Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Salam sejahtera dan salam perpaduan.

Terima kasih tuan pengerusi majlis, para

juri yang arif lagi bijaksana, tuan penjaga masa yang peka dengan detik-detik

masanya, guru-guru dan hadirin sekalian.

Pada hari yang berbahagia ini, saya akan menyampaikan syarahan yang

bertajuk, "Toleransi Akar Umbi Perpaduan Masyarakat Malaysia”. Tajuk

bicara bersulam indah membawa kita untuk mengerti bahawa toleransi menjadi

agen penyatuan masyarakat yang mampu menimbulkan rasa kecintaan dan

semangat kebangsaan dalam diri setiap rakyat.

Toleransi ditakrifkan sebagai sikap bertolak ansur dalam hubungan antara

generasi, jantina, individu dan komuniti serta di antara manusia sejagat dan

sifat-sifatnya. Justeru, sistem pendidikan dan program-program berunsurkan

toleransi mesti diwujudkan untuk menyediakan kehidupan berbilang bangsa dan

budaya kepada generasi akan datang. Sikap toleransi inilah yang perlu kita semai,

baja dan wariskan kepada generasi yang akan datang bagi mengekalkan perpaduan

yang telah kita kecapi dan nikmati sekian lama.

Hadirin yang budiman,

Wadah bicara saya yang pertama ialah toleransi dalam menganut

kepercayaan masing-masing. Di negara tercinta ini agama merupakan salah satu

tonggak dalam rukun negara, iaitu kepercayaan kepada tuhan. Setiap rakyat

Malaysia mempunyai kepercayaan dan anutan agama masing-masing. Rakyat

Malaysia tidak dipaksa untuk menganut agama rasmi Malaysia. Malah, setiap

rakyat dijaga dari segi undang-undang untuk mempraktikkan agama anutan

masing-masing. Perpaduan dapat dilihat melalui sikap toleransi setiap rakyat yang

berbilang anutan yang mana rakyat menghormati kepercayaan anutan agama dan

cara ritual keagamaan dilakukan.


Hadirin yang dikasihi,

Wadah bicara yang kedua ialah toleransi dalam menerima budaya dan

kepelbagaian kaum yang berbeza. Persoalannya di sini, bagaimana setiap kaum di

Malaysia yang mempunyai budaya dan adat yang berbeza boleh disatukan?

Sedangkan pakaian pun berbeza, makanan pun berbeza apalagi bahasa.Tahukah

warga dewan bahawa jurang bahasa dapat disatukan dengan penggunaan bahasa

Malaysia sebagai bahasa lingua franca. Bahasa lingua franca ini telah digunakan

sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi yang ketika itu menghubungkan

pedagang-pedagang dari seantero dunia. Kemudian, digunakan hingga kini untuk

menyatukan masyarakat majmuk di Malaysia. Kepelbagaian inilah yang diangkat

sebagai satu ciri unik negara Malaysia.

Hadirin yang dihormati,

Wadah bicara yang terakhir ialah pendidikan sebagai landasan utama

memupuk toleransi. Perpaduan yang terbina kini tidak seperti bulan jatuh ke riba.

Perpaduan ini dibentuk dengan susah payah oleh pemimpin dan rakyat Malaysia

itu sendiri. Toleransi dibina melalui pendidikan formal di sekolah mahupun

pendidikan tidak formal di rumah.

Kesimpulannya, setiap entiti dalam masyarakat yang berbilang bangsa ini

mempunyai tanggungjawab menjaga perpaduan dengan memahat toleransi dalam

diri setiap kaum supaya berakar umbi toleransi ini dan sukar dipisahkan rakyat

Malaysia dengan toleransi.

Sekian, terima kasih.

You might also like