Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MORFOLOGI [Soalan 1]

Praktis 1 Aras R
Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Kenal pasti dan senaraikan dua kata kerja dan dua
kata bilangan tak tentu. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata ganti kerja
dan kata bilangan tak tentu tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
SP: 5.1.1

Produk herba semula jadi telah digunakan sejak berabad-abad lamanya dalam budaya, sains
perubatan, dan seni kulinari di seluruh dunia. Namun begitu, segelintir saintis dan ahli
profesional telah menunjukkan minat terhadap kepentingan tumbuh-tumbuhan herba kerana
mereka menyedari manfaat ubat-ubatan semula jadi ini terhadap kesihatan manusia.
Kelebihan lain ubat-ubatan berasaskan tumbuh-tumbuhan termasuklah menjimatkan wang,
berkesan, dan mudah didapati. Oleh sebab itu, jelaslah bahawa tumbuh-tumbuhan banyak
memberi manfaat terhadap manusia.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Khasiat Daun Kari’
oleh Jaymani Sevanathan,
Dewan Kosmik, bil. 9/2020
[8 markah]
Kata Ganti Kerja
(i) ____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
(ii) ____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

Kata Bilangan Tak Tentu

Praktis 2 Aras R
Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Kenal pasti dan senaraikan tiga kata majmuk.
Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata istana tersebut untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa atau nama khas. SP: 5.2.1

Capaian maklumat menerusi peralatan teknologi mudah dikendalikan dengan menggunakan

peranti mudah alih atau telefon pintar. Menerusi peralatan moden ini, pengguna dapat
menghubungi keluarga atau rakan pada bila-bila masa sahaja sekali gus merapatkan lompang
jarak hubungan sesama mereka. Kemajuan dalam bidang telekomunikasi ini memudahkan
proses perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan rakyat. Selain itu, kecanggihan
peranti tersebut akan mempercepat kadar celik maklumat dalam kalangan warganegara
Malaysia.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Mengendalikan Maklumat di Hujung Jari’
oleh Johan Jaafar,
Berita Harian, bil. 3/2016
[6 markah]
Kata Majmuk
(i) ____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
(ii) ____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
(iii) ____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

Praktis 3 Aras R
Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Kenal pasti dan senaraikan dua hubung pancangan
keterangan dan dua kata adjektif. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata
hubung pancangan keterangan dan kata adjektif tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
atau nama khas. SP: 5.1.1

Bangunan bersejarah merupakan aset yang patut kita kekalkan kerana manfaatnya sebagai
rujukan sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku di negara ini. Contohnya, Kota A’ Famosa
yang masih teguh berdiri di Melaka menjadi bukti negara ini pernah tunduk di bawah kuasa
asing sungguhpun peristiwa itu sudah lama berlaku. Di samping itu, tersergamnya bangunan
bersejarah akan membawa kita mengimbau zaman silam apabila kita merenungnya dengan
pandangan keinsafan. Dengan terdapatnya bangunan bersejarah, generasi baharu akan lebih
menghargai dan peka akan perkembangan sejarah negara.
[8 markah]
Kata Hubung Pancangan Keterangan
(i) ____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
(ii) ____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

Kata Adjektif

JAWAPAN

Praktis 1
Dua Kata Kerja
(i) digunakan – Pelbagai alasan digunakan oleh pemandu yang melanggar peraturan lalu
lintas untuk mengelakkan diri mereka daripada dikenakan saman.
(ii) menjimatkan – Keluarga yang rajin memasak makanan sendiri di rumah dapat
menjimatkan wang berbanding dengan membeli makanan di luar.

Dua Kata Bilangan Tak Tentu

(i) segelintir – Sukar dinafikan bahawa terdapat segelintir rakyat yang mudah mengikut
telunjuk pihak luar sekalipun tindakan itu mengancam keselamatan negara.
(ii) banyak – Pemerintah tidak wajar melayani kehendak golongan yang banyak kerenah
dan suka bertindak melulu dalam hal-hal yang sensitif.

Praktis 2
(i) mudah alih – Telefon mudah alih yang semakin canggih kini diterima sebagai
pelengkap gaya hidup moden terutamanya dalam kalangan anak muda.
(ii) celik maklumat – Masyarakat yang celik maklumat tidak akan tersisih daripada arus
perkembangan terkini.
(iii) warganegara – Seorang warganegara Indonesia cedera parah dalam kejadian
kemalangan di Jalan Sungai Nyigu, Bintulu pada malam tadi.

Praktis 3
Kata Hubung Pancangan Keterangan
(i) kerana – Pelaku jenayah tidak wajar dimaafkan kerana mereka bertindak di luar batas
kemanusiaan.
(ii) apabila – Penduduk yang mendiami kawasan rendah sudah dipindahkan ke pusat
pemindahan sementara apabila kediaman mereka dilanda banjir.

Kata Adjektif
(i) teguh – Pokok kelapa di tepi pantai itu teguh berdiri walaupun dilanda angin kuat.
(ii) baharu – Kereta api maglev atau monorel merupakan teknologi baharu dalam bidang
kereta api.

You might also like