Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 25

Kelab Kesenian Dan Kebudayaan

Pengenalan
Modul Kelab Kesenian dan Kebudayaan MBK ini mengandungi empat elemen kesenian
iaitu nyanyian, seni tari, seni visual dan permainan tradisional. Setiap elemen tersebut
disertakan dengan contoh aktiviti pada waktu perjumpaan kokurikulum. Aktiviti yang
disediakan boleh diubah suai mengikut keupayaan dan kebolehan MBK. Aktiviti
kesenian dan kebudayaan dijadikan sebagai salah satu wahana dalam pembentukan
sahsiah dan jati diri MBK.

Matlamat
Memupuk bakat dan potensi MBK melalui aktiviti kesenian dan kebudayaan dan
menyemai nilai-nilai budaya masyarakat Malaysia.

Objektif
• Menyemai dan menyemarakkan seni dan budaya dalam kalangan MBK;
• Membentuk sahsiah dan jati diri MBK;
• Mengekalkan kesejahteraan dan perpaduan kaum; dan
• Menyemai sifat hormat menghormati pelbagai budaya dan kaum

Kandungan Aktiviti Kelab Kesenian Dan Kebudayaan


Mesyuarat Agung Kelab Kebudayaan Dan Kesenian
i. Pemilihan jawatankuasa Kelab Kebudayaan Dan Kesenian
ii. Pengenalan Kelab Kebudayaan Dan Kesenian
iii. Perbincangan mengenai aktiviti kelab sepanjang tahun

Nyanyian

a) Memperkenalkan nyanyian lagu Negaraku/ Negeri/ Sekolah/ Aku Negaraku/


patriotik/ nasyid/ lagu aksi
b) Menerangkan mengenai tatacara yang betul ketika nyanyian lagu-lagu ini
c) Nyanyian lagu Negaraku/ Negeri/ sekolah/ Aku Negaraku/ patriotik/ lagu
rakyat/ lagu irama Malaysia/ lagu aksi dengan pic yang tepat/ ton yang baik/
imbangan suara yang baik

13
d) Nyanyian secara solo dan berkumpulan (koir)
e) Pautan video lagu-lagu negeri di Malaysia:
https://www.youtube.com/watch?v=_uLdNEr5Azcdanlist=PLve5WOWoHI2f
W1s8fGT7B_y78_bc5-uaT
f) Bagi MBK kurang upaya pendengaran, keperluan kod tangan, visual/ video
dan penterjemah (guru) adalah diperlukan semasa menjalankan aktiviti

Rajah 4 : Senikata lagu Negaraku

Seni Tari
Seni tari adalah satu elemen kesenian yang memerlukan kemahiran pergerakan badan
mengikut bunyi muzik tertentu. Asas kemahiran tarian-tarian ini boleh diubah suai
mengikut kemampuan dan keupyaan MBK. MBK kurang upaya pendengaran,
memerlukan kod tangan, visual/video dan penterjemah (guru) semasa pelaksanaan
aktiviti. Salah satu jenis tarian tradisional yang dipilih dalam modul ini adalah tarian
endang.

Tarian Endang
Asas pergerakan Tarian Endang ialah:
a. Duduk bersimpuh
b. Rapat tangan ke dada tanda hormat
c. Pergerakan melibatkan badan, tangan dan kepala
d. Jenis pergerakan tangan
- tepuk tiga (3) serangkai (depan, dada dan atas kepala)
- tarik layang-layang
- tanam padi

14
- tuai padi
- petik buah
- dayung sampan
e. Pergerakan dari perlahan kemudian laju mengikut tempo lagu dan ulang
beberapa kali.

Rajah 5 : Tarian Endang

Seni Visual
Terdapat enam unsur seni dalam pendidikan seni visual. Antaranya ialah garisan, rupa,
bentuk, jalinan, ruang dan warna. Keenam-enam unsur ini amat penting dalam
penghasilan karya sesebuah seni mahupun dari segi seni sentuhan ataupun seni
tampak. Dalam sesebuah karya seni sekurang-kurangnya terdapat satu unsur seni.

Antara aktiviti yang boleh diperkenalhan kepada murid ialah:


Aktiviti Contoh Gambar

i. Menggambar
a. lukisan
b. catan
c. montaj
d. cetakan
e. poster

Montaj
Aktiviti Contoh Gambar

15
ii. Membuat corak dan rekaan
a. catan
b. kolaj
c. tiupan
d. ikatan dan celupan

Tiupan
iii. Membentuk dan membuat binaan
a. origami binaan bahan kitar
semula
- contoh dengan
menggunakan tin susu,
botol mineral, kertas surat
khabar, kain perca

Origami
iv. Mengenal kraf tradisional
a. tekat
b. tenunan
c. alat hiasan diri
d. batik

Alat hiasan diri

16
Permainan Tradisional
Permainan tradisional melayu yang terkenal adalah permainan congkak batu seremban
dan teng-teng. Permainan tradisional ini merupakan permainan yang dimainkan secara
kumpulan sekurang-kurangnya dua orang pemain. Modul ini mengandungi cara-cara
permainan tradisional tersebut.

Permainan Congkak

Permainan congkak memerlukan dua orang pemain yang menggunakan peralatan


papan congkak yang mempunyai lubang lima, tujuh dan sembilan. Biji guli, biji getah
atau buah saga boleh dijadikan sebagai buah congkak. Matlamat permainan congkak
adalah untuk mengumpul biji congkak terbanyak dan giliran menapak akhir.

Cara-cara permainan congkak:


a. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak,
dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung
masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang
kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan
kampung lawan.

b. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan


dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain
hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri.
Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan
kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung
tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.

c. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya


mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh
meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di
mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung
kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan
boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.

17
d. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun
giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan
berpindah kepada pihak lawan.

e. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung


dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia
dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada
pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku
kalah.

f. Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing.


Pemenang adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah
buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung
terbakar terbanyak dikira kalah.

Rajah 6 : Alat permainan congkak

Permainan Batu Seremban


Permainan batu seremban mempunyai cara bermainnya yang tersendiri. Seperti
permainan yang lain, batu seremban juga ada peringkatnya yang digelar sebagai buah.
Keseluruhannya, batu seremban mempunyai lapan peringkat iaitu batu satu hingga
batu lapan yang perlu dilalui oleh pemain sebelum dikira sebagai pemenang.

18
Cara Permainan Batu Seremban:
Batu Satu
i. Kesemua buah hendaklah diselerakkan, di mana kedudukan semua
buah tidak menyentuh antara satu sama lain.
ii. Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.
iii. Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.
iv. Proses ini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah
dikutip.

Batu Dua
i. Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu. ii.
Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.
iii. Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.

Batu Tiga
i. Buah tiga ada sedikit perbezaan.
ii. Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.
iii. Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan
serentak.

Buah Empat
i. Buah ibu akan dilambungkan ke udara.
ii. Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji
buah yang berada di lantai dengan serentak.

Batu Lima
i. Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.
ii. Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip
keempat-empat biji buah di atas lantai dengan serentak.
iii. Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa
yang sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus
diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan
disambut.

19
Batu Enam
i. Pada peringkat yang keenam, pemain akan mendapat sedikit perbezaan.
ii. Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan
menjadi buah ibu.
iii. Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu
harus ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai
hingga selesai.

Buah Tujuh
i. Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam.
ii. Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan
serentak.
iii. Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip.
iv. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan. v.
Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.
vi Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.

Buah Lapan
i. Campakkan kelima-lima batu di atas lantai.
ii. Ahli yang lain pilih satu batu untuk dilambungkan ke atas.
iii. Pemain itu harus ambil batu ini tanpa menggerakkan batu yang lain.
iv. Pemain itu harus melambungkan batu itu dan mengutip batu-batu yang
lain dengan sekali gus.

Timbang
i. Selepas seorang pemain sudah berjaya menyelesaikan Batu Lapan,
dia haruslah timbang untuk mendapat mata.
ii. Kelima-lima batu seremban diletakkan di atas tapak tangan. iii. Semua
batu seremban dilambung ke atas sambil tangan diterbalikkan. iv. Batu
seremban yang telah jatuh ke lantai tidak boleh dikutip semula. v.
Tangkap batu seremban yang ada di tangan.
vi. Batu yang dapat ditangkap = 1 mata

20
vii. Batu yang dijatuhkan = 0 mata
viii. Selepas menimbang, pemain ulangi semuanya dan bermula dengan
Batu Satu.

Tamat Permainan
i. Dalam bila-bila masa pemain itu gagal untuk menghabiskan lapan
peringkat ini, pemain ini haruslah memberikan gilirannya kepada ahli
yang lain.
ii. Jika ahlinya gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini, pemain itu
akan kembali kepada peringkat yang tidak diselesaikan bermula
daripada permulaan peringkat itu.

Rajah 7 : Batu seremban

Permainan Teng-Teng
Permainan teng-teng adalah sejenis permainan tradisional masyarakat Melayu
terutama bagi kanak-kanak perempuan. Permainan ini memerlukan gelanggang yang
berbentuk kotak, kotak 1 hingga 9 dan gundu (buah). Permainan ini memerlukan dua
hingga empat orang pemain.

Cara Permainan Teng-Teng

i. Sebelum permainan dimulakan, pemain harus mengundi siapa yang akan


pergi dahulu dan seterusnya. Kaedahnya ialah menggunakan lai lai li tam
plong.

21
ii. Untuk memulakan permainan, pemain pertama harus mancampakkan
gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak. Ini
akan berlaku dengan sama untuk pemain yang lain. Jika gundu tidak dapat
masuk ke dalam petak, giliran pemain itu dianggap mati dan pemain
seterusnya yang akan mengambil alih.

iii. Pemain dikehendaki melompat ke dalam petak-petak dengan


menggunakan satu kaki sahaja, tetapi jika ada petak yang bersebelahan
dengan petak yang lain, pemain harus melompat ke dalam petak tersebut
dengan menggunakan kedua kaki mereka.

iv. Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, mereka harus


memijak kaki kanan mereka ke petak kedua dan petak keempat akan dipijak
oleh kaki kiri mereka. Setelah itu, pemain dikehendaki melompat ke petak
ketiga denga menggunakan sebelah kaki dan seterusnya, gundu harus
dikutip di petak pertama. Pemain, untuk menghabiskan giliran mereka,
harus melompat balik ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.

Rajah 8 : Gelanggang permainan teng-teng

Asas penggunaan modul


Modul ini merupakan panduan dan rujukan untuk guru penasihat melaksanakan aktiviti
Kelab Kesenian dan Kebudayaan. Guru boleh mengubah suai masa dan aktiviti
mengikut keupayaan MBK.

22
MODUL KELAB KESENIAN DAN KEBUDAYAAN BERDASARKAN MINGGU
PERJUMPAAN (MINGGU 1 HINGGA 12)

Modul : Modul 1
Minggu : Minggu 1
Aktviti : Tajuk:
Penggunaan dan Pentadbiran -
Mesyuarat Agung
Objektif : Pelantikan jawatankuasa baharu
Bahan : Minit mesyuarat yang lepas
Masa : 3 jam
Medium komunikasi : Bahasa isyarat bagi murid kurang upaya pendengaran
Langkah 1 : i. Ucapan alu-aluan Ketua Guru Penasihat ii.
Memperkenalkan guru penasihat
iii. Menjelaskan tentang peraturan Kelab Kesenian dan
Kebudayaan iv. Taklimat keselamatan dan
disiplin murid semasa menjalankan aktiviti

Langkah 2 : i. Membincangkan dan mengesahkan minit mesyuarat kelab


yang lepas
ii. Pengesahan minit mesyuarat iii.
Perkara berbangkit
Langkah 3 : i. Memilih dan pelantikan jawatankuasa baharu. ii.
Membincangkan cadangan aktiviti Kelab Kesenian dan
Kebudayaan sepanjang tahun
Penutup : Ucapan penutupan

Syarat Pelaksanaan : Menetapkan perancangan yang terperinci

Latihan/ Pengukuhan/ : Galakkan MBK berkomunikasi dua hala Intervensi

Catatan:
Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang
dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.

23
Modul :

Minggu :

Aktviti : Objektif :
Modul 2
Minggu 2
Pengenalan Kelab
Penerangan berkaitan perancanagan kelab dan aktiviti yang
akan dijalankan sepanjang tahun
Bahan : Televisyen/ video/ kertas A4/ pen penanda
Masa : 3 jam
Medium komunikasi :
Langkah 1 : i. Guru menerangkan berkaitan elemen dalam kelab
kesenian
ii. Setiap murid diminta memberi perhatian dan mengetahui 3
elemen – nyanyian/ tarian dan seni visual
Langkah 2 : i. Tayangan video tarian tradisional ii.
Mendengar lagu rakyat/patriotik iii.
Perbincangan jenis-jenis seni visual
Langkah 3 : i. Perbincangan dalam kumpulan kecil:
- Menyenaraikan jenis tarian tradisional/ lagu
rakyat/ patriotik ii. Pembentangan perbincangan
iii. Guru memberi ulasan berkaitan pembentangan hasilan
perbincangan

Penutup : MBK menyatakan peranncangan kelab/ persatuan secara lisan

Syarat Pelaksanaan : Menetapkan perancangan yang terperinci

Latihan/ Pengukuhan/ : Galakkan MBK berkomunikasi dua hala Intervensi

Catatan:
Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang
dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.

24
Modul :

Minggu :

Aktviti : Objektif :

Modul 3
Minggu 3
Nyanyian
Murid mampu menyanyikan lagu sekolah/ negeri/ Negaraku
Bahan : lirik lagu sekolah : CD/ youtube/ telefon bimbit
Masa : 3 jam
Medium komunikasi : MBK kurang upaya pendengaran memerlukan jurubahasa dan
bahasa isyarat
Langkah 1 : Kumpulan (dalam kelas):
i. Pembahagian kumpulan
ii. Membaca lirik lagu sekolah/ negeri/ Negaraku

Langkah 2 : Kumpulan (dalam kelas):


i. Menyanyi lagu sekolah/ negeri/ Negaraku dengan muzik
ii. Menyanyi lagu sekolah/ negeri/ Negaraku tanpa muzik
Langkah 3 : Kumpulan:
i. Latihan nyanyian lagu sekolah/ negeri/ Negaraku di
tapak perhimpunan
ii. Menyanyi lagu sekolah/ negeri/ Negaraku sambil
upacara menaikkan bendera
Penutup : MBK membaca lirik lagu beramai-ramai

Syarat Pelaksanaan : Menetapkan masa untuk membaca lirik


Latihan/ Pengukuhan/ : Galakkan semangat patriotik dan menyayangi lagu Negaraku
Intervensi

Catatan:
Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang
dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.

25
Modul :

Minggu :

Aktviti : Objektif :

Modul 4
Minggu 4
Nyanyian
Lagu rakyat/ irama Malaysia/ patriotik
Lirik lagu : CD/ telefon bimbit/ youtube 3
jam
Medium komunikasi : MBK kurang upaya pendengaran memerlukan jurubahasa dan
bahasa isyarat
Langkah 1 : i. Pembahagian kumpulan mengikut rumah sukan ii.
Latihan/ rehearsal dalam kumpulan
Langkah 2 : Pertandingan koir:
i. Cabutan nombor giliran
ii. Persediaan setiap kumpulan
iii. Pertandingan berlangsung iv. Guru penasihat
menjadi pengadil
Langkah 3 : i. Pemarkahan dan keputusan pertandingan
ii. Penyampaian hadiah iii. Ulasan guru
penasihat

Penutup : Menyanyi satu lagu rakyat/ irama Malaysia/ patriotik bersama-


sama dengan iringan muzik/ video
Syarat Pelaksanaan : Menetapkan masa dan syarat pertandingan

Latihan/ Pengukuhan/ : i. Meningkatkan sifat berusaha dan kreativiti


Intervensi ii. Galakkan berlatih dan bimbingan rakan di masa terluang

Catatan:
Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang
dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.

26
Modul :

Minggu :

Aktviti : Objektif :

27
Modul :

Minggu :

Aktviti :
Objektif :
Bahan : Masa :
Modul 5
Minggu 5
Pertandingan Koir
Lagu pilihan
Pakaian yang bersesuaian dengan tema pertandingan 3
jam
Medium komunikasi : i. MBK kurang upaya pendengaran
memerlukan jurubahasa dan bahasa isyarat
ii. MBK penglihatan memerlukan guru pembimbing (guide)
Langkah 1 : i. Pembahagian kumpulan mengikut rumah sukan ii.
Latihan/ rehearsal dalam kumpulan

Langkah 2 : Pertandingan koir:


i. Cabutan nombor giliran
ii. Persediaan setiap kumpulan
iii. Pertandingan berlangsung iv. Guru penasihat
menjadi pengadil
Langkah 3 : i. Pemarkahan dan keputusan pertandingan
ii. Penyampaian hadiah iii. Ulasan guru
penasihat
Penutup : Persembahan semula oleh pemenang juara kumpulan
Syarat Pelaksanaan : Bekerjasama dan menghayati lagu
Latihan/ Pengukuhan/ : Menggalakkan MBK mengeja dan membaca
Intervensi

Catatan:
Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang
dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.

28
Modul :

Minggu :

Aktviti :
Objektif :
Bahan :

Modul 6
Minggu 6
Tarian Endang
Menghayati dan menghargai tarian tradisional
Lagu, video, laptop, televisyen 3
jam
Medium komunikasi Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran
Langkah 1 : i. Berkumpul di dewan/ bilik muzik ii.
Menonton tayangan tarian endang iii.
Perbincangan berkaitan gerak tari
Langkah 2 : i. Dalam kumpulan kecil (tiga hingga empat orang) ii.
MBK mengulang pergerakan seperti dalam video
iii. Pergerakan dengan muzik latar iv.
Pergerakan tanpa muzik
Langkah 3 : i. Latihan beramai-ramai mengikut pergerakan guru/ video
tayangan
ii. Latihan mengikut empat rumah sukan
Penutup : Perbincangan/ kuiz mudah, yang berkaitan dengan pergerakan
yang dipelajari
Syarat Pelaksanaan : Guru pembimbing boleh memilih tarian asli/ tradisional atau
tarian moden yang bersesuaian dengan budaya kaum di
Malaysia
Latihan/ Pengukuhan/ : Galakkan MBK membuat latihan bersama guru muzik
Intervensi semasa PdPc muzik

Catatan:
Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang
dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.

29
Modul :

Minggu :

Aktviti :
Objektif :
Bahan :

Modul 7
Minggu 7
Pertandingan Tarian Endang dan Tarian Moden
Membina keyakinan diri sambil berseronok
Pentas, dewan, pakaian seragam, muzik, televisyen, sistem
bunyi
Masa : 3 jam
Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK pendengaran
Langkah 1 : i. Setiap kumpulan membuat persediaan:
- Latihan
- Pemakaian aksesori
- Pakaian tarian ii. Guru pembimbing tetapkan
masa persediaan
Langkah 2 : i. Berkumpul di hadapan pentas ii. Ketua
kumpulan mencabut nombor giliran
iii. Persediaan akhir PA sistem:
- Persediaan lagu
- Susunan persembahan iv. Taklimat pemarkahan
dan ciri penilaian oleh guru pembimbing

Langkah 3 : Pertandingan bermula dan setiap kumpulan membuat


persembahan mengikut nombor giliran
Langkah 4 i. Pengumuman pemenang
ii. Majlis penyampaian hadiah

30
Modul :

Minggu :

Aktviti :
Objektif :
Bahan :
Penutup : Post mortem pertandingan (Hakim/ guru pembimbing
menyatakan keunikan elemen persembahan tarian yang
terdapat dalam setiap kumpulan)
Syarat Pelaksanaan : Patuhi ketetapan masa yang telah ditetapkan

Latihan/ Pengukuhan/ : Penubuhan pasukan tarian PPKI Intervensi

Catatan:
Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti yang
dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.

31
Modul :

Minggu :

Aktviti :
Objektif :
Bahan :
Modul 8
Minggu 8
Lawatan Ke Muzium Negeri/ Muzium Negara/ Muzium
Tekstil/ Balai Seni Lukis/ Istana Budaya
Objektif : Mengenal seni dan budaya rakyat Malaysia
Bahan : Kertas aktiviti (teka silangkata/ kuiz bertulis), pen
Masa : 3 jam
Medium komunikasi : i. Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran
ii. Pengiring/ pembantu untuk MBK berkerusi roda
Langkah 1 : i. Berkumpul di dewan sekolah
ii. Taklimat oleh guru pembimbing
iii. Pergerakan ke lokasi pilihan
Langkah 2 : i. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil
ii. Pengagihan kertas aktiviti mengikut kumpulan
iii. Lawatan bermula mengikut kumpulan
Langkah 3 : i. Guru membimbing dan memberi penerangan di setiap
lokasi lawatan
ii. Terapkan PAZI di setiap aktiviti (komunikasi dalam
kumpulan)
iii. Bimbing MBK untuk berinteraksi dengan pegawai
bertugas/ pegawai penerangan untuk mendapatkan
maklumat yang diperlukan
Penutup : Berkumpul dan berbincang hasil dapatan daripada tugasan
bertulis
Syarat Pelaksanaan : Tetapkan tempoh masa untuk setiap hentian sepanjang
lawatan

Latihan/ Pengukuhan/ : Mendidik kepentingan pengurusan masa Intervensi

Catatan:
Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti
yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta
bimbingan daripada guru pembimbing.
32
Modul :

Minggu :

Aktviti :
Objektif :
Bahan :

Modul 9
Minggu 9
Seni visual
- Mengambar/ Membuat Corak/ Membentuk/ Membuat
Binaan
Objektif : Mencungkil bakat seni MBK
Bahan : Kertas lukisan/ kertas warna/ lidi/ berus gigi
Masa : 3 jam
Medium komunikasi : i. Bantuan dan bimbingan untuk MBK kurang upaya fizikal
ii. Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran
Langkah 1 : i. Berkumpul di bilik seni/ dewan/ pusat sumber
ii. Bina kumpulan kecil (tiga hingga empat orang)
iii. Taklimat dan penerangan
Langkah 2 : i. Ketua kumpulan mengambil alatan
ii. Demonstrasi oleh guru
iii. Murid menjalankan aktiviti dengan bimbingan guru
Langkah 3 : i. Setiap kumpulan membentang dan mempamerkan hasil
karya
ii. Membina sikap setiap MBK memberi komen positif
berkaitan karya kumpulan lain
iii. Memberi pujian kepada MBK
Langkah 4 : i. Pemilihan hasil terbaik
ii. Mengumumkan nama pemenang
Penutup : Pamerkan hasilan karya di bilik seni

Syarat Pelaksanaan : Pilih salah satu topik pilihan

Latihan/ Pengukuhan/ : Galakkan MBK menghasilkan karya-karya di rumah dengan

33
Modul :

Minggu :

Aktviti :
Objektif :
Bahan :
Intervensi bimbingan ibubapa dan ahli keluarga

Catatan:
Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti
yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta
bimbingan daripada guru pembimbing.

Modul 10
Minggu 10
Kraf
- Membuat Gelang Manik (Pilihan Kraf) Mengikut
Kesesuaian MBK
Objektif : Mencungkil bakat dan kreativiti melalui seni kraf
Bahan : Pelbagai warna dan saiz manik, benang getah, gunting, jarum
besar
Masa : 3 jam
Medium komunikasi : i. Bantuan dan bimbingan untuk MBK kurang upaya fizikal ii.
Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran
Langkah 1 : i. Berkumpul di bilik seni/ dewan/ Pusat Sumber ii.
Menonton video membuat gelang manik
iii. Penerangan dan taklimat berkaitan aktiviti yang akan
dijalankan
Langkah 2 : i. Pembahagian kumpulan dan agihan alatan ii.
Aktiviti berjalan dalam kumpulan
iii. Guru pembimbing menilai hasil kraf MBK dari masa ke
semasa
Langkah 3 : i. Bimbing MBK untuk mereka corak yang menarik ii.
Hasilkan pelbagai saiz dan corak
Penutup : Pamerkan hasilan karya MBK

34
Modul :

Minggu :

Aktviti :
Objektif :
Bahan :
Syarat Pelaksanaan : Penggunaan masa secara maksimum untuk menghasilkan
produk kraf yang mampu menjana pendapatan
Latihan/ Pengukuhan/ : i. Produk akan dijual pada warga sekolah
Intervensi ii. Promosi kepada PIBG untuk menyokong hasil
kraf dengan membeli sambil menderma

Catatan:
Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti
yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta
bimbingan daripada guru pembimbing.

Modul 11
Minggu 11
Permainan Batu Seremban
Objektif : Mengenal dan bermain permainan tradisional
Bahan : Batu seremban (kain perca, beras, pasir, jarum, benang)
Masa : 3 jam
Medium komunikasi : i. Bantuan dan bimbingan untuk MBK anggota dan CP
ii. Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK pendengaran
Langkah 1 : i. Menonton video permainan batu seremban
ii. Menonton video cara menghasilkan batu seremban
Langkah 2 : i. Agihan batu seremban dalam kumpulan kecil
ii. Bermain buah satu hingga tujuh
iii. Menimbang (dua cara):
- Timbang biasa
- Timbang cangkuk (2 x ganda mata yang diterima)
Langkah 3 : i. Bina kumpulan kecil (tiga hingga empat orang)

35
Modul :

Minggu :

Aktviti :
Objektif :
Bahan :
ii. MBK bermain dalam kumpulan (fokus kepada buah satu
hingga tujuh dan menimbang buah)
Penutup : i. Perbincangan berkaitan pengalaman bermain
permainan tradisional
ii. Membuat batu seremban sendiri – menggunakan kain
perca batik, pelikat adalah digalakkan
Syarat Pelaksanaan : Bertolak ansur dan sabar menunggu giliran

Latihan/ Pengukuhan/ : i. Galakkan MBK bermaian di rumah


Intervensi ii. Penglibatan ahli keluarga amat digalakkan dalam usaha membuat
batu seremban

Catatan:
Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti
yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta
bimbingan daripada guru pembimbing.

Modul 12
Minggu 12
Pertandingan Permainan Tradisional
Objektif : Menghargai permainan tradisional dan warisan negara
Bahan : Batu seremban, hadiah dan wisel
Masa : 3 jam
Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran
Langkah 1 : i. Berkumpul di dewan mengikut rumah sukan ii.
Taklimat pertandingan
iii. Pembahagian mengikut kumpulan kecil (tiga hingga
empat orang)
iv. Cabutan nombor kumpulan/ giliran

36
Modul :

Minggu :

Aktviti :
Objektif :
Bahan :
Langkah 2 : i. Percubaan permainan/ latih tubi/ pemanasan badan ii.
Pertandingan berjalan dengan pemantauan guru
pembimbing
iii. Wisel dibunyikan bagi setiap sesi pusingan
iv. Guru mengambil markah dan mengambil batu seremban
kumpulan yang tersingkir
v. Teruskan permainan hingga pusingan akhir
Langkah 3 : Pengumuman dan penyampaian hadiah
Penutup : Majlis penyampaian hadiah
Syarat Pelaksanaan : Tetapkan masa dan jumlah pusingan

Latihan/ Pengukuhan/ : Galakkan MBK bermain di waktu senggang Intervensi

Catatan:
Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti
yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta
bimbingan daripada guru pembimbing.

37

You might also like