Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PERBINCANGAN

Tajuk Eksperimen 3.1.1: Kadar denyutan nadi manusia berdasarkan jantina

1) Penyataan masalah Adakah kadar denyutan nadi perempuan lebih tinggi daripada lelaki ?

2) Hipotesis Kadar denyutan nadi perempuan lebih tinggi daripada lelaki.

3) Tujuan Untuk mengkaji kesan jantina ke atas kadar denyutan nadi manusia.
Eksperimen

4) Pembolehubah
a) dimanipulasikan Jantina murid

b) bergerakbalas Kadar denyutan nadi

c) dimalarkan Tempoh masa, umur dan jenis aktiviti fizikal

5) Radas dan bahan Jam randik

6) Susunan rajah radas


dan bahan
Nadi

7) Prosedur 1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan lelaki dan
perempuan.
2. Setiap murid mengambil bacaan denyutan nadi di pergelangan tangan dalam
masa 1 minit. Seorang murid memegang jam randik dan menjaga masa.
3. Catat bacaan denyutan nadi setiap murid dalam masa
seminit.
4. Kira purata kadar denyutan nadi mengikut jantina dan rekodkan di dalam
jadual.

8) Pemerhatian

Jantina murid Kadar denyutan nadi (bpm)

Lelaki 63
Perempuan 78

9) Mentafsir data

Kadar denyutan nadi (bpm)

80

70

60

50

40 Jantina
Lelaki Perempuan

10) Perbincangan 1. Kadar denyutan nadi perempuan lebih tinggi daripada lelaki kerana jantung
perempuan berdegup lebih cepat.
2. Kadar denyutan nadi perempuan lebih tinggi daripada lelaki kerana kadar
metabolisme perempuan lebih tinggi.
3. Kadar denyutan nadi ialah bilangan degupan jantung dikira pada nadi di
pergelangan tangan dalam seminit.

4. Kadar denyutan nadi perempuan lebih tinggi daripada lelaki disebabkan saiz
jantung perempuan yang lebih kecil mengepam darah pada kadar yang lebih
tinggi daripada lelaki.
5. Cadangan penambahbaikan untuk mendapatkan data yang lebih tepat; setiap
murid mengambil bacaan nadi sekurang-kurangnya 3 kali dan dapatkan nilai
bacaan purata untuk mengurangkan ralat rawak.
6. Data yang diperolehi adalah sah kerana bacaan nadi diambil di
pergelangan tangan adalah jelas dan menonjol.

11) Kesimpulan Kadar denyutan nadi perempuan lebih tinggi daripada lelaki.

You might also like