Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

Ruj. Kami : JPNPP.100-11/2/1 JLD.

2 ( 29 )
Tarikh : 30 September 2022

Semua Ketua Pegawai Pendidikan Daerah


Semua Pengetua Sekolah Menengah,
Semua Guru Besar Sekolah Rendah,
Negeri Pulau Pinang.

Tuan,

PELAKSANAAN PROGRAM KECERGASAN SEMPENA HARI SUKAN NEGARA


(HSN2022) PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor


Pembangunan Murid bagi pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang bersama –
sama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang akan mengadakan sambutan Hari
Sukan Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 8 Oktober 2022 | Sabtu


Masa : 6.30 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Vision Park, Kepala Batas.
Pakaian : Pakaian Sukan

3. Bagi memeriahkan lagi acara sambutan HSN2022 peringkat negeri secara


bersama, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang telah mengenalpasti 10 sekolah
rendah dan 10 sekolah menengah di sekitar daerah Seberang Perai Utara untuk
menjemput guru dan murid hadir ke Vision Park, Kepala Batas.

4. Sehubungan itu, bersama – sama ini dipanjangkan surat pemakluman


pelaksanaan Program Kecergasan Sempena Hari Sukan Negara Peringkat
Kementerian Pendidikan Malaysia 2022 daripada Ketua Setiausaha, KPM sebagai
panduan kepada pihak tuan untuk melaksanakan aktiviti dan program sukan di peringkat
daerah dan sekolah masing – masing.

5. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan dalam perkara ini amatlah dihargai
Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini pihak tuan boleh menghubungi Encik Ramlee
bin Abu Bakar – Ketua Sub Unit Sukan, Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan
Pendidikan Negeri Pulau Pinang di talian 04 228 5831 atau secara emel
ramlee.abubakar@moe.gov.my
PELAKSANAAN PROGRAM KECERGASAN SEMPENA HARI SUKAN NEGARA
PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2022

Sekian.

“PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”


“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( MOHAMAD SAID BIN IBRAHIM )


Timbalan Pengarah,
Sektor Pembangunan Murid,
b/p Pengarah Pendidikan,
Jabatan Pendidikan Pulau Pinang
No. Telefon : 04 – 6521049
Emel : unitsukan@jpnpp.edu.my

sk.

1. Tuan Pengarah – Jabatan Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang


2. Ketua Penolong Pengarah – Unit Pembangunan Bakat Murid, JPNPP
ATURCARA SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA
PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2022
Tarikh : 08 Oktober 2022 ( Sabtu)
Tempat : Vision Park, Kepala Batas

MASA PERKARA

6.30 pagi : Pendaftaran Peserta

7.30 pagi : Persembahan Silat

7.45 Pagi : Ketibaan VIP dan Jemputan

8.00 pagi : Ketibaan YB Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

: Nyanyian Lagu ‘ Negaraku’ dan Lagu Negeri Pulau Pinang

: Ucapan Perasmian oleh;


YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

: Gimik Perasmian Hari Sukan Negara


Peringkat Negeri Pulau Pinang 2022

: Cabutan Bertuah

: Pelepasan HSN Fun Ride

: Jamuan Makan VIP

: Semua Aktiviti bermula


- Mega Aerobic Challenge
- Pertandingan Push Bike
- Sukaneka
- Mari Mencuba - Memanah Tradisional

: Penyampaian Hadiah

: Bersurai

You might also like