pentaksiran

2. Kuiz 4.4.2023 4.4.2023

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menganalisis, konsep, isu dan trenda pentaksiran dalam bidang Reka Bentuk dan
Teknologi sekolah menengah (C4,HPP2, KKG2)
2. Membina alat pentaksiran bagi bidang Reka Bentuk dan Teknologi sekolah
menengah berdasarkan maklumat terkini dari pelbagai sumber rujukan(C6, A4,
HPP2, HPP6 , KKG8, KMD3)
3. Menilai laporan pencapaian pelajar dalam bidang Reka Bentuk dan Teknologi
sekolah menengah berdasarkan data pentaksiran yang diperolehi. (C5, HPP2,
KKG2)
.
# Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 2 dan 3

Objektif Pentaksiran Berterusan:

1. Menyediakan satu (1) JSU bagi pelajar Peperiksaan Tingkatan 3 bidang Reka
Bentuk dan Teknologi yang disertakan dengan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), skema
pemarkahan, rubrik dan arahan pentadbiran pentaksiran yang setara seperti
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

2. Menjawab soalan kuiz yang berbentuk soalan struktur yang berkaitan dengan topik
laporan pencapaian pelajar.
Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan aktiviti mengumpul, merekod, menghurai, menganalisis, menterjemah dan
mentafsir maklumat bertujuan membantu pihak-pihak berkepentingan membuat keputusan
pembelajaran dan pengajaran yang berkesan. Pentaksiran juga merupakan suatu proses
yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang
diperolehi seseorang individu. Ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk
mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di semua
institusi pendidikan, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian
berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

TUGASAN 1: Booklet Pembinaan Instrumen (40%)

Tugasan Individu

Sediakan satu (1) set soalan ujian bertulis pentaksiran Peperiksaan Tingkatan 3 bidang
Reka Bentuk dan Teknologi yang disertakan dengan skema pemarkahan, rubrik, arahan
pentadbiran pentaksiran yang menepati Jadual Spesifikasi Ujian yang setara seperti telah
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Perbincangan pemilihan item mesti
dinyatakan dengan jelas berasaskan kompetensi yang telah ditetapkan.

Hantar tugasan pada 17 Mac, 2023

TUGASAN 2: Kuiz (10%)

Penilaian soalan kuiz berdurasi selama 15 minit adalah soalan struktur yang meliputi aspek:
Soalan kuiz adalah berkaitan topik berikut :

 Merumus, menganalisis dan mentafsir data dengan menggunakan perisian


 Penggredan
 Persembahan Laporan Pentaksiran

Bagi menyempurnakan tugasan 2, anda perlu:


Secara individu, pelajar diminta menjawab kesemua soalan kuiz yang diberikan dalam masa
yang ditetapkan.
Kuiz akan diadakan pada 4 April, 2023
Panduan Pelaksanaan Tugasan

1. Tugasan ini dibuat secara individu.


2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.
3. Format tugasan penulisan adalah seperti berikut:

3.1 Muka depan hendaklah mengikut templet terkini


3.2 Fon Arial
3.3 Saiz huruf - 11
3.4 Langkau 1.5 baris
3.5 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
4. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut:

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci


2. Bukti-bukti dan bahan yang dapat menyokong aliran pemikiran anda hendaklah
dikemukakan.
3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan
ilmiah.
4. Penulisan harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai, dan
tiada kesalahan ejaan dan kematangan
5. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan
(sekurang-kurangnya lima (5) bahan sumber dari jurnal ,buku, dokumen bercetak
dan bahan internet yang lain)

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(DR. T. SHANMUGAM) (EN. SHARIF...)


Penyelaras Kursus RBTS2082M Pakar Bidang (SME)
Jabatan Pendidikan Teknik & Vokasional Jabatan Pendidikan Teknik & Vokasional
IPG Kampus Pendidikan Teknik, Nilai IPG Kampus Pendidikan Teknik, Nilai
Tarikh : Tarikh :

Disahkan Oleh :

(EN. RUBA'IE BIN SAID)


Ketua Jabatan
Jabatan Pendidikan Teknik & Vokasional
IPG Kampus Pendidikan Teknik, Nilai
Tarikh :

You might also like