Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

` Ruj Tuan :

Ruj. Kami : JPNK.600-3/4/4 Jld.6 (25)


Tarikh : 19 Mac 2023

Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah Negeri Kedah.

Tuan,

PEMAKLUMAN PERTANDINGAN KEDAH JUNIOR MATHEMATICS OLYMPIAD ONLINE QUIZ


COMPETITION 2023

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Jabatan
Pendidikan Negeri Kedah akan menganjurkan pertandingan Kedah Junior Mathematics Online Quiz
Competition 2023 secara dalam talian seperti ketetapan berikut:

Tarikh Pertandingan: 25 Mac 2023 (Sabtu)


Masa Pertandingan: 10.00 pagi – 11.00 pagi
Pautan Pertandingan: t.ly/5BTbZ

3. Untuk makluman pihak tuan, pertandingan ini adalah untuk menguji kemahiran murid dalam
matematik olimpiad dan memberi peluang kepada murid untuk mendapat sijil penyertaan peringkat
negeri. 50 orang murid dengan markah tertinggi akan disaring secara bersemuka untuk persediaan ke
pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Soalan di dalam pertandingan ini adalah di
dalam Bahasa Inggeris sahaja. Murid tuan dimohon untuk log masuk ke akaun MOE-DL terlebih
dahulu sebelum akses ke pautan pertandingan.

4. Sebarang maklumat lanjut berkaitan perkara ini pihak tuan boleh berhubung dengan pegawai
yang menguruskan di Jabatan Pendidikan Negeri Kedah iaitu Encik Zuherly Zolkapali, Penolong
Pengarah Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid di talian 04-7745 174 / 014-9090
844.

Perhatian dan kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

(SABRI BIN OSMAN, BCK.)


Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembangunan Murid)
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
b/p: Pengarah Pendidikan Kedah

s.k.: 1. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

ZZ/ProgramSTEMKedah/locald
JPNK.600-3/4/4 Jld.6 (25)
PERKARA: PEMAKLUMAN PERTANDINGAN KEDAH JUNIOR MATHEMATICS OLYMPIAD ONLINE
QUIZ COMPETITION 2023
____________________________________________________________________________________

LAMPIRAN

You might also like