Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 39

Ukur Kejuruteraan (DDWQ2162)

Sem I Sesi 2022/2023


Kuliah 2 : Pelan dan Peta

Sr Gs Amir Hamzah Bin Othman


Pensyarah
Jabatan Geomatik dan Alam Bina
Pusat Pengajian Diploma,
SPACE UTM Kuala Lumpur
15/08/2022 via blackboard amirhamzah@utmspace.edu.my
Di akhir kuliah ini, pelajar akan dapat untuk :

• Membezakan antara pelan dan peta


• Mengetahui jenis, tujuan dan sifat-sifat peta dan plan
• Menerangkan elemen peta
• Menerangkan skala
• Mengenali sistem kordinat dan unjuran peta dan pelan
Objektif Ukur Kejuruteraan
• Tujuan utama sesuatu kerja ukur kejuruteraan dijalankan
adalah untuk menghasilkan pelan atau peta. Oleh kerana
pelan hanya mengandungi maklumat ukur, maka ianya
disebut Pelan Ukur (Survey plan).
• Peta mempunyai maksud seperti Pelan Ukur, tetapi yang
jelasnya ialah ianya mengandungi lebih banyak maklumat
ukur kerana skala yang digunakan adalah lebih kecil
daripada pelan, bagi meliputi kawasan kerja yang lebih
luas.

3
Kerja Pengutipan data ukur di
Penghasilan pelan ukur kejuruteraan
lapangan (data sudut, jarak,
ketinggian dan lain-lain kuantiti)

Contoh Pelan Kejuruteraan – Hasil Ukur


Kepentingan Pelan
• Sebelum membuka dan membangun usaha/majukan
kawasan baru, kerja-kerja ukur perlu dijalankan.

• Tujuannya untuk sediakan berbagai-bagai maklumat


geospatial supaya kerja-kerja perancangan dan
pembinaan dapat dijalankan dengan teratur dan
sistematik.

• Data kerja ukur (ukuran , rakaman dan lakaran tentang


paramuka) akan diproses menjadi peta dan pelan.
Sifat-Sifat Pelan atau Peta
• Sebagai asas, kita boleh mengenali plan, atau peta dengan melihat
kepada sifat-sifatnya seperti berikut :
a. Sekeping kertas, kain, atau sesuatu permukaan yang rata.
b. Suatu gambaran atau lukisan.
c. Mempunyai simbol-simbol yang ringkas.
d. Mempunyai skala tertentu.
e. Hasil daripada proses unjuran.

• Sebagai kesimpulannya, Pelan atau Peta adalah satu persembahan


2 Dimensi grafik bersimbol yang menunjukkan pelbagai fenomena
yang terdapat di permukaan bumi, hasil daripada proses unjuran
mengikut skala yang sesuai.
6
Definisi Peta
• Merupakan dokumen saintifik bagi menggambarkan
data atau maklumat butiran di atas permukaan bumi
yang telah direkodkan atau diukur yang
dipersembahkan secara lukisan grafik berskala
menerusi media cetak (kertas) atau elektronik (digital)
mengikut keperluan pengguna.

• Peta biasanya skalanya lebih kecil daripada pelan.


Simbol tanda lazim bagi peta adalah sedikit berbeza
dengan pelan bagi menggambarkan butiran.

7
Prinsip Utama Dalam Membuat Peta/Pelan adalah:

• Lukisan yang dibuat perlu jelas dan senang dibaca.


• Lukisan dibuat mengikut skala yang ditentukan di mana
setiap butiran permukaan bumi ditunjukkan mengikut
arah dan jarak yang betul.
• Setiap butiran yang digambarkan hendaklah mudah
diterjemahkan (ditafsir).

8
Syit piawai/Lembar piawai
• Lembar Piawai yang juga dikenali sebagai Peta
Kadaster disediakan mengikut format dan skala yang
telah ditetapkan oleh JUPEM. Ianya menunjukkan
sempadan lot-lot daripada Pelan Akui yang telah
diluluskan
• Setiap lembaran mempunyai nombor syit piawai dan
lot yang berbeza
Standard Sheet/Syit
Piawai
Pelan Akui

• Pelan Akui disediakan mengikut format yang telah


ditetapkan oleh JUPEM. Ciri-ciri yang ditunjukkan
adalah sempadan lot dalam pelbagai skala yang
disusun mengikut nombor Pelan Akui (PA)
• Maklumat berkaitan lot seperti lokasi, nombor lot,
keluasan lot, bearing dan jarak sempadan juga
dipaparkan
Perbezaan Plan dan Peta
Plan Peta

• Guna skala besar : 1:200 – • Guna skala kecil : 1:25,000


1:10,000 – 1:1,000,000
• Menunjukkan kawasan • Menunjuk kawasan yang
yang terhad luas
• Bentuk objek-objek • Bentuk objek-objek tidak
terang dan jelas jelas
• Jenis butiran yang • Jenis butiran tidak terhad
tertentu sahaja • Proses pengeluaran peta
• Lukisan secara terus dan melalui teknik kartografi,
mudah yang rumit dan mahal
• Proses unjuran ortogon • Proses unjuran yang rumit
yang mudah

13
Memahami plan topografi / ukur
kejuruteraan
CONTOH PELAN

20
Pelan

21
Jenis-jenis peta mengikut skala
Plan Ukur
1:200 – Kejuruteraan,
a. Plan 1:10,000 Plan akui, Plan
Hidro

Peta topografi,
b. Peta Skala 1:10,000 – Peta Jalan, Peta
Besar 1:20,000 Kadester, Peta
Bandar

c. Peta Skala Peta Topografi,


1:25,000 –
Peta Hidro, Peta
Sederhana 1:100,000
Geografi

d. Peta Skala 1:100,000 – Peta Geografik,


Kecil 1:2,000,000 Atlas

22
Jenis-jenis Peta/Plan Mengikut Maklumat
a. Peta Am (General Purpose Map) – peta yang mengandungi
pelbagai maklumat seperti butiran, sistem perhubungan, sistem
saliran, sempadan kawasan penempatan, jenis pertanian, dan
sebagainya, untuk kegunaan umum. Contohnya ialah Plan butiran
dan Peta Topografi.

b. Peta Khusus (Special Purpose Map) – peta yang mengandungi


maklumat yang tertentu sahaja. Contohnya :
i. Peta Tematik – peta yang mengandungi tema/tajuk yang
tertentu seperti taburan penduduk di sesuatu tempat,
pendapatan purata, hasil pertanian, hujan dan sebagainya
ii. Peta Geologi – peta yang hanya menunjukkan jenis-jenis tanah
di sesuatu kawasan.
23
iii. Peta Jalan – peta yang hanya menunjukkan sistem perhubungan jalan/lebuhraya
dari tempat ke tempat.
iv. Peta Hidrografi – peta yang mengandungi maklumat tentang sempadan perairan,
arah laluan kapal, kedudukan boya, ketinggian dasar laut dan sebagainya.
v. Plan Kadaster/Plan Akui – plan yang mengandungi maklumat hartanah seperti
nilai-nilai ukuran bearing dan jarak, koordinat, had sempadan, no lot, keluasan dan
sebagainya.
vi. Peta Topografi – peta yang mengandungi maklumat-maklumat tentang kedudukan
pelbagai jenis butiran, serta bentuk rupabumi (ketinggian) sesuatu kawasan.
vii. Plan Kejuruteraan – plan yang mengandungi pelbagai maklumat ukur untuk
digunakan di dalam kerja-kerja pembinaan kejuruteraan, seperti jalanraya,
bangunan, ampangan, dll. Lazimnya, plan kejuruteraan terdiri daripada beberapa
plan ukur yang lain, seperti, Plan Butiran, Plan Keratan Memanjang dan Plan
Keratan Rentas.
c. Peta Planimetrik (Planimetric Map) – peta yang mengandungi hanya maklumat
tentang kedudukan pelbagai jenis butiran di sesuatu kawasan, contohnya, Plan Akui
Peta Jalan, dan sebagainya.

24
Peta Hidrografi (Carta Nautika)

Peta Khusus
(Peta Geologi)

25
Peta Khusus (Peta Tematik)
26
Elemen Peta dan Pelan
• Plan atau peta, harus mengandungi perkara-perkara utama,
seperti berikut :
a. Skala (Scale)
b. Sistem Koordinat & Unjuran (Coordinates & Projection
System)
c. Simbol (symbol)

• Perkara-perkara yang lain yang juga terdapat pada plan dan


peta, adalah tajuk, orientasi (arah), dan juga maklumat-
maklumat penting, seperti nama Juruukur/jurutera, pelukis,
pengesah, tarikh mula-tamat kerja dan sebagainya.

27
Skala
Skala melibatkan hanya pada pengukuran jarak. Jika semua hasil
pengukuran jarak di permukaan bumi perlu ditunjukkan di atas
plan/peta, maka saiz pengukuran jarak yang sebenar mestilah
dikecilkan supaya dapat dimuatkan ke dalam satu plan. Ini adalah
kerana keluasan kawasan kerja pengukuran di padang, tidak sama
dengan saiz plan yang digunakan. Oleh itu, proses pengecilan ini
memerlukan skala.

Skala adalah satu nisbah perbandingan di antara ukuran jarak di


atas plan dengan ukuran jarak di permukaan bumi. Ia memberi
kadar pengecilan di dalam proses pertukaran jarak, dari permukaan
bumi ke permukaan plan.
Skala = Jarak di atas plan/peta
Jarak di permukaan bumi
28
Sebagai contoh, sekiranya peta tersebut mempunyai skala
1: 50 000, ini bermakna 1 inchi dalam peta bersamaan
dengan 50 000 inch pada permukaan Bumi sebenar.

Dimana, 50 000 inchi = 0.789 miles = 4166 feet


= 1269.812 meter; 1 meter=3.2808 feet

29
• Peta boleh dibezakan sama ada menggunakan skala besar
atau skala kecil
• Skala besar = 1:50 000; skala kecil = 1:300 000

30
Sistem Koordinat & Unjuran
Sistem koordinat:
1. Koordinat jejarian
2. Koordinat grid
3. Koordinat sfera

31
Unjuran peta terbahagi kepada tiga:
1. Unjuran azimut/planar
2. Unjuran kon
3. Unjuran silinder

33
Unjuran RSO vs Cassini
Simbol
• Simbol adalah tanda-tanda grafik yang diguna di atas pelan untuk
menunjukkan jenis-jenis butiran di permukaan bumi yang
diwakilinya. Ia merupakan bahasa pelan/peta yang perlu difahami
supaya pelan/peta dapat dibaca atau ditafsirkan dengan betul untuk
memberikan maklumat-maklumat yang tepat seperti yang
dikehendaki.
• Terdapat tiga jenis simbol yang digunakan di dalam pelan atau peta,
iaitu:
a. Simbol titik – contohnya; titik,tiang lampu, pokok
b. Simbol garisan – contohnya; jalan, pagar, kontur
c. Simbol keluasan/polygon – contohnya; kolam, paya, tasik, kebun

35
Simbol Titik Simbol Garisan
• - Stesen kawalan - Pagar/tembok konkrit

- Tiang Elektrik
- Jalanraya
- Pokok

Simbol Keluasan

- Bangunan

36
Kesimpulan
• Oleh kerana produk akhir ukur adalah penghasilan
pelan/peta, maka itu maklumat yang diberikan haruslah
tepat dan berguna.
• Antara elemen penting yang perlu dititik beratkan dalam
membuat pelan atau peta antaranya ialah skala dan
simbol selain persembahan pelan yang kemas.
• Pengguna pelan atau peta juga perlu ambil tahu
mengenai unjuran dan sistem koordinat yang digunakan
untuk penghasilan peta.

37
Soalan
• Berikan definisi pelan (2 Markah)
• Nyatakan 4 perbezaan antara pelan dan peta. (4 Markah)
• Berikan maksud skala. (2 Markah)
• Berikan 2 jenis unjuran peta/pelan serta tujuan disemenanjung.
• (3 Markah)
• Berikan perbezaan syit piawai dengan pelan akui. (2 Markah)
• Jelaskan perbezaan antara pelan akui dengan pelan topografi.
(4 Markah)
Thank you

39

You might also like