Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Transkripsi Temu Bual dengan Ibu Bapa

Tarikh : 18 Disember 2021 (Sabtu)


Masa : 9.00 pagi hingga 9.30 pagi (30 minit)
Tempat : Kelas Pendidikan Khas, Sekolah Kebangsaan Seri Melati

Sesi temu bual ini dijalankan dengan ibu bapa subjek kajian untuk menjalankan kajian kes bagi
memenuhi keperluan kursus Ijazah Sarjana Pendidikan Khas Semester 1. Selain itu, tembu
bual juga dijalankan untuk mendapatkan pandangan ibu bapa subjek kajian tentang kategori,
simptom dan pengalaman pembelajaran anak-anak di rumah dan sekolah.

Saya Assalamualaikum puan. Saya cikgu Nazita. Saya memohon ye mengadakan


temu bual tentang Umar bagi mendapatkan maklumat bagi memenuhi tugasan
Sarjana Pendidikan di UPSI. Boleh saya mohon temu bual ini dirakamkan puan?
Ibu bapa Boleh, insyaAllah.
Saya Ok. Sebelum itu saya memaklumkanlah tujuan saya mengadakan temu bual ini
ialah untuk saya mendapatkan maklumat tentang anak puan iaitu Umar, tentang
kanak-kanak berkeperluan khas bagi saya memenuhi er...bagi saya memenuhi
tugasan saya, tugasan Sarjana Pendidikan di UPSI. Soalan pertama saya untuk
puan ialah bolehkah puan terangkan tentang latar belakang profesional puan?
Ibu bapa Saya bekerja sebagai operator pembersihan di Sekolah Kebangsaan Seri Melati.
Saya Oh... puan bekerja sebagai operator pembersihan di Sk Seri Melati. Ok..
Ibu bapa Saya dah bekerja di sini dah dekat lima tahun dah
Saya Sebelum tu, puan bekerja di mana ye?
Ibu bapa Sebelum tu saya bekerja dekat Megaview, Hotel Megaview.
Saya Hotel Megaview sebagai?
Ibu bapa Sebagai ‘housekeeping’
Saya Sebagai ‘housekeeping’. Ok.
Ibu bapa Selama tiga tahun.
Saya Selama tiga tahun. Ok. Baik, baik. Apakah tugasan dan jawatan puan sekarang?
Ibu bapa Tugas saya, saya membersihkan dan menyelenggara bangunan sekolah.
Saya Oh....
Ibu bapa Maksud dia kat kelas, pejabat, di sekitar, di sekitar kawasan sekolah.
Saya Maknanya kawasan sekolah ni di bawah tanggungjawab puanlah, dalam
bahagian pembersihkan. Ok. Besar tanggungjawab puan ye.
Ibu bapa Hahaha...Bolehlah
Saya Ok. Sekarang ni saya masuk ke soalan tentang kanak-kanak berkeperluan khas.
Ok. Boleh saya tahu er...apakah kategori kanak-kanak berkeperluan khas bagi
kategori anak puan?
Ibu bapa Yang saya tahu, yang doktor terangkan kat saya, ADHD.
Saya Oh, dia ada ADHD.
Ibu bapa Autism mild.
Saya Autism mild.
Ibu bapa Hiperaktif.
Saya Hiperaktif.Ok, ok. So, dia gabungan ye puan. Apakah simptom awal atau
masalah yang ada pada anak puan? Maksudnya bila puan sedar masalah ini
berlaku
Ibu bapa Maksudnya dalam..masa dalam kandungan takde apa masalah.
Saya Oh, masa dalam kandungan puan tak dapat mengesan apa-apa ye.
Ibu bapa Tak kesan apa-apa lagi, yang bukan di luar kita.
Saya Aa...maksudnya normal takde apa-apa. Ok. Jadi, kelahiran dia?
Ibu bapa Kelahiran dia cukup bulan, takde apa-apa masalah.
Saya Oh, takde apa masalah. Bila agaknya puan boleh rasa ade...ade..boleh kesanlah
pada Umar ni?
Ibu bapa Dia berumur lima tahun.
Saya Oh, masa dia berumur lima tahun.
Ibu bapa Cikgu dia yang suruh buat pemeriksaan kat hospital.
Saya Cikgu mana ye
Ibu bapa Cikgu di pra.
Saya Oh, cikgu pra, pra sekolah. Cikgu tu jumpa puan dan mintak buat pemeriksaan
doktor.
Ibu bapa Pakar kanak-kanak.
Saya Pakar kanak-kanak. Di mana ye puan?
Ibu bapa Di hospital...hospital Kuantan.
Saya Hospital Kuantan? Ok dan apa keputusan doktor?
Ibu bapa Er...ambil masa jugak er...dalam beberapa bulan baru dapat yang dia ni ada tu.
Saya Oh...mengambil masa beberapa bulan untuk mengenal pasti masalah ini. Ok.
Erm...apa simptom-simptom, ciri-ciri yang...yang puan rasa dia lain daripada
kanak-kanak lain.
Ibu bapa Dia hiperaktif.
Saya Dia hiperaktif.
Ibu bapa Yang aktif yang terlampau
Saya Aktif yang terlampau.
Ibu bapa Lepas tu, dia tak boleh kawal diri dia, dia tak macam budak-budak lain.
Saya A...ha...Hubungan dengan adik-beradik macamana ye puan?
Ibu bapa Dia dengan kakak dia tak boleh.
Saya Ok.Ok. Maksudnya tak ngamlah. Maksudnya hubungan yang kurang baik.
Betul? Boleh cakap macam tu?
Ibu bapa Ha
Saya Em..Apakah pengalaman pembelajaran anak puan semasa di rumah dan di
sekolah. Maksudnya puan boleh ceritalah pengalaman di rumah ni semasa di
rumah.
Ibu bapa Kalau kat rumah tu, macam biasa saya ajar dia untuk menolong saya
Saya Membantu membuat kerja rumah?
Ibu bapa A..ha.
Saya Dia ok puan maksudnya dari segi penerimaan.
Ibu bapa Ok. Boleh ikut.
Saya Ok.Ok.
Ibu bapa Sikit-sikit bolehlah.
Saya Contoh aktiviti yang biasa puan buat dengan dia?
Ibu bapa Basuh pinggan sama-sama.
Saya Basuh pinggan sama-sama.
Ibu bapa Basuh kain. Basuh kain memang dialah.
Saya Basuh kain memang tugas dia. Ok...ok. Ada tak kelebihan anak puan yang puan
nampak semasa di rumahlah sebagai ibu kan, dia ni...setiap budak kan mesti
ada kelebihan kan. Apa kelebihan dia yang puan rasa puan nampak.
Ibu bapa Dia suka cakap Bahasa Inggeris.
Saya Oh, pandai Bahasa Inggeris. Ok...ok...ok. Menyanyi boleh?menyanyi....
Ibu bapa Menyanyi sikit-sikit bolehlah.
Saya Hahaha. Aktiviti seni macam mewarna?
Ibu bapa Mewarna tak suka.
Saya Berlakon?
Ibu bapa Berlakon dia suka.
Saya Aa...berlakon dia suka.
Ibu bapa Dia suka aktiviti yang orang tengok dia.
Saya Aa...dia suka ‘public’. Maksudnya melibatkan orang ramai
Ibu bapa Dia suka orang tengok dia. Itu dia.
Saya Oh, maknanya dia ni sesuai untuk lakonan, nyanyian, tarian. Ok, ok,ok.
Ibu bapa Ha, dia suka.
Saya Pandangan puan ataupun apa yang puan rasa, pandangan tentang amalan
pembelajaran di sekolah pulak.
Ibu bapa Kat sekolah? Maksud dia?
Saya Pembelajaran di sekolah. Erm..dulu dia duduk di kelas perdana kan, sekarang
dah pindah ke kelas Pendidikan Khas. Apa pandangan puan tentang amalan
pembelajaran dia?Ada perubahan ke, macam tu.
Ibu bapa Ada perubahanlah.
Saya Ada perubahan? Contoh di bahagian apa puan.
Ibu bapa Maksudnya dia dah boleh baca. Sebelum ni dia tak boleh baca tapi dah boleh
baca dah sikit-sikit.
Saya Aa...maksudnya ada perubahan dalam kemahiran membaca, perkataan
mudahlah?
Ibu bapa Aa..
Saya Perkataan mudahlah. Contoh perkataan yang dia boleh baca.
Ibu bapa Macam saya selalu bawak dia pergi jalan-jalan kan, (p e k a n).
Saya Oh..dia dah boleh (p e k a n). Perkataan tertutup. Ok, ok, ok. Sekarang ni
soalan seterusnya, apakah harapan puan terhadap kanak-kanak berkeperluan
khas di Malaysia. Bukan Umarlah, satu Malaysia. Harapan puan sebagai
seorang ibu.
Ibu bapa Harapan saya budak-budak yang macam ni perlu diberi peluang dan ruang.
Saya Peluang dan ruang ye.
Ibu bapa Untuk dia, kerjaya dia macam orang lain
Saya Diberikan peluang dan ruang untuk berjaya seperti orang lain. Ok, ok, ok. Baik
puan. Harapan saya sebagai seorang guru pun sama, anak-anak ni diberi
peluang dan kita cungkil bakat-bakat ni ke peringkat yang mana dia mampu ke
peringkat yang lebih tinggi. InsyaAllah. Seterusnya, ada cadangan puan tentang
amalan pembelajaran terbaik bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Cadangan
puan sebagai seorang ibu, sebagai seorang insanlah, sebagai seorang individu
untuk kanak-kanak berkeperluan khas.
Ibu bapa Kat sekolah, saya rasa sediakanlah satu taman sebab budak-budak macam ni
emosi dia tak macam kita yang stabil ni. Dia mesti ada tempat yang untuk dia
meluahkan, mungkin nak luahkan apa yang dia rasa. Ada untuk dia main, ape
ke.
Saya Maksudnya di sekolah Umar takde taman ye puan.
Ibu bapa Ha, takde. Yang saya nampaklah, taman permainan untuk budak-budak.
Saya Betullah, betullah. Taman permainan ini penting ye untuk emosi.
Ibu bapa Nak stabilkan emosi diaorang. Kalau boleh untuk diaorang bertenang dulu, yelah
mungkin dalam kelas dia rasa...duduk diam. Sekurang-kurangnya bila dia keluar
tu, dia boleh tengok luar
Saya Pentinglah. Saya pun nampak kepentingan taman permainan ni untuk
perkembangan anak-anak Pendidikan Khas. Baik. Ok, seterusnya, apakah
harapan puan terhadap anak puanlah semasa membesar nanti.
Ibu bapa Harapan saya biar dia jadi anak yang baik.
Saya Jadi orang yang berjaya.
Ibu bapa Yang boleh bawak diri dia sendiri, untuk diri dia sendiri. Lepas tu, boleh
berdikari.
Saya Boleh berdikari. Baiklah puan, terima kasihlah untuk temu bual ini atas
kerjasama yang puan berikan. Semoga kita, saya sebagai seorang guru dan
puan sebagai seorang ibu bersama-sama berganding bahu untuk meningkatkan
keupayaan Umar dan anak-anak berkeperluan khas amnya.
Ibu bapa Saya jugak ucapkan terima kasih sebab bantu anak saya. Saya risau sebab dia
tak berupaya, tak boleh nak membaca, nak urus diri tapi sekarang alhamdulillah,
saya dah lega dah. Biarpun kadang-kadang...gitulah.
Saya Takpelah, kita cuba baiki dari semasa ke semasa ikut kemampuan dia.
Ibu bapa Bab pembelajaran itu saya alhamdulillah. Saya rasa ada perubahan. Terima
kasih banyak-banyak. Terima kasih cikgu.
Saya Sama-sama. Alhamdulillah.

You might also like