Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

UNIT KESELAMATAN, KESIHATAN &

KECERIAAN 2022/2023
MATLAMAT
1. Menjadikan sekolah sebagai institusi yang selamat disamping memberi kesedaran
kepada warga sekolah kepentingan menjaga keselamatan diri, harta benda dan
persekitaran yang sihat dan selamat sepanjang masa. Mewujudkan budaya selamat di
sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti
setempat.
2. Membantu dalam meningkatkan kesedaran dikalangan murid-murid, warga sekolah
serta komuniti terhadap kepentingan penjagaan kesihatan diri, keluarga dan
komuniti.
3. Untuk meletakkan sekolah pada tahap keceriaan yang bermutu tinggi.

OBJEKTIF
1. Mewujudkan kesedaran dikalangan murid-murid dan warga sekolah tentang aspek
keselamatan diri dan harta benda sekolah.
2. Melatih murid-murid dan warga sekolah cara-cara menjaga keselamatan diri dan harta
benda yang betul.
3. Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif serta dapat membantu dan
menyokong proses pengajaran dan pembelajaran yang selamat.
4. Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat.
5. Melatih murid-murid mengawal displin diri, menjaga kebersihan kelas dan kawasan
sekolah serta mempraktikkan nilai-nilai murni dalam perhubungan dengan semua
lapisan masyarakat sekolah.
6. Menguruskan kemudahan rawatan murid.
7. Merancang dan melaksanakan program-program kesihatan murid
8. Mengumpul maklumat murid yang ada alahan dan berpenyakit.
9. Memberi rawatan awal kepada murid sebelum dihantar ke klinik.

BIDANG TUGAS KESELAMATAN

1. Merancang Pelan Tindakan Pengurusan Keselamatan Sekolah.


2. Melaksanakan pemantauan, penilaian dan pemeriksaan keselamatan murid dan
sekolah.
3. Menyediakan Pelan Laluan Kecemasan Sekolah ( Blok A dan Blok B).
4. Menyerahkan Pelan Laluan Kecemasan Sekolah ke kelas-kelas dan bilik-bilik khas.
5. Menyampaikan maklumat-maklumat kesedaran tentang keselamatan murid dan
sekolah.
6. Menyelaraskan latihan kebakaran di peringkat sekolah.
7. Membuat pemeriksaan dan penggantian alat pemadam api.
8. Membantu Guru Besar melaksanakan program-program keselamatan di sekolah.
9. Menjadi penyelaras diantara guru dan Guru Besar di dalam hal keselamatan sekolah.
10. Menjadi Pegawai Perhubungan diantara pihak sekolah dengan ibu bapa / penjaga
dalam program keselamatan di sekolah.
11. Menyedia dan membekalkan data dan maklumat unit keselamatan kepada
Kementerian / PPD

BIDANG TUGAS KESIHATAN


1. Memastikan semua rekod kesihatan dan rekod gigi murid disimpan dengan baik di bilik
kesihatan.
2. Mengenal pasti murid-murid yang berpenyakit dan berbincang dengan GPK HEM tindakan
yang perlu diambil.
3. Menyelaraskan aktiviti/kempen anjuran LPPKN, Jabatan Kesihatan, Klinik Pergigian, PPD
& JPNS di peringkat sekolah.
4. Membantu unit kesihatan dari klinik yang berhampiran dalam menyediakan murid untuk
pemeriksaan.
5. Membantu guru bertugas/guru kelas dalam kes-kes kemalangan/kecederaan semasa
menjalani aktiviti di sekolah.
6. Membantu menyediakan dan melengkapkan bahan/bekalan perubatan untuk kotak
pertolongan cemas.
7. Menampal poster mengenai kepentingan kesihatan , di tempat – tempat yang sesuai di
kawasan sekolah.
8. Mempastikan Bilik Kesihatan dalam keadaan yang kemas dan dapat digunakan bila-bila
masa sahaja.
9. Mengadakan mesyuarat minima 3 kali setahun

BIDANG TUGAS KEBERSIHAN/KECERIAAN

1. Membantu pihak sekolah mengawasi dan mempertingkatkan kebersihan dan keceriaan


sekolah dari masa ke semasa.
2. Merancang dan menyediakan pelan landskap sekolah.
3. Membantu dan menanam pokok bunga, pokok hiasan, pokok herba ubat-ubatan dan lain-
lain.
4. Mencantikkan sudut-sudut tertentu yang terdapat di kawasan sekolah.
5. Mengadakan pertandingan kebersihan antara kelas-kelas.
6. Mengadakan kempen kebersihan dan melancarkan kerja gotong-royong.
7. Mengadakan sistem pembuangan sampah yang teratur dan mudah difahami oleh murid-
murid.
8. Membantu dan menyelia kebersihan tandas.
9. Membantu dan menyelia kantin dan kawasan persekitarannya.
CARTA GANTT KESELAMATAN, KESIHATAN DAN KECERIAAN

Bil Aktiviti Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov
Mesyuarat
1 x x x x
Jawatankuasa
Membuat pelan laluan
2 kecemasan Blok A dan x
Blok B
Penyerahan pelan
laluan kecemasan ke
3 x
kelas-kelas Blok A dan
Blok B
Soal-selidik Murid-
4 x
murid ke Sekolah
Slot 2 minit “
5 Kesedaran x x x x x x x x x
Keselamatan”
6 Latihan Kebakaran x x
Pemeriksaan Alat
7 x x
Pemadam Api sekolah
Penyelenggaraan alat
8 x
pemadam api sekolah
Menyedia &
9 menyerahkan x x
dokumentasi
Mengesan murid yang
10 memerlukan rawatan x x x x x x x x x x x
kecemasan.
Lawatan pihak
kesihatan-
11 x x x x x
Pemeriksaan
kesihatan murid.
Lawatan/Pemeriksaan
12 x x x x x
Kesihatan Pergigian.
Pemeriksaan
kebersihan diri murid
13 x x x x x x x x x x x
dan keceriaan
persekitaran
Minggu kesihatan dan
14 x
kecerdasan.
Mengemas kini bilik
15 kesihatan. x x
Mengemaskini Peti
16 x x
Pertolongan Cemas
Ceramah Kesihatan x
10

Takwim Unit Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan

Tarikh
Bil Aktiviti / Program
Perlaksanaan
6/4/2023
1 Mesyuarat Jawatankuasa Bil. 1, 2 & 3 12/7/2023
10/10/2023
2 Membuat pelan laluan kecemasan Blok A dan Blok B 21/03/2023
Penyerahan pelan laluan kecemasan ke kelas-kelas Blok A
3 27/03/2023
dan Blok B
4 Baik pulih laluan keselamatan sekolah 3/05/2023
Minggu pertama
5 Slot 2 minit “ Kesedaran Keselamatan”
setiap bulan
13/06/2023
6 Latihan Kebakaran
1/11/2023
25/05/2023
7 Pemeriksaan Alat Pemadam Api sekolah
27/09/2023
8 Penyelenggaraan alat pemadam api sekolah 30/11/2023
27/06/2023
9 Menyedia & menyerahkan dokumentasi
31/10/2023
Pertandingan Kebersihan dan keceriaan kelas serta bilik-
10 4/4/2023
bilik khas
11 Keceriaan tangga 18/5/2023
12 Keceriaan Kawasan sekolah 18/5/2023
13 Keceriaan tapak perhimpunan sekolah 18/5/2023
14 Gotong Royong Perdana 30/9/2023

You might also like