Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH

KUANTAN,PAHANG

LAPORAN KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 2 2021

TAJUK:
KESAN-KESAN PEMANASAN GLOBAL DI

NAMA:NOR AFIQ IRFAN BIN NOR IKHZWAN


KELAS:2 MAKMUR
NAMA GURU: CIKGU ZAINUDDIN

LORONG BUKIT RANGIN PERDANA 37, KUANTAN, PAHANG


JADUAL KERJA
HARI/TARIKH AKTIVITI CATATAN
1 -Cikgu Zainuddin memberi Dijalankan di dalam kelas
06/09/2021 taklimat tentang kerja pdpr pada pukul 9.30-10.30
PDPR 1 lapangan yang bertajuk pagi di microsoft teams.
kesan-kesan pemanasan
global di Lorong Bukit Rangin
Perdana 37, Kuantan,Pahang.

2 -Saya mencari maklumat Dijalankan di rumah pada


08/09/2021 tentang konsep pemanasan pukul 3:00 petang.
global di dalam buku teks
geografi tingkatan 2.
-Saya membuat jadual kerja.

3 -Menulis objektif kajian. Dijalankan di kawasan rumah


13/09/2021 -Saya pergi memerhati di pada pukul 5:30 petang
sekeliling Kawasan rumah
saya.
-Saya menulis kaedah kajian
yang saya lakukan.
4 -Menulis latar belakang Dijalankan di rumah pada
15/09/2021 kawasan kajian, definisi pukul 12:30 petang
pemanasan global,punca,
kesan pemanasan global,
senarai rujukan dan
lampiran
-Mengemaskan folio

TAJUK: KESAN-KESAN PEMANASAN GLOBAL DI LORONG BUKIT


RANGIN PERDANA 37,KUANTAN,PAHANG
Objektif kajian
Maksud Pemanasan Global
peningkatan suhu atmosfera bumi secara berterusan akibat daripada kesan
rumah hijau yang melibatkan pertambahan gas karbon dioksida ,
klorofluorokarbon dan bahan pencemar yang lain, yang menyebabkan
peningkatan suhu bumi.
Mengenalpasti dan menghuraikan punca-punca pemanasan global di Lorong
Bukit Rangin Perdana 37,Kuantan,Pahang
Terdapat beberapa punca pemanasan global di kawasan ini
antaranya,pembebasan asap kenderaan bermotor.Ini terjadi kerana setiap hari
akan ada kenderaan lalu lalang di kawasan ini. Selain itu, pembakaran terbuka.
Ini terjadi kerana ada pihak yang membakar daun-daun di halaman rumah
mereka.Akhir sekali, kebakaran hutan secara semula jadi. Ini terjadi akibat
cuaca yang sangat panas.

Menjelaskan kesan-kesan pemanasan global di Lorong Bukit Rangin Perdana


37,Kuantan,Pahang
Terdapat beberapa kesan pemanasan global di kawasan ini antaranya udara
menjadi kering dan jerebu mudah terbentuk dan kemusnahan flora dan fauna
KAEDAH KAJIAN
1.Kaedah permerhatian
Saya telah melawat kawasan kajian pada hari Isnin 13 September 2021 pada
pukul 5:30 petang. Saya memerhati ciri-ciri fizikal dan ciri budaya yang
terdapat di sekitar rumah saya. Saya juga memerhati langkah-langkah
mengurangkan kesan pemanasan global di sekitar kawasan kajian saya. Saya
membuat pemerhatian hanya di sekitar tempat tinggal sahaja kerana
pergerakan terbatas disebabkan covid-19. Saya dapat mengesan beberapa
kesan pemanasan global di sekitar rumah saya.

2.Kaedah rujukan
Saya membuat kaedah rujukan dengan merujuk buku teks geografi tingkatan 2
di halaman 142 dan 143 untuk mencari kesan-kesan pemanasan global. Saya
juga melayari internet untuk mencari maklumat tentang kesan-kesan
pemanasana global.
LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah Lorong Bukit Rangin Perdana 37,Kuantan,Pahang .


Di kawasan kajian saya mempunyai ciri fizikal dan ciri budaya. Antara ciri fizikal
yang terdapat di kawasan kajian ialah hutan. Kawasan hutan terdapat di
belakang Kawasan ini.Selain itu,di kawasan kajian saya juga terdapat paya
bakau. Kawasan paya bakau terdapat di hadapan kawasan ini.
Kawasan kajian saya juga mempunyai ciri budaya.Antaranya,sekolah.Nama
sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Bukit Rangin.Sekolah ini digunakan oleh
penduduk disekitarnya.Selain itu,petempatan.Petempatan ini terletak di
belakang kawasan kajian ini.Nama petempatan ini ialah Kampung Bukit
Rangin.Akhir sekali,surau.Surau ini terletak di belakang kawasan kajian
ini.Surau ini selalu digunakan oleh penduduk Islam di sekitarnya.
Definisi pemanasan global
Mengikut buku teks geografi tingkatan 2 di halaman 138, maksud pemanasan
global ialah peningkatan suhu atmosfera bumi secara berterusan akibat
daripada kesan rumah hijau yang melibatkan pertambahan gas karbon
dioksida, klorofluorokarbon dan bahan pencemar yang lain, yang
menyebabkan peningkatan suhu bumi.

Punca
Di kawasan kajian, pemanasan global pula disebabkan oleh pembebasan gas
karbon dioksida daripada aktiviti pembakaran terbuka, pengangkutan dan
kebakaran hutan secara semula jadi.

Kesan-Kesan Pemanasan Global Di Lorong Bukit Rangin Perdana


37,Kuantan,Pahang
1.GANGGUAN CUACA
Peningkatan suhu menyebabkan gangguan cuaca.Gangguan cuaca boleh
memusnahkan flora dan fauna.Ini terjadi kerana cuaca terlalu panas dan
menyebabkan kebakaran hutan secara semula jadi.
2.MASALAH KESIHATAN
Meningkatkan risiko pelbagai penyakit berkaitan haba seperti kanser kulit. Ini
terjadi akibat peningkatan suhu yang tinggi. Peningkatan suhu juga boleh
menyebabkan strok haba.
SENARAI RUJUKAN
Buku Teks
Kang Chai Yoeng. (2017). Geografi Tingkatan 2. Ims Books Trading Sdn. Bhd.

Internet
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pemanasan_global
http://bukutekskssm.my/Geografi/Nota32.html
https://ms.wikipedia.org/wiki/Jerebu
LAMPIRAN

You might also like