Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

SEKOLAH TINGGI KLUANG

H
TK IL AH
KAJIAN DAN TINDAKAN

I S AL TI
2012

I
AS Z FA
IN OR AL

)
KAJIAN TINDAKAN MENGGUNAKAN
U NO N

KAEDAH BINTARAN UNTUK


KA

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENULISAN


ESEI, BAHAGIAN A & B, KERTAS DUA
AH

PENGAJIAN AM
EK
AT
M
D
BU
SE

(IL

DISEDIAKAN OLEH :

PUAN NOOR ZALILI BINTI HAJI MOHAMED MAULI

GURU AKADEMIK TINGKATAN 6

SEKOLAH TINGGI KLUANG


KANDUNGAN MUKA SURAT

Abstrak i

H
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU 1-2

TK IL A
2.0 FOKUS KAJIAN 2-3

H
I S AL TI
3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3

I
4.0 KUMPULAN SASARAN 4

AS Z FA
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 4 - 14
IN OR AL
6.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 14 - 15

)
U NO N

BIBLIOGRAFI
KA
AH
EK
AT
M
D
BU
SE

(IL
i

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan


kebolehan pelajar dalam menjawab soalan esei bahagian A dan B secara tepat dan

H
relevan mengikut kehendak soalan. Objektif kajian ini ialah melatih pelajar-pelajar

TK IL A
yang lemah meningkatkan kemahiran mereka supaya dapat mengemukakan idea-idea

H
yang relevan mengikut soalan. Pelajar yang terlibat, seramai 15 orang dari kelas

I S AL TI
PU2F3, SMK Tinggi Kluang, Kluang, Johor. Pada tinjauan awal dilakukan melalui

I
AS Z FA
beberapa pendekatan iaitu melalui pemerhatian, temubual dan ujian pra 1. Hasilnya,
didapati tahap kemahiran pelajar ini adalah berbeza-beza dan kelemahannya sangat
IN OR AL
ketara apabila mereka tidak dapat mengemukakan idea-idea utama mengikut

)
kehendak soalan dengan tepat dan bersesuaian serta menghuraikan idea-idea
U NO N

tersebut dengan baik. Keputusan ujian Pra 1 juga kurang memuaskan kerana rata-rata
KA

pelajar mendapat markah di bawah 10. Ujian kedua dijalankan iaitu Ujian Pos
menggunakan kaedah BinTaRan. Hasilnya, sekumpulan pelajar ini dilihat lebih fokus
AH

dan berkeyakinan. Kesemua mereka memperoleh markah 10 dan ke atas.


Kesimpulannya, Pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ini perlu
EK

diaplikasikan secara berterusan kepada para pelajar supaya kemahiran ini sebati
AT
M

dengan mereka sekali gus memudahkan mereka menggunakannya setiap kali


D

menjawab soalan esei dalam bahagian A & B, kertas 2, Pengajian Am.


BU
SE

(IL
1

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lalu


Kertas 2, Pengajian Am mempunyai lima bahagian (bahagian A, B, C, D
dan E). Setiap pelajar Prauniversiti wajib menjawab satu soalan daripada ke lima-lima
bahagian tersebut. Daripada 5 bahagian, dua bahagian daripadanya iaitu Bahagian A &

H
B merupakan bahagian yang mengandungi markah paling tinggi iaitu berjumlah 50

TK IL A
markah (Setiap bahagian mengandungi 25 markah). Dalam bahagian ini para pelajar

H
perlu mengemukakan 4 idea yang tepat mengikut kehendak soalan. Seterusnya

I S AL TI
menghuraikan idea-idea tersebut dengan jelas beserta contoh atau fakta-fakta yang
berkaitan dengan idea tersebut untuk mendapat markah yang terbaik. Justeru para

I
AS Z FA
pelajar perlu ada kemahiran untuk memahami kata kunci soalan dan juga kehendak
soalan dengan pantas supaya dapat mengeluarkan idea-idea dengan bernas.
IN OR AL

)
Melalui pemerhatian yang dijalankan, kebanyakan masalah yang dihadapi
U NO N

pelajar, disebabkan oleh tahap pengetahuan am mereka yang rendah. Mereka kurang
KA

membaca bahan-bahan berbentuk isu-isu semasa yang berlaku dalam negara apatah
lagi isu-isu yang berkaitan di luar negara. Justeru, kurangnya pengetahuan am
AH

mengenai isu-isu semasa menyebabkan mereka tidak dapat memberikan idea-idea


yang bernas serta sukar menghuraikan idea-idea tersebut dengan baik.
EK
AT
M

Selain tidak membaca bahan-bahan berkaitan isu semasa, mereka juga


D
BU

beranggapan bahawa subjek ini agak luas berbanding subjek-subjek lain seperti
SE

(IL

Matematik T, Kimia dan Fizik yang mengandungi sukatan pelajaran yang jelas dan
tepat. Hal ini jelas dilihat apabila mereka mengambil masa yang agak lama untuk
mengeluarkan sesuatu idea bagi satu-satu soalan yang dikemukakan.

Selain itu, ada juga pelajar yang tidak menjawab salah satu soalan pada
bahagian A dan B ini. Mereka memberikan alasan, tidak cukup masa untuk menjawab
2
soalan pada bahagian ini. Walhal, bahagian ini memperuntukkan sebahagian besar
markah untuk mendapat markah yang baik dalam kertas 2, Pengajian Am.

Oleh hal yang demikian, semasa mengajar bahagian ini, saya memberikan
lebih tumpuan dan penekanan kepada segelintir pelajar yang lemah. Saya telah
mendedahkan kaedah BinTaRan kepada mereka. Hal ini bagi meningkatkan

H
kefahaman dan kemahiran mereka, selain menambahkan pengetahuan sedia ada

TK IL A
mereka mengenai isu-isu semasa yang dibincangkan. Jika pelajar dapat menguasai

H
kemahiran ini daripada peringkat awal lagi, sudah pasti mereka boleh menjawab

I S AL TI
soalan dengan baik dan sekaligus akan bersedia untuk menghadapi subjek Pengajian

I
AS Z FA
Am dalam peperiksaan STPM akan datang.

IN OR AL

)
2.0 Fokus Kajian
Kajian yang dijalankan berfokus kepada kemahiran pelajar untuk :
U NO N

 Berbincang dalam kumpulan untuk mencari 4 idea utama soalan


KA

 Membentangkan empat atau lebih idea/isi yang relevan dengan


soalan
AH

 Membuat laporan bertulis dengan mengemukakan empat idea


yang tepat dalam bentuk esei lengkap.
EK
AT
M

Pendekatan yang saya gunakan untuk menyelesaikan masalah ini


D
BU

terhadap pelajar yang lemah ialah menggunakan kaedah BinTaRan. Melalui kaedah
SE

(IL

ini, para pelajar ini akan dapat menguasai kemahiran mengeluarkan idea-idea yang
sesuai dengan cepat dan menghuraikan idea tersebut dengan lebih terancang sekali
gus meningkatkan tahap pengetahuan am mereka.
3
Kaedah ini juga memaksimumkan latihan yang dijalankan secara
berulang-ulang, selain memfokuskan pada kata kunci tertentu supaya memudahkan
pelajar menjawab soalan. Seterusnya, apabila kemahiran ini telah dikuasai, mereka
akan berasa lebih yakin dan berkemahiran untuk menjawab soalan-soalan yang
dikemukakan pada bahagian ini.

H
Ringkasnya, saya mengharapkan para pelajar dapat mengaplikasikan

TK IL A
kaedah ini dengan betul dan dapat membina satu keyakinan diri yang lebih mantap

H
setiap kali mereka menjawab soalan. Moga-moga kaedah ini akan dapat membantu

I S AL TI
mereka meningkatkan markah serta keputusan mereka dalam kertas 2 Pengajian Am

I
AS Z FA
ini.

IN OR AL

)
3.0 Objektif Kajian
U NO N

3.1 Objektif Am
KA

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melatih pelajar terutamanya yang
lemah meningkatkan kemahiran mereka supaya dapat mengemukakan idea-
AH

idea yang relevan. Seterusnya, mereka boleh menghuraikan idea-idea dengan


baik mengikut kehendak soalan menggunakan kaedah BinTaRan.
EK
AT
M

3.2 Objektif Khusus


D
BU
SE

(IL

Objektif khusus yang diharapkan melalui kajian ini ialah:

i. Para pelajar dapat mengemukakan idea-idea yang tepat serta relevan


dengan kehendak soalan.
ii. Para pelajar dapat menulis huraian dengan mengemukakan contoh beserta
fakta-fakta yang tepat dan berkaitan dengan idea yang dikemukakan.
4
4.0 Kumpulan Sasaran
Kajian ini dijalankan ke atas sekumpulan pelajar daripada kelas PU2F3 iaitu
seramai 15 orang. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada 10 orang pelajar lelaki dan 5
orang pelajar perempuan. Hampir keseluruhan pelajarnya terdiri daripada pelajar
berbangsa Cina dan hanya seorang pelajar perempuan berbangsa Melayu.

H
TK IL A
5.0 Pelaksanaan Kajian

H
5.1 Tinjauan Awal Masalah

I S AL TI
Dalam melaksanakan kajian ini, saya telah menggunakan beberapa

I
AS Z FA
pendekatan untuk mengumpulkan maklumat berkenaan masalah yang dihadapi
oleh pelajar-pelajar ini. Antara pendekatannya ialah kaedah pemerhatian, kaedah
IN OR AL

)
temubual dan ujian.
U NO N

i) Kaedah Pemerhatian
KA

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran yang pertama diadakan dalam kelas,
saya telah mengemukakan satu soalan tutorial. Hasilnya, saya dapati mereka
AH

lambat memahami kehendak soalan dan bentuk-bentuk soalan yang dikemukakan.


Ada antara pelajar yang bertanyakan bentuk soalan yang perlu dijawab, sama ada
EK
AT

kepada rakan dari kumpulan yang lain mahupun bertanyakan kepada saya sendiri.
M

Hal ini mungkin disebabkan mereka tidak memahami kehendak soalan ataupun
D
BU

mereka tidak yakin dengan pendapat mereka sendiri. Justeru, mereka membiarkan
SE

(IL

masalah ini terus membelenggu minda sehingga ada antara pelajar yang patah
semangat dan tidak menyelesaikan latihan tutorial ini. (Membiarkan masalah ini
diselesaikan oleh rakan yang lain.)
5
ii) Kaedah Temubual
Semasa sesi pembelajaran berlangsung, saya menemubual pelajar-pelajar yang
agak lemah untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai subjek Pengajian
Am ini. Kebanyakan mereka mengetahui kepentingan subjek Pengajian Am ini,
tetapi mereka menghadapi kesukaran untuk menjawab soalan esei kedua-dua
bahagian A dan B, kertas 2 ini. Mereka mengambil masa yang agak lama untuk

H
menghasilkan sebuah esei lengkap. Hal ini disebabkan mereka kurang pengetahuan

TK IL A
mengenai sesuatu isu, mempunyai kesalahan bahasa yang agak ketara dan tidak

H
pasti mengenai bentuk-bentuk soalan yang perlu dijawab.

I S AL TI
I
AS Z FA
iii) Ujian Pra 1
Seterusnya, saya telah menjalankan ujian pra ke atas kumpulan sasaran untuk
IN OR AL

)
menguji tahap kemahiran dan tahap kebolehan mereka pada bahagian ini. Item
ujian merupakan satu soalan tutorial yang diambil daripada salah satu tajuk kuliah
U NO N

yang telah dibentangkan. Setiap pelajar dikehendaki menulis sebuah esei yang
KA

lengkap.
AH

5.2 Analisis Tinjauan Awal Masalah


EK
AT

i) Analisis pemerhatian
M

Melalui kaedah pemerhatian, saya mendapatkan maklumat awal tentang respon


D
BU

pelajar ketika mereka membuat latihan ini. Pada sesi awal pengajaran dan
SE

(IL

pembelajaran (P & P) para pelajar diberikan satu soalan esei. Mereka diminta
menjawab soalan tersebut dalam bentuk esei yang lengkap. Setelah menyemak
hasil kerja pelajar, terbukti bahawa sebahagian kecil pelajar daripada kumpulan
sasaran ini tidak dapat menguasai kemahiran mengeluarkan idea cepat dan
relevan. Ada pelajar yang tidak dapat menyiapkan latihan tersebut dengan baik
kerana mengambil masa yang lama untuk mendapatkan idea.
6
ii) Analisis kaedah temubual
Melalui kaedah temubual, saya memperoleh maklumat berkaitan tingkah laku
pelajar mengenai subjek Pengajian Am ini dan dapat melihat tindakbalas mereka
ketika pengajaran dan pembelajaran (P&P) subjek Pengajian Am sedang
berlangsung. Hasil temubual dengan pelajar-pelajar tersebut, didapati mereka
tidak fokus ketika P & P berlangsung. Kebanyakan pelajar membuat latihan sambil

H
lewa kerana tiada pengetahuan yang baik dalam topik yang dibincangkan. Hal ini

TK IL A
membuatkan mereka menjadi bosan ketika proses P & P berlangsung.

H
I S AL TI
iii) Analisis Ujian Pra 1

I
AS Z FA
Berdasarkan pemerhatian selepas saya menyemak hasil kerja pelajar, berikut
adalah keputusan markah yang diperoleh pelajar kumpulan sasaran ini yang
IN OR AL

)
ditunjukkan melalui jadual di bawah.
U NO N

Jadual Pelaksanaan Aktiviti Ujian Pra 1


KA

Kumpulan pelajar Markah diperoleh


(markah penuh 25)
P1 8
AH

P2 7
P3 9
P4 10
EK
AT

P5 6
M

P6 9
P7 4
D
BU

P8 7
SE

P9 11
(IL

P10 12
P11 10
P12 8
P13 9
P14 11
P15 4
Jadual 1 : Keputusan markah pelajar dalam Ujian Pra 1
7

H
TK IL AH
I S AL TI
I
AS Z FA
IN OR AL
Graf 1 : Keputusan Ujian Pra 1

)
U NO N

Hasil Ujian Pra 1 di atas menunjukkan bahawa seramai sepuluh orang


KA

pelajar memperoleh markah di bawah 10 iaitu seramai 2 orang mendapat 4 markah,


seorang mendapat 6 markah, 2 orang mendapat 7 markah, 2 orang mendapat 8
AH

markah dan 3 orang mendapat 9 markah. Manakala seramai 5 orang pelajar


memperoleh markah atas sepuluh. Kesimpulannya, Ujian Pra ini menunjukkan bahawa
EK

keputusan pelajar agak lemah dan tidak begitu baik dalam bahagian ini. Hal ini
AT
M

disebabkan pelajar tidak dapat menghuraikan idea dengan baik dan tepat menurut
D

kehendak soalan. Ada antaranya yang memperoleh 1 markah bagi bahagian isi, 1
BU
SE

markah bahagian huraian, 1 markah bahagian bahasa dan 1 markah kekesanan bagi
(IL

setiap pecahan markah. Jelaslah, bahawa sekumpulan pelajar ini menghadapi masalah
dalam menulis esei.
8

5.3 Tindakan yang dijalankan

Selepas mengetahui hasil Ujian Pra 1, saya telah meneruskan kajian ini
dengan melakukan aktiviti yang lebih berfokus terhadap sekumpulan pelajar tersebut
menggunakan kaedah BinTaRan. Hal ini adalah penting untuk membentuk keyakinan

H
serta kemahiran mereka apabila berhadapan dengan masalah mengemukakan idea-

TK IL A
idea utama serta menghuraikan idea-idea itu dengan tepat dan relevan menurut

H
kehendak soalan.

I S AL TI
I
AS Z FA
Kaedah BinTaRan ialah :
Bin (Perbincangan) - Bahagian ini melatih pelajar untuk melakukan perbincangan
IN OR AL

)
secara berkumpulan dengan menggunakan teknik perbincangan, teknik sumbangsaran
dan menggunakan peta minda bagi mencari idea yang tepat dan relevan.
U NO N
KA

Ta (Pembentangan Isi) - Bahagian ini pula menekankan kemahiran mengemukakan


sesuatu isi/idea itu mengikut kata kunci soalan melalui aktiviti pembentangan. Pelajar
AH

perlu mengemukakan idea dan mengupas idea itu sebaik-baiknya melalui aktiviti ini.
Selain itu, teknik soaljawab juga akan digunakan pada bahagian ini. Guru dan pelajar
EK
AT

dari kumpulan lain, boleh bertanyakan soalan kepada pembentang untuk mengetahui
M

dan memahami isu yang dikemukakan dengan lebih mendalam.


D
BU
SE

(IL

Ran (Laporan) - Pada bahagian ini ditekankan kepada pelajar supaya menulis
laporan secara berfokus. Isi/idea perlu ada kaitan dengan huraian yang ditulis. Selain
itu, pelajar juga perlu mengemukakan contoh-contoh atau bukti yang sesuai dengan
idea yang dikemukakan.
9
Sebanyak 4 aktiviti telah dijalankan iaitu :

 Aktiviti 1 - Soalan diberikan kepada pelajar. Pelajar perlu membaca dan


memahami soalan tersebut. Pelajar perlu menggariskan kata kunci soalan dan
kehendak soalan. Seterusnya melakukan perbincangan dalam kumpulan
perbincangan masing-masing. (Setiap kumpulan mendapat soalan yang

H
berlainan).

TK IL AH
 Aktiviti 2 - Pelajar membentangkan isi-isi utama yang diperoleh mengikut

I S AL TI
kehendak soalan masing-masing. (Guru akan memberi komen dan

I
AS Z FA
membetulkan idea-idea tersebut selepas setiap pembentangan).


IN OR AL
Aktiviti 3 - Pelajar akan membuat laporan bertulis dengan mengemukakan

)
idea-idea yang telah dibetulkan ke dalam lembaran yang disediakan mengikut
U NO N

kumpulan masing-masing. (Lampiran 1-contoh lembaran kerja)


KA

 Aktiviti 4 - Aktiviti di atas dilakukan secara berulang-ulang menggunakan


AH

soalan-soalan yang berlainan dengan menggunakan kemahiran yang sama


kepada pelajar. Aktiviti ini mampu memberikan peluang kepada pelajar untuk
EK
AT

menggunakan kemahiran yang telah dipelajari bagi memantapkan kembali


M

kefahaman dan kemahiran mereka dalam penulisan esei menggunakan kaedah


D
BU

BinTaRan. Walau bagaimanapun, kaedah ini perlu dilakukan secara berulang-


SE

(IL

ulang dalam beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran (P & P).


10

5.4 Pelaksanaan Tindakan

5.4.1 Pelaksanaan Kajian


 Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, saya menerangkan langkah
pertama yang perlu dilakukan pelajar apabila memulakan latihan ini.

H
TK IL A
 Saya fokuskan kepada kata kunci dan kehendak soalan serta bentuk

H
soalan yang perlu dijawab bagi soalan ini, supaya jawapan pelajar tidak

I S AL TI
menyeleweng daripada kehendak soalan.

I
AS Z FA
o Contoh soalan :
IN OR AL

)
Walaupun pelbagai langkah penguatkuasaan dilaksanakan oleh
kerajaan, namun kesan buruk daripada kemalangan itu dialami oleh
U NO N

masyarakat dan negara. Bincangkan.


KA

 Saya melatih pelajar untuk menggariskan kata kunci/perkataan yang


AH

tertentu pada bahagian soalan.


EK
AT

 Contoh : Walaupun pelbagai langkah penguatkuasaan


M

dilaksanaan oleh kerajaan, namun kesan buruk daripada kemalangan


D
BU

itu dialami oleh masyarakat dan negara. Bincangkan.


SE

(IL

 Para pelajar dilatih untuk mengenal pasti kata kunci perkataan setiap kali
membaca soalan.

 Para pelajar dilatih untuk menyenaraikan dan mencatatkan isi-isi yang


terlintas di fikiran mereka secara spontan dan kemudian dibincangkan
11

dalam kumpulan perbincangan melalui teknik sumbangsaran dan


penggunaan peta minda.

 Seterusnya, pelajar membentangkan jawapan tersebut di hadapan kelas


untuk dilihat sama ada idea-idea yang dikemukakan adalah tepat dan

H
relevan dengan kehendak soalan. Ketika ini, saya akan memberi komen

TK IL A
dan membetulkan idea-idea yang dikemukakan pelajar.

H
I S AL TI
 Selesai sesi pembentangan setiap kumpulan, saya akan memberi

I
AS Z FA
lembaran kerja kepada mereka untuk membuat laporan bertulis (esei
lengkap). Mereka perlu menuliskan laporan itu dalam satu masa
IN OR AL

)
pengajaran dan pembelajaran (P&P).
U NO N

5.4.2 Hasil kajian dan pemerhatian


KA

Berdasarkan pemerhatian yang saya jalankan pada aktiviti ini, saya dapati
para pelajar mengetahui cara untuk menentukan bentuk-bentuk soalan dan kehendak
AH

soalan dengan lebih cepat dan tepat. Mereka juga dapat menyenaraikan isi-isi penting
secara tepat dan relevan. Selain itu, saya dapati mereka lebih berkeyakinan untuk
EK
AT

menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.


M
D
BU

Seterusnya, saya melakukan ujian kedua iaitu, ujian Pos yang


SE

(IL

menggunakan Kaedah Bintaran kepada kumpulan sasaran ini. Setelah disemak hasil
kerja mereka secara keseluruhannya, saya dapati kesemua pelajar berjaya
meningkatkan markah bagi soalan yang dikemukakan ini. Berikut adalah hasil
pelaksanaan Ujian Pos dengan menggunakan kaedah BinTaRan.
12
Jadual Pelaksanaan Aktiviti Ujian Pos
(menggunakan kaedah BinTaRan)
Kumpulan pelajar Markah diperoleh
(markah penuh 25)
P1 10
P2 10
P3 14

H
P4 12
P5 13

TK IL A
P6 11

H
P7 10
P8 15

I S AL TI
P9 16

I
P10 15

AS Z FA
P11 14
P12 11
P13IN OR AL 13

)
P14 17
P15 13
U NO N

Jadual 2 : Keputusan markah pelajar Ujian Pos menggunakan kaedah BinTaRan


KA

12
AH
EK
AT
M
D
BU
SE

(IL

Graf 2 : Keputusan Ujian Pos


13

Melalui jadual dan graf di atas menunjukkan bahawa keputusan


pencapaian pelajar meningkat dalam Ujian Pos ini menggunakan kaedah BinTaRan.
Para pelajar didapati dapat mengemukakan idea atau isi dengan lebih baik berbanding
dalam ujian sebelum ini. Hasilnya kesemua pelajar menunjukkan peningkatan markah
dalam ujian ini. Hasil keputusan juga menunjukkan tiada lagi pelajar yang mendapat

H
markah di bawah 10.

TK IL AH
I S AL TI
Perbandingan Ujian Pra 1 dan Ujian Pos

I
AS Z FA
UJIAN PRA 1 UJIAN POS
KUMPULAN PELAJAR
(Markah) (Markah)
IN OR AL

)
P1 8 10
P2 7 10
U NO N

P3 9 14
P4 10 12
KA

P5 6 13
P6 9 11
P7 4 10
AH

P8 7 15
P9 11 16
P10 12 15
EK
AT

P11 10 14
M

P12 8 11
P13 9 13
D
BU

P14 11 17
SE

(IL

P15 4 13

Jadual 3: Keputusan Ujian Para 1 dan Ujian Pos


14

H
TK IL AH
I S AL TI
I
AS Z FA
IN OR AL

)
Graf 3 : Perbandingan Antara Ujian Para 1 dan Ujian Pos
U NO N
KA

Daripada graf di atas, menunjukkan perbandingan Ujian Para 1 dan Ujian


Pos. Hasil ujian dapat dilihat melalui perolehan markah para pelajar. Dalam Ujian Pra 1,
AH

jumlah markah tertinggi ialah 11 markah manakala dalam ujian Pos, markah tertinggi
ialah 17 markah. Kesemua pelajar dapat meningkatkan markah dalam ujian kedua
EK
AT

iaitu ujian Pos yang menggunakan Kaedah BinTaRan berbanding Ujian Pra 1. Tidak ada
M

lagi pelajar yang memperoleh markah di bawah 10. Kesimpulannya, hal ini
D
BU

menunjukkan para pelajar dapat menguasai kemahiran serta keyakinan setelah


SE

(IL

menggunakan Kaedah BinTaRan ini.

6.0 Penilaian dan Cadangan Kajian Seterusnya

Keseluruhannya, saya dapati para pelajar dapat menjawab soalan


Bahagian A dan B Kertas 2, Pengajian Am dengan baik setelah dipandu oleh guru
15

dengan menggunakan kaedah BinTaRan. Para pelajar didapati lebih berkeyakinan


apabila menjawab soalan-soalan pada bahagian ini. Mereka tidak lagi berasa ragu-ragu
dan sukar untuk menjawab soalan bahagian ini kerana telah menguasai teknik-teknik
serta kemahiran-kemahiran yang ditekankan melalui kaedah BinTaRan ini.

H
Harapan saya agar kaedah ini dapat meningkatkan keyakinan dan

TK IL A
pengetahuan am mereka sekaligus dapat digunakan oleh para pelajar bagi

H
meningkatkan lagi markah dalam kertas 2 Pengajian Am ini. Selain itu, kaedah ini juga

I S AL TI
diharapkan dapat membantu guru-guru Pengajian Am dalam proses pengajaran dan

I
AS Z FA
pembelajaran (P&P) mereka kelak.

IN OR AL

)
Saya juga akan meneruskan kajian ini dengan menggunakan kaedah
BinTaRan. Kaedah ini akan ditambahbaikkan lagi supaya menjadi lebih baik dari
U NO N

semasa ke semasa. Bagi kajian seterusnya saya akan memfokuskan pada kesalahan
KA

bahasa yang dilakukan oleh pelajar. Hal ini kerana kesalahan yang ketara dalam
penggunaan bahasa juga akan menjejaskan markah yang akan diperoleh mereka
AH

dalam kertas Pengajian Am ini.


EK
AT
M
D
BU
SE

(IL
BIBLIOGRAFI

1. Ainon dan Abdullah, 1994 Pemikiran Reka Cipta, Utusan Publications and
Distributors, Kuala Lumpur.

H
TK IL AH
2. Kamarudin Hj. Husin, 1990 , Pedagagi 4, Longman Sdn. Bhd., Petaling Jaya

I S AL TI
I
AS Z FA
3. Mangantar Simanjuntak, 1982, Aspek Bahasa dan Pengajian, Saujana
IN OR AL

)
Enterprise, Kuala Lumpur.
U NO N

4. Ee Ah Meng, 2005, Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), Oxford Fajar Sdn. Bhd.,
KA

Shah Alam, Selangor.


AH
EK
AT
M
D
BU
SE

(IL

You might also like