Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

Channel PA 900 STPM @CNM

Channel PA 900 STPM @CNM

TOPIK DASAR KERAJAAN CONTOH SOALAN STRUKTUR


BIL Soalan dan Cadangan Jawapan

1 Senaraikan tiga objektif Dasar Perbandaran Negara

1. Membangunkan bandar yang terancang, berkualiti, progresif dan


mampan
2. Membangun dan memperkukuhkan ekonomi bandar yang berdaya
saing
3. Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi menggalakkan
pembangunan sosial
4. Membasmi kemiskinan bandar
5. Memantapkan institusi pentadbiran dan pengurusan bandar

2 Nyatakan tiga objektif Dasar Sukan Negara.

1. Membentuk masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu melalui


penyertaan yang meluas dan peluang yang lebih baik dalam sukan di
semua peringkat masyarakat
2. Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi
memenuhi keperluan asasi sosial, psikologi dan fisiologi individu melalui
sukan.
3. Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi
kepentingan kebajikan sosial individu dan kenikmatan masa senggang
dalam kalangan orang awam
4. Mencapai kecemerlangan dengan semangat kesukanan yang tulen di
pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan harapan
muhibah dan imej negara dapat dipertingkatkan

3 Huraikan dua bidang yang diberi tumpuan dalam Dasar Sukan Negara.

1. Sukan Massa (Sukan untuk semua) – Pengekalan dan peningkatan


tahap kesihatan dan kesejahteraan anggota masyarakat.
2. Sukan untuk Kecemerlangan – Sukan pertandingan yang diuruskan
mengikut peraturan dan syarat-syarat Persekutuan Sukan
Antarabangsa untuk menjulang nama Malaysia.

4 Nyatakan empat manfaat pelaksanaan Dasar Sukan Negara terhadap


masyarakat.

1. Membina masyarakat yang sihat dan cergas dari segi fizikal, mental
dan spiritual
2. Memupuk perhubungan dan penyatuan masyarakat dalam kalangan
rakyat pelbagai
3. kaum @ keturunan @ status sosial
4. Menggalakkan pembinaan kualiti mental masyarakat seperti semangat
berdikari dan berdisiplin
Channel PA 900 STPM @CNM

5. Mencegah jenayah dan aktiviti liar melalui penggunaan masa lapang


yang berfaedah
6. Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara
melalui industri sukan, rekreasi dan pelancongan

5 Dasar Pandang ke Timur bertujuan untuk meningkatkan prestasi


pengurusan dan pembangunan di Malaysia. Berikan empat perubahan
struktur yang dilaksanakan.

1. Kad perakam waktu (Punch card)


2. Penggunaan tanda nama
3. Penubuhan Pasukan meningkat mutu kerja
4. Konsep Pejabat terbuka
5. Perkhidmatan kaunter/perkhidmatan pembayaran bil setempat
6. Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja

6 Berikan empat matlamat Dasar Penswastaan

1. Meringankan beban kewangan kerajaan


2. Meningkatkan kecekapan, daya dan mutu pengeluaran
3. Mengagihkan sumber ekonomi dengan cekap
4. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
5. Mempercepatkan pencapaian objektif mewujudkan golongan
usahawan dan peniaga Bumiputera

7 Nyatakan tiga tujuan Dasar Penswastaan diperkenalkan.

1. Mengurangkan bebanan kewangan kerajaan


2. Meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja
3. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan daya saing negara
4. Mengagihkan sumber dan kecekapan/ pembahagian sumber serta
kecekapan
5. Mempercepatkan pencapaian matlamat Dasar Ekonomi Baru

8 Nyatakan tiga jenis Rancangan Pembangunan Negara yang


dilaksanakan di Malaysia.

1. Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) / Pelan Rangka


Perspektif (OPP)
2. Perancangan Jangka Sederhana / Rancangan Malaysia Lima
Tahun (RMLT)
3. Perancangan Jangka Pendek / Bajet Tahunan
4.
Channel PA 900 STPM @CNM

9 Huraikan dua pendekatan yang digunakan dalam Dasar Pertanian Negara


Ketiga (DPN3).

1. Pendekatan Perhutani – Memberi perhatian kepada masalah


kekurangan sumber-sumber termasuk tanah, buruh dan bahan
mentah.
2. Pendekatan Berasaskan Produk – Memberi penekanan kepada
keperluan /kehendak / citarasa pengguna serta pasaran khusus di
seluruh dunia

10 Jelaskan dua tujuan pendekatan strategik Dasar Pertanian Negara Ketiga

1. Mengoptimumkan penggunaan sumber/memaksimumkan –


memulihara dan menggunakan sumber asli secara mampan
2. Membangunkan secara bersama kegiatan perhutanan dan pertanian @
membangunkan kegiatan perhutani – membolehkan pengeluaran hasil
pertanian dan perhutanan dari tanah yang sesuai
3. Membentuk asas pengeluaran yang lebih luas – dapat memajukan
teknologi dalam sektor pertanian dan sumber-sumber pertanian
4. Memenuhi keperluan/cita rasa pengguna – penghasilan produk yang
bermutu dan bernilai tinggi
5. Meluaskan pasaran pertanian ke seluruh dunia – meningkatkan promosi
dan menjalankan perdagangan dengan Negara lain
6. Menggubal strategi pengeluaran pertanian huluan – meningkatkan
pengeluaran dan keupayaan pemasaran hasil pertanian huluan
7. Melengkapkan industri berasaskan pertanian – meningkatkan industri
hiliran berpotensi menjadi tumpuan pasaran

11 Terangkan dua usaha untuk mentransformasikan sektor pertanian


supaya menjadi sektor yang moden, dinamik, dan kompetitif

1. Membangunkan kegiatan pertanian dan perhutanan secara bersama


- Hasil pertanian dikomersialkan secara perladangan
- Herba ditanam secara komersial
2. Menghasilkan produk pertanian berasaskan keperluan
- Penanaman Tongkat Ali
- Hasil daripada susu kambing
3. Memajukan penyelidikan dan pembangunan dalam sektor pertanian
- Bioteknologi
4. Memberi nilai komersial kepada produk pertanian
- Pertanian sebagai satu perniagaan

12 Sogoshosha atau syarikat perdagangan am adalah satu konsep yang


diperkenalkan di negara Jepun. Senaraikan dua objektif Sogoshosha
Malaysia.
1. Menggalakkan eksport tradisional ke pasaran bukan tradisional
-Mencari pasaran baru
- Eksport barangan ke negara baru.
2. Menggalakkan eksport bukan tradisional
Channel PA 900 STPM @CNM

-Eksport barangan yang baru


-Inovasi terhadap barangan lama
3. Mengembangkan peluang-peluang antarabangsa
- Menggalakkan pelaburan secara usahasama utk keperluan pasaran
dlm & luar negara
4. Menggalakkan pemindahan teknologi moden
-Menggalakkan pemindahan pengetahuan dan teknologi moden / baru
dari luar negara
5. Menggalakkan eksport tak ketara Malaysia di luar negeri
- Menggalakkan eksport perkhidmatan ke luar negara spt
perbankan,insurans dan perubatan.

13 Jelaskan dua strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk melahirkan


Sogoshosha Malaysia.

1. melalui galakan kredit yang diberikan kepada syarikat tempatan yg


menghadapi masalah kewangan untuk melaksanakan kegiatan eksport
di luar negara
2. melalui galakan cukai iaitu elaun galakan eksport dan lain-lain
pengecualian cukai di bawah Akta Galakan Pelaburan 1968, Akta
Kastam 1977 dan Akta Eksais 1976
3. melalui lain-lain galakan serta khidmat sokongan seperti penglibatan
Pejabat Perusahaan Perdagangan Malaysia di luar negara dan
sebagainya

14 Nyatakan empat anjakan yang terdapat dalam Pelan Pembangunan


Pendidikan Malaysia (2013-2025).

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti


antarabangsa
2. Memastikan setiap murid menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan
5. Memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi bagi meningkatkan
kualiti pembelajaran
6. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap
sekolah
7. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian
khusus berasaskan keperluan
8. Mentransformasi kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian
Kementerian Pendidikan
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara
meluas
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit
11. Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung
Channel PA 900 STPM @CNM

15 Nyatakan empat strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam


Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) untuk menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara maju.

1. Mentransformasikan sistem penyampaian awam


2. Mentransformasikan ekonomi negara
3. Mensejahterakan hidup
4. Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia
5. Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti
hidup.

16 Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) telah menggariskan lapan


Inisiatif Pembaharuan Strategik bagi merealisasikan hasrat kerajaan
menjayakan Model Baru Ekonomi (MBE). Huraikan dua daripada lapan
inisiatif tersebut.

1. Menyuburkan kembali sektor swasta - Untuk menerajui pertumbuhan


ekonomi
2. Membangun tenaga kerja yang berkualiti - Mengurangkan
kebergantungan kepada pekerja asing
3. Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing. -
Mempertingkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D)
4. Memperkukuhkan sektor awam - Melaksanakan Program Transformasi
Kerajaan (PTK)
5. Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran -
Berdasarkan merit dan keperluan
6. Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan. - infostruktur
7. Meningkatkan sumber pertumbuhan - meneroka bidang baharu
ekonomi

17 Berikan empat langkah strategik mewujudkan ekonomi domestik yang


berdaya
saing berasaskan Model Ekonomi Baru

1. Menyuburkan sektor swasta/menggalak atau membangun sektor


swasta
2. Membangun tenaga kerja berkualiti/tenaga mahir
3. Mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing
4. Mewujudkan ekonomi domestic yang berdaya saing
5. Mengukuhkan sektor awam
6. Melaksanakan tindakan alternatif yang telus dan mesra pasaran
7. Membina infrastruktur berasaskan pengetahuan
8. Meningkatkan sumber pertumbuhan
9. Memastikan pertumbuhan berterusan/mapan
Channel PA 900 STPM @CNM

18 Dasar Jaminan Bekalan Makanan adalah untuk menangani kekurangan


bekalan makanan yang salah satunya disebabkan bencana alam.
Nyatakan tiga strategi untuk mencapai dasar ini.

1. mewujudkan stok penimbal beras


2. meningkatkan pengeluaran dan produktiviti tanaman dan ternakan
3. memberi insentif pengeluaran kepada pengusaha bahan-bahan asas
pertanian
4. mengukuhkan pasaran dan pengagihan hasil pertanian
5. melaksanakan Program Bumi Hijau
6. membangunkan tanah dan kolam terbiar

19 Nyatakan empat daripada enam teras Bidang Keberhasilan Utama


Negara (NKRA).

1. Meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan


2. Mengurangkan kadar jenayah
3. Memerangi rasuah
4. Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman
5. Menambah baik pengangkutan awam
6. Mempertingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah

20 Nyatakan tiga kesan pelaksanaan Dasar Automatif Negara.

1. Peningkatan daya saing industri automatif negara


2. Kewujudan Malaysia sebagai ‘hab serantau’ bagi industri kereta
3. Peningkatan kualiti kereta nasional
4. Peningkatan kemahiran keusahawanan industri kereta

21 Terangkan dua faedah yang dinikmati oleh rakyat kesan daripada


pelaksanaan
Dasar Persyarikatan Malaysia

1. menerima perkhidmatan yang lebih cekap dan berkualiti -amalan


swasta diterapkan dalam sektor awam
2. mendapat faedah daripada tanggung jawab sosial korporat
-kemudahan pembiayaan dalam aktiviti sukan
3. kedai buku menawarkan diskaun bagi pembelian buku -sekolah
pengamahan -baucer tuisyen kepada pelajar
4. meningkatkan kualiti hidup rakyat -membantu menyediakan prasarana
-kemudahan - menyumbang kepada pembinaan dan kemudahan
sekolah

22 Terangkan dua sumbangan Dasar Wanita Negara dalam memajukan


wanita di negara ini.

1. Melibatkan wanita dalam semua aspek pembangunan negara - Dari


segi sumbangan dan faedah
2. Mengelakkan berlakunya diskriminasi dalam semua situasi - Dari segi
Channel PA 900 STPM @CNM

perjawatan, gender tidak diambil kira


3. Meningkatkan sumbangan wanita dalam membuat keputusan -
Penglibatan dalam jawatan-jawatan strategik

23 Namakan dua Rancangan Malaysia yang terdapat dalam tempoh


pelaksanaan Dasar Wawasan Negara (DWN).

1. Rancangan Malaysia Kelapan 2001-2005


2. Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010

24 Berikan dua dimensi baru yang diperkenalkan dalam Dasar Wawasan


Negara (DWN).

1. Membangunkan masyarakat Malaysia berasaskan pengetahuan


2. Menjana pertumbuhan berdasarkan sumber dan kekuatan tempatan
3. Menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih
dinamik
4. Membasmi kemiskinan, dan meningkatkan kualiti hidup kelompok kecil
miskin di bandar dan pedalaman
5. Mencapai sasaran penyertaan Bumiputera dan pemilikan ekuiti
sekurang-kurangnya 30%

25 Jelaskan dua manfaat yang diperoleh oleh rakyat melalui pelaksanaan


Dasar
Sosial Negara.

1. Mendapatkan keperluan asas - Bekalan air, Elektrik, Rumah


2. Peluang untuk membangunkan potensi dan keperluan diri -
Peluang latihan - pendidikan
3. Menikmati keperluan/khidmat keperluan sosial - Rumah orang
tua/anak
4. yatim - Pusat Pemulihan Penagih Dadah

26 Berikan empat cara Dasar Kebudayaan Kebangsaan dapat


menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

1. Mengamalkan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi


2. Saling menghormati kepelbagaian budaya
3. Sanggup menerima perbezaan pendapat/pandangan/buah fikiran
4. Berkongsi bersama satu gaya hidup/berkongsi satu gaya hidup
5. Mengamalkan nilai murni yang menjamin perpaduan

27 Jelaskan dua prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

1. Berteraskan kebudayaan rakyat asal – budaya penduduk asal rantau


ini dijadikan sebagai panduan dalam kebudayaan kebangsaan
2. Menerima unsur kebudayaan lain – penerimaan dan penyerapan
Channel PA 900 STPM @CNM

budaya lain yang sesuai dan tidak bercanggah dengan perlembagaan


serta prinsip-prinsip Rukun Negara.
3. Islam sebagai unsur penting – Islam menjadi asas dalam pembentukan
kebudayaan kebangsaan

28 Nyatakan tiga rasional peggubalan Dasar Pendidikan Negara.

1. Keperluan pembangunan Negara


2. Identiti kebangsaan
3. Perpaduan

29 Nyatakan tiga amalan Dasar Bersih, Cekap, dan Amanah dalam tugas
harian

1. Menjaga kualiti kerja


2. sikap berkecuali
3. mempunyai nilai moral yang tinggi
4. tidak cemburu atau dengki
5. mengelakkan pembaziran
6. tidak pecah amanah
7. mengelak mengambil rasuah
8. telus
9. Berintegriti
10. menepati masa
11. Ikhlas
12. Jujur

30 Nyatakan dua teras dan jelaskan strategi teras-teras tersebut dalam


Dasar Bioteknologi Negara

1. Pembangunan bioteknologi pertanian- Memperluas nilai penciptaan


dalam sektor pertanian melalui bioteknologi
2. Pembangunan teknologi dalam penjagaan kesihatan-
Menggunakan kelebihan biodiversiti negara untuk membangunkan
produk kesihatan asli, tennasuk memban Malaysia menembusi
pasaran biogenerik
3. Pembangunan teknologi dalam sektor perindustrian- Memastikan
pertumbuhan dalam aplikasi pemprosesan bio termaju dan teknologi
bio pembuatan.
4. Penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengambilalihan
teknologi
Strategi :Menubuhkan pusat kecemerlangan dalam institusi R&D
sedia ada melalui kerjasama antara kumpulan penyelidik pelbagai
bidang
5. Pembangunan sumber tenaga manusia / modal insaniah- Membina
kemampuan sumber tenaga dalam bidang bioteknologi melalui
pelbagai skim khas, program, dan kursus latihan
Channel PA 900 STPM @CNM

6. Pembangunan prasarana kewangan -Menawarkan dana 'makmal ke


pasaran' dan insentif untuk menggalakkan penglibatan ahli akademik,
sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan dalam bidang
bioteknologi
7. Pembangunan kerangka kerja prosedur dan perundangan-
Mewujudkan persekitaran kondusif melalui penyemakan kerangka
kerja prosedur dan perundangan secara berterusan selaras dengan
standard global .
8. Membangunkan prosedur perlindungan harta intelek bagi menyokong
aktiviti R&D dan pengkomersialan
9. Kedudukan strategik- Mewujudkan strategi pemasaran global untuk
membina jenama bioteknologi Malaysia yang diiktiraf

31 Huraikan dua bidang yang diberi tumpuan dalam Program Transformasi


Ekonomi.

1. Bidang minyak gas dan tenaga iaitu Msia mempunyai potensi utk
membangunkan sumber tenaga alternatif spt nuklear, solar dan hidro
bagi mengatasi penyusutan dlm pengeluaran gas asli domestik
2. Bidang minyak sawit iaitu Msia perlu meningkatkan produktiviti huluan
sambil mengguna sepenuh potensi serta peluang hiliran sedia ada bagi
mengekalkan pertumbuhan mapan dlm sektor tersebut
3. Bidang perkhidmatan kewangan iaitu kerajaan menyasar utk
mengembangkan sektor perkhidmatan kewangan Msia utk memenuhi
perniagaan dan pengguna dlm ekonomi berpendapatan tinggi
4. Bidang pelancongan iaitu bagi meningkatkan sektor tersebut, sektor
pelancongan perlu membangun dan menaikkan penawaran dan
perkhidmatan serta mempertingkat kesalinghubungan ke pasaran dunia
5. Bidang perkhidmatan perniagaan iaitu menjelang tahun 2020,
kerajaan berharap sektor perkhidmatan perniagaan menyumbang lebih
kurang 20% kpd KDNK negara dan pekerjaan serta 14% kpd eksport
6. Bidang elektrik dan elektronik iaitu kerajaan menyasar utk
memperkukuh keupayaan sektor elektrik dan elektronik Msia
7. Bidang pemborongan dan penciptaan iaitu sektor tersebut akan
menjadi pemacu utama penggunaan domestik yg seterusnya akan
menerajui
8. pertumbuhan ekonomi Msia (kesemuanya ada 12 bidang)

32 Berikan tiga objektif utama Dasar Pensyarikatan Malaysia.

1. Menghapuskan salah faham antara sektor awam dengan sektor


swasta
2. Menggalakkan perkongsian dan pertukaran maklumat antara sektor
awam dengan sektor swasta
3. Mewujudkan kerjasama yang erat dan berkesan antara sektor awam
dengan sektor swasta dalam usaha membangunkan negara untuk
faedah bersama
Channel PA 900 STPM @CNM

33 Terangkan dua dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memupuk


perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

1. Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan.


Semua sekolah menggunakan sistem persekolahan yang sama, bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang sama,
kurikulum yang sama dan peperiksaan yang seragam

2. Melalui Dasar Kebudayaan Kebangsaan.


Panduan pembentukan dan pengekalan identiti rakyat Msia untuk
mengukuhkan perpaduan kaum dengan memelihara keperibadian
bangsa

3. Melalui Dasar Sukan Negara.


Memupuk dan mengeratkan perpaduan kaum melalui aktiviti sukan.

34 Nyatakan tiga cabaran negara akibat Revolusi Perindustrian Keempat


(Industri 4.0)
1. Menambahbaik infostruktur/prasarana teknologi dan komunikasi
2. Penyediaan tenaga kerja mahir (khususnya berkaitan teknologi digital)
3. Perlu menghadapi risiko perubahan pasaran kerja
4. Penambah baikkan pengurusan dan pentadbiran kerajaan
5. Perlu menjadikan rakyat Malaysia celik IT
6. Perlu membudayakan rakyat Malaysia dengan gaya hidup baharu
(media sosial dsb)

35 Senaraikan empat kriteria yang perlu dipenuhi oleh produk peralatan


dalam Dasar Teknologi Hijau.

1. Menjimatkan tenaga dan sumber asli.


2. Meminimumkan degradasi kualiti persekitaran.
3. Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.
4. Mempunyai pembebasan gas rumah hijau yang rendah atau sifar.

36 Berikan empat contoh dasar awam yang berkaitan dengan sosial dan
budaya Negara.

1. Dasar Pendidikan Kebangsaan


2. Dasar Bersih, Cekap Dan Amanah
3. Dasar Wanita Negara
4. Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran
Channel PA 900 STPM @CNM

37 Berikan perbandingan antara Penswastaan dengan Persyarikatan


Malaysia.
(perbandingan --- mesti ada persamaan dan perbezaan)

a. Persamaan:
- Kedua-dua melibatkan pihak kerajaan dan pihak swasta
- Kedua-dua menubuhkan jawatankuasa/panel sebagai jentera
pelaksanaan

b. Perbezaan
- Penswastaan melibatkan perpindahan pengurusan dari pihak
kerajaan ke swasta manakala Persyarikatan melibatkan
kerjasama antara kerajaan dan swasta.
- ]Penswastaan untuk meringankan beban kerajaan manakala
Persyarikatan bertujuan merapatkan hubungan antara sektor
swasta dan awam untuk kerjasama yang lebih erat

Senaraikan dua bentuk penswastaan di Malaysia.


a. Secara kontrak
b. Secara perniagaan
c. Penglibatan bersama
d. Secara Pajakan

38 Nyatakan empat strategi yang diambil oleh kerajaan di dalam Dasar


Perbandaran Negara untuk mengurus peningkatan jumlah penduduk
bandar pada tahun 2020
1. Mewujudkan pusat bandar yang teratur
2. Mengadakan satu rangkaian pusat bandar yang lebih pada
3. Mengadakan rangkaian perhubungan bandar dan luar bandar
4. Mempercepatkan proses perbandaran
5. Menggalakkan lebih ramai penduduk menyertai pelbagai kegiatan
ekonomi

39 Nyatakan 4 kepentingan Wawasan 2020 terhadap negara.

1. Merupakan pernyataan visi dan misi nasional


2. Menetapkan hala tuju pembangunan negara
3. Merupakan konsensus nasional dalam kalangan rakyat
4. Menentukan agenda pembangunan nasional

40 Jelaskan dua pembolehdaya Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030


untuk menjadikan Malaysia terus membangun secara mampan dan adil
agihan kemakmuran ekonominya.

1. Modal kewangan- Pengembangan perniagaan melalui pembiayaan


holistik serta mesra industri kecil dan sederhana (IKS)
2. Keberkesanan penyampaian instruksi- Penambaikan pelaksanaan
Channel PA 900 STPM @CNM

inisiatif dan program


3. Kemampanan fiskal- Pengurusan kewangan kerajaan yang mampan
bagi mengukuhkan keyakinan pelabur dan pasaran
4. Tadbir urus baik (TUB) dan integriti - Pengukuhan TUB melalui
ketelusan dan akauntabiliti bagi meningkatkan kepercayaan rakyat
5. TVET- Peningkatan tenaga kerja berkemahiran dan berpendidikan
tinggi
6. Data raya- Menggubal dasar mengikut data dan fakta empirikal di
bawah satu sistem data yang bersepadu
7. Kelestarian- Pembangunan negara yang mesra alam serta
menekankan pemulihan dan pemuliharaan sumber asli
8. Masyarakat berpengetahuan- Masyarakat pembelajaran sepanjang
hayat melalui pembelajaran berterusan

41 Senaraikan tiga dasar ekonomi bersifat afirmatif untuk melahirkan


masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera.

1. Dasar Ekonomi Baru (1970-1990) / DEB


2. Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) / DPN
3. Dasar Wawasan Negara (2001-2010)
4. Model Ekonomi Baharu (2011-2020) / MEB / Model Baharu Ekonomi
(MBE)

Nota : Dasar Ekonomi Bersifat Afirmatif (Dasar yang digubal untuk


memperbetulkan keadaan atau fenomena ketidakseimbangan sosial ekonomi yang
wujud dalam sesebuah masyarakat)

42 Nyatakan tiga dasar yang berkaitan dengan tadbir urus negara.

1. Dasar Pandang ke Timur


2. Dasar Penswastaan
3. Dasar Kepimpinan Melalui Teladan
4. Dasar Bersih, Cekap dan Amanah
5. Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam

43 Nyatakan tiga objektif Dasar Perindustrian Berat

1. Mengimport dan menyerap teknologi yang lebih canggih


2. Mengelakkan pergantungan pada barang-barang dan teknologi asing
secara berterusan.
3. Mempelbagaikan dan memperkukuh eksport barang-barang Malaysia
4. Meningkatkan keupayaan industri kecil dan industri sokongan
5. Mewujudkan peluang untuk para pekerja dilatih dalam bidang
kejuruteraan dan kemahiran.
Channel PA 900 STPM @CNM

44 Nyatakan empat prinsip dalam Dasar Alam Sekitar Negara

1. Pengawasan alam sekitar


2. Pemuliharaan ketahanan dan kepelbagaian alam
3. Peningkatan berterusan kualiti alam sekitar
4. Penggunaan mapan sumber-sumber asli
5. Membuat keputusan bersepadu
6. Peranan sektor swasta
7. Komitmen dan kebertanggungjawaban
8. Penyertaan aktif dalam masyarakat antarabangsa

45 Huraikan dua rasional kerajaan memperkenalkan konsep Sukan Untuk


Semua di negara kita

1. Perpaduan rakyat semakin rapuh pada hari ini


2. Taraf kesihatan rakyat Malaysia semakin merosot sejak kebelakangan
ini
3. Masalah gejala sosial semakin meningkat dalam kalangan golongan
remaja kita
4. Jati diri rakyat Malaysia semakin terhakis dewasa ini

46 Nyatakan empat objektif penggubalan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam.

1. untuk membetul sikap positif seperti rajin bekerja, tekun, bersih, cekap,
amanah, dedikasi, berdisiplin, jujur, bertimbang rasa dan adil
2. untuk menghapuskan sikap negatif seperti tidak bertanggungjawab,
rasuah, menyeleweng dan menyalahgunakan kuasa
3. untuk mewujudkan sistem pentadbiran yang bersih, cekap dan amanah
4. untuk melahirkan satu masyarakat yang bermaruah tinggi

47 Huraikan dua objektif Dasar Sukan Negara diperkenalkan.

1. Membentuk masyarakat yang sihat, berdisiplin, dan bersatu padu


- melalui penyertaan yang meluas dan peluang yang lebih baik dalam
sukan bagi semua peringkat masyarakat
2. Menyediakan pelbagai peluang dan kemudahan sukan- bagi
memenuhi keperluan asasi sosial, psikologi, dan fisiologi individu
melalui sukan
3. Membangunkan dan meningkatkan pengetahuan dan amalan
sukan- bagi kepentingan kebajikan sosial individu dan nikmat masa
senggang dalam kalangan masyarakat
4. Mencapai kecemerlangan ke tahap tertinggi dengan semangat
kesukanan yang tinggi- hal ini dengan harapan dapat meningkatkan
muhibah dan imej negara
5. Melahirkan ahli sukan Malaysia yang bertaraf dunia dalam sukan
berprestasi tinggi - hal ini dapat meningkatkan imej dan mempromosi
negara ke peringkat dunia
Channel PA 900 STPM @CNM

48 Senaraikan empat strategi pelaksanaan bagi menjayakan Dasar


Pendidikan Kebangsaan.

1. Memperluas pendidikan vokasional


2. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan
3. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama
4. Mempertingkat pendidikan kerohanian, moral dan disiplin
5. Mengadakan peluang pendidikan asas selama sebelas tahun
6. Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama
7. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi
semua jenis sekolah Melicinkan mutu pendidikan dengan menyediakan
pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu
8. Mempelbagai kemudahan pendidikan di peringkat universiti dalam
bidang sastera gunaan dan sains gunaan
9. Menyediakan pendidikan rendah mengikut KBSR berasaskan 3M dan
KBSM yang diperkenalkan mulai tahun 1989
10. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu pengagihan
secara adil bagi kawasan bandar dan luar bandar

49 Nyatakan empat manfaat pelaksanaan Dasar Sukan Negara terhadap


masyarakat.

1. Membina masyarakat yang sihat dan cergas dari segi fizikal, mental
dan spiritual
2. Memupuk perhubungan dan penyatuan masyarakat dalam kalangan
rakyat pelbagai kaum @ keturunan @ status sosial
3. Menggalakkan pembinaan kualiti mental masyarakat seperti semangat
berdikari dan berdisiplin
4. Mencegah jenayah dan aktiviti liar melalui penggunaan masa lapang
yang berfaedah
5. Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara
melalui industri sukan, rekreasi dan pelancongan

50 Untuk memajukan negara, penekanan kepada perindustrian berat amat


penting.
Kemukakan tiga ciri perindustrian berat

1. Teknologi canggih / moden


2. Tenaga buruh mahir ramai
3. Kos yang tinggi
4. Mana-mana 3 idea/isi
Channel PA 900 STPM @CNM

51 Nyatakan 4 pendekatan Dasar Pembangunan Nasional (1991- 2000)


mengekalkan kelangsungan semangat Dasar Ekonomi Baharu (1970-
1990).

1. Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera


2. Melibatkan sektor swasta dalam proses penyusunan semula
masyarakat
3. Menekankan pembangunan sumber manusia yang berdaya saing
4. Menyediakan latihan untuk melahirkan usahawan bumiputera
5. Memberi penekanan terhadap strategi pembasmian kemiskinan dalam
kalangan golongan miskin tegar selain mengurangkan kemiskinan relatif

52 Objektif umum Pelan Integriti Nasional adalah untuk merealisasikan


cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu membentuk masyarakat yang kukuh
ciri moral dan etikanya. Jelaskan dua nilai yang terkandung dalam Pelan
Integriti Nasional.

1. Amanah- Setiap tugas hendaklah disempurnakan dengan penuh


tanggungjawab dan ikhlas.
2. Benar- Setiap amalan, tindakan dan perilaku hendaklah berasaskan
kebenaran, undang-undang dan peraturan.
3. Bijaksana- Setiap tugas dan tanggung jawab perlu dilaksanakan secara
bijak berpandukan ilmu, kemahiran, dan tahap profesionalisme yang
tinggi.
4. Telus- Setiap tindakan dan keputusan hendaklah dibuat melalui proses
yang telus dan perlu dihebahkan kepada pihak yang berhak selagi tidak
bercanggah dengan undang-undang dan peraturan.
5. Adil- Membuat pertimbangan yang saksama dan sama rata dalam
setiap tindakan dan keputusan berasaskan undang-undang, peraturan
dan fakta yang tepat dan lengkap.
6. Bersyukur- Menunjukkan sikap berterima kasih dan menghargai
kejayaan , pencapaian dan anugerah yang diperoleh.

53 Nyatakan empat sasaran yang perlu dicapai dalam Pelan Integriti


Nasional (PIN)
1. mengurangkan gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan
2. meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian khidmat awam,
mengatasi karenah birokrasi dan penyelewengan
3. meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan
4. memantapkan institusi keluarga
5. meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat

54 Huraikan dua aspirasi sistem dalam Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia
1. Akses - 100 % enrolemen merentas semua peringkat pendidikan
daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020
2. Kualiti- Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran
Channel PA 900 STPM @CNM

antarabangsa dalam tempoh 15 tahun


3. Ekuiti- 50 % pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar
bandar,sosioekonomi,gender) menjelang tahun 2020
4. Perpaduan- Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian
pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai
kepelbagaian
5. Kecekapan- Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid
mengikut peruntukan sedia ada

55 a) Berikan dua strategi yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat


Dasar Pandang ke Timur

1. Perubahan Struktur
2. Perubahan Sikap
3. Latihan dan Kursus

b) Jelaskan dua kesan yang wujud jika strategi-strategi berkenaan


berjaya dicapai

1. Mewujudkan tenaga kerja yang berkualiti


2. Mewujudkan masyarakat yang berintegriti/nilai moral tinggi
3. Mewujudkan pemimpin yang berwawasan/teladan yang baik
4. Mewujudkan persekitaran budaya kerja cemerlang
5. Pemantapan tadbir urus kerajaan
6. Meningkatkan daya saing
7. Meningkatkan kecekapan tenaga kerja
8. Meningkatkan produktiviti

56 Nyatakan tujuan pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara


(NKRA)

1. Memastikan elemen kebertanggungjawaban yang serius wujud dalam


kalangan anggota pentadbiran dan penjawat awam.

Nyatakan tiga bidang NKRA pengurangan jenayah yang telah


dikenalpasti
1. Jenayah jalanan
2. Keselamatan awam
3. Peningkatan prestasi agensi penguatkuasaan

57 Jelaskan dua strategi bagi mencapai matlamat Dasar Peningkatan


Daya Pengeluaran Negara .

1. Membaiki sistem dan organisasi - Pembaikan dari segi objektif


, strategi dan tatacara kerja , sistem maklumat dan sistem yang
menghapuskan kelemahan organisasi.
Channel PA 900 STPM @CNM

2. Mengguna teknologi yang sesuai - Penekanan terhadap


pemindahan teknologi secara berkesan supaya negara kurang
bergantung pada sumber-sumber teknologi dari luar.
3. Menerap nilai-nilai baharu - Penyemaian nilai-nilai dan etika
kerja yang positif seperti dedikasi dalam seluruh peringkat
organisasi.
4. Menggubal dasar-dasar baharu - Dasar-dasar yang dapat
membantu pencapaian matlamat peningkatan daya pengeluaran
, misalnya Dasar Pandang ke Timur , Dasar Perindustrian Berat ,
Dasar Penswastaan dan Dasar Persyarikatan Malaysia .
58 DASAR KEPENDUDUKAN NEGARA
- Disarankan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad
pada September 1982
- Untuk mencapai matlamat negara Malaysia mempunyai 70 juta
penduduk pada tahun 2100

( a ) Nyatakan dua implikasi positif pelaksanaan dasar tersebut .

1. Meningkatkan penglibatan wanita dalam sektor ekonomi


2. Bekalan tenaga buruh tempatan yang mencukupi
3. Mengurangkan penggantungan terhadap buruh asing
4. Pasaran tempatan yang luas
5. Pertahanan negara yang kuat
6. Pembangunan aktiviti pertanian, perindustrian dan perkhidmatan

( b ) Nyatakan juga dua implikasi negatif pelaksanaan dasar


tersebut .

1. Kekurangan peluang pekerjaan - pengangguran berlaku


2. Pertambahan beban kerajaan bagi menyediakan kemudahan
asas terhadap penduduk
3. Kepadatan penduduk terutamanya di kawasan bandar
4. Peningkatan masalah sosial
5. Kekurangan kemudahan kesihatan, perubatan dan pendidikan
6. Masalah perumahan

59 Terangkan 2 Teras Dasar Agromakanan (2011-2020).

(a) Teras Kedayasaingan


• Penerokaan pertanian bernilai tinggi
• Peningkatan pengeluaran dan produktiviti
• Penglibatan pihak swasta sebagai pemacu
pertumbuhan
• Pengukuhan R&D dan inovasi
Channel PA 900 STPM @CNM

(b) Teras Kemampanan


• Penyediaan menghadapi impak perubahan iklim
• Perluasan amalan mesra alam
• Pengurusan bahan sampingan/buangan
• Pembangunan sumber manusia berkualiti
• Pemakanan untuk kesihatan

60 Pelan Pembangunan Pendidikan Negara, 2013-2025 menggariskan


enam ciri yang perlu ada pada setiap murid agar berupaya bersaing
pada peringkat global. Huraikan dua ciri tersebut.

1. Pengetahuan
● Murid perlu menguasai kemahiran literasi dan numerasi di
samping subjek teras seperti Sains dan Matematik.
● Murid perlu didedahkan tentang pengetahuan am mengenai
Malaysia, Asia dan dunia melalui subjek Sejarah, Kemanusiaan
dan Geografi.
2. Kemahiran Berfikir
● Murid diterapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan
pelbagai disiplin ilmu
● Menguasai kemahiran kognitif termasuk penyelesaian masalah,
penaakulan, pemikiran kreatif dan inovatif.
3. Kemahiran Memimpin
● Kebolehan untuk memimpin dan bekerja dengan orang lain sangat
penting
● Kepimpinan merangkumi empat dimensi iaitu keusahawanan,
berdaya tahan, kecerdasan emosi dan kemahiran komunikasi
berkesan.
4. Kemahiran Dwibahasa
● Sekurang-kurangnya menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris
● Kementerian menggalakkan murid mempelajari bahasa lain
sebagai tambahan.
5. Etika dan Kerohanian
● Membentuk individu penyayang yang menyumbang kepada
kesejahteraan dan keharmonian negara
6. Identiti Nasional
● Terikat dengan prinsip Rukun Negara
● Setiap murid berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa
mengira agama, bangsa dan status ekonomi.

You might also like