Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

1.

0 PENGENALAN

Menurut Tricker (1984) istilah tadbir urus adalah diperoleh daripada perkataan Greek
gubernare, yang bemaksud 'untuk mengemudi'. Pemegang saham syarikat awam
bergantung pada lembaga pengarah untuk mengarahkan perbadanan itu bagi pihak mereka.
Sebaliknya, pemilik syarikat swasta kecil mengarah syarikatnya sendiri. Takrif rasmi tadbir
urus korporat di Malaysia seperti yang diguna pakai oleh kod Malaysia mengenai tadbir urus
korporat adalah:

Tadbir urus korporat ditakrifkan sebagai proses dan struktur yang digunakan untuk
mengarah dan mengurus perniagaan dan hal ehwal sesebuah syarikat bagi meningkatkan
keuntungan pemiagaan dan kebertanggungjawaban korporat dengan tujuan utama untuk
mencapai nilai jangka panjang pemegang saham tanpa mengenepikan kepentingan pihak
berkepentingan lain.

Definisi ini mengambil perspektif yang lebih luas di mana syarikat-syarikat perlu
mengambil kira kebajikan pihak berkepentingan dalam memenuhi matlamat
memaksimumkan nilai untuk para pemegang saham. Peranan utama tadbir urus korporat
adalah untuk mengawasi pengurusan yang menguruskan perniagaan setiap hari. Tadbir
urus korporat bertujuan untuk memastikan bahawa syarikat itu berfungsi dan melindungi
kepentingan para pemegang saham dan pihak berkepentingan.

Tadbir urus korporat pada akhirnya aka membawa kepada peningkatan akauntabiliti
lembaga pengarah dan kekayaan korporat. Tadbir urus korporat merangkumi spektrum luas
mekanisme dalaman dan luaran yang bertujuan untuk mengurangkan risiko agensi dengan
meningkatkan pemantauan tindakan pengurusan, mengehadkan tingkah laku pengurus, dan
meningkatkan mutu aliran maklumat firma.

Seterusnya, kita akan melihat kepentingan tadbir urus korporat di syarikat awam.
Sebelum itu, kita pertu memahami dengan baik tentang struktur perbadanan awam yang
menimbulkan pelbagai masala tadbir urus korporat.

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT


2.0 ISU DAN MASALAH DARI TADBIR URUS KORPORAT FGV

Antara isu dan masalah yang berlaku pada 14 Jun di Putrajaya adalah berkaitan
dengan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) yang mempunyai masalah dalam
urus tadbir korparat. Pengerusi FELDA, iaitu Tan Sri Shahrir Abd Samad mahu Felda Global
Ventures Holdings Bhd (FGV) menunjukkan amalan urus tadbir korporat yang baik. Beliau
menyatakan itu antara pandangan yang disampaikan dalam pertemuan dengan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pertemuan mereka di Kementerian Kewangan.
Antara pandangan yang dikemukakan oleh FELDA kepada Perdana Menteri adalah
tentunya FGV sebagai sebuah syarikat yang ada hubungan dengan kerajaan mesti
tunjukkan amalan urus tadbir korporat yang begitu tinggi.”

Pengerusi Felda telah menegaskan bahawa Felda sebagai pemegang saham yang
terbesar dalam FGV perlu juga mempunyai wakil untuk duduk dalam Lembaga Pengarah.
Kalau itu dapat dilakukan maka urus tadbir korparat bermakna dalam FGV. Oleh iti FGV
perlu menunjukan amalan urus tadbir korporat yang terbaik dari segi pentadbiran dan
kepimpinan.

Perdana Menteri berkata bahawa sehinggan kini, tiada wakil dari FGV yang datang
bertemu dengannya berkenaan dengan isu yang berlaku dan pihaknya percaya mungkin
pihak FGV tidak faham berkenaan urus tadbir korparat. "Jadi kami juga tidak tahu apa
sebenarnya yang berlaku. Sebagai pemegang saham, siapa sepatutnya yang dijaga, beri
pandangan dan perhatian”.

Mereka juga tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Sebagai pemegang saham,
siapa sepatutnya yang dijaga, berpandangan dan perhatian. Dalam tadbir urus korpat,
pengarah-pengarah syarikat mesti juga menghormati pandangan dan kepentingan
pemegang saham.

Pengarah juga berkata pengarah-pengarah syarikat mesti juga menghormati


pandangan dan kepentingan pemegang saham, bila sudah terbalik keadaannya, jadi ada
masalah dalam urus tadbir FGV
3.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP LAMPIRAN 1

Kerajaan yakin inisiatif penambahbaikan dalam Lembaga Pengarah FGV Holdings


Bhd (FGV) serta langkah memperkenal Pelan Strategik FGV 2020 (SP20) dijangka mampu
melonjakkan pertumbuhan perniagaan dan saham syarikat. Timbalan Menteri Hal Ehwal
Ekonomi Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata inisiatif itu dipercayai mampu membantu
‘memulihkan’ FGV secara berperingkat dalam tempoh jangka pendek, sederhana dan
panjang.

Beliau mengatakan “Pemulihan ini juga dilihat mampu memulihkan persepsi pelabur
terhadap FGV sekali gus membantu memberi impak positif kepada nilai saham FGV,”
katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Beliau menjawab soalan Wan Hassan
Mohd Ramli (PAS-Dungun) berhubung usaha kerajaan dalam memulihkan pemilikan saham
FGV oleh peneroka bagi tujuan asal menaikkan taraf ekonomi pemilikan saham.”

Mohd Radzi berkata, beberapa penstrukturan semula lembaga pengarah FGV sudah
dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu menyaksikan Felda, selaku pemegang saham
terbesar, menerima dua kerusi pengarah bagi memastikan kepentingan Felda dan peneroka
terus terpelihara. Ahli lembaga pengarah FGV turut menerima kemasukan pakar-pakar
dalam bidang berkaitan perniagaan kumpulan FGV, antaranya Datuk Dr Salmiah Ahmad
(pakar penyelidikan dan pembangunan); Dr Mohamed Nazeeb P. Alithambi (pakar
agronomi); Datuk Mohd Anwar Yahya (juru audit); dan Dr Nesadurai Kalanithi (pakar
biokimia dan biologi molekuler).

Beliau juga menyatakan bahawa langkah-langah ini dilihat mampu memantapkan


lagi peranan tadbir urus dan sumbangan lembaga pengarah dalam proses pemulihan FGV
pada masa hadapan,” katanya sambil menambah inisiatif penstrukturan itu menerima
maklum balas positif daripada pemain industri serta pakar ekonomi. Sementara itu, Mohd
Radzi berkata SP20 dijangka dapat menambah baik operasi perniagaan dan membentuk
hala tuju masa depan FGV yang lebih realistik mengikut keadaan pasaran semasa.

SP20 merangkumi empat teras utama iaitu keberkesanan operasi teras, menambah
baik rantaian nilai perniagaan, keseimbangan portfolio perniagaan dan mengoptimumkan
kewangan dan modal insan. Antara sasaran utama SP20 ialah meningkatkan pengeluaran
buah tandan segar, mengurangkan kos operasi, program tanaman semula secara konsisten,
menambah baik penggunaan mekanisasi dalam operasi ladang, mengrasionalisasi bilangan
kilang dan meningkatkan keupayaan pemasaran produk. Ia turut mensasarkan untuk
mengembangkan perniagaan oliokimia FGV di Amerika Syarikat, mengukuhkan operasi di
pasaran eksport utama, mengembangkan perniagaan gula, melupuskan aset bukan teras,
menilai semula pelaburan sedia ada dan syarikat usaha sama, meningkatkan portfolio
perniagaan logistik dan menambah nilai kepada pemegang saham.

___________________________________________________________________

Kerajaan yakin inisiatif penambahbaikan dalam Lembaga Pengarah FGV Holdings


Bhd (FGV) serta langkah memperkenal Pelan Strategik FGV 2020 (SP20) dijangka mampu
melonjakkan pertumbuhan perniagaan dan saham syarikat. Timbalan Menteri Hal Ehwal
Ekonomi Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata inisiatif itu dipercayai mampu membantu
‘memulihkan’ FGV secara berperingkat dalam tempoh jangka pendek, sederhana dan
panjang.

“ Pemulihan ini juga dilihat mampu memulihkan persepsi pelabur terhadap FGV
sekali gus membantu memberi impak positif kepada nilai saham FGV,” katanya pada
persidangan Dewan Rakyat hari ini. Beliau menjawab soalan Wan Hassan Mohd Ramli
(PAS-Dungun) berhubung usaha kerajaan dalam memulihkan pemilikan saham FGV oleh
peneroka bagi tujuan asal menaikkan taraf ekonomi pemilikan saham.

Mohd Radzi berkata, beberapa penstrukturan semula lembaga pengarah FGV sudah
dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu menyaksikan Felda, selaku pemegang saham terbesar,
menerima dua kerusi pengarah bagi memastikan kepentingan Felda dan peneroka terus
terpelihara. Ahli lembaga pengarah FGV turut menerima kemasukan pakar-pakar dalam
bidang berkaitan perniagaan kumpulan FGV, antaranya Datuk Dr Salmiah Ahmad (pakar
penyelidikan dan pembangunan); Dr Mohamed Nazeeb P. Alithambi (pakar agronomi);
Datuk Mohd Anwar Yahya (juru audit); dan Dr Nesadurai Kalanithi (pakar biokimia dan
biologi molekuler), katanya.

“Langkah-langah ini dilihat mampu memantapkan lagi peranan tadbir urus dan
sumbangan lembaga pengarah dalam proses pemulihan FGV pada masa hadapan,” katanya
sambil menambah inisiatif penstrukturan itu menerima maklum balas positif daripada pemain
industri serta pakar ekonomi. Sementara itu, Mohd Radzi berkata SP20 dijangka dapat
menambah baik operasi perniagaan dan membentuk hala tuju masa depan FGV yang lebih
realistik mengikut keadaan pasaran semasa.

SP20 merangkumi empat teras utama iaitu keberkesanan operasi teras, menambah
baik rantaian nilai perniagaan, keseimbangan portfolio perniagaan dan mengoptimumkan
kewangan dan modal insan.Antara sasaran utama SP20 ialah meningkatkan pengeluaran buah
tandan segar, mengurangkan kos operasi, program tanaman semula secara konsisten,
menambah baik penggunaan mekanisasi dalam operasi ladang, mengrasionalisasi bilangan
kilang dan meningkatkan keupayaan pemasaran produk. Ia turut mensasarkan untuk
mengembangkan perniagaan oliokimia FGV di Amerika Syarikat, mengukuhkan operasi di
pasaran eksport utama, mengembangkan perniagaan gula, melupuskan aset bukan teras,
menilai semula pelaburan sedia ada dan syarikat usaha sama, meningkatkan portfolio
perniagaan logistik dan menambah nilai kepada pemegang saham.

4.0 ISU DAN MASALAH DARI TADBIR URUS KORPORAT KOPI FAEZ
LAMPIRAN 2- TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT
Kopi Faez merupakan restoran kopitiam rantaian terbesar di Malaysia. Ibu pejabat
utamanya adalah di Kuantan, Pahang, Malaysia. Kopi Faez mem beri tumpuan khusus
kepada tanggungjawab sosial korporat.

Disebabkan kepupusan sumber alam serta isu perubahan iklim, kelestarian alam
merupakan komitmen utama yang diberi perhatian oleh syarikat ini kerana ia memberi
impak besar kepada produk dan operasi harian Kopi Faez. Kopi Faez telah
menggabungkan prinsip kemampanan alam dalam operasi dan amalan perniagaannya.
Misalnya penggunaan kuasa elektrik, air dan bahan mentah secara berhemah, penubuhan
Kopi Faez EARTHCARE, dan amalan 3R dalam operasi syarikat. Selain itu Kopi Faez telah
menanam sendiri kopi mereka dengan menggunakan baja organik dan bebas penggunaan
racun yang memudaratkan alam sekitar.

Untuk memastikan hubungan baik dengan komuniti setempat, Kopi Faez


mengadakan projek anak yatim tahunan, derma dan sumbangan kepada sekolah dan
pertubuhan sukarela. Kopi Faez juga mempunyai Tabung Penjagaan Kanak Kanak untuk
membiayai perbelanjaan pendidikan dan perubatan untuk kanak-kanak yang daripada
keluarga terpinggir dan yatim piatu. Kopi Faez juga menjaga kepentingan pemegang saham
dengan menggunakan model perniagaan terbaik, memastikan penyampaian maklumat tepat
serta tadbir urus korporat yang cekap. Pemegang saham juga boleh melayari laman web
rasmi syarikat ini untuk mendapatkan maklumat seperti prestasi kewangan syarikat. Untuk
memastikan hubungan baik dengan pembekal, Kopi Faez memastikan, prosedur pembelian
mengikut standard yang telah ditetapkan serta memastikan produk yang dibekal sesuai
dengan keperluan syarikat. Syarikat juga menjalankan audit ke atas syarikat bekalan untuk
meningkatkan standard rantaian bekalan.
Kopi Faez juga memastikan produknya bermutu, inovatif, selamat, halal agar
sentiasa mendapat sambutan pelanggan. Penyediaan sistem maklumbalas dan aduan
pengguna yang cekap dibentuk dengan menyediakan alamat email, facebook dan twitter,
peti cadangan agar semua aduan pelanggan diterima dan diselesaikan secara efektif. Kopi
Faez juga menetapkan penandaras kuantitatif seperti masa menunggu yang standard.
Produk Kopi Faez telah menerima pelbagai pengiktirafan seperti sijil ISO 9001:2008, ISO
22000:2005, HACCP dan GMP dalam operasi pengeluaran agar produk Kopi Faez
mempunyai standard yang tinggi.

_________________________________________________________________________

Konsep CSR (Corporate Social Responsibility) menggalakkan idea bahawa firma


tidak boleh wujud dalam ruang. Mereka memerlukan sokongan dari kedua-dua pemegang
saham dan pihak berkepentingan untuk terus beroperasi. Pendek kata, firma mempunyai
tanggungjawab selain membuat keuntungan bagi para pemegang saham. Di Malaysia,
Bursa Malaysia Securities melancarkan rangka kerja CSR untuk syarikat awam yang
disenarai pada tahun 2006 yang menekankan bahawa CSR adalah lebih daripada inisiatif
dermawan dan komuniti.

Kopi Faez merupakan restoran kopitiam rantaian terbesar di Malaysia. Ibu pejabat
utamanya adalah di Kuantan, Pahang, Malaysia. Kopi Faez memberi tumpuan khusus
kepada tanggungjawab sosial korporat.

Disebabkan kepupusan sumber alam serta isu perubahan iklim, kelestarian alam
merupakan komitmen utama yang diberi perhatian oleh syarikat ini kerana ia memberi impak
besar kepada produk dan operasi harian Kopi Faez. Misalnya penggunaan kuasa elektrik,
air dan bahan mentah secara berhemah, penubuhan Kopi Faez EARTHCARE, dan amalan
3R dalam operasi syarikat. Selain itu Kopi Faez telah menanam sendiri kopi mereka dengan
menggunakan baja organik dan bebas penggunaan racun yang memudaratkan alam sekitar.

Modal insan merupakan aset terpenting kepada Kopi Faez kerana perjalanan operasi
perniagaan bergantung kepada pekerjanya. Pelbagai kemudahan ditawarkan kepada
pekerja syarikat ini seperti subsidi pendidikan, faedah perubatan dan hospital, skim
perlindungan insurans, jamuan tahunan, menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan
kondusif, menyediakan program latihan serta kemudahan rekreasi.

Antara isu pertama ialah Kopi faez mengamalkan Tanggungjawab Insan Terhadap
alam sekitar. Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai. Manusia banyak
bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Oleh itu, kita sebagai
manusia harusah bersyukur kerana mempunyai alam sekitar. Bumi ini hanyalah pinjaman
bagi manusia, oleh itu kita harus menjaganya dengan baikuntuk generasi seterusnya. Kita
haruslah menerima hakikat bahawa manusia dipertanggungjawabkan menjaga dan
melindungi alam dan penghuninya.

Selain itu, isu kedua Kopi Faez mengamalkan tanggungjawab etika. Ia memerlukan
firma untuk melakukan apa yang betul dan adil semasa berurusan dengan semua pihak
yang berkepentingan meskipun undang-undang tidak memaksa mereka berbuat begitu.
Contohnya, modal insan merupakan aset terpenting kepada Kopi Faez kerana
perjalanan operasi perniagaan bergantung kepada pekerjanya. Pelbagai kemudahan
ditawarkan kepada pekerja syarikat ini seperti subsidi pendidikan, faedah perubatan dan
hospital, skim perlindungan insurans, jamuan tahunan, menyediakan persekitaran kerja
yang selamat dan kondusif, menyediakan program latihan serta kemudahan rekreasi.

Di samping itu, isu yang ketiga ialah tanggungjawab kedermawanan. Sesuatu yang
diperlukan atau diharapkan oleh masyarakat berbanding dengan apa yang diperlukan oleh
firma. Firma secara sukarela memenuhi tanggungjawab ini untuk "memulangkan kembali"
kepada masyarakat yang menyokong kewujudan dan perniagaan kesejahteraan mereka.

Sebagai contoh, untuk memastikan hubungan baik dengan komuniti setempat, Kopi
Faez mengadakan projek anak yatim tahunan, derma dan sumbangan kepada sekolah dan
pertubuhan sukarela. Kopi Faez juga mempunyai Tabung Penjagaan Kanak Kanak untuk
membiayai perbelanjaan pendidikan dan perubatan untuk kanak-kanak yang daripada
keluarga terpinggir dan yatim piatu. Kopi Faez juga menjaga kepentingan pemegang saham
dengan menggunakan model perniagaan terbaik, memastikan penyampaian maklumat tepat
serta tadbir urus korporat yang cekap. pemegang saham juga boleh melayari laman web
rasri syarikat ini untuk mendapat maklumat seperti prestasi kewangan syarikat.

Akhir sekali, Kopi Faez juga mengamalkan isu tanggungjawab undang-undang.


Tanggungjawab ini memerlukan firma untuk mematuhi segala undang-undang dan
peraturan yang berkaitan dengan operasi perniagaan mereka.

Kopi Faez juga memastikan produknya bermutu, inovatif, selamat, halal agar
sentiasa mendapat sambutan pelanggan. Penyediaan sistem maklum balas dan aduan
pengguna yang cekap dibentuk dengan menyediakan alamat email, facebook dan twitter,
peti cadangan agar semua aduan pelanggan diterima dan diselesaikan secara efektif. Kopi
Faez juga menetapkan penandaras kuantitatif seperti masa menunggu yang standard.
Produk Kopi Faez telah menerima pelbagai pengiktirafan seperti sijil ISO 9001:2008, ISO
22000:2005, HACCP dan GMP dalam operasi pengeluaran agar produk Kopi Faez
mempunyai standard pengguna yang tinggi.

________________________________________________________________________

5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP LAMPIRAN 2


Terdapat beberapa cadangan Model Tanggungjawab Sosial korparat Keith Davis
yang boleh digunakan untuk penambahbaikan kopi Faez.

Antara cadangan penambahbaikannya ialah cadangan 1 iaitu Tanggungjawab sosial


timbul dari kuasa sosial. Cadangan ini mencadangkan bahawa perniagaan mempunyai
pengaruh dan kuasa yang besar terhadap isu-isu seperti pekerjaan, persekitaran dan
pembangunan komuniti. Penegasan ini adalah benar apabila firma telah menjadi begitu
besar sehinggakan kerajaan dan mekanisme pasaran tidak dapat mengawal aktiviti dan
tingkah laku mereka. Oleh itu, masyarakat memerlukan firma untuk bertanggungjawab
terhadap isu-isu sosial yang timbul daripada pelaksanaan kuasa mereka.

Selain itu, cadangan kedua perniagaannya hendakah beroperasi sebagai sistem


terbuka dua arah. Cadangan ini menyatakan bahawa sesebuah perniagaan menerima input
dari masyarakat dan oleh itu, harus mendedahkan operasinya kepada orang ramai. Input,
dalam konteks ini, adalah cadangan atau pandangan masyarakat tentang tindakan yang
perlu diambil untuk menggalakkan kebajikan masyarakat, yang mana perniagaan harus
bersedia untuk mendengar. Perniagaan harus mendedahkan semua tindkan yang diambil
unutk memenuhi tanggungjawab sosialnya dan masyarakat harus memberi perhatian
terhadap pendedahan tersebut. Secara ringkas, hubungan yang bermanfaat antara
perniagaan dan komuniti di mana ia beroperasi hanya boleh dicapai dan dikekalkan
sekiranya terdapat komunikasi terbuka antara kedua-dua dan kesanggupan untuk
bekerjasama.

Bagi cadangan ketiga, perniagaan haruslah benar-benar menilai kos sosial dan
manfaat daripada aktiviti, produk dan perkhidmatannya sebelum meneruskan perniagaan.
Sesebuah perniagaan harus mempertimbangkan faedah jangka pendek dan jangka Panjang
dan kesan-kesan dari operasinya sebelum meneruskan sebarang keputusan perniagaan. Di
samping itu, cadangan keempat ialah pengguna harus menyerap kos sosial yang timbul
daripada setiap aktiviti, produk atau perkhidmatannya. Sesebuah perniagaan seharusnya
menyedari bahawa beberapa aktiviti sosial yang berfaedah dapat mengurangkan
perniagaan itu menanggung kos aktiviti sedemikian sepenuhnya. Sebaliknya, kos itu harus
ditanggung oleh pengguna dalam bentuk harga barangan atau harga perkhidmatan yang
tinggi, berkaitan dengan aktiviti ini.

Akhir sekali, cadangan kelima institusi perniagaan sebagai warganegara


bertanggungjawab untuk melibatkan diri dalam masalah sosial yang tertentu, yang berada di
luar bidang oprasi normal mereka. Walaupun perniagaan tidak menyumbang kepada
masalah sosial, ia seharusnya dipertanggungjawabkan untuk membantu masyarakat
menyelesaikan masalah. Sekiranya mereka mempunyai kepakaran untuk melakukannya.
Cadangan ini adalah berdasarkan kepada tanggapan bahwa perniagaan itu akan mendapat
manfaat daripada masyarakat yang lebih baik. Oleh itu, ia sepatutnya berkongsi
tanggungjawab untuk menggalakkan kebajikan masyarakat.

GYUGYGYGYGYUGYGYGGYGYUGYGYUGYGYGYUDGFYUERGFYUERGFYUERGFYU

6.0 KESIMPULAN

Tadbir urus korporat ditakrifkan sebagai proses dan struktur yang digunakan untuk
mengarah dan mengurus perniagaan dan hal ehwal sesebuah syarikat bagi meningkatkan
keuntungan perniagaan dan kebertanggungjawaban korporat dengan tujuan utama untuk
mencapai nilai jangka panjang pemegang saham tanpa mengenepikan kepentingan pihak
berkepentingan lain

Tadbir urus korporat memperuntukkan satu rangka kerja mekanisme kawalan yang
menyokong sesebuah syarikat mencapai matlamatnya, dan mencegah konflik yang tidak
diingini. Tingkah laku beretika, kebertanggungjawaban, ketelusan dan kemampanan
merupakan unsur tadbir urus korporat yang penting dalam pentadbiran syarikat serta
mengendalikan modal pelabur. Syarikat yang mengamalkan prinsip-prinsip ini lebih
cenderung untuk menghasilkan nilai jangka panjang berbanding syarikat yang lemah dalam
salah satu atau kesemua prinsip tersebut.

Amalan tadbir urus yang betul dapat mengenal pasti pengagihan hak dan
tanggungjawab di kalangan pelbagai pihak yang berbeza dalam syarikat dan menggariskan
antara lain, peraturan dan prosedur untuk membuat keputusan, kawalan dalaman dan
pengurusan risiko. Selain daripada memelihara kepentingan pemegang saham, tadbir urus
korporat juga memerlukan pengimbangan keperluan pihak berkepentingan lain termasuk
warga kerja, pelanggan, pembekal, masyarakat dan komuniti di mana syarikat-syarikat
menjalankan perniagaan mereka.

Kesimpulannya, tadbir urus korporat yang terbaik akan dapat membantu syarikat
mempertingkatkan kecekapan, ketelusan dan akauntabiliti dalam mencapai objektifnya serta
membolehkan operasi syarikat diurus dengan teratur. Antara kepentingan mewujudkan
tadbir urus korporat dan kawalan dalaman yang baik adalah bagi memastikan syarikat
diuruskan mengikut undang-undang dan nilai-nilai etika perniagaan yang baik. Elemen
kawalan yang baik dapat memperkukuhkan peranan dan tanggungjawab Lembaga
Pengarah dalam memastikan syarikat mendapat keuntungan yang kompetitif di samping
pengurusan risiko yang berkesan.

7.0 RUJUKAN

Buku

Nota kuliah 5, Semester 2, Diploma pengurusan Perniagaan, DBF2123 Etika Perniagaan,

Tadbir Urus Korparat.

Nota Kuliah 6, Semester 2, Diploma pengurusan Perniagaan, DBF2123 Etika Perniagaan,

Tanggungjawab Sosial Korparat.

Laman sesawang

You might also like