BLaw

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Soalan 1

Datuk Johan Ariff ialah seorang ahli perniagaan yang amat berjaya. Beliau adalah tuan punya tunggal Syarikat

JAEnterprise. Selepas kematiannya keseluruhan Syarikat JA Enterprise telah diwarisi oleh anak tunggalnya En.

Kamel. En. Kamel tidak berminat dalam urusan perniagaan. Beliau berniat untuk menjual perniagaan tersebut. En.

Kamel telah menghantar surat tawaran kepada seorang jutawan En. Hassim pada 1 Mei 2016 yang berbunyi “Saya

berminat untuk menjual Syarikat JA Enterprise kepada tuan dengan harga RM10 juta dengan syarat-syarat seperti

berikut:

(a) Pindah milik ini hendaklah dibuat dalam tempoh 3 bulan.

(b) Bayaran hendaklah dibuat secara tunai.

(c) Semua pekerja syarikat hendaklah dikekalkan.

Jika En. Hassim bersetuju dengan tawaran ini, sila nyatakan penerimaan tuan secara bertulis. Tawaran ini adalah

terbuka kepada En. Hassim sehingga 14 Mei 2016 pukul 5 pm. Selepas tarikh dan masa tersebut, saya andaikan

En. Hassim sudah tidak berminat dengan tawaran ini.”

Pada 14 Mei 2016 pukul 8.30 pagi, En Hassim telah menghantar penerimaannya melalui faks yang berbunyi

“Surat tuan bertarikh 1 Mei 2016 adalah dirujuk. Saya bersetuju dengan semua syarat-syarat yang pihak tuan

tetapkan, walau bagaimanapun persetujuan pembelian saya adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

(a) Pihak penjual hendaklah menyelesaikan segala hutang sebelum pindah milik dilaksanakan.

(b) Taksiran harta hendaklah dilakukan oleh Tetuan Rahim& Co.”

Faks ini telah di terima oleh isteri En. Kamel pada pukul 8.35 pagi, 14 Mei 2016. Beliau terlupa untuk

menyerahkannya kepada En. Kamel sehinggalah pada 16 Mei 2016. Dalam pada itu, apabila En. Kamel tidak
mendapat apa-apa jawapan daripada En. Hassim, beliau telah menjual Syarikat JA Enterprise kepada En.

Ramachandran pada 15 Mei 2016.

Nasihatkan En. Hassim samada beliau boleh membuat tuntutan ke atas En. Kamel bersabit dengan kemungkiran

kontrak.

Jawapan

Akta Kontrak 1950 (AK 1950) mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang kontrak di Malaysia. Sekiranya

timbul perkara-perkara baru mengenai kontrak yang tiada peruntukan di bawah Akta tersebut, dibenarkan untuk

merujuk undang-undang Inggeris melalui penguatkuasaan S.5 Akta Undang-undang Sivil 1956. Seksyen 3 Akta

Kontrak 1950, “Komunikasi cadangan, penerimaan masing-masing cadangan, dan pembatalan cadangan dan

penerimaan masing-masing, disifatkan dibuat oleh apa-apa perbuatan atau peninggalan pihak yang mencadangkan,

menerima, atau membatalkan, yang mana ia bercadang untuk menyampaikan cadangan, penerimaan, atau

pembatalan, atau yang mempunyai kesan mengkomunikasikannya”. Suatu perjanjian itu sah setelah penerimaan

dikomunikasikan. Komunikasi cadangan dianggap telah dibuat melalui perbuatan pihak En Kamel (termasuk lisan

dan bertulis) di mana beliau berniat untuk menyampaikan cadangan atau cara lain yang berkesan untuk

menyampaikannya. Syarat bagi sesuatu tawaran itu adalah ianya mestilah sesuatu tawaran yang jelas, dan

dikomunikasikan kepada pihak yang akan membuat penerimaan kepada tawaran. Cadangan perlu disampaikan

supaya pihak En.Hassim mengetahui tentang kewujudan cadangan dan boleh membuat pilihan sama ada untuk

menerima atau menolaknya. Beliau hendaklah positif ke atas tawaran dan jikalau beliau tidak memberi sebarang

respon maka tidaklah wujud penerimaaan. Lengkapnya suatu komunikasi penerimaan apabila isteri En. Kamel

mengetahui tawaran tersebut telah diterima tetapi telah terlupa makmalumkan kepada En. Kamel adalah dianggap

bahawa penerimaan itu wujud jika pihak En. Hassim memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki dalam tawaran En.

Kamel. Ini dinyatakan di dalam Seksyen 8 Akta Kontrak 1950, "Pencapaian syarat-syarat cadangan, atau

penerimaan apa-apa pertimbangan untuk janji timbal balik yang boleh ditawarkan dengan cadangan, adalah

penerimaan cadangan." Seksyen 7 (a) Akta Kontrak 1950 menjelaskan syarat-syarat penerimaan di mana "Untuk

menukar cadangan kepada janji, penerimaan mestilah mutlak dan tidak layak". Jika pihak En. Hassim yang
sepatutnya membuat usul balasan untuk menukar atau mengubah syarat-syarat yang dinyatakan dalam tawaran,

dengan itu usul balasan terhadap tawaran itu telah memansuhkan tawaran asal.

Penerimaan itu dilakukan dengan biasa dan munasabah, melainkan jika tawaran itu menetapkan cara dan syarat

penerimaannya. Sekiranya pihak penerima tidak memenuhi cara dan syarat yang ditetapkan, maka tidak akan

berlaku perjanjian. Ini boleh dirujuk di dalam Seksyen 7(b) Akta Kontrak 1950, "Untuk menukar cadangan kepada

janji, penerimaan harus dinyatakan dalam beberapa cara yang wajar dan munasabah, melainkan jika proposal itu

menetapkan cara yang akan diterima. Jika cadangan menetapkan cara yang akan diterima, dan penerimaan tidak

dibuat dengan cara itu, pencadang itu boleh, dalam masa yang munasabah selepas penerimaan itu disampaikan

kepadanya, menegaskan bahawa cadangannya akan diterima dalam ditetapkan cara, dan tidak sebaliknya; tetapi,

jika dia gagal berbuat demikian, dia menerima penerimaannya", melainkan jika cadangan itu menetapkan cara

penerimaannya. Jika cadangan itu telah menetapkan cara penerimaannya dan penerimaan tersebut tidak berlaku

dengan cara yang ditetapkan, maka pihak pencadang, dalam tempoh masa yang munasabah selepas penerimaan itu

berkomunikasi, boleh mengesahkan bahawa cadangan mesti diterima menurut cara yang telah ditetapkan dan tidak

dengan cara yang bertentangan.

Oleh yang demikian, En. Kamel tidaklah boleh membuat tuntutan ke atas En. Hassim bersabit dengan

kemungkiran kontrak tersebut kerana:-

i. En. Kamel mengemukakan dua syarat yang bercanggah dengan Seksyen 7(a) Akta Kontrak 1950

(mutlak dan tidak bersyarat); dan

ii. Cadangan balas yang dikemukakan oleh En. Kamel telah mengubah atau meminda.

terma-terma yang disebut dalam tawaran asal oleh En. Kamel. Sorotan kes Hyde lwn Wrench, [1840] 3 Beav.

334 .Dalam kes ini defendan (Wrench) telah menawarkan untuk menjualkan hartanya kepada plaintif (Hyde) pada

6 Jun dengan harga GBP1000. Pada 8 Jun, plaintif telah menyatakan kesediaannya untuk membeli harta tersebut

pada harga GBP950. Defendan enggan menjualkan hartanya pada harga GBP950 seperti yang diminta oleh

plaintif. Pada 27 Jun, plaintif telah menulis semula kepada defendan menyatakan persetujuannya untuk membeli

harta tersebut seperti cadangan asal iaitu GBP1000. Mahkamah telah memutuskan bahawa tidak wujud
penerimaan kerana surat plaintif pada 8 Jun merupakan cadangan balas dan telah menyebabkan cadangan asal

terbatal dan tidak lagi wujud untuk dibuat penerimaan semula.


Soalan 3

En. Zain dan Puan Ros adalah pasangan suami isteri yang mempunyai seorang anak yang bernama Zubaidah.

Zubaidah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM. En. Zain mahu anaknya melanjutkan pelajaran

dalam bidang perubatan di Ireland manakala Puan Ros tidak bersetuju, beliau mahu Zubaidah meneruskan

pengajian di dalam negeri kerana tidak mahu berpisah jauh dengan anaknya. Mereka berselisih faham dan

akhirnya En. Zain membuat perjanjian dengan Puan Ros bahawa dia akan membawa Puan Ros melawat Zubaidah

2 kali setahun iaitu sekali bagi setiap 6 bulan. Masuk tahun ketiga Zubaidah di Ireland, En. Zain memungkiri

janjinya. Puan Ros menuntut agar En. Zain membawanya ke Ireland sepertimana yang dijanjikan sebelum ini.

Apakah status perjanjian ini? Bincangkan dengan berpandukan kes-kes dan seksyen-seksyen yang berkaitan.

Jawapan

Membuat kontrak memerlukan perjanjian, tetapi perjanjian antara dua pihak tidak semestinya menjadi satu kontrak

yang sah. Suatu kontrak yang sah jika terdapat bukti yang menunjukkan bahawa wujud niat untuk mengadakan

hubungan yang mengikat di sisi undang-undang di antara kedua-dua pihak. Elemen niat dirujuk di dalam Seksyen

2(a) dan Seksyen 2(d) Akta Kontrak 1950 sebagai “maksud" dan “kehendak". Niat wujud di dalam hati maka

kewujudan niat sukar dilihat secara zahir. Kesukaran ini menyebabkan wujud keraguan bila dan bagaimana niat

wujud semasa melakukan kontrak. Niat merupakan salah satu elemen penting dalam mewujudkan kontrak yang

sah. Perjanjian kekeluargaan di antara En Zain dan Puan Ros telah berlaku tanpa niat atau kehendak untuk

menjadikannya bersifat komersil dengan mewujudkan kontrak. Perjanjian kormersial melibatkan urusan-urusan

perniagaan antara dua atau lebih pihak. Mahkamah biasanya akan menentukan sama ada perjanjian yang wujud

adalah perjanjian domestik (kekeluargaan) atau perjanjian komersial untuk menentukan sekiranya wujud niat

untuk berlakunya sisi undang-undang dalam kalangan keluarga yang berkontrak. Merujuk kepada Seksyen 2(a)

Akta Kontrak 1950, menerangkan bahawa seseorang itu menyatakan kesediaannya kepada seorang yang lain untuk

melakukan atau menahan diri dari melakukan sesuatu, dengan maksud untuk memperolehi persetujuan orang itu
untuk berbuat sesuatu atau menahan diri daripada berbuat sesuatu itu, maka bolehlah dikatakan bahawa orang itu

membuat cadangan. Cadangan berlaku apabila pembuat tawaran bersedia untuk membentuk suatu jalinan atau

hubungan yang sah dan terikat di sisi undang-undang apabila syarat-syaratnya secara nyata atau termaklum

dipersetujui oleh pihak penerima. Perjanjian kekeluargaan di antara En Zain dan Puan Ros tidak diniatkan untuk

mengikat secara sah di sisi undang-undang oleh pihak yang terlibat bagi sesuatu perjanjian kekeluargaan, sosial

dan domestik. Namun begitu, jika janji itu direkodkan atau ditulis pada sekeping kertas, perjanjian itu boleh

dikuatkuasakan kerana kedua-dua pihak dikatakan berniat untuk menghasilkan sesuatu perjanjian yang mengikat

kedua-duanya secara sah (Nani, 2014).

Sorotan kes Balfour lwn Balfour [1919] 2 KB 2 571, Si suami merupakan kakitangan awam yang bertugas di

Ceylon. Semasa cuti, si suami dan isterinya telah kembali ke England. Si suami kemudiannya pulang ke Ceylon

tetapi terpaksa meninggalkan isterinya di England atas nasihat doktor. Si suami berjanji untuk memberi isterinya

£30 sebulan sebagai saraan sehingga dia kembali ke England. Si suami gagal memenuhi janjinya dan isterinya

menyaman untuk menuntut bayaran saraan tersebut. Apabila kes tersebut dibawa ke mahkamah, telah diputuskan

bahawa isteri tidak boleh membuat tuntutan kerana tidak wujud kontrak di antara mereka kerana perjanjian di

antara mereka berbentuk kekeluargaan iaitu tidak diniatkan untuk mengikat di sisi undang-undang. Mahkamah

juga membuat keputusan yang sama dalam kes Gould lwn Gould [1917] 245 US 151, di mana suami telah gagal

untuk membuat bayaran sebanyak £16 seminggu kepada isteri dan dua orang anak mereka. Pada awalnya suami

telah berjanji untuk membayar selama ia mampu tetapi hanya membuat bayaran selama 16 bulan yang pertama

sahaja. Mahkamah mendapati bahawa bahawa tiada bukti ada niat untuk mewujudkan kontrak dan ketidaktentuan

mengenai niat suami dan perjanjian tersebut tidak boleh dikuatkuasakan. Sorotan kes Simpkins lwn Pays [1955]

All ER 3 1018, hadiah kemenangan sebanyak £750 yang dimenangi oleh defendan dan cucunya dalam satu

peraduan dan kos penyertaan di kongsi bersama mereka telah diputuskan oleh mahkamah untuk dibuat

pembahagian setelah cucu menuntut bahagiannya. Mahkamah memutuskan bahawa wujud satu sindiket yang tidak

rasmi dengan niat untuk mewujudkan perhubungan di sisi undang-undang. Secara amnya mengenai perjanjian di

antara En Zain dan Puan Ros adalah perhubungan domestik di mana mahkamah akan memutuskan tidak wujud

niat dalam apa-apa transaksi yang melibatkan perhubungan kekeluargaan ke arah mewujudkan kontrak yang sah.
Soalan 5

Irene telah membuat pesanan lima puluh buah beg tangan kulit daripada pengedar tetapnya ViralBag Sdn Bhd.

Kontrak jualan ini telah dibuat melalui sampel. Apabila beg-beg itu dihantar, Irene telah mendapati kesemuanya

sama seperti sampel yang telah di lihatnya dahulu, beliau berpuas hati dengan keadaan beg-beg tersebut. Walau

bagaimana pun, setelah pemeriksaan lanjut dilakukan terhadap kesemua beg-beg tersebut, Irene mendapati

terdapat sedikit kerosakan pada sebahagian beg-beg tersebut yang mana ianya tidak dapat dilihat melalui

pemeriksaan biasa yang telah dilakukan nya.

Apakah kedudukan kontrak tersebut di sisi Akta Jualan Barangan 1957? Apakah syarat-syarat yang terpakai

sekiranya berlaku kontrak jualan melalui sampel tersebut? Nasihatkan Irene dengan berpandukan selsyen-seksyen

dan kes yang berkaitan.

Jawapan

Merujuk Seksyen 4(1), Akta Jualan Barangan 1957, “Suatu kontrak jualan barang-barang ialah suatu kontrak di

mana penjual memindahkan atau bersetuju untuk memindahkan milikan barang-barang kepada pembeli bagi suatu

harga. Mungkin ada suatu kontrak jualan antara satu pemunya bahagian dan yang lain.” Maksudnya, Irene dan

Viralbag Sdn Bhd telah membentuk satu kontrak. Walaubagaimanapun, dalam kes Irene, ianya adalah syarat

termaklum (tersirat) berkenaan jualan mengikut sampel atau contoh. Syarat adalah satu stipulasi utama kontrak.

Sekiranya wujud pelanggaran syarat di dalam kontrak jualan, ianya akan menimbulkan hak kepada pihak yang

terkilan untuk menolak kontrak tersebut

Seksyen 17, Akta Jualan Barangan 1957, “Jualan melalui percontohan.

1. Suatu kontrak jualan ialah suatu kontrak untuk menjual melalui contoh jika terdapat terma yang jelas atau

termaklum (tersirat) mengenainya dalam kontrak.

2. Dalam kes suatu kontrak untuk menjual melalui contoh terdapat suatu syarat termaklum (tersirat)

a) bahawa kuantiti hendaklah bersamaan dengan contoh dalam kualiti


b) bahawa pembeli hendaklah mempunyai peluang munasabah bagi membandingkan kuantiti dengan

contoh

c) bahawa barang-barang hendaklah bebas daripada apa-apa kecacatan yang menjadikannya tidak

berkualiti dan tidak boleh dagang yang mungkin tidak kelihatan pada pemeriksaan munasabah bagi

contoh

Apabila Irene bersetuju untuk membuat pembelian barangan berdasarkan sampel yang ditunjuk, maka termaktub

syarat termaklum (tersirat) bahawa:

I. Bekalan barangan mesti menepati sampel dari segi kualiti.

II. Pembeli mempunyai hak untuk membandingkan barangan dengan sampel.

III. Barangan perlu bebas daripada kecacatan yang menyebabkannya kualiti teruk untuk dagang.

IV. Cacat tidak ketara semasa penelitian munasabah ke atas barangan.

V. Penelitian barangan tidak perlu ketat, asalkan munasabah sudah baik.


Soalan 9

a) Apakah hak dan tanggung jawab seorang penjamin di bawah perjanjian sewa beli?

b) Ali membeli kereta secara sewa beli dan dibiayai oleh MCF Finance Berhad dengan Ahmad sebagai

penjamin. Bayaran ansuran bulanan bagi pinjaman sewa beli Ali tertunggak selama dua bulan. Bincangkan

kedudukan pihak-pihak yang terlibat di sisi undang-undang sewa beli dengan berpandukan kes-kes dan

seksyen-seksyen yang berkaitan.

Jawapan

a) Sebagai penjamin di bawah perjanjian sewa beli, mempunyai hak-hak seperti berikut: - Menerima sesalinan

perjanjian sewa beli. - Menerima semua notis pembayaran yang dihantar oleh syarikat kewangan kepada

peminjam. - Dilepaskan daripada liability sebaik sahaja jumlah yang terhutang kepada syarikat kewangan

dibayar dengan sepenuhnya. - Mengambil tindakan undang-undang terhadap penyewa kerana gagal

melaksanakan tanggungjawab. - Dibayar ganti rugi oleh penyewa terhadap tuntutan-tuntutan oleh syarikat

kewangan selepas anda membayar jumlah hutang kepada syarikat kewangan. Tanggungan Penjamin

Syarikat kewangan akan membuat penilaian kredit ke atas pemohon kemudahan sewa beli. Berdasarkan

keputusan penilaian kredit tersebut, syarikat kewangan mungkin memerlukan penjamin untuk kemudahan

sewa beli sebagai cagaran tambahan kepada kemudahan sewa beli tersebut. Penjamin dikehendaki

menandatangani surat jaminan. Penjamin akan menerima sesalianan perjanjian sewa beli dan menanggung

liabiliti ke atas kemudahan sewa beli tersebut. Sekiranya penyewa ingkar membuat pembayaran, penjamin

bertanggungjawab untuk menjelaskan jumlah yang tertunggak bagi kemudahan sewa beli ini, termasuk

faedah tertunggak.

b) Kedudukan Ali Disisi Undang-Undang Sewa Beli membayar ansuran mengikut tarikh yang ditetapkan

S.4C Masa pembayaran ansuran perlu dibuat. - Kedudukan MCF Finance Sdn Bhd Disis Undang-Undang

Sewa Beli S.16(1), pemilik hanya boleh menarik balik barangan jika: penyewa gagal menjelaskan bayaran

ansuran bulanan selama dua bulan berturut-turut - Kedudukan Ahmad Disisi Undang-Undang Sewa Beli

Tagungan Ahmad Sekiranya penyewa ingkar membuat pembayaran, penjamin bertanggungjawab untuk

menjelaskan jumlah yang tertunggak bagi kemudahan sewa beli ini, termasuk faedah tertunggak. Hak-hak
Ahmad - Mengambil tindakan undang-undang terhadap penyewa kerana gagal melaksanakan

tanggungjawab. - Dibayar ganti rugi oleh penyewa terhadap tuntutan-tuntutan oleh syarikat kewangan

selepas anda membayar jumlah hutang kepada syarikat kewangan.

You might also like