Laporan Khidmat Komuniti

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

UHIT 2302

PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI


(SCIENCE AND TECHNOLOGY THINKING)
SECTION 40 SESI 2022/2023-1

TUGASAN INDIVIDU
KHIDMAT MASYARAKAT

NAMA: NURUL ATIKAH AMIRA BINTI AZRUL


NO MATRIK: B22BE0070
PENSYARAH: PROF. MADYA DR SULAIMAN BIN KADIKON
TARIKH PENGHANTARAN: 28 JANUARI 2022

i
ISI KANDUNGAN

1.0 Pendahuluan ...................................................................................... 1

2.0 Persediaan sebelum melakukan misi bantuan banjir

………………………….…………………………………………………… 2

3.0 Objektif …...……………………………………………………………… 2

4.0 Peranan …...……………………………………………………………… 3

5.0 Cabaran …...……………………………………………………………… 3

6.0 Impak ……………………………………………………………………... 4

7.0 Kesimpulan …………………………................................................... 4

8.0 Lampiran ………………………………................................................. 5

ii
1.0 Pendahuluan

Pada tahun 2021, Malaysia sekali lagi dilanda banjir yang berlaku di sekitar Kawasan
Semenanjung Malaysia pada hujung tahun iaitu pada pertengahan Disember 2021. Sesetengah
negeri mula dilanda banjir antaranya di Pantai Timur dan Lembah Klang. Pada 22 Disember 2021,
melalui maklumat yang diperoleh daripada pautan berita, banjir di Pantai Timur khususnya di
negeri Pahang bertambah buruk dan angka mangsa banjir terus meningkat. Jumlah mangsa di
daerah Kuantan, Temerloh dan Bera meningkat mendadak dengan mangsa paling ramai adalah
di Kuantan, membabitkan 21,837 penduduk daripada 5,866 keluarga yang kini ditempatkan di 68
PPS. Banjir kali ini berlaku kerana paras air Sungai Pahang, Sungai Kuantan dan Sungai Rompin
mencecah tahap bahaya dan menyebabkan bandar-bandar atau kampung-kampung yang
bederkatan dengan sungai-sungai berkenaan paling teruk terjejas.

Pada penghujung Disember 2021, air kelihatan surut di beberapa kawasan.


Walaubagaimanapun, daripada pautan media Pahang menyiarkan bahawa enam daerah di
Pahang dilanda banjir gelombang kedua. Enam daerah berkenaan ialah Lipis, Maran, Bera,
Rompin, Raub dan Jerantut. Banjir gelombang kedua ini hanya berlaku pada daerah yang
dikelilingi dengan Sungai Pahang. Apabila berlaku banjir, Sungai Pahang akan berada pada paras
bahaya sehingga musim monsoon berakhir. Beberapa laluan di Lipis juga masih ditenggelami air
dan tidak boleh dilalui kenderaan iaitu Jalan Sungai Lembing, Jalan Kuantan ke Endau, Jalan Air
Hitam ke Teluk Mahang, Jalan Panching Utara dan Jalan Kuala Lumpur ke Kuantan. Setelah
banjir kelihatan surut di beberapa kawasan, pihak sukarelawan POLISAS berbincang untuk
menjalankan misi bantuan banjir di sekitar Kuantan. Saya dengan rakan-rakan tidak terlepas
untuk menjadi sukarelawan banjir. Program sukarelawan POLISAS ini dijalankan dengan
kerjasama Rakan Majlis Perwakilan Pelajar (RMPP) serta Kelab Pemimpin Rakan Sebaya (PRS).
Bantuan ini khas untuk membantu mana mana pelajar POLISAS yang berada sekitar Kuantan
yang terjejas akibat banjir.

1
2.0 Persiapan sebelum menjalankan misi bantuan banjir.

Sebelum melaksanakan misi bantuan banjir, kami perlu mengumpul dana bagi
menampung perbelanjaan untuk membeli peralatan pembersihan yang diperlukan dan bantuan
makanan kepada pelajar POLISAS yang ditimpa musibah banjir. Pihak kami membuat poster
yang disertakan no akaun bank dan memuat naik poster tersebut di sosial media MPP POLISAS
dan PRS POLISAS dua minggu sebelum kami memulakan misi bantuan banjir. Dengan bantuan
rakan-rakan yang lain, pasukan kami telah mengumpul dana sebanyak RM5000 bagi menampung
kos perbelanjaan barang-barang keperluan misi bantuan banjir kali ini. Dana ini akan digunakan
untuk membeli alat pembersih seperti water jet, penolak air, mop, sarung tangan getah, boot getah,
berus, penyapu lidi dan banyak lagi. Selain itu juga, dana ini juga digunakan untuk membli
makanan seperti biskut, roti, minuman kotak dan makanan bertin seperti sardin. Sebelum kami
memulakan misi bantuan, kami juga berbincang dan bermesyuarat dengan pihak HEP POLISAS
bagi sama sama menyalurkan bantuan serta turun padang bagi membantu melancarkan misi
bantuan tersebut. Kami juga mengadakan mesyuarat bersama MPP POLISAS dan PRS POLISAS
bagi mengatur gerak kerja sebelum memulakan misi bantuan. Bacann Yaasin juga diadakan bagi
memohon keberkatan sepanjang program yang akan berlangsung tidak lama lagi. Selepas selesai
bacaan Yaasin, kami memulakan gerak kerja untuk membungkus segala makanan yang akan
diberi kepada pelajar-pelajar POLISAS yang terkesan akibat banjir. Peralatan juga kami siapkan
supaya segalanya dipermudahkan pada hari kejadian.

3.0 Objektif

i. Memberi peluang kepada kami sekumpulan merasai kepayahan dan cabaran menjadi
sukarelawan rakyat.
ii. Tugasan ini akan menjadi titik permulaan untuk kita semua menjadi sukarelawan yang
bersedia untuk digerakkan dalam tugasan yang lebih banyak memerlukan bantuan.
iii. Meringankan beban mangsa bencana sebegini.
iv. Menyedarkan sukarelawan seperti kami bahawa tidak semua orang yang hidup di muka
bumi Allah s.w.t. akan terhindar dari mengambil ujian dan cabaran.

2
4.0 Peranan

Peranan saya sebagai sukarelawan adalah untuk menolong rakan-rakan saya dari
POLISAS yang merupakan antara mangsa banjir di sekitar Kuantan. Selain itu juga, sebagai
pelajar dan sukarelawan, kami juga datang untuk membantu masyarakat dan merasai isu
masyarakat yang mereka lalui. Kesukarelawanan dalam bentuk pemberian kerja dan bantuan
tenaga amat diperlukan dalam diri saya, sebelum berguna dalam pasaran kerja. Menjadi seorang
sukarelawan bukanlah suatu perkara yang mudah, ianya memerlukan daya semangat yang tinggi
dan berterusan supaya misi yang diidamkan dapat dicapai.

5.0 Cabaran

Banyak cabaran yang dihadapi oleh kami sebelum dan semasa melakukan misi bantuan
banjir. Pada mulanya, kami berdepan dengan cabaran untuk mengumpulkan dana bantuan misi
banjir kali ini. Kami tidak dapat menarik ramai orang untuk menderma. Tetapi dengan usaha
setiap ahli sukarelawan yang lain, kami akhirnya berjaya mengumpul dana pada jumlah yang agak
besar. Dana yang kami terima adalah daripada pihak atasan POLISAS serta pensyarah yang turut
membantu menambah dana bagi memudahkan kami membantu mangsa mangsa banjir yang
terdiri daripada pelajar POLISAS yang tinggal di luar kampus yang terkesan dengan banjir. Selain
itu, terdapat juga banyak pokok tumbang, tanah runtuh dan tiang elektrik yang tumbang di
sepanjang jalan perumahan tersebut. Banyak jalan di perumahan tersebut dipenuhi lumpur.
Lumpur itu juga menyebabkan tayar van yang kami naiki ditenggelami dan tidak dapat bergerak.
Ini menyebabkan kami sukar untuk meneruskan perjalanan kami dan mengambil masa yang lama
untuk menjadikan semua kembali baik. Seterusnya, kami menghadapi cabaran dalam
pembersihan rumah. Rumah-rumah yang terjejas akibat banjir di kawasan ini dipenuhi lumpur
yang tebal. Selain itu, tekanan air juga turut rendah dan menyebabkan banyak kerja yang perlu
dibuat serta merumitkan kerja-kerja pembersihan. Segala cabaran ini menjadikan kami terus kuat
untuk menjalankan misi bantuan sehingga habis.

3
6.0 Impak

Melalui aktiviti kesukarelawan ini, banyak impak positif yang diperoleh saya dan rakan
pasukan sukarelawan saya perolehi. Antaranya adalah meningkatkan kesedaran dan muhasabah
diri. Kejadian banjir ini merupakan fenomena bencana alam semulajadi yang diberikan oleh Allah
S.W.T kepada hamba-hambaNya. Kehidupan manusia di muka bumi tidak terlepas daripada
ujian daripada Allah S.W.T sama ada dalam bentuk kesusahan mahupun kesenangan. Selain itu,
kami juga dapat mendedahkan lebih ramai orang yang bertuah kepada kesusahan yang dihadapi
oleh sebahagian daripada masyarakat. Contohnya, banjir yang melanda kawasan rumah pelajar
POLISAS telah merosakkan kebajikan penduduk seperti peralatan rumah dan pakaian. Justeru,
sukarelawan yang datang menghulurkan bantuan dapat menyumbang kepada kebajikan
penduduk yang terjejas agar dapat meneruskan kehidupan dengan selesa. Secara tidak langsung,
keadaan itu akan membuka mata semua pihak khususnya pihak atasan tentang nasib yang
menimpa rakyat. Ia juga menghalang masyarakat daripada menjadi seperti katak di bawah
tempurungnya. Jelas sekali, faedah kerja amal atau sukarela boleh membantu meningkatkan
kesedaran tentang kesukaran atau masalah yang dialami sesetengah komuniti. Seterusnya,
mengambil bahagian dalam kesukarelawanan merupakan salah satu cara yang pintar untuk
menambah baik rangkaian sosial. Melalui usaha murni ini, dalam masa yang sama ia mewujudkan
hubungan yang lebih positif antara pelajar dan masyarakat di peringkat tempatan dan global, di
mana wujudnya kerjasama, kepercayaan dan rasa hormat yang tinggi.

7.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, banyak kebaikan yang boleh diperolehi sekiranya kita melibatkan diri
dalam membantu mereka yang kesusahan. Perkataan “sukarelawan” boleh diertikan sebagai
individu atau kumpulan yang menjalankan kerja sukarela bertujuan memberi kemudahan kepada
masyarakat atau pihak yang memerlukan. Justeru itu, setiap rakyat Malaysia perlulah
bertanggungjawab dan memainkan peranan penting untuk melakukan kebaikan seperti ini. Setiap
orang seharusnya mempunyai satu pengalaman menyertai aktiviti bantuan ini untuk memupuk
semangat kemasyarakatan dan tidak mementingkan diri sendiri. Amalan ini perlu dipupuk sejak
kecil lagi supaya tidak menjadi kekok di kemudian hari. Sekiranya kita menolong orang dalam
kesusahan, ramai orang yang akan menolong kita disaat kita berada dalam kesusahan. Hubungan
antara kaum juga dapat dieratkan kerana kehadiran sukarelawan dalam aktiviti seperti ini. Bak
kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.

4
8.0 Lampiran

You might also like