Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH

LAPORAN KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 2 2021

TAJUK:

LAPORAN KAJIANPEMANASAN GLOBAL DI LOT 3055 BATU 5 JALAN


GAMBANG KAMPUNG BARU PERMATANG BADAK

NAMA: DAENG MUHAMMAD ZAAKHIR BIN


JAMALUDDIN

KELAS: 2 MAKMUR

NAMA GURU: ENCIK ZAINUDDIN BIN MAT TAHAR


JADUAL KERJA

HARI/TARIKH AKTIVITI CATATAN


1. 06/09/2021  Cikgu Zainuddin telah  Dijalankan di
memberi taklimat tentang dalam kelas
kerja lapangan yang pdpr pada pukul
bertajuk kesan-kesan 9.30-10.30 pagi
pemanasan global di Lot di Microsoft
3055 Batu 5 Jalan Gambang Teams.
Kampung Baru Permatang
Badak,Kuantan,Pahang.
2. 19/09/2021  Saya telah mencari  Dijalankan di
maklumat tentang tajuk rumah pada
pemanasan global di dalam pukul 2.00
buku teks dan di internet. petang.
 Saya telah membuat jadual
kerja.

3. 26/09/2021  Saya telah menulis objektif  Dijalankan di


kajian. kawasan rumah
 Saya telah pergi meninjau di pada pukul 4.30
kawasan rumah saya. petang.
 Saya telah menulis kaedah
kajian.
4. 02/10/2021  Saya telah menulis latar  Dijalankan di
belakang kawasan,definisi rumah pada
pemanasan pukul 3.00
global,punca,kesan petang.
pemanasan global,senarai
rujukan dan lampiran
 Folio siap
ISI KANDUNGAN M/S
1.0 PENGHARGAAN
2.0 PENDAHULUAN
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
4.0 KAEDAH KAJIAN
5.0 LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN
6.0 HASIL KAJIAN
6.1 DEFINISI PEMANASAN GLOBAL
6.2 PUNCA PEMANASAN GLOBAL
6.3 KESAN PEMANASAN GLOBAL
7.0 RUJUKAN
1.0 PENGHARGAAN

Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 2.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua SEMSAS, Encik Mazlan bin Sariyeo kerana
memberi kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan ini. Saya juga ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya, iaitu Encik Zainuddin Bin Mat
Tahar kerana telah membantu saya dalam penyediaan laporan kerja lapangan ini. Penyediaan
laporan ini merupakan hasil komitmen daripada beliau.

Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kakak saya, iaitu
Siti Nuur Tuan Zainab binti Jamaluddin dan Siti Khadijah Tuan Afiqah binti Jamaluddin
yang membantu saya untuk menjayakan kerja lapangan ini.

2.0 PENDAHULUAN

Saya telah menjalankan kajian tentang pemanasan global di Permatang Badak, Kuantan,
Pahang.

Saya telah memilih kawasan ini kerana penduduk di kawasan ini memiliki kenderaan
bermotor seperti, motor, kereta, dan lori yang menghasilkan asap kenderaan yang menjadi
faktor pemanasan global. Selain itu, kawasan ini merupakan salah satu kawasan yang
menerima pancaran matahari yang berlebihan.

Saya telah menjalakan kajian ini selama tujuh minggu bermula pada bulan September
sehingga akhir bulan Oktober. Pengumpulan data dan maklumat dilakukan selepas waktu
pdpr. Manakala, penulisan laporan kerja lapangan dilakukan di rumah saya selepas waktu
pdpr.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Saya telah menjalankan kerja lapangan di Permatang Badak,Kuantan,Pahang bertujuan


untuk:

a) Mentakrif dan menghuraikan konsep pemanasan global.


b) Menyatakan dan menghuraikan faktor pemanasan global.
c) Menyatakan dan menghuraikan kesan pemanasan global di kawasan kajian.
d) Menghuraikan langkah-langkah mengurangkan kesan pemanasan global di kawasan
kajian.

4.0 KAEDAH KAJIAN

i. Pemerhatian

Saya menggunakan kaedah ini untuk mengetahui punca dan faktor pemanasan global di
kawasan kajian.

ii. Rujukan

Rujukan buku teks Geografi Tingkatan 2 dan sumber internet untuk mengetahui konsep
pemanasan global.
5.0 LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN

KAWASAN
KAJIAN

Rajah 1: Peta lokasi di kawasan Permatang Badak

i) Lokasi kawasan kajian:

Kawasan kajian saya adalah di sekitar Kampung Permatang Badak, Kuantan Pahang.

ii) Lingkungan kawasan kajian:


Lingkungan kawasan kajian saya adalah lebih kurang 15 kilometer persegi. Kawasan ini
adalah kawasan perumahan dan kawasan persekolahan.

iii) Bentuk muka bumi:

Bentuk muka bumi kawasan ini adalah terdiri daripada tanah pamah yang rata dan kawasan
hutan.

6.0 HASIL KAJIAN

6.1 Definisi Pemanasan Global

Pemanasan global ialah peningkatan suhu atmosfera bumi secara berterusan akibat
daripada kesan rumah hijau yang melibatkan pertambahan gas karbon dioksida (CO2),
klorofluorokarbon (CFC) dan bahan- bahan pencemar yang lain.

Kebiasaannya fenomena pemanasan global dapat dirasai dengn lebih jelas di kawasan
kutub utara dan selatan, kawasan pembangunan perindustrian, kawasan peebandaran dan
banyak lagi tempat di dunia.

6.2 Punca Pemanasan Global

i) Pembakaran secara terbuka

Aktiviti pembakaran secara terbuka ini disebabkan kegiatan manusia yang


tinggal di kawasan kampung. Hal ini menyebabkan penghasilan karbon dioksida yang
banyak.

ii) Pembebasan asap daripada kenderaan bermotor

Kenderaan merupakan suatu keperluan dan dianggap penting dalam kehidupan


manusia. Kenderaan awam seperti bas, lori dan teksi menggunakan minyak diesel kerana
harganya yang lebih murah. Namun penggunaan minyak diesel ini menyebabkan asap yang
terhasil dan dibebaskan adalah bewarna hitam dan mencemarkan udara, disamping baunya
yang menyakitkan hidung.
6.3 Kesan Pemanasan Global

Kesan daripada pembakaran secara terbuka adalah kemusnahan hutan dan


kepelbagaian biologi, gangguan aktiviti harian dan ekonomi, kemusnahan harta benda.
Keadaan ini disebabkan banyak partikel terampai yang terapung dan terperangkap di udara
sehingga menyebabkan indeks udara mencapai tahap tidak sihat.

Selain itu, asap yang dikeluarkan oleh kenderaan boleh menyebabkan berlakunya
pencemaran udara. Pencemaran udara merupakan suatu keadaan yang melibatkan pengenalan
sebarang bahan kimia, jirim, atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat atau
ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain, atau merosakkan alam sekitar ke
dalam atmosfera. Contoh pencemaran udara ialah gas karbon dioksida, sulfur dioksida,
kloroflorokarbon, logam toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif.
7.0 Rujukan

i) Buku teks

Kang Chai Yoeng. (2017) Geografi Tingkatan 2. IMS BOOKS TRADING SDN.
BHD.

ii) Internet

https://iluminasi.com/bm/5-punca-kebakaran-yang-biasa-kita-gunakan-paling-
berisiko-tinggi.html

https://my-work-global-warming.blogspot.com/

https://forum.lowyat.net/topic/4354953/all

http://suhaimiomar.blogspot.com/2013/09/masalah-pembakaran-terbuka-di-
kawasan.html

https://serulingdesatiga.blogspot.com/2012_06_01_archive.html

You might also like