Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

100
KERJA KURSUS
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN
ASIA
MPU3052
Nama : NUR ZULAIKHA BINTI ZAHROLLAIL

Angka Giliran : 2021202340225

No Kad Pengenalan : 020602070080

Program : PISMP

Ambilan : JUN 2021

Kumpulan/Unit : 2.11

Nama Pensyarah Kursus : DR. BADRUL HISYAM BIN MOHD


YASIN
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar Markah
Wajaran
1. Penulisan 16 November 29 November 2021
2021
2. Pembentangan 1 Disember 2021 5 Disember 2021
berkumpulan
3. Kuiz 6 Disember 2021 9 Disember 2021
Jumlah

Saya mengaku bahawa saya telah menerima maklum balas daripada pensyarah

Tanda tangan Pelajar : Zulaikha Tarikh : 29 NOVEMBER 2021


PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-
tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : Zulaikha

Nama : NUR ZULAIKHA BINTI ZAHROLLAIL

Tarikh : 29 NOVEMBER 2021

1
PENGHARGAAN

Alhamdulillah,

Syukur keatas hadrat Ilahi, dengan izin dan limpah kurnia-Nya, saya berjaya
menyiapkan tugasan yang diberikan iaitu kerja kursus MPU3052 Tamadun Islam dan
Tamadun Asia. Pelbagai liku-liku halangan dan cabaran telah saya tempuhi demi menyiapkan
tugasan ini, namun berjaya saya laluinya dengan penuh gagah dan semangat.

Pertamanya, sekalung budi dan penghargaan diucapkan kepada Dr. Badrul Hisyam
Bin Mohd Yasin selaku pensyarah bagi subjek mata pelajaran ini. Beliau banyak membantu
saya sepanjang proses melakukan tugasan ini. Beliau banyak memberi bimbingan dan tunjuk
ajar yang berguna buat saya dan rakan-rakan sekelas. Usaha dan didikan beliau amat saya
hargai.

Seterusnya, ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada ibu bapa
dan keluarga yang tidak putus-putus memberi dorongan dan semangat kepada saya untuk
terus melangkah ke hadapan. Merekalah nadi dan pembakar semangat saya untuk berjaya
hingga ke menara gading suatu hari nanti supaya dapat membanggakan mereka.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu dari aspek perkongsian
ilmu. Rakan-rakan banyak berkongsi idea dan pendapat yang bermanfaat buat saya. Rakan-
rakan juga banyak memberikan kata-kata semangat yang memberangsangkan buat saya.
Terima kasih diucapkan buat mereka.

Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini. Diharapkan dengan ini, kerja kursus ini dapat
menjadi batu loncatan kearah kejayaan saya kelak.

2
ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGAKUAN…………………………………………………………………………………1
PENGHARGAAN……………………………………………………………………………..2
1.0 PENDAHULUAN…………………………………………………………………………4
2.0 BANDING BEZA ANTARA TAMADUN MELAYU, CINA DAN INDIA
DALAM ASPEK SOSIOBUDAYA
2.1 KEPERCAYAAN……………………………………………………………….. 4
2.2 PERKAHWINAN…………………………………………………………………6
2.3 KESENIAN………………………………………………………………………..7
3.0 KESIMPULAN…………………………………………………………………………….8
RUJUKAN……………………………………………………………………………………...9

3
1.0 PENDAHULUAN

Soiobudaya ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu
masyarakat, lahir dari pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan dalam
berbagai bidang hidup, untuk memberi kepuasan dan meransang pembangunan hidup
masyarakat itu.

Tamadun pula dapat didefinisikan sebagai sebuah keadaan masyarakat yang


didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan dan pemikiran yang merangkumi aspek sosial,
budaya dan politik yang tinggi (Kamus Dewan, 2017). Tamadun juga dapat diibaratkan
sebagai peradaban manusia di mana sesuatu bangsa atau negara maju dalam kehidupan
jasmani dan rohani. Istilah tamadun ini amat berkait rapat dengan sosiobudaya masyarakat
dalam sesebuah tamadun. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) mendefinisikan sosiobudaya
sebagai hubungan masyarakat dengan tatacara hidup sesuatu kelompok sosial.
Perkembangan sosiobudaya amat penting dalam memastikan kemajuan sesuatu tamadun
kerana ia mempengaruhi perkembangan sosial dalam sesebuah masyarakat.

Dalam konteks negara Malaysia, pertembungan dan interaksi antara tamadun


mewujudkan etnisiti yang mempengaruhi perubahan dalam aspek sosiobudaya masyarakat
di Malaysia. Menurut Shaliza Dasuki et al., (2015), apabila dua budaya yang berbeza
bertembung dan menyesuaikan diri antara satu sama lain mengikut budaya setempat, proses
asimilasi budaya berlaku. Akibatnya, wujud persamaan dan perbezaan yang ketara dari aspek
sosiobudaya dalam tamadun-tamadun berbeza iaitu tamadun Melayu, Cina dan India di
Malaysia.

2.0 BANDING BEZA ANTARA TAMADUN MELAYU, CINA DAN INDIA DALAM ASPEK
SOSIOBUDAYA

2.1 KEPERCAYAAN

Kepercayaan atau agama menjadi asas yang penting dalam pembentukan sesuatu
tamadun. Pembangunan sesuatu tamadun itu akan mengalami kepincangan sekiranya hanya
bergantung pada kemajuan sosial semata-mata. Pegangan agama juga boleh menjadi asas
kepada ketamadunan dan acuan kepada latar budaya dan masyarakat (Kamarudin, 2011).

2.1.1 PERSAMAAN

4
Ketiga-tiga tamadun mempunyai kepercayaan mereka yang tersendiri. Tamadun
Melayu majoritinya menganuti agama Islam manakala tamadun Cina majoritinya menganuti
agama Buddha dan agama Hindu dianuti oleh tamadun India. Persamaannya, setiap tamadun
dan agama mempunyai doktrin yang sama tentang kepercayaan ghaib yang tidak tercapai
dek akal manusia. Sebagai contoh, agama Islam dan agama Kristian mempunyai
kepercayaan terhadap kehidupan selepas mati. Selain itu, agama Hindu dan Buddha
mempunyai persamaan dimana mereka mempercayai konsep kelahiran semula dan karma.

2.1.2 PERBEZAAN

Semua agama mempunyai konsep kepercayaan kepada tuhan namun terdapat


perbezaan dari segi manifestasi ketuhanan dalam setiap agama. Menurut Ahmad Bashir Aziz
(2004), agama Islam merupakan agama yang dominan dalam masyarakat Melayu. Dalam
Islam, umat Islam hendaklah mengakui bahawa Allah wajib disembah sebagai tuhan yang
sebenar dan tidak boleh disekutukan dengan makhluk atau benda lain.

Bagi agama Hindu yang amat sinonim dengan kaum India pula, amalan politeisme
agama diamalkan oleh penganut agama Hindu. Menurut Razaleigh Muhamat (2003), pada
zaman kini, penganut agama Hindu mengamalkan politeisme walaupun pada asalnya agama
Hindu adalah berasaskan monotoisme. Politeisme bermaksud penyembahan kepada
pelbagai tuhan manakala monotoisme bermaksud penyembahan kepada satu tuhan atau
tuhan yang esa. Agama Hindu yang mengamalkan politeisme ini amatlah bertentangan
dengan agama Islam dan Kristian yang menyembah tuhan yang esa atau satu tuhan sahaja.
Oleh itu, jelas kelihatan perbezaan agama Hindu dengan agama lain.

Bagi tamadun Cina pula, majoriti masyarakat Cina menganuti agama Buddha. Agama
Buddha ini lahir dari Hinduisme dimana pengasasnya ialah Siddahrta Gautama Buddha.
Falsafah Buddhisme bertumpu kepada memberi panduan kepada kepada kehidupan yang
bermaruah dan etika kehidupan yang sempurna (Ahmad Bashir Aziz, 2004). Dalam agama
Buddha, matlamat penganutnya adalah untuk mencapai tahap Nirwana. Bagi mencapai tahap
ini, penganutnya perlulah melepasi tahap ‘Empat Kebenaran Mulia’ (Four Noble Truths) atau
‘penderitaan dalam kehidupan’ (circle of suffering). Untuk melepasi tahap ini pula, seorang
penganut itu perlulah melepasi 'Jalan Mulia Lapan Lapis' (The Noble Eightfold Path). Justeru
itu, jelaslah kelihatan perbezaan yang ketara diantara kepercayaan yang diamalkan oleh
setiap tamadun.

5
2.2 PERKAHWINAN

Perkembangan dan perubahan sosiobudaya turut menyentuh aspek adat istiadat


perkahwinan mengikut kaum. Istiadat perkahwinan seringkali mengalami perubahan dari
masa ke semasa.

2.2.1 PERSAMAAN

Dari aspek ini, terdapat persamaan yang ketara dimana adat yang diamalkan oleh
semua kaum di Malaysia adalah sama iaitu istiadat perkahwinan mestilah dimulai dengan adat
merisik atau meninjau. Adat merisik bertujuan untuk mengetahui latar belakang gadis yang
diingini dengan lebih lanjut serta mengenal dan menilai adab, tingkah laku dan paras rupa
sebelum melangkah ke upacara yang seterusnya (Shaliza Dasuki et al., 2015). Adat ini
diamalkan dan telah menjadi norma oleh kesemua masyarakat dalam tamadun Melayu, Cina
dan India.

2.2.2 PERBEZAAN

Perbezaan yang ketara dapat dilihat melalui upacara perkahwinan yang dijalankan.
Menurut Norhuda Salleh (2014), masyarakat Melayu menjadikan perkahwinan sebagai satu
ikatan kekeluargaan dan adalah berlandaskan syarak dan adat masyarakat Melayu.
Masyarakat Melayu amat mementingkan adat dalam perkahwinan. Sebagai contoh, tepak
sirih merupakan salah satu alat yang dominan dalam adat perkahwinan Melayu. Tepak sirih
digunakan sebagai pembuka bicara, persetujuan, penerimaan dan penolakan dalam upacara
perkahwinan. Tepak sirih digunakan dalam acara meminang dan pertunangan (Norhuda
Salleh, 2014).

Berbeza dengan adat perkahwinan Melayu, masyarakat Cina mengamalkan upacara


minum teh dalam istiadat perkahwinan kaum mereka. Istiadat ini bertujuan untuk mengenali
satu sama lain. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya
perempuan dalam keluarga lelaki di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan
kekeluargaan.

Dalam adat perkahwinan masyarakat India pula, adat parisam amat difokuskan dalam
istiadat pertunangan. Adat parisam ialah adat pemberian hadiah kepada pengantin
perempuan. Oleh yang demikian, nyatalah terdapat perbezaan yang ketara dalam adat
perkahwinan yang dijalankan oleh setiap tamadun.

6
2.3 KESENIAN

Seni kraf adalah simbolik dengan adat resam dan nilai sosial tempatan kerana ia
membawa simbol kerjasama dan rukun tetangga sesame masyarakat pelbagai kaum suatu
ketika dahulu.

2.3.1 PERSAMAAN

Diantara kaum di Malaysia, terdapat persamaan yang jelas dalam aspek kesenian.
Persamaannya ialah kesemua seni kraf dihasilkan menggunakan tangan secara sepenuhnya
atau dengan bantuan perkakas ringkas. Sebagai contoh, masyarakat Melayu menggunakan
tangan untuk menghasilkan seni kraf seperti percantengan batik, penghasilan songket dan
sebagainya. Masyarakat Cina turut menghasilkan seni kraf menggunakan tangan seperit
penulisan kailgrafi Cina manakala masyarakat India menghasilkan seni tembikar atau kolam
yang dihasilkan semasa perayaan.

2.3.2 PERBEZAAN

Setiap masyarakat kaum di Malaysia mempunyai keunikan seni kraf yang tersendiri.
Menurut Othman Yatim et al., (2006), masyarakat Melayu menpunyai keunikannya yang
tersendiri di mana masyarakat Melayu handal dalam penghasilan tekstil seperti batik dan
songket. Hal yang demikian, masyarakat Melayu lebih fokus dalam penghasilan tekstil seperti
songket. Proses penghasilan songket memerlukan kesabaran yang tinggi kerana
penenunannya yang rumit.

Beralih kepada masyarakat Cina, seni krafnya lebih tertumpu kepada penghasilan seni
kaligrafi Cina yang merupakan hasil seni halus dari tangan-tangan penulis kaligrafi yang
berbakat. Seni kaligrafi Cina dapat didefinisikan sebagai seni tulisan yang indah atau tulisan
tangan yang menghasilkan tulisan yang indah yang dianggap sebagai satu seni yang
dihasilkan menggunakan berus Cina (Makmur Harun dan Bukhari Lubis, 2014).

Masyarakat India pula amat menititikberatkan seni lukisan yang dapat dilihat melalui
penghasilan kolam yang dibuat dengan gabungan beras yang terdiri daripada pelbagai jenis
warna. Menurut Robinson (2007), kolam digunakan untuk menghias kawasan rumah, kuil dan
rumah sembahyang dengan menggunakan beras dan tepung. Seni kolam ini memerlukan
kreativiti dan kemahiran yang tinggi. Seni ini dikaitkan dengan pegangan agama dan
kepercayaan kepada tuhan Hindu.

7
3.0 KESIMPULAN

Tuntasnya, setiap tamadun dan masyarakat mempunyai persamaan dan perbezaan


yang signifikan dalam aspek sosiobudaya. Persamaan dan perbezaan inilah yang menjadikan
suatu negara itu lebih maju dan kukuh perpaduannya. Perbezaan sosiobudaya ini juga
menjadikan sesuatu negara itu kaya dengan budaya dan tradisi yang unik. Perbezaan aspek
ini juga menjadikan setiap rakyat lebih sedar dan arif dengan kontradiksi setiap kaum.
Kesannya, rakyat dapat memanfaatkan perbezaan ini untuk memajukan negara kearah yang
lebih baik.

(1184 PATAH PERKATAAN)

8
RUJUKAN

Ahmad Bashir Aziz. (2004). Nilai dan etika pengurusan: Analisa dari perspektif agama-agama
di Malaysia.

Dasuki, S., Mohd Radzi, F., Idris, N., & Abdulah, N. H. (2015). Perkembangan budaya popular
dan perubahan sosio-budaya masyarakat pasca moden: Adaptasi budaya asing dalam
perkahwinan Melayu.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamarudin, S. (2011). Kepentingan Pendekatan Kepercayaan Dan Keyakinan Kepada


Tuhan Melalui PTV. Jurnal of Edupres, 1, 249-257

Makmur Haji Harun & Muhammad Bukhari Lubis. (2014). Seni Kaligrafi Cina dan Kaligrafi
Islam. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Othman Mohd Yatim, Zainal Abidin, Mohammad Nazzri Ahmad & Mohamad Anis Abdul
Samad. (2006). Estetika Dan Keindahan Songket Melayu. Jurnal Pengajian Melayu,
17, 1-15

Razaleigh Muhamat. (2003). Kepercayaan Monoteisme di dalam Agama Hindu. Jurnal


Usuluddin, 17, 153-162.

Norhuda Salleh. (2014). Tepak sirih: Komunikasi bukan lisan dalam adat perkahwinan
Melayu. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 30.

You might also like