Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD KOLEJ VOKASIONAL


MODUL PENDIDIKAN UMUM -
PENGAJIAN MALAYSIA 2

KERTAS PENERANGAN

KURSUS MODUL PENDIDIKAN UMUM - PENGAJIAN MALAYSIA 2

NO. KOD KURSUS MPU 2162

SEMESTER SEMESTER 2

NO. DAN TAJUK MODUL 01 - SEJARAH DAN POLITIK


1.3 PEMBENTUKAN MALAYSIA 1963

Mengetahui sejarah dan peristiwa pembentukan Malaysia serta


KEBOLEHAN
kesan-kesan pembentukannya terhadap penduduk negara ini.

PELAJAR AKAN DAPAT:


1.3.1 Menyenaraikan sebab-sebab pembentukan Malaysia
1.3.2 Menyatakan reaksi-reaksi terhadap Pembentukan
OBJEKTIF MODUL
Malaysia
1.3.3 Menyatakan isi-isi kandungan Perjanjian Malaysia
N 1.3.4 Menjelaskan kesan-kesan Pembentukan Malaysia

TAJUK: PEMBENTUKAN MALAYSIA 1963.

PENGENALAN :
Malaysia yang wujud pada hari ini mempunyai sejarah pembentukan yang panjang lebar. Pada
peringkat awal, ia dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya. Setelah mencapai kemerdekaan,
Parti Perikatan yang memerintah Tanah Melayu mendapati keadaan politik yang tidak tenteram
di negara-negara jiran boleh memberi kesan kepada kemerdekaan Tanah Melayu. Justeru,
Perdana Menteri Tanah Melayu yang pertama pada waktu itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
telah menyuarakan idea pembentukan Gagasan Malaysia yang melibatkan Tanah Melayu,
Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei. Idea ini berjaya direalisasikan pada 16 September 1963
tanpa negara Brunei yang menarik diri daripada penggabungan ini. Singpura juga telah keluar
dari Malaysia pada tahun 1965.
PENGAJIAN MALAYSIA 2 MPU 2162 MUKA SURAT : 2 DARI 6

1.3.1 SEBAB-SEBAB PEMBENTUKAN MALAYSIA.

(a) Mengelakkan Ancaman Dan Pengaruh Komunis

Pengaruh komunis yang semakin meluas di Asia Tenggara, terutama Singapura


membimbangkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Pengaruh komunis mula menyusup
masuk ke dalam parti yang memerintah Singapura sejak tahun 1959, iaitu Parti Tindakan Rakyat
(PAP) pimpinan Lee Kuan Yew. Kegiatan dan pengaruh komunis semakin kuat apabila bekas
anggota PAP berhaluan kiri menubuhkan Barisan Sosialis yang dipimpin oleh Lim Chin Siong.
Jadi, dikhuatiri kerajaan PAP diambil alih oleh Barisan Sosialis.
Situasi ini membimbangkan Persekutuan Tanah Melayu kerana hubungan  baik dengan Singapur
yang meliputi urusan-urusan politik dan ekonomi akan terjejas. Keadaan ini juga boleh
mengancam keselamatan Tanah Melayu. Oleh itu, Tunku berpendapat
penubuhan Malaysia akan dapat menyekat pengaruh komunis daripada merebak di Singapura.

Pengaruh komunis yang agak aktif sekitar tahun 1950-an telah merebak sehingga ke Sarawak.
Umpamanya penubuhan Liga Belia Demokratik Cina di Seberang Laut dan Persatuan Belia Maju
Sarawak. Pergerakan mereka telah mempengaruhi dan menghasut kaum Cina yang terdiri
daripada pelajar dan kesatuan sekerja untuk menentang British. Selain itu, parti yang agak
berpengaruh di Sarawak iaitu Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) juga telah dipengaruhi oleh
ideologi komunis. Oleh itu, pembentukan Malaysia perlu bagi membenteras ancaman komunis.
Tambahan pula, Tanah Melayu Tanah Melayu mempunyai pengalaman dalam membanteras
pengaruh komunis (PKM) sepanjang tahun 1948-1960.

(b) Memberi Kemerdekaan Kepada Sabah, Sarawak, Brunei Dan Singapura

Menerusi penubuhan Persekutuan Malaysia, negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak, Brunei dan
Singapura akan mendapat kemerdekaan lebih awal daripada yang dijangkakan. Ini
memandangkan negara-negara berkenaan masih lagi berada di bawah penjajahan British
semasa cadangan ini ditimbulkan. Dalam hal ini, Sabah dan Sarawak diletakkkan dalam status
negeri jajahan, manakala Singapura dan Brunei diletakkan sebagai negeri naungan.

Dalam perancangan penubuhan Persekutuan Malaysia, Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh


dua tahun. Tetapi jika Sabah dan Sarawak cuba mencapai kemerdekaan secara berasingan,
besar kemungkinan kemerdekaan itu tidak akan tercapai biarpun dalam tempoh lima tahun
ataupun sebaliknya. Jadi, dengan menyertai Malaysia, kemerdekaan Sabah dan Sarawak boleh
disegerakan.

Pada tahun 1960-an, kerajaan British sebenarnya dalam proses dekolonisasi iaitu memberi
kemerdekaan kepada tanah-tanah jajahannya. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
mengusulkan agar penjajahan di seluruh dunia ditamatkan. Pembentukan Malaysia
membolehkan British berundur dari tanah jajahannya di Asia Tenggara secara terhormat.

(c) Perkongsian Faedah Ekonomi.

Melalui Persekutuan Malaysia, negara-negara anggota akan dapat mengadakan kerjasama


ekonomi dan perdagangan untuk faedah bersama. Secara tidak langsung, negara-negara
anggota yang kaya dengan sumber ekonomi boleh membantu negara-negara anggota yang
miskin dan kekurangan sumber ekonomi sekaligus ia dapat meningkatkan pembangunan
ekonomi, terutama di Sabah dan Sarawak yang masih belum maju dari segi ekonominya.
PENGAJIAN MALAYSIA 2 MPU 2162 MUKA SURAT : 3 DARI 6

Manakala Tanah Melayu, Singapura dan Brunei pula akan menjadi penyumbang kepada negara-
negara berkenaan. Ini kerana Tanah Melayu kaya dengan sumber bahan mentah, Brunei pula
kaya dengan sumber minyaknya. Manakala Singapura pula akan lebih selamat dari segi ekonomi
sekiranya menyertai Persekutuan Malaysia

(d) Membela Masyarakat Bumiputera Di Sabah Dan Sarawak.

Sebelum penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia, nasib penduduk di wilayah ini tidak
sama dengan nasib penduduk di Semenanjung Tanah Melayu, terutama golongan Bumiputera.
Kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi di wilayah-wilayah tersebut dipegang oleh bangsa
asing. Sebahagian besar penduduk pula terlibat dalam sektor pertanian dan penggunaan tanah
untuk sistem penanaman tetap hanya pada kadar 3% sahaja. Jika kedua-dua wilayah tersebut
digabungkan ke dalam Persekutuan Malaysia, kemungkinan layanan istimewa akan diberikan
kepada penduduk Bumiputera Sabah dan Sarawak adalah lebih besar. Malahan, kedudukan dan
keistimewaan Bumiputera telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

(e) Mengimbangkan Jumlah Dan Kadar Pertumbuhan Kaum Di Kalangan Negeri Anggota.

Menurut Tunku Abdul Rahman, gagasan pembentukan Malaysia perlu menggabungkan wilayah-
wilayah Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Brunei bukan hanya terhad kepada Tanah Melayu
dan Singapura sahaja. Jika Tanah Melayu dan Singapura sahaja bercantum, ini akan
menghilangkan majoriti penduduk Melayu. Ini kerana Singapura mempunyai 80% penduduk
bukan Melayu dan apabila dicantumkan dengan penduduk Persekutuan Tanah Melayu,
penduduk bukan Melayu akan menjadi golongan terbesar.

Apabila pencantuman berlaku antara Tanah Melayu dan Singapura sahaja, bilangan masyarakat
Cina akan menjadi 43.5%, sementara orang Melayu menjadi 43%. Ini kerana anggaran
penduduk Tanah Melayu pada tahun 1960, orang Melayu kira-kira 50% dan orang Cina 36.9%.
Justeru, apabila penduduk Sabah dan Sarawak diambil kira, bilangan kaum Bumiputera
termasuk Melayu akan menjadi 46.3%, sementara orang Cina menjadi 42.4%. Ini bermaksud
untuk menjamin kedudukan orang Melayu dan Bumiputera tidak terancam, kemasukkan Sabah
dan Sarawak membolehkan kumpulan Melayu dan Bumiputera kekal sebagai kumpulan terbesar

1.3.2 REAKSI TERHADAP PEMBENTUKAN MALAYSIA

Tanah Melayu.

Tanah Melayu melihat Persekutuan Malaysia sebagai usaha murni untuk membantu dan
memimpin negeri-negeri anggota. Pengalaman Tanah Melayu sebagai negara yang telah
merdeka menjadi aset yang boleh digunakan untuk memajukan Malaysia yang akan ditubuhkan.
Kebanyakan parti politik di sini menyokong idea ini tetapi terdapat perbezaan pendapat tentang
pelaksanaannya. Contohnya, PAS dan Barisan Sosialis meminta supaya dirundingkan dulu di
kalangan penduduk Tanah Melayu manakala UMNO setuju penggabungan dengan Sarawak,
Sabah dan Brunei tanpa Singapura.
PENGAJIAN MALAYSIA 2 MPU 2162 MUKA SURAT : 4 DARI 6

Singapura.

Lee Kuan Yew dan partinya, PAP menyokong usaha ini kerana bimbang dengan pengaruh
berhaluan kiri yang kuat dan beliau sendiri ingin mempertahankan kedudukannya. Pada
Disember 1961, Majlis Undangan Negeri Singapura meluluskan usul penggabungan ini. Parti
pembangkang Singapura yang terbesar iaitu Barisan Sosialis menentang idea ini dan
mengatakan pembentukan Malaysia satu penjajahan bentuk baru. Mereka menuntut agar
pandangan rakyat Singapura diperoleh terlebih dahulu sebelum Singapura menyertai gabungan
ini. Pandangan mereka disokong oleh Parti Buruh pimpinan David Marshall dan Parti Rakyat
Bersatu pimpinan Ong Eng Guan. Satu referendum berhubung dengan persoalan dan syarat
penggabungan telah diadakan pada 1 September 1962. Dalam referendum itu, pengundi-
pengundi Singapura memilih penggabungan diadakan mengikut cadangan kerajaan Singapura
seperti yang dipersetujui dengan Persekutuan Tanah Melayu pada November 1961.

Sarawak dan Sabah.

Pada awalnya, Sarawak dan Sabah menolak cadangan pembentukan Malaysia. Ini adalah
kerana mereka telah lama berada di bawah pemerintahan British, iaitu Sabah selama 60 tahun
dan Sarawak melebihi satu abad. Ramai yang ingin kekal di bawah pemerintahan British kerana
mereka belum yakin untuk membentuk pemerintahan sendiri. Hal ini kerana sebelum ini, peluang
mereka dalam politik adalah terhad.

Menjelang akhir tahun 1961, ramai pemimpin dan rakyat Sarawak dan Sabah mula menyokong
pembentukan Malaysia. Ini kerana usaha kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu yang
menjelaskan gagasan Malaysia dengan mempertimbangkan pandangan penduduk Sabah dan
Sarawak. Semangat perpaduan dan sikap tolenrasi yang diperlihatkan oleh pemimpin Tanah
Melayu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun V.T Sambathan dan Tun Tan Siew
Sin membantu kepada perubahan sikap ini. Usaha ini turut mendapat kerjasama daripada
pemimpin Sarawak dan Sabah seperti Datu Mustapha Datu Harun, Temenggung Jugah, Donald
Stephen, Ong Kee Hui dan Stephen Kalong Ningkan.

Brunei.

Pada awalnya Sultan Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan Malaysia. Beliau
membentuk sebuah suruhanjaya bagi meninjau pendapat rakyat Brunei. Namun, Parti Rakyat
Brunei (PRB) di bawah pimpinan A.M. Azahari menentang gagasan Malaysia kerana matlamat
parti ini untuk menubuhkan Persekutuan Borneo, iaitu kerajaan Kalimantan Utara yang terdiri
daripada Sarawak, Sabah dan Brunei. Anggota PRB menganggap gagasan Malaysia sebagai
satu bentuk neokolonialisme. A.M. Azahari telah lancarkan pemberontakan di bawah pasukan
Tentera Nasional Kalimantan Utara yang ditubuhkan di beberapa buah bandar di Sarawak,
Sabah dan Brunei. Pemberontakan ini dilancarkan apabila Majlis Mesyuarat Undangan Negeri
Brunei dan Sultan Brunei tangguhkan keputusan tentang gagasan Malaysia. A.M. Azahari dan
penyokongnya dapat bantuan dan sokongan srp Indonesia dan Filipina. Pemberontakan Brunei
yang berlaku pada 7 Disember 1962 dapat dipatahkan oleh tentera British, tetapi A.M. Azahari
yang berada di Manila tidak dapat ditangkap. Beliau kemudiannya mendapat perlindungan politik
di Indonesia. Sultan Brunei mengambil keputusan untuk tidak menyertai Malaysia disebabkan
pergolakan politik Brunei dan faktor-faktor lain.Brunei kekal sebagai tanah jajahan British dan
mencapai kemerdekaan pada 1 Januari 1984.
PENGAJIAN MALAYSIA 2 MPU 2162 MUKA SURAT : 5 DARI 6

Indonesia.

Negara Indonesia telah membantah pembentukan Malaysia kerana berpendapat pembentukan


Malaysia adalah satu bentuk neokolonialisme yang akan mengancam Indonesia. Pandangan ini
disuarakan oleh Parti Komunis Indonesia yang mempengaruhi Presiden Soekarno untuk
isytiharkan Dasar Konfrantasi. Dasar Konfrantasi dari segi ekonomi dan kemasyarakatan dengan
konsep Ganyang Malaysia diumumkan pada 20 Januari 1963.

Pada peringkat permulaan, berlaku serangan terhadap kapal-kapal nelayan Tanah Melayu dan
juga pencerobohan udara. Apabila tentera Indonesia mula lancarkan serangan terhadap
Malaysia melalui Johor, Sarawak dan Sabah, Malaysia bertindak balas dengan bantuan tentera
Komanwel termasuklah dari Britain, Australia, New Zealand dan Kanada. Malaysia mempunyai
perjanjian pertahanan dengan Britain. Tuanku Abdul Rahman menghantar bantahan rasmi
kepada Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung dengan pencerobohan Indonesia
terhadap Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.

Namun, ancaman Indonesia untuk menekan Tanah Melayu dari segi ekonomi tidak berlaku
kerana tindakan ini menjejaskan Indonesia sendiri. Apabila Indonesia bertindak memburukkan
nama Malaysia di negara Afro-Asia dan negara Dunia Ketiga, Malaysia menghantar perwakilan
yang diketuai oleh Tun Abdul Razak untuk adakan lawatan ke beberapa buah negara Afrika bagi
menjelaskan hubungan diplomatik antara Indonesia dan Malaysia.

MAPHILINDO juga ditubuhkan pada tahun 1963 untuk menyelesaikan pertelingkahan antara
Malaysia-Indonesia dan Malaysia-Filipina. Namun, hubungan tegang terus berpanjangan hingga
bulan September 1965 apabila berlaku pemberontakan bersenjata di Indonesia. Jeneral
Soeharto telah menggulingkan Presiden Soekarno. Presiden Soeharto kemudiannya menghantar
Menteri Luar Indonesia, Adam Malik bagi memelihara hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia.
Menjelang Ogos 1966, berakhirlah konfronrasi Indonesia terhadap Malaysia.

Filipina.

Kerajaan Filipina di bawah pimpinan Presiden Macapagal membuat pengumuman rasmi


menuntut hak terhadap Sabah pada bulan Jun 1962. Kerajaan Filipina dengan tegas mendakwa
Sabah masih sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu. Tuntutan ini berdasarkan perjanjian
yang ditandatangani pada 22 Januari 1878 antara Sultan Jamalul Alam dengan Baron Von
Overbeck. Baron Von Averbeck kemudian telah menjualkan haknya kepada Alfred Dent yang
telah menubuhkan syarikat perdagangan yang berjaya memperoleh Piagam Diraja daripada
Brtish.

Pada 1881, syarikat ini dikenali sebagai Syarikat British Utara Borneo (SBUB) dan memerintah
Sabah sehingga kedatangan Jepun. Pada 1946, SBUB menyerahkan pemerintahan Sabah
kepada kerajaan British. Namun, pajakan ini diisytiharkan tamat oleh waris Sultan Sulu yang
terakhir iaitu Sultan Esmail Kiram pada 22 Januari 1958. Menjelang Jun 1966, Filipina telah iktiraf
penubuhan Malaysia. Pengiktirafan ini diberikan menerusi usaha membaiki hubungan anatara
kedua-dua negara melalui MAPHILINDO (Malaysia, Filipina dan Indonesia)
PENGAJIAN MALAYSIA 2 MPU 2162 MUKA SURAT : 6 DARI 6

1.3.3 ISI-ISI KANDUNGAN PERJANJIAN MALAYSIA 1963.

 Agama Islam merupakan agama Persekutuan kecuali Sarawak dan Sabah tetapi agama
lain bebas diamalkan.
 Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh
digunakan.
 Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi Sabah dan Sarawak sehingga 10 tahun selepas
Hari Malaysia.
 Sabah dan Sarawak diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan
awam.
 Rakyat bumiputera Sabah dan Sarawak mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu
di Persekutuan Tanah Melayu.
 Semua hal ehwal luar adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.
 Sistem pendidikan masih dikekalkan sehingga Majlis Negeri membuat pindaan.
 Sabah diberikan 24 perwakilan Parlimen, manakala Sarawak 16 dan Singapura 15 buah
kerusi.

1.3.4 KESAN-KESAN PEMBENTUKAN MALAYSIA 1963.

 Ancaman komunis dapat dibenteras.


 Memerdekakan negeri yang belum merdeka.
 Negeri kurang maju dapat dibangunkan.
 Memanfaatkan sumber yang ada di setiap negeri.
 Keluasan negara bertambah.
 Bilangan penduduk bertambah.
 Mewujudkan pasaran yang lebih luas.
 Mengimbangkan jumlah kaum di negeri anggota.
 Menggalakkan pelaburan.
 Pertahanan negara lebih kukuh.
 Penjajahan asing ditamatkan.
 Memperkaya budaya negara.
 Sektor pelancongan meningkat.

RUJUKAN :

1. Mardiana Nordin dan Hasnah Hussin. 2014. PENGAJIAN MALAYSIA, Edisi kelima.
Kuala Lumpur. Oxford Fajar.
2. Normurni Mohamad, Razana Fatin Abdullah @ Razali, Mohamad Faizal Ahmad. 2016.
PENGAJIAN MALAYSIA. Kuala Lumpur. Oxford Fajar.
PENGAJIAN MALAYSIA 2 MPU 2162 MUKA SURAT : 7 DARI 6

You might also like