Kajian Kes - Talak

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

TALAK

Talak menurut bahasa bermaksud melepaskan ikatan dan menurut syarak pula, talak
membawa maksud melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak dan seumpamanya. Talak
merupakan suatu jalan penyelesaian yang terakhir sekiranya suami dan isteri tidak dapat hidup
bersama dan mencari kata sepakat untuk mecari kebahagian berumahtangga. Talak merupakan
perkara yang dibenci Allah S.W.T tetapi dibenarkan. Terdapat dua jenis contoh lafaz talak,
antaranya talak sarih. Talak sarih ialah lafaz yang jelas dengan bahasa yang berterus-terang
seperti “Saya ceraikan awak” atau “Saya lepaskan awak daripada menjadi isteri saya” dan
sebagainya. Talak kinayah pula ialah lafaz yang digunakan secara sindiran oleh suami seperti
“Pergilah awak ke rumah mak awak” atau “Pergilah awak dari sini” atau “Saya benci melihat muka
awak” dan sebagainya. Namun, lafaz kinayah memerlukan niat suaminya iaitu jika berniat talak,
maka jatuhlah talak tetapi jika tidak berniat talak, maka tidak berlaku talak.

Selain itu, faktor atau punca jadinya talak ialah tiada persefahaman contohnya isteri tidak
faham tugas suami manakala suami juga tidak mahu memahami tugas isteri. Faktor kedua ialah
tidak bertanggungjawab contohnya tiada sifat tolong menolongdalam melakukan kerja – kerja
rumah bersama. Penjagaan anak diserahkan pada isteri, sedangkan ia adalah tanggungjawab
bersama. Faktor ketiga ialah campur tangan mertua contohnya mertua yang menguruskan dan
membuat pilihan.

Seterusnya, kesan talak kepada kita atau orang sekeliling kita ialah kesan terhadap anak.
Dalam perceraian ,anak-anak menjadi mangsa terutama jiwa dan perasaan mereka. Mereka
kurang mendapat kasih sayang ,perhatian dan bimbingan dari ibu bapa mereka. Kesan kedua
ialah kesan emosi. Setiap pasangan yang menghadapi pergolakan rumah tangga pasti akan
merasai tekanan perasaan seperti jiwa terganggu, marah, sedih dan sebagainya. Kesan ketiga
ialah kesan terhadap masalah kewangan. Jika seseorang itu berpisah disebabkan masalah
kewangan,perkara ini akan tetap menghantui diri mereka setelah bercerai nanti. Sebahagian
dari permasalahan yang akan mereka hadapi seperti kemewahan hidup sebelum ini terpaksa
disekat,disebabkan oleh mata sepencarian yang tunggal dan masalah kewangan akan semakin
menekan jika seorang isteri sebelum ini hanya bergantung kepada yang diberikan oleh suaminya.

Justeru itu, Cara elak daripada berlakunya talak ialah meminta maaf dan cepat memaafkan
kesalahan yang dilakukan. Jika berlaku pertelingkahan atau salah faham, segeralah untuk
meminta maaf dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi. Patuh pada janji dan ikrar semasa saat
pernikahan. Jika pasangan anda meminta maaf, segeralah memaafkan dan berbaik semula. Cara
kedua ialah sentiasa setia, jujur dan hormat kepada pasangan. Ketiga-tiga ini amatlah penting
dalam setiap perhubungan demi menjaga ikatan itu agar kekal lama dan tidak berakhir dengan
penceraian. Jangan sesekali curang dengan pasangan anda kerana buruk padahnya jika ada
orang ketiga. Cara ketiga ialah tolak pemikiran tentang cerai. Jika anda menghadapi masalah
dalam rumah tangga, elakkan dari memikirkan tentang penceraian. Cuba berhadapan dengan
masalah itu dan tanganinya dengan jalan yang baik. Fikirkan dahulu tentang anak-anak dan
kesannya jika bercerai.
Kesimpulannya , pastikan memikir dahulu sebelum melakukan talak kerana tidak menyesal
pada masa akan datang. Bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna.

RUJUKAN
1. https://eh.my/artikel/perhubungan/anda-dia/cara-elak-penceraian/
2. https://siraplimau.com/faktor-punca-perceraian-di-malaysia/
3. ms.wikipedia.org/wiki/penceraian_dalam_islam
4. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=talak
5. Buku Modul Pendidikan Islam SVM Sem 3

You might also like