Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

DISEDIAKAN OLEH:

PUAN NOR AMIRAH BINTI JASMI


GURU PSS SJKT BATANG MELAKA
SJKT BATANG MELAKA

PUSAT SUMBER SEKOLAH

KERTAS CADANGAN
PEMBANGUNAN PUSAT SUMBER

1. VISI PUSAT SUMBER

Pusat Sumber adalah salah satu sistem perkhidmatan untuk membolehkan

semua pihak sekolah mencapai matlamat-matlamat kurikulum. Pusat Sumber juga dapat

membantu mempertingkatkan mutu pendidikan di samping membentuk golongan murid


dan

guru yang berilmu, kreatif, dinamik dan berdisiplin melalui aktiviti-aktiviti yang dapat

menggerakkan minda dan menjana ilmu mereka.

2. MISI PUSAT SUMBER

 Mewujudkan satu “Sumber Pelbagai Media” di sekolah untuk kegunaan guru dan
pelajar.

 Sebagai pusat mengumpul dan mengedarkan segala macam maklumat dalam


Teknologi Pendidikan yang boleh diperolehi dari Bahagian Teknologi Pendidikan
Negeri (BTPN), Kementerian Pendidikan dan lain-lain.

 Melengkapkan Pusat Sumber dengan mengintegrasikan automasi dan teknologi agar


memudahkan dan mempercepatkan pengurusan dan pentadbiran Pusat Sumber Sekolah.

3. MOTO PSS

ANDA MEMBACA ANDA BERJAYA


4. RASIONAL

Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat


bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak,
bukan cetak dan digital. Pusat Sumber Sekolah diwujudkan untuk memastikan Pusat
Sumber Sekolah mempunyai koleksi yang menepati piawaian dan terkini, diurus
dengan cekap dan berkesan, dan digunakan secara optimum bagi meningkatkan kualiti
proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi menggalakkan pelajar mudah mengakses
maklumat, sudut akses kendiri akan disediakan di dalam Pusat Sumber yang akan
menempatkan dua buah komputer yang mempunyai akses internet. Sudut permainan
dalaman juga akan disediakan untuk memupuk kemahiran pelbagai para pelajar.

5. OBJEKTIF
5.1 Memasang 2 buah pendingin hawa di bilik PSS.
5.2 Mengadakan sebuah Pusat Sumber Sekolah yang lengkap dengan beberapa
kemudahan asas yang penting supaya dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya
disamping lebih mudah dan selesa digunakan sewaktu proses PdP.
5.3 Menambah bilangan peralatan Audio Visual selaras dengan kemajuan teknologi
maklumat (ICT dalam PdP) serta kehendak Kementerian Pendidikan supaya guru-
guru dapat mewujudkan situasi dan teknik PdP yang pelbagai dan menarik serta kea
rah PEMBELAJARAN ABAD 21.
5.4 Menambah bilangan bacaan dan rujukan di perpustakaan selaras dengan fungsinya
sebagai gedung ilmu dan sumber rujukan murid-murid di sekolah.
5.5 Menambah pelbagai Bahan Bantu Mengajar yang berkualiti, mudah digunakan,
mudah disimpan, menarik, tahan lama serta serba guna lebih-lebih lagi sesuai dengan
sukatan pelajaran masa kini.
5.6 Menambahkan keceriaan PSS supaya lebih selesa dan menarik agar dapat
dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh guru-guru dan murid-murid disamping
mewujudkan situasi PdP yan pelbagai serta berlainan daripada di bilik darjah.
5.7 Mewujudakan keadaan bilik atau ruang yang sesuai serta selesa di samping peralatan
yang lengkap dan mudah digunakan (mesra pengguna)
5.8 Menyediakan PSS yang lebih kondusif dan menarik minat murid untuk lebih kerap
datang ke PSS.
5.9 Lebih menggalakan para pelajar untuk meminjam dan membaca buku di PSS.
5.10 Prestasimurid-murid dalam segala bidang dapat ditingkatkan.
6. SASARAN

Semua murid dan guru SJKT Batang Melaka

7. TEMPAT    
Bilik PSS

8. MATLAMAT

Menyediakan PSS yang lengkap dan selesa untuk kegunaan para pelajar dan guru untuk pengajaran
dan pembelajaran yang lebih berkesan.
9. SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan dari saluran wang penyelenggaraan Kementeriaan Pendidikan


Malaysia (KPM) dari tabung Lembaga Pengelola Sekolah (LPS).

10. ANGGARAN BELANJA MENGURUS.

Bil. Perkara Butiran Jumlah

1 Pengubahsuaian bilik Reka RM 20,000.00 RM 20,000.00


Bentuk & Teknologi (RBT)
dan pemulihan menjadi
perpustakaan
2 Pelan tapak PSS RM 1500 RM 1500.00
3 Barkod Scanner RM 700 X 1 unit RM 700.00
4 Desktop RM 2 500 X 3 unit RM 7500.00
5 Printer RM 500 X 1 unit RM 500.00
6 Mesin laminate RM 300 X 1 unit RM 300.00
7 Mesin binding RM 300 X 1 unit RM 300.00
8 Meja RM 500 X 2 buah besar RM 1000.00
RM 300 X 3 buah kecil RM 900.00
9 Kerusi RM 150 X 20 buah RM 3000.00
10 Pintu masuk RM 500 X 1 buah RM 500.00
11 Pendingin hawa (1.5 H.P) RM 1300 X 2 unit RM 2600.00
12 Rak bilik BBM RM 3 000 / unit RM 3000.00
13 Set sofa RM 2 000 X 1 set RM 2000.00
14 Speaker portable RM 2 500 RM 2500.00
15 DVD player RM 500 RM 500.00

JUMLAH RM 45,300.00
IMPAK

                Semoga dengan terlaksananya program naik taraf ini akan menyediakan iklim
pembelajaran yang lebih kondusif kepada para pelajar sesuai dengan transformasi
pendidikan dalam abad ke-21.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(PUAN NOR AMIRA BINTI JASNI) (PUAN MANIMALA A/P PALASAMY)


Guru Perpustakaan dan Media GURU BESAR
SJKT BATANG MELAKA

Permohonan ini Diluluskan / Tidak Diluluskan

Ulasan :

Diluluskan oleh:

_________________

(DATUK V. SUBRAMANIAM)
LEMBAGA PENGELOLA SEKOLAH (LPS)
SJKT BATANG MELAKA

You might also like