Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka

Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka


 
Asas pembinaan negara dan bangsa Malaysia ialah Kesultanan Melayu Melaka.
Kerajaan ini mempunyai sistem politik, peraturan dan pentadbiran yang tersendiri.
Ciri-ciri negara dan bangsa ialah:

 
Kerajaan
Raja merupakan pemerintah tertinggi.
Menggunakan Sistem Pembesar Empat Lipatan
Bendahara
Penghulu Bendahari
Laksamana
Temenggung
Menggunakan gelaran sultan setelah kedatangan Islam.
Rakyat
Terdiri daripada orang Melayu dan Orang Laut.
Terdapat golongan merdeka dan hamba.
Kesejahteraan rakyat dijamin oleh sultan.
Kedaulatan
Lambang kekuasaan tertinggi seseorang sultan.
Hak mutlak sultan untuk kawal rakyat dan wilayah.
Kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka bebas daripada campur tangan kuasa asing.
Diiktiraf oleh kerajaan Dinasti Ming.
Kerajaan Dinasti Ming telah menghantar orang utusan, diketuai oleh Laksamana Cheng Ho untuk mengeratkan hubungan.
Wilayah pengaruh
Merujuk kawasan pemerintahan raja yang diterima dan diakui oleh rakyat.
KMM mempunyai wilayah pengaruh yang luas merangkumi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan Pantai Timur Sumetara.
Diperoleh melalui penaklukan, naungan dan perkahwinan.
Membuktikan kewibawaan pemerintah kerajaan ini.
Undang-undang
Terdapat dua undang-undang bertulis pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Hukum Kanun Melaka & Undang – undang Laut Melaka.
Digunakan untuk mengukuhkan kerajaaan dan melindungi kerajaan.
Menjadikan Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan unggul.
Lambang Kebesaran
Merupakan identiti sesebuah kerajaan dan keistimewaan Sultan Melaka.
Simbol kedaulatan sultan yang memerintah.
Ini termasuklah adat istiadat, penggunaan warna , nobat, regalia and cap mohor.
Cap Mohor digunakan untuk mengesahkan arahan daripada sultan.

 
Wilayah taklukan
Diperoleh melalui peperangan.
Antaranya:
Pahang
Kuala Linggi
Kelantan
Rokan
Inderagiri
Kampar
Wilayah Naungan 
WIlayah yang menerima ketuanan Kesultanan Melayu Melaka
Melalui perkahwinan atau persahabatan.
Contoh:
Lingga
Patani
Kedah
Perolehan wilayah melalui perkahwinan
Contoh: Kerajaan Majapahit hadiahkan Siantan kepada Sultan Mansur Shah kerana mengahwini Puteri Majapahit.

© 2023 Pandai.org All Rights Reserved d i Made with  in Malaysia

You might also like