Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA FALAHIAH


16250 WAKAF BHARU, KELANTAN

LAPORAN KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3 2021

TAJUK:

AMALAN KITAR SEMULA DI SEKITAR


PASIR PEKAN, KELANTAN

NAMA :

TINGKATAN: 3

NAMA GURU:
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3

JADUAL KERJA
TARIKH HARI PERKARA CATATAN
22 RABU Mendengar Taklimat Kerja Lapangan Geografi, Tingkatan 3 Ketua Panitia
SEPT ketika waktu pdpd Guru Mata
Pelajaran
22 RABU Perbincangan tentang :
SEPT - Tajuk Kajian Pdpc
- Jadual kerja / pengagihan kerja (60 MINIT)
- Penghargaan
- Pendahuluan
- Objektif kajian
- Kawasan Kajian
- Penentuan Kaedah kajian
- Hasil Kerja Lapangan
- Rumusan
- Rujukan
- Sediakan lampiran

29 RABU Murid menyediakan muka depan kerja lapangan. Pdpc


SEPT (30 minit)

29 RABU Murid menulis pendahuluan, penghargaan, objektif dan (PdPc


SEPT kaedah kajian. (1 jam)

6–8 RABU - Murid Mencari dan mengumpul maklumat (PdPc


OKT JUMAAT
13 OKT RABU - Menghuraikan konsep (PdPc
(30 minit)

13 OKT RABU - Menghuraikan faktor yang mempengaruhi amalan (PdPc


kitar semula di kawasan kajian (1 jam)
19 OKT RABU - Menghuraikan kesan amalan kitar semula di kawasan (PdPc
kajian. (30 minit)
19 OKT RABU - Mencadangkan usaha-usaha untuk mengatasi amalan (PdPc
kitar semula di kawasan kajian. (1 jam)
- Membuat rumusan tentang tajuk kajian
27OKT- RABU PEMBENTANGAN PDP
3 NOV - Murid membentangkan hasil kajian
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3

SENARAI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN M/S

1.0 PENGHARGAAN

2.0 PENDAHULUAN

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

4.0 KAWASAN KAJIAN

5.0 KAEDAH KAJIAN

6.0 HASIL KAJIAN

6.1 Konsep Kitar Semula

6.2 Jenis Bahan dan Amalan Kitar Semula

6.3 Kepentingan Kitar Semula

6.4 Masalah/ Halangan Terhadap Amalan Kitar Semula

6.5 Langkah Penyelesaian Masalah Amalan Kitar Semula

7.0 RUMUSAN

8.0 RUJUKAN

9.0 LAMPIRAN
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3

1.0 PENGHARGAAN

Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan Kerja Lapangan


Geografi Tingkatan 3.

Setinggi – tinggi penghargaan kepada Pengetua Tuan Haji Md.


Radzi Bin Omar kerana memberi kebenaran untuk menjalankan
kerja lapangan ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima
kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya iaitu En. Wan
Mohd Iqmal Bin Wan Mohmad Rasdi kerana telah membantu
saya dalam penyediaan laporan kerja lapangan ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya
iaitu [NAMA IBU/BAPA/PENJAGA] yang memberi
bantuan kewangan untuk menjayakan kerja lapangan ini.

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah


memberikan kerjasama dan semua pihak yang terlibat dalam
proses menyiapkan kerja lapangan ini.
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3

2.0 PENDAHULUAN

Saya telah menjalankan kajian tentang kitar semula di Kampung


Pasir Pekan, Wakaf Bharu Kelantan

Saya memilih kawasan kajian tersebut adalah kerana kawasan itu


berhampiran dengan rumah saya. Ini memudahkan saya untuk
membuat kajian ini.

Saya menjalankan kajian tentang amalan kitar semula di


Bandar Baru Pasir Pekan serta kepentingan amalan tersebut
untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian di kawasan tersebut.

Selain itu, saya juga menilai halangan dan permasalahan yang


dihadapi untuk melaksanakan amalan tersebut serta meberi
cadangan yang perlu dilakukan bagi meningkatkan kesedaran
dalam kalangan penduduk di kawasan kajian untuk mengamalkan
kitar semula.

Penulisan laporan kerja lapangan dilakukan di rumah pada waktu


pengajaran dan pembelajaran Geografi selama dua minggu.
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Saya menjalankan Kerja Lapangan di Kampung Pasir


Pekan,16250 Wakaf Bharu Kelantan bertujuan untuk:

3.1 Mengenal pasti konsep dan elemen kitar semula.

3.2 Menjelaskan amalan kitar semula serta kepentingan


amalan tersebut untuk dipraktikkan dalam kehidupan
seharian di kawasan kajian.

3.3 Mengkaji dan menghuraikan halangan dan permasalahan


yang dihadapi untuk melaksanakan amalan kitar semula dalam
diri penduduk di kawasan kajian.

3.4 Mencadangkan usaha yang perlu dilakukan untuk


meningkatkan kesedaran dalam kalangan penduduk
di kawasan kajian untuk mengamalkan kitar semula.

3.5 Menghuraikan cadangan untuk mengurangkan


masalah pengangkutan awam di kawasan kajian.

3.6 Menghasilkan produk daripada barang kitar semula.


Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3

4.0 KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah di Kampung Pasir Pekan, Kelantan.


Saya memilih kawasan ini kerana jaraknya yang dekat iaitu
hanya 2km dari rumah dan sekolah saya. Kampung ini
berkeluasan kira-kira 50 hektar dan mempunyai bilangan
penduduk seramai kira-kira 3000 orang.

Penduduk di sini terdiri daripada pelbagai kaum dengan purata


umur 40 tahun. Kawasan ini terletak berdekatan dengan institusi
pendidikan dan kawasan perniagaan.

Bentuk muka bumi kawasan ini ialah tanah pamah, iaitu kawasan
rata dan sesuai untuk membina pelbagai jenis petempatan seperti
rumah, bangunan kedai, sekolah dan masjid. Kawasan ini juga
merupakan salah satu kawasan yang mempunyai kadar
pembuangan sisa pepejal dan sisa domestik yang tinggi.
PETA KAWASAN KAJIAN
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3

5.0 KAEDAH KAJIAN


Saya menjalankan kajian menggunakan kaedah yang berikut:

5.1 Pemerhatian
Dengan kaedah ini, saya memerhatikan sekitar Kampung
Pasir Pekan untuk mendapatkan beberapa maklumat seperti
pandang darat fizikal, pola petempatan dan masalah
petempatan yang ada disana.

5.2 Rujukan Internet


Saya menggunakan kaedah ini untuk mengetahui tentang
konsep dan elemen kitar semula. Saya merujuk beberapa
laman web untuk mendapatkan beberapa maklumat tambahan
bagi kajian saya.

5.3 Rujukan Bahan Bercetak –


Rujukan bahan bercetak seperti buku, majalah dan surat
khabar digunakan untuk mengetahui konsep dan elemen kitar
semula.

5.4 Temu bual / Soal Selidik –

Saya telah menggunakan boring soal selidik bagi memperolehi


maklumat daripada responden seramai 10 orang di Kawasan
kajian.
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3

6.0 HASIL KAJIAN


6.1 Konsep dan elemen Kitar Semula :

Kitar semula ialah kegiatan mengolah semula bahan buangan


untuk menghasilkan barangan yang baru, dalam kata lain
proses memperolehi atau menjadikan sebahagian atau semua
bahan daripada sampah untuk diguna semula.

Ia merupakan komponen utama bagi pengurusan bahan


buangan moden dan tiga komponen bagi 3R ialah : Reduce
(Kurangkan), Reuse (Guna semula), Recycle (Kitar Semula).
Contohnya, barangan keluli yang tidak lagi terpakai seperti
kereta rosak, akan diambil kelulinya dan menjadi bahan mentah
untuk membuat kereta yang baru. Selain itu, sisa makanan atau
buangan organik lainnya dapat mereput menjadi baja organik
yang boleh digunakan untuk pertanian mahupun kegunaan
rumah tangga.

Kitar semula dilakukan untuk mengurangkan pencemaran,


mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan
tenaga dan mengurangkan pengelauaran gas rumah hijau.
Kitar semula juga dapat menjimatkan penggunaan bahan
mentah baru.

Kitar semula merupakan kaedah pelupusan buangan yang


mesra alam dan dapat menjaga warisan generasi yang akan
datang di masa hadapan nanti.
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3

6.2 Jenis-jenis Bahan dan Amalan Kitar Semula :

Terdapat pelbagai jenis bahan kitar semula yang terdapat di


Kampung Pasir Pekan. Antaranya terdiri daripada kertas, air,
getah, plastik, dan tekstil. Kertas dapat dikitar semula sama ada
berwarna atau tanpa warna seperti akhbar, majalah , buku−buku
lama dan katalog. Air pula seperti air basuhan beras digunakan
untuk menyiram pokok. Botol air plastik dan beg plastik merupakan
bahan plastik yang juga boleh digunakan semula. Getah pula
seperti tayar digunakan untuk tanaman, buaian dan pelampung.
Tekstil pula didermakan dalam bentuk pakaian kepada orang yang
miskin, rumah orang tua dan rumah anak yatim.

Masih terdapat dalam kalangan penduduk di Kampung Pasir


Peka yang mengamalkan 3R di rumah mereka. Walaupun bukan
dalam skala yang besar, namun mereka tetap menyahut seruan
kerajaan yang ingin melahirkan rakyat yang cinta akan alam
sekitar.

Antara amalan kitar semula yang banyak dilakukan di Kampung


Pasir Pekan ialah:

a. Mengitar semula barangan.


Penduduk Kampung Pasir Pekan akan mengitar semula
barangan mengikut warna tong kitar semula yang biasa
dilihat di tempat awam. Seterusnya, amalan menjual
bahan kitar semula juga diamalkan oleh penduduk
kawasan kajian saya. Antara bahan yang dikitar semula
adalah botol plastik dan akhbar akhbar lama. Wang akan
diperoleh mengikut berat bahan yang dijual. Hal ini
menunjukkan bahawa mereka amat bersyukur kerana
dapat menikmati alam sekitar anugerah Tuhan.
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3

b. Mendermakan pakaian dan barangan yang masih elok


Penduduk Kampung Pasir Pekan telah berganding
bahu untuk mendermakan pakaian dan barangan yang
tidak digunakan kepada beberapa pusat kebajikan yang
kerap dating ke kawasan ini . Hal ini menunjukkan
bahawa mereka amat prihatin dan bersedia membantu
sesiapa yang memerlukan pertolongan.

c. Mengguna Semula Barangan


Komuniti Kampung Pasir Pekan juga mengamalkan amalan
menghasilkan bahan baru. Misalnya , botol − botol plastik
dijadikan sebagai pasu bunga kecil dan kraftangan yang lain
untuk menghiaskan rumah mereka. Selain itu , tayatary−ar
lama digunakan sebagai buaian , dan juga pelampung bagi
kanak − kanak. Penduduk taman ini mempunyai dakyraeativiti
dan inovatif yang sangat tinggi. Hal ini membuktikan bahawa
penduduk di kawasan ini suka berjimat – cermat dan selalu
peka terhadap alam sekitar.

d. Penggunaan beg mesra alam menggantikan beg


plastik Penduduk di Kampung Pasir Pekan juga mula
menggunakan beg mesra alam untuk menggantikan beg
plastik ketika membeli barangan di pasar raya. Ini dapat
menjimatkan duit kerana beg plastik akan dicaj dan
mereka dapat menjaga alam sekitar juga.
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3

1.3 Kepentingan Amalan Kitar Semula di kawasan kajian :

Kepentingan amalan kitar semula di Kampung Pasir Pekan adalah


seperti yang berikut:

1. Mewujudkan persekitaran yang bersih dan selesa


Apabila sisa pepejal dan sisa domestic dasingkan dan dilupuskan
dengan kaedah yang betul, persekitaran kawasan perumahan
tersebut akan menjadi lebih bersih. Penduduk akan hidup dengan
lebih selesa dan mempunyai tahap kesihatan yang berkualiti.

2. Mengurangkan pencemaran
Amalan kitar semula dapat megurangkan sampah di tempat
pelupusan kerana sisa akan diurus dengan sistematik. Jadi,
pencemaran bau dapat diatasi.

3. Menjamin bekalan sumber semula jadi


Sikap prihatin terhadap isu-isu alam sekitar akan menjadikan
penduduk lebih mengambil berat mengenai kepentingan
memelihara dan memulihara sumber semula jadi, terutamanya
sumber hutan. Mereka juga sedar akan kesan yang akan berlaku
sekiranya sumber semula jadi tersebut tidak dijaga.
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3

6.4 Masalah/Halangan Amalan Kitar Semula

Ketika menjalankan kerja lapangan ini, bebrapa masalah telah


dikenalpasti iaitu:

6.4.1 Ketiadaan pusat pengumpulan barangan kitar semula


Melalui pemerhatian saya, oleh kerana tiada pusat kitar
semula di sekitar Kampung Pasir Pekan, penduduk membuat
keputusan untuk tidak mengumpulkan barangan yang
boleh dikitar semula di rumah. Keadaan itu juga dalam
masa yang sama tidak mewujudkan kerjasama antara
penduduk untuk mengamalkan amalan ini.

6.4.2 Sikap negatif dalam diri individu


Melalui pemerhatian saya juga, sikap penduduk yang masih
berdegil dan tidak mahu menggunakan beg mesra alam
ketika membeli barang. Bagi mereka, perkara ini tidak penting
kerana lebih mudah menggunakan beg plastik.

6.4.3 Memilih untuk membakar atau membuang barangan


Penduduk juga lebih memilih jalan yang lebih mudah iaitu
membuang dan membakar barangan yang tidak digunakan
lagi. Disebab kan sudah terbiasa dengan amalan tersebut,
mereka tidak terfikir untuk mengguna atau mengitar semula
barang yang masih baik.
.
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3

6.5 Cadangan mengurangkan masalah amalan kitar semula di


kawasan kajian

a) Menyediakan pusat kitar semula


Dengan menyediakan pusat kitar semula di Kampung
Pasir Pekan, penduduk tidak perlu bersusah payah
untuk membawa barangan yang berat ke pusat
pengumpulan kitar semula. Selain itu, mengganti semua
tong sampah dengan tong kitar semula merupakan
kaedah yang berkesan untuk memudahkan orang
mengamalkan amalan kitar semula. Jadi, semua buangan
yang boleh dikitar semula akan pergi ke pusat kitar semula,
dan bilangan sampah yang keluar setiap tahun akan
berkurang secara signifikan.

b) Mengadakan kempen kesedaran secara berkala Semangat


untuk menjaga alam sekitar dapat disuntik kepada
masyarakat dengan mengadakan kempen cintai alam sekitar.
Dalam kempen tersebut, kepentingan serta cara-cara untuk
menjaga lama sekitar akan diterangkan supaya penduduk
akan lebih faham dengan amalan kitar semula. Maka, pihak
kerajaan dan bukan kerajaan perlu berganding bahu untuk
memastikan misi ini terlaksana.

c) Menjadikan amalan kitar semula sebagai aktiviti mingguan


Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak sejak dari kecil dengan
mengadakan amalan ini sebagai rutin mingguan. Dengan itu,
ia akan menjadi tabiat dan ikutan yang berterusan.
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3

7.0 RUMUSAN

Dalam kajian di Kampung Pasir Pekan ini, saya mendapati


amalan kitar semula merupakan salah satu kaedah mengurangi
jumlah buangan dengan memproses sampah dan membuatnya
menjadi barangan yang berguna semula. Amalan tersebut juga
mudah dan praktikal kerana kita hanya perlu menghantar
barangan kita ke pusat pengumpulan kitar semula yang
terdekat, dan hampir semua barangan yang kita buang
adalah barang yang boleh dikitar semula.

Amalan kitar semula sangat penting untuk mengurangkan jumlah


sampah serta mencegah penerokaan sumber baru yang berlebihan
dan menjaga alam. Jadi, amalan kitar semula amatlah digalakkan
dan mesti diamalkan.

Tetapi, ada juga masalah dalam mengamalkan kitar semula, seperti


kemudahan yang tidak mencukupi dan kurangnya kesedaran
masyarakat tentang kepentingan amalan kitar semula. Tetapi,
dengan kerjasama antara kerajaan, pihak berkuasa dan
masyarakat, masalah-masalah tersebut pasti dapat ditangani dan
kitar semula dapat terus diamalkan.

Selain itu, saya juga telah mendapat banyak pelajaran dalam kajian
ini, salah satunya ialah berusaha untuk tidak merosakkan alam
dengan mengamalkan 3R.
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3

8.0 RUJUKAN
8.1 Buku
Ahmad Ridzuan Bin Abdul Rahman, Rajini Gauri
Muthusamy, Pau Anak Utek (2018). Geografi Tingkatan 3
Johor: IMS Books Trading Sdn. Bhd.

8.2 Internet
 http://ms.wikipedia.org/wiki/kitar_semula.htm
• http://maps.google.com/
• http://geogarang.blogspot.com/2009/07/aneka-jenis-tong-
kitar-semula.html
• (PDF Document) Mohd Rashidi Mohd Nor, Recycle,
Mei 2009
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3

9.0 LAMPIRAN

Contoh tong kitar semula yang boleh menggantikan tong sampah biasa.
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3

You might also like