Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 21

FAKULTI KOLEJ PENGAJIAN SENI KREATIF

SARJANA MUDA TEATER (KEPUJIAN) PRODUKSI TEATER

NAME :

MUHAMMAD NUR HAQEEM YUNOS - 2022977679

COD PROGRAM :

CAFF234

COURSE CODE:

FMP411

LECTURER NAME:

ENCIK AHMAD AZLAN SYAH RASHID

TITLE :

REPORT GRAB DRIFT

1
SENARAI KANDUNGAN

PENGENALAN 3

CARTA ORGANISASI 3-4

SINOPSIS 4

TEMA & GENRE 4

SCRIPT BREAKDOWN 5-8

CADANGAN PELAKON 8-9

CADANGAN LOKASI 10-11

PRODUCTION DESIGN 12-15

LOOK AND FEEL 16-17

GANNT CHART 18-19

LAPORAN DAN RUMUSAN 20-21

2
PENGENALAN

Laporan ini ditulis tentang sebuah filem yang bengenre aksi komedi. Skrip filem ini

ditulis sepenuhnya Encik Azlan Syah Rashid atau lebih dikenali sebagai Chill. Filem ini masih

belum ditayangkan mahupun membuat pengambaran tetapi skrip penuh telah disiapkan. Skrip

filem ini mempunyai 49 babak secara keseluruhan dan juga mempunyai 18 watak yang terlibat.

Skrip file mini ditulis pada tahun 2018 o;eh Encik Azlan Syah Rashid sendiri. Kami ditugaskan

oleh beliau untuk mengubah beberapa perkara di dalam skrip ini seperti barisan pelakon,

pemilihan lokasi, look and feel dan juga pakaian dan prop yang akan digunakan.

CARTA ORGANISASI

Merujuk kepada carta organisasi di atas, kami telah membahagikan setiap jawatan

terhadap ahli kumpulan. Kami telah sebulat suara untuk memilih saya sebagai penerbit kerana

mereka beranggapan bahawa saya dapat memimpin kumpulan ini dengan baik. Seterusnya,

3
pengarah telah diberikan Adika Anuar bin Nor Anuar kerana kami percaya akan kretiviti yang

ada pada beliau. Jawatan pengurus produksi pula telah dipegang oleh Amirah Aqilah kerana

beliau sendiri yang merelakan dirinya untuk mengambil jawatan itu atas alasan ingin

mengambil pengalaman dalam menguruskan sesebuah produksi. Jawatan Pengarah Fotografi

pula telah diberikan kepada Deojireko kerana beliau mempunyai bayangan visual yang kreatif

dan sinematik. Irdina Ahmad pula telah dilantik sebagai Pengarah Seni kerana beliau pakar

dalam menentukan pemakaian dan prop barang yang diperlukan.

SINOPSIS

Grab Drift mengisahkan watak utama bernama Aiden, seorang pemandu Grab yang

bekerja keras untuk berkahwin dengan tunangnya bernama Hilda. Semasa Aiden menghantar

salah seorang penumpangnya, dia bertemu dengan seorang perempuan bernama Q yang

terdesak meminta bantuan untuk membawanya lari daripada sebuah kumpulan - nama

kumpulan tersebut ialah Geng 69, di mana mereka mengejar Q kerana fail rahsia yang ada

padanya untuk disimpan dan disorok. Aiden bersetuju untuk membantu Q tetapi sebagai

balasan, dia meminta sejumlah wang yang banyak supaya dia dapat berkahwin dengan Hilda.

Konflik Aiden bertambah rumit apabila dia mendapat tahu bahawa tunangnya dalam keadaan

bahaya dan perlu diselamatkan daripada Rain dan Geng 69

TEMA & GENRE

• TEMA – Konspirasi antara dua dunia

• GENRE – Aksi komedi

4
SCRIPT BREAKDOWN

Proses script breakdown ini adalah analisis lakon layar di mana semua elemen

pengeluaran dikurangkan kepada senarai. Dalam senarai ini, pada asasnya adalah asas untuk

mencipta papan produksi, yang merupakan asas dalam mencipta jadual pengeluaran dan bajet

pengeluaran keseluruhan pengeluaran mana-mana filem dalam pre-production. Proses script

breakdown ini adalah satu tugasan yang memakan masa berminggu-minggu untuk dipecahkan

kerana kami perlu memahami dengan jalan cerita skrip itu dulu terdahulu sebelum membuat

pecahan. Script breakdown ini dibuat bertujuan untuk memberikan informasi yang lebih

terperinci pada setiap babak, pelakon, tempat, dan masa. Ini kerana untuk memudahkan Head

Of Department untuk membuat persediaan yang lebih mudah. Seperti contoh, bahagian

teknikal dapat mencari shot-shot, teknik lampu, dan teknik pergerakan kamera yang sesuai

untuk setiap babak. Begitu juga dengan bahagian seni di mana Production Designer dapat

membayangkan setiap prop-prop, pemakaian, reka bentuk set, make-up dan sebagainya yang

sesuai digunakan untuk setiap pelakon dan juga setiap babak. Selain itu, script breakdown sheet

juga disediakan oleh ketua kumpulan manakala ahli kumpulan akan diberi babak yang telah

dibahagikan dengan sama adil. Semasa sesi pre-produksi, perkara-perkara yang wajib untuk

dibuat adalah mengubahkan skrip tersebut kepada beberapa pecahan seperti master breakdown,

script breakdown, scene breakdown, storyboard, budget, equipment, cast & location

suggesting yang perlu dibuat secara terperinci dan dibuat sebaik mungkin supaya dapat

memudahkan setiap department untuk menjalankan tugas mereka masing-masing seperti apa

yang telah dinyatakan di atas. Selain itu, ia dapat mengelak sebarang kesalahan atau perkara-

perkara yang tidak diingini berlaku semasa proses penggambaran yang telah pun dijalankan

nanti.

5
Ada pelbagai rangka script breakdown sheet oleh setiap individu yang merangkanya

namun gambar. Terdapat rangka script breakdown yang menggunakan konsep seperti jadual,

tetapi ia hanyalah bertujuan untuk memudahkan Head Of Department untuk membuat senarai

atas perkara-perkara yang perlu dilakukan bagi setiap babak. Contoh script breakdown yang

kemas dan rapi adalah seperti di bawah :-

Contoh Script Breakdown

Bagi tugasan ini, kami telah memberikan tanggungjawab itu kepada saya sebagai ketua

kumpulan dan Amirah Aqilah kerana beliau adalah seorang yang sangat mahir dalam

6
pengurusan, seorang yang tegas dalam melakukan apa-apa tugasan. Gambar rajah di bawah

adalah tentang master breakdown kami yang mempunyai jumlah 49 babak :-

7
CADANGAN PELAKON

Kesemua pelakon yang dicadangkan dalam projek Grab Drift ini adalah dilakukan oleh

pengarah kami, Adika Anuar bin Nor Anuar. Sebagai seorang pengarah, Adika perlu pastikan

ke semua idea dan cadangan beliau perlu diterima oleh ahli-ahli yang lain untuk memastikan

kami memberikan hasil kerja yang terbaik. Tidak dinafikan juga bahawa jawatan sebagai

seorang pengarah ini adalah satu tanggungjawab yang amat berat dan amat serius, ini kerana

semua idea dan cadangan yang dikemukakan ataupun keluar daripada beliau sendiri perlulah

dilakukan dengan sebaik mungkin, hampir semua perkara yang melibatkatkan filem grab drift

8
ini adalah di bawah tanggungjawab beliau. Jadi dengan itu, beliau telah memutuskan untuk

mencari pelakon yang amat berpengaruh tinggi dan penuh bakat untuk menjalani filem ini.

Filem Grab Drift mempunyai jumlah 12 pelakon termasuk pelakon tambahan. Ke semua

pelakon adalah daripada keputusan dan cadangan beliau sendiri demi memastikan objektif bagi

filem ini dapat dicapai. Di bawah ini terdapat senarai pelakon- pelakon yang dipilih :

Nama Watak Cadangan Pelakon

1 Aiden Syafiq Kyle

2 Q Mimi Lana

3 Inspektor Hussin Shuib Sepahtu

4 Hilda Eyka Farhana

5 Rain Amerul Affendi

6 Dato’ Sri Bijan Namron

7 Kevin S Sonaone

8 Inpektor Azira Erra Fazira

9 Jimbit Zalif Sidek

10 Tony Adam Corrie

11 Mckenzie Tony Eusoff

12 Agent Hobbs Dave Batista

9
CADANGAN LOKASI

Saya adalah orang yang bertanggungjawab dalam mecandangkan lokasi-lokasi

pengambaran filem ini. Hal ini demikian kerana, saya adalah seorang suka menjelajah ke

merata tempat. Terdapat 27 lokasi yang kami tetapkan dan kesemua lokasi ini sangat menarik

dan sesuai untuk melakukan pengambaran.

BABAK CADANGAN LOKASI

1,26,30,34,36 Lebuhraya PLUS menghala ke Utara

2,4,17 Flat PPRT Kampung Medan

3,49 FBI Office Washington DC

5,12,31 Bilik Mesyuarat Bukit Aman

6,18,20,27,33 Northport Klang

7 Mont Kiara

8 Lebuhrya ELITE

9,11 KLIA

10,35 Rumah Teres Ampang

11,28 Lebuhraya Kesas

13 Banyan Tree Hotel KL

14 Jalanraya Zurich

15 White House

16 Nasi Kandar Pelita Hartamas

10
19 Jalan Kuching

21 HKL

22 Lebuhraya SHAPADU

23 Federal Highway

24,25 Kuil Sri Maha Mariamman

29 Bukit Ampang

32 Makmal Lab

37 Jalan Lama Alor Setar

38,39 IPD Alor Setar

42,44,46 Lebuhraya AKLEH

47 Masjid Tanjung Karang

48 Moscow

40,43,45 Bilik Rahsia

11
PRODUCTION DESIGN

Bagi bahagian seni pula, orang yang bertanggungjawab bagi menguruskan bahagian

seni ialah Nur Irdina binti Ahmad Munawar iaitu juga merupakan pengarah seni bagi Grab

Drift. Beliau mempunyai imaginasi dan bayangan yang penuh kreatif dalam melaksanakan

tugas ini tanpa ada sebarang keraguan. Irdhina juga mempunyai pemikiran yang logik dari segi

pengambilan kenderaan memandangkan filem ini adalah filem perlumbaan, dan secara

logiknya, filem ini memerlukan kenderaan-kenderaan yang berprestasi tinggi bagi menaikkan

lagi nilai filem ini. Selain itu, kami juga sangat mengagumi akan hasil kerja Irdina kerana

beliau dapat memberikan apa yang pengarah nak untuk filem ini. Di bawah ini adalah hasil

cadangan dari segi kenderaan, prop, dan juga pemakaian untuk filem Grab Drift ini dan juga

diterima oleh pengarah:-

12
13
14
15
LOOK AND FEEL

Bahagian look and feel pula dilakukan oleh Deojireko iaitu pengarah fotografi bagi

filem ini. Tujuan kami memberikan tanggungjawab ini kepadanya adalah kerana beliau

mempunyai visual yang penuh kreatif dan sinematik. Saya boleh lihat dengan cara beliau

melakukan tugasnya di mana dia tahu apa yang perlu dibuat untuk memberikan komitmen dan

hasil yang tertinggi dia boleh berikan. Tugasnya adalah untuk mencari beberapa filem rujukan

yang berkaitan dengan filem Grab Drift dari segi genre dan isi kandungan filem. Antara filem-

filem yang menjadi rujukan kami adalah filem Polis Evo, Spenser Confidential, dan juga

Abang Long Fadil. Ketiga-tiga filem ini amat berkait dengan apa yang kami ingin hasilkan.

Selain itu, Deojireko juga bertanggungjawab dalam mencari tona tona warna, jenis-jenis syot

yang akan digunakan, teknik pencahayaan, dan juga jenis peralatan kamera yang akan

digunakan semasa penggambaran nanti dan saya pasti bahawa dia telah melakukan tugasannya

dengan penuh dedikasi dan saya juga berpuas hati dengan tugasannya.

16
17
GANNT CHART (PRODUCTION TIMELINE)

Yang terakhir, orang yang bertanggungjawab dalam melakukan gannt chart adalah

Amirah Aqilah iaitu pengurus produksi bagi filem ini. Tugasan ini diinginkan olehnya kerana

saya percaya bahawa Amirah mempunyai disiplin dan sifat pengurusan yang sangat tinggi dan

professional. Beliau telah menyiapkan gannt chart ini dengan sempurna dan diterima

sepenuhnya oleh Pengarah kerana Adika boleh lihat bahawa Amirah telah melakukan

perancangan yang sangat baik dalam melaksanakan filem ini.

18
19
LAPORAN DAN RUMUSAN

Secara keseluruhan, saya mendapati bahawa ahli-ahli kumpulan saya telah memberikan

komitmen lebih daripada 100% dalam menjalankan tugasan melakukan script breakdown bagi

filem Grab Drift ini. Kesemua ini dimulakan selepas Sir Chill memberikan tugas ini kepada

kami sebagai satu kumpulan untuk menyiapkan sebelum minggu ke-14. Kami memulakan

perbincangn kami di dalam google meet dan pada waktu itu, kami telah membahagikan tugasan

masing-masing dam jawatan masing- masing. Jawatan dan tugasan yang diagihkan antara kami

semua bukanlah secara rawak dan suka-suka, tetapi kami telah ketahui bakat dan ilmu

pengetahuan setiap ahli kumpulan kami. Jadi dengan itu, kami telah membahagikan tugasan

mengikut kepakaran dan bidang masing-masing untuk memastikan hasil kerja kami diterima

dengan maklum balas yang positif daripada pensyarah sendiri. Sepanjang penyiapan tugasan

ini, tiada apa-apa masalah yang timbul di antara kami kerana masing-masing telah ketahui apa

yang perlu dilakukan untuk tugasan ini.

Perkara yang membanggakan saya sebagai penerbit dan ketua bagi kumpulan ini adalah

saya dapat melihat ke semua ahli kumpulan saya menyiapkan tugasan ini dengan penuh

tanggungjawab dan komitmen yang tinggi. Kami juga merujuk semula kepada satu sama lain

dari segi perubahan dan penambahbaikan tugasan-tugasan kami. Seperti contoh, semasa saya

dan Amirah melakukan tugasan dalam membuat master breakdown bagi filem ini, kami berdua

berbincang secara terbuka sama ada setiap keputusan saya mahupun Amirah adalah keputusan

yang bagus atau tidak. Kemudian, kami akan merujuk pula kepada ahli-ahli kumpulan yang

lain seperti bertanyakan pendapat mereka bagi pemilihan pelakon kami, dan kesemuanya

memberikan maklum balas yang baik dan positif, ini bermaksud keputusan yang dilakukan

oleh saya dan Amirah adalah betul.

20
Akhirnya, apa yang saya boleh katakan adalah skrip filem Grab Drift yang dihasilkan

oleh Encik Azlan Syah Rashid mempunyai potensi yang baik untuk ditayangkan dan

menunjukkan kepada rakyat Malaysia. Filem yang bergenre aksi dan juga komedi ini mampu

untuk bertanding setaraf dengan filem-filem aksi Hollywood. Ia juga menjadi sebuah

penghargaan bagi saya selaku wakil kumpulan kerana kami dapat mengendali sebuah skrip

filem yang penuh isi kandungannya dan hiburan yang bagi saya, filem ini boleh pergi dengan

amat jauh sekali. Saya juga bersyukur dan gembira kerana mendapat ahli-ahli kumpulan saya

yang telah memberikan komitmen yang sepenuhnya untuk menyiapkan tugasan ini. Harapan

saya adalah filem ini dapat dilakukan dan ditayangkan di pawagam suatu hari nanti.

21

You might also like