Buku Panduan Ujian Kenaikan Pangkat Lans Koperal Kadet Remaja Sekolah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 43

BUKU PANDUAN

UJIAN KENAIKAN PANGKAT


LANS KOPERAL
KADET REMAJA SEKOLAH

HASIL NUKILAN :
MUHAMMAD THANI B. SHA’BAAN
PENGASAS
KADET REMAJA SEKOLAH
PENDAHULUAN

Buku ini merupakan garis panduan yang boleh digunakan oleh guru-guru di sekolah
dalam ujian kenaikan pangkat Lans Koperal Kadet Remaja Sekolah. Guru dan murid boleh
menyesuaikan buku ujian ini berdasarkan keadaan persekitaran, budaya kaum dan elemen-
elemen lain berlandaskan teras dan kurikulum Kadet Remaja Sekolah. Namun Buku Panduan
Kadet Remaja Sekolah dan Tunas KRS merupakan rujukan utama dalam menjalankan aktiviti
Kadet Remaja Sekolah.

Ahli- ahli Kadet Remaja Sekolah yang ingin menjalani ujian pangkat akan dapat
membuat persedian awal dan seterusnya mewujudkan daya saing yang sihat di kalangan
ahli -ahli Kadet Remaja Sekolah dalam memperolehi pangkat. Sehubungan itu, ujian-ujian ini
akan melahirkan ahli-ahli Kadet Remaja Sekolah yang berkualiti, berketrampilan dan
berwibawa yang bakal menjana generasi yang ’ Cemerlang, Gemilang dan Terbilang ’.

Terhasilnya buku ini diharap dapat memberikan pengetahuan dan meningkatkan ilmu
ahli-ahli Kadet Remaja Sekolah selaras dengan motto Kadet Remaja Sekolah iaitu ’ ILMU,
IMAN dan AMAL ’.

” Hakcipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dihasilkan


semula dalam apa juapun bentuk tanpa terlebih dahulu mendapat izin Jawatankuasa
Teknik Kadet Remaja Sekolah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur ”

2
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
KAD UJIAN KENAIKAN PANGKAT

Ujian Kelayakan : LANS KOPERAL


Nama :
Tingkatan :
Syarat-syarat :
Ahli hendaklah Lulus Ujian/Peperiksaan Tahap 1 iaitu:
Bil. Perkara Tarikh Lulus & Pengesahan

A ITEM UJIAN KHAS

1 Ujian Bertulis
 Mengandungi 60 soalan meliputi semua tajuk dalam Tarikh:
silibus KRS. ( soalan objektif )

2 Ujian Kawad Tarikh:

 Melakukan kawat asas dengan baik

3a Ujian Kerohanian Tarikh:

 Menghafaz Asmaul Husna,

 Menghafaz 5 surah Juz Amma.

3b Ujian Moral Tarikh:

Pengucapan awam:
Tajuk : Buat baik dibuat baik
Kesetiaan kepada Negara
Waspada sebelum kena
Sahabat setia
Teguran membina

A4 Ujian Kecergasan Tarikh:

 Larian 2.4 km
Bangkit tubi ( 30kiraan/minit)
Tekan tubi(20kiraan/minit)
Lentik Belakang(20 kiraan/minit
Angkat Beban yang setara berat anggota kadet / tidak kurang
50 kg

B ITEM UJIAN TERAS

1 DISIPLIN DAN KEROHANIAN

3
1.1 Ketatanegaraan

 Mengenal Maksud Lambang Negara Malaysia Tarikh:


 Melukis Bendera Malaysia dan maksud. Tarikh:
 Menyanyikan Lagu kebangsaan dan Lagu Negeri. Tarikh:
 Melukis Bendera Negeri tempat tinggal. Tarikh:

2 KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN


2.1 Perkhemahan
 Kraf Perkhemahan Asas Tarikh:

 Keselamatan asas semasa berkhemah Tarikh:

 Mengikuti perkhemahan selama 3 hari 2 malam Tarikh:

2.2 Ikatan
 Buku Sila Tarikh:

 Bunga keti Tarikh:

 Ikatan Manok Tarikh:

 Tindih Kasih Tarikh:

 Simpul belit Tarikh:

 Simpulan Pengail Tarikh:

2.3 Kompas

 Mengenal bahagian-bahagian Kompas Tarikh:

 Mengenal arah mata angin Tarikh:

2.4 Ikhtiar Hidup


 Mengenali sumber-sumber ikhtiar hidup. Tarikh:

 Mengenali jejak atau tanda-tanda Tarikh:

2.5 Pertolongan Cemas/Bantu Mula


 Membuat Anduh Tiga Segi, Anduh Besar, Anduh Leher dan Tarikh:
Andoh Lengan.

 Prinsip asas pertolongan cemas. Tarikh:

 Tindakan semasa kecemasan. Tarikh:

2.6 Asas kebombaan

4
 Pengenalan mengenai kebakaran Tarikh:
 Punca kebakaran
 Cara-cara mengelak kebakaran.

2.7 Kebudayaan
 Menyertai atau mempersembahkan 2 kali persembahan Tarikh:
kebudayaan seperti nasyid, berzanji, bermain kompang,
bersajak, pentomin, seni silat atau persembahan lain yang
sesuai.

3 KHIDMAT MASYARAKAT

 Menyertai 2 khidmat masyarakat dengan masa tidak kurang Tarikh:


daripada 6 jam.

4 ALAM SEKITAR

 Menyertai atau melaksanakan 2 projek yang berkaitan Tarikh:


dengan Alam Sekitar seperti membuat taman, menanam
pokok, mengutip sampah di kawasan sekolah, sungai tempat
rekreasi atau lain-lain aktiviti yang sesuai.

5 KEUSAHAWANAN

 Menyediakan satu projek yang berkaitan samada rekacipta Tarikh:


ataupun jahitan

A : 1. Ujian Bertulis

Ujian bertulis ( 60 soalan objektif ) meliputi semua silibus Kadet Remaja Sekolah
Tahap 1.

A : 2. KAWAD

MATLAMAT

Mendedahkan kepada anggota Kadet Remaja Sekolah yang berpangkat lans koperal
tentang bahasa hukuman dan perbuatan kawad yang mengikut kawad kaki KRS.

OBJEKTIF

5
# Anggota yang berpangkat lans koperal dapat melaksanakan perbuatan kawad
yang betul mengikut arahan ketua.

# Dapat memupuk semangat kerjasama dan mematuhi arahan ketua.

# Dapat melahirkan anggota KRS yang berdisiplin dan yakin pada diri.

PENGISIAN

Bab 1 - Latihan Kawad Statik


Bab 2 - Latihan Kawad Dinamik
Bab 3 - Ujian Kawad

BAB 1

KAWAD STATIK

2.1 SEDIA (Rujuk m/s 72)

2.2 SENANG DIRI (Rujuk m/s 73)

2.3 REHATKAN DIRI (Rujuk m/s 74)

2.4 MASUK BARIS (Rujuk m/s 75)

2.5 MEMBETULKAN BARISAN (Rujuk m/s 75 - 77)

2.6 NOMBOR (Rujuk m/s 77)

2.7 BUKA / TUTUP BARISAN (Rujuk m/s 78)

2.8 BERPUSING KE KANAN/ KIRI/ BELAKANG (Rujuk m/s 79)

2.9 BERPUSING SEPARUH KANAN/KIRI (Rujuk m/s 80)

2.10 BERSURAI DAN KELUAR BARIS (Rujuk m/s 81)

2.11 PARAS (Rujuk m/s 82)

6
BAB 2

KAWAD DINAMIK

2.12 CEPAT JALAN (Rujuk m/s 85)

2.13 BERHENTI (Rujuk m/s 86)

2.14 PERLAHAN JALAN (Rujuk m/s 87)

Berhenti Semasa Perlahan Jalan (Rujuk m/s 88)

2.15 LANGKAH KE HADAPAN / KE BELAKANG (Rujuk m/s 88)

2.16 LANGKAH MERUSUK (Rujuk m/s 89)

2.17 BELOK (Rujuk m/s 90)

2.18 BERPUSING SEMASA PERLAHAN JALAN (Rujuk m/s 90)

2.19 BERPUSING SEMASA CEPAT JALAN (Rujuk m/s 92)

KE KANAN PUSING

KE KIRI PUSING

KE BELAKANG PUSING

2.20 HENTAK KAKI, MAJU DAN BERHENTI DALAM PERLAHAN DAN CEPAT JALAN
(Rujuk m/s 93)

SEMASA CEPAT JALAN

SEMASA PERLAHAN JALAN

HENTAK KAKI CEPAT SEMASA BERHENTI

2.21 TUKAR LANGKAH DALAM MASA PERLAHAN JALAN DAN CEPAT JALAN
(Rujuk m/s 95)

SEMASA PERLAHAN JALAN

SEMASA CEPAT JALAN.

7
2.22 BERJALAN, HENTAK KAKI BERHENTI DALAM MASA BERLARI (Rujuk m/s 96)

Hentak kaki semasa berlari

2.23 TUKAR LANGKAH PERLAHAN, CEPAT JALAN DAN BERLARI (Rujuk m/s 97)

DARI CEPAT JALAN KE PERLAHAN JALAN

DARI PERLAHAN JALAN KE CEPAT JALAN

DARI CEPAT JALAN KE LANGKAH BERLARI

2.24 BUKA DAN TUTUP BARISAN KETIKA BERJALAN (Rujuk m/s 98)

2.25 TUKAR HALUAN KETIKA BERHENTI DAN BERJALAN DALAM CEPAT DAN
PERLAHAN (Rujuk m/s 99)

TUKAR HALUAN MASA BERHENTI DALAM MASA CEPAT JALAN

2.26 HORMAT DALAM MASA BERHENTI (Rujuk m/s 102)

2.27 MEMBERI HORMAT KETIKA BERJALAN (Rujuk m/s 103)

HORMAT KE HADAPAN

HORMAT KE KANAN/KIRI

2.28 HORMAT SELAKU MENERIMA SIJIL (Rujuk m/s 104)

A : 3a. KEROHANIAN

SKEMA PEMARKAHAN

UJIAN KEROHANIAN

1. Pelajar dikehendaki menghafaz :

a. Asmaul Husna
b. 5 surah dari Juz Amma

2. Pemarkahan : LULUS @ GAGAL

3. Pemarkahan lulus - Pelajar dapat menghafaz keseluruhan dengan lancar.

ARAHAN SEMASA UJIAN

8
1. Pelajar dikehendaki berada dalam keadaan berwuduk.
2. Pelajar diuji seorang demi seorang untuk keseluruhan hafazan.

Menghafaz Asma Ul-Husna

9
AYAT-AYAT HAFAZAN

10
11
A: 3b . PENDIDIKAN MORAL

MASA ( UJIAN DIJALANKAN )

• Semasa pelajar Islam sembahyang maghrib/Isyak/ Subuh.


• Aktiviti Stesen
• Kesesuaian Masa Penguji ( Guru)

PANDUAN MELAKUKAN UJIAN
• Guru terlebih dahulu edarkan bahan ujian (bersama buku panduan ujian)
• Menerangkan prosedur ujian.
• Beri masa pelajar membaca
• Tetapkan gred ujian. (gagal ulang semula)- 5% ujian 1 + 5 % ujian 2

TAJUK UJIAN PENGUCAPAN AWAM

12
TAJUK
1. Buat baik dibalas baik
2. Kesetiaan kepada Negara
3. Waspada sebelum kena.
4. Sahabat Setia
5. Teguran Membina

CONTOH SATU: KESETIAAN KEPADA NEGARA

1. Setiap warganegara mempunyai tanggungjawab masing-masing tanpa mengira status


atau darjat.
2. Pemimpin bertanggungjawab memimpin dan memajukan negara di samping
memastikan keamanan dan keharmonian hidup rakyat di negaranya.
3. Warganegara pula bertanggungjawab untuk memajukan diri, bangsa dan menjaga
nama baik dan imej bangsa.
4. Tanggungjawab memelihara keamanan, keselamatan dan keharmonian negara turut
terletak di bahu setiap warganegara.
5. Sikap bertolak ansur, bekerjasama dan bermuafakat sangat penting bagi sesebuah
negara demokrasi dan mempunyai masyarakat berbilang bangsa.

Isi :

RUKUN NEGARA

• Bahawasanya kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan
usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:

Kepercayaan Kepada Tuhan


Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA

1. Menjaga keamanan
2. Menyokong rancangan kerajaan.
3. Taat setia kepada raja dan pemimpin
4. Menjaga imej dan nama baik negara.
5. Mengundi

AMALAN BERTERIMA KASIH KEPADA NEGARA

• Melibatkan diri dalam rancangan kerajaan.


• Menghargai kemudahan yang disediakan.
• Mengharumkan nama negara.
• Menjaga kelestarian negara.
• Menyuarakan pendapat melalui saluran yang sah.
• Mengekalkan perpaduan

13
CONTOH SATU: TEGURAN MEMBINA

• Kita mesti bertolak ansur dan mengawal diri agar mengekalkan hubungan yang mesra
dengan semua orang.
• Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras
dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.
• Kita mesti menerima pandangan dan teguran positif daripada orang lain.

CONTOH TEGURAN MEMBINA

1. Guru menasihati kamu untuk mengimbangi kegiatan kokurikulum dengan akademik


- Kamu bersetuju kerana beliau mahir dalam perkara itu dan tahu kemampuan kamu
dalam pelajaran.

2. Guru menegur kamu agar lebih rajin mengulang kaji kerana keputusan kamu merosot
- Kamu menerima kerana niat guru menegur untuk tujuan baik, agar kamu berjaya
dalam akademik.
3. Pengerusi Kelab menegur kamu supaya menghadiri latihan mengikut jadual agar
kamu tidak didenda.
- Kamu datang latihan kerana aktiviti itu penting untuk kesihatan dan kejayaan kamu
akan menyumbang kepada kejayaan kelab.

CARA PENILAIAN
10 markah bagi setiap tajuk.
Isi- 4 markah
Gaya Penyampaian- 2 M
Bahasa- 4 M

A: 4. Ujian Kecergasan :

Murid melakukan ujian mengikut kemampuan masing-masing. ( seperti dalam kad


uijan ) .

B. 1. DISIPLIN DAN KEROHANIAN

B: 1.1.1 KETATANEGARAAN

1. JATA NEGARA

TAJUK : Mengenal maksud lambang Negara Malaysia (Jata Negara)


KAEDAH : Soal jawab / perbincangan
MASA : 1 jam
TEMPAT : Kawasan yang bersesuaian
MATLAMAT : Menanamkan perasaan taat setia kepada negara

14
OBJEKTIF : i. melahirkan murid yang mempunyai sikap jati diri yang tinggi
terhadap negara
ii. Menjadikan murid seorang individu yang berdisiplin dan
bertanggungjawab kepada diri, masyarakat dan negara
iii. Menanamkan semangat patriotisme dalam jiwa murid.

PERALATAN : Bahan edaran


SEBELUM : - Mengenal pasti lokasi yang sesuai
AKTIVITI - Memastikan semua peralatan berada di lokasi
- Memastikan semua peserta telah bersedia untuk bersoal jawab
dan perbincangan

SEMASA AKTIVITI : - Taklimat


- Memastikan aktiviti berjalan lancar
- Membuat pemantauan dan penilaian

SELEPAS AKTIVITI : - Membuat rumusan dan penilaian

Isi kandungan :

15
SOALAN LISAN :
1. Jata Negara di kenali sebagai apa ?
2. Huraikan lambang-lambang yang terdapat pada Jata Negara.
(sekurang-kurangnya lima)

JAWAPAN :

1 Lambang Malaysia
2
a  Harimau-keberanian
b  Bulan dan bintang – Agama Islam
c  Bintang 14 bucu – 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam Malaysia.
d  Lima bilah keris – lima buah negeri Melayu tidak bersekutu (Johor, Kelantan,
e Terengganu,Kedah dan Perlis)
f  Jata Negeri Sabah – Negeri Sabah
g  Jata Negeri Sarawak – Negeri Sarawak
h  Bunga Raya – Kerajaan Persekutuan
i  Pokok Pinang – Negeri Pulau Pinang
j  Pokok – Negeri Melaka
k  Empat Jalur berwarna melambangkan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu(Selangor,Perak,Pahang dan Negeri Sembilan)
l  Warna Kuning – Warna Diraja
m  Bersekutu bertambah Mutu –Cogan Kata

2. MELUKIS BENDERA MALAYSIA DAN MAKSUD

TAJUK : MELUKIS BENDERA MALAYSIA DAN MAKSUD

KAEDAH : Melukis Bendera Malaysia dan Maksud


MASA : 1 Jam
TEMPAT : Kawasan yang bersesuaian
MATLAMAT : Melahirkan murid yang berasa bangga terhadap Negara.
OBJEKTIF : i. Mendidik peserta atau murid mengenal
bendera Malaysia
ii. Menyatakan warna dan simbol serta
menghayati maksud yang terkandung dalam
bendera Malaysia.
PERALATAN : Alatulis dan bahan edaran
SEBELUM AKTIVITI : i. Memastikan semua peralatan berada di lokasi
ii. Memastikan semua peserta telah bersedia dari
semasa ke semasa

SEMASA AKTIVITI : Taklimat/penerangan


Memastikan semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan
lancar.

16
SELEPAS AKTIVITI : Membuat rumusan dan penilaian keseluruhan

Isi kandungan :

Maksud :

Bil Pernyataan Maksud


1. 14 Jalur merah – putih 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan
2. Warna biru tua Perpaduan rakyat
3. Bintang 14 bucu Perpaduan gabungan 13 buah negeri dan
Wilayah Persekutuan
4. Bulan Sabit Agama Islam sebagai agama rasmi
5. Warna kuning pada bulan sabit dan bintang Kedaulatan Raja-Raja Melayu
6. Warna putih Kesucian
7. Warna merah Keberanian

3. LAGU KEBANGSAAN DAN LAGU NEGERI

TAJUK : Mengetahui Lagu Kebangsaan Negara Malaysia dan Lagu Negeri


KAEDAH : Secara lisan (menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu Negeri)
MASA : 30 minit
TEMPAT : Kawasan yang bersesuaian
MATLAMAT : Menanamkan perasaan taat setia kepada negara dan negeri
OBJEKTIF : i. Melahirkan murid yang cintakan negara
ii. Menanamkan semangat patriotisme dalam jiwa murid.

17
PERALATAN : Bahan edaran
SEBELUM : - Mengenal pasti lokasi yang sesuai
AKTIVITI - Memastikan semua peralatan berada di lokasi
- Memastikan semua peserta telah bersedia untuk bersoal jawab
dan perbincangan
SEMASA AKTIVITI : - Taklimat
- Memastikan aktiviti berjalan lancar
- Membuat pemantauan dan penilaian

SELEPAS AKTIVITI : - Membuat rumusan dan penilaian

Isi kandungan

TAJUK : LAGU KEBANGSAAN MALAYSIA

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta

4. MELUKIS BENDERA NEGERI

TAJUK : Mengetahui Bendera Negeri


KAEDAH : Melukis Bendera Negeri tempat tinggal
MASA : 30 minit
TEMPAT : Kawasan yang bersesuaian
MATLAMAT : Menanamkan perasaan taat setia kepada negeri tempat tinggal
OBJEKTIF : i. Melahirkan murid yang cintakan negeri tempat tinggal
ii. Menanamkan semangat patriotisme dalam jiwa murid.
PERALATAN : Alat tulis dan bahan edaran
SEBELUM : - Mengenal pasti lokasi yang sesuai
AKTIVITI - Memastikan semua peralatan semua peralatan berada di lokasi
- Memastikan semua peserta telah bersedia untuk bersoal
jawab/ perbincangan dan melukis
SEMASA AKTIVITI : - Taklimat
- Memastikan aktiviti berjalan lancar

18
- Membuat pemantauan dan penilaian
- Ujian melukis
SELEPAS AKTIVITI : - Membuat rumusan dan penilaian

Isi kandungan:

BENDERA W.P KUALA LUMPUR

19
B : 2. KETAHANAN DAN KEBUDAYAAN

B: 2.2.1 KRAF PERKEMAHAN


Pengenalan.

Dalam menjalankan aktiviti berkhemah, khemah merupakan antara alatan yang penting.
Mengenali jenis-jenis khemah, bahagian-bahagian khemah dan mengenalpasti lokasi
mendirikan khemah yang sesuai dan selamat adalah penting. Selain itu seni berkhemah
seperti membina beberapa gajet ringkas seperti tempat meletak kasut, tempat meletakkan
peralatan dapur dan makanan, membina lubang untuk sampah dan sisa makanan ( lubang
kering dan luang basah ) , membina tandas perlu juga dikuasasi.

Jenis-jenis khemah.

1. Khemah jenis ‘A’


2. Khemah dome
3. khemah igloo
4. khemah ringkas
5. khemah 180 pound

Bahagian-bahagian khemah.

20
3

4
5

Gambarajah khemah jenis ‘A’

1. badan khemah
2. “flysheet”
3. “groundsheet”
4. pancang
5. tali
6. tiang

Pemilihan tapak untuk mendirikan khemah.

1. Berhampiran kawasan air


2. Bukan dibawah pokok berdahan kering/ pokok kering
3. Bukan laluan binatang atau manusia
4. Di kawasan yang agak lapang/ tidak semak
5. Di kawasan rata dan tidak berbatu/ kayu tajam
6. Bukan laluan air
7. Bukan laluan angin

Cara-cara mendirikan khemah.

1. dirikan tiang
2. pasangkan badan khemah dan ikat tiang dengan simpul manuk.
3. pasangkan tali pada pancang
4. regangkan tali dengan kemas.
5. pasangkan “flysheet” dan ikat pada pancang

Cara-cara melipat khemah.

1. lipat bahagian badan khemah secara memanjang selebar sarung khemah.


2. lipat “flysheet” dan letakkan sekali dengan badan khemah.

21
3. letakkan tiang khemah, pancang dan tali pada pangkal badan khemah, gulungkan
sambil membersihkan pasir dan lain kotoran.
4. masukkan dalam sarung khemah.

GEJET DAN KEGUNAANNYA

Gejet

Gejet merupakan peralatan yang dibina semasa aktiviti perkemahan bagi menggantikan
perabot yang digunakan di rumah.

Bahan binaan gejet

Antara bahan yang boleh digunakan untuk membina gejet ialah,

 Buluh (samada dibelah atau tidak)


 Kayu atau ranting kayu (yang terdapat di kawasan perkemahan)
 Daun atau tumbuh-tumbuhan
 Tin kosong (yang telah digunakan seperti tin susu, sardin atau tin minuman)
 Batu-batan (dari sungai atau di sekitarnya yang sesuai dengan kegunaannya)
 Tali (rami atau raffia), rotan dawai dan akar untuk ikatan

Tujuan

1. Rasa lebih selesa seperti di rumah


2. Segala peralatan kemas dan tersusun.
3. Kesihatan terjamin dan menjadi lebih segar. (contoh lubang sampah, tandas dan
sebagainya)
4. Memupuk semangat kerjasama dan menjalin hubungan yang lebih erat
5. Mencetuskan idea kreatif, membuka minda dan realiti.
6. Dapat menggunakan masa lapang dengan kerja berfaedah.
7. Dapat mempraktikkan ikatan dan simpulan yang telah dipelajari

Kriteria semasa membina gejet

1. Gejet biarlah ringkas dan praktikal


2. Senang dibina dalam masa yang singkat
3. Kukuh dan dapat digunakan sepenuhnya
4. Menggunakan bahan semulajadi dan bahan terbuang untuk mengurangkan kos
5. Mesti menggunakan ikatan atau simpulan yang telah dipelajari
6. Keselamatan gejet dan pengguna hendaklah diutamakan
7. Gejet diletak atau disusun di tempat yang sesuai

Jenis-jenis gejet

1. Gejet dapur - dapur masak


- rak pinggan mangkuk
- tempat menyangkut cawan
- rak periuk dan alatan memasak
- meja makan
- lubang basah lubang kering

22
2. Tempat tinggal - penyangkut baju
- penyidai pakaian
- rak kasut
- tandas

3. Lain-lain - lampu, pelita atau tempat meletak lilin


- papan kenyataan
- pintu gerbang
- menara
- pagar

Contoh-contoh gejet

23
B: 2.2.2. Jenis-jenis tali.

Terdapat beberapa jenis tali. Antaranya :-

1. Tali Nylon.
Merupakan tali yang ringan dan tidak tenggelam air tetapi tidak mempunyai keanjalan.
Antara cirinya ialah “ Low Melting Point” iaitu tali ini mudah panas dan putus jika
berlaku geseran.

2. Hawser laid ( tali belati/ tali manila )


Ia mempunyai kelebihan kerana diameternya yang besar. Tali ini amat sesuai untuk
aktiviti memanjat dan aktiviti gayut tarzan.

3. Tali kermantle.
Terdiri daripada 2 jenis iaitu tali statik dan tali dynamik. Tali statik sesuai untuk aktiviti
rappelling, caving, menyelamat, “fix rope and safety line”. Tali dinamik adalah
dikhususkan untuk aktiviti mendaki. Ini adalah kerana tali ini lebih anjal berbanding tali
statik justeru mengurangkan risiko kecederaan jika berlaku “jatuhan”. (untuk beban
sebanyak 80 kg keanjalan adalah sehingga 8% ke 10%)

Anatomi tali.

Terdiri daripada teras yang diperbuat daripada fiber sintetik nylon yang dipanggil “Kern” dan
anyaman luar ( sheath ) polyester yang dipanggil “mantle”. Bahagian teras fiber nylon
dibentuk secara “S dan Z twist” agar dapat menyerap tenaga jatuhan pendaki. Saiz yang
sesuai untuk aktiviti adalah yang berdimeter antara 9mm hinnga 11 mm. Antara kelebihan
fibre sintetik :-

24
 kekuatan tali adalah sama disepanjang tali
 tidak mudah reput
 kurang menyerap air berbanding fiber asli
 mempunyai kekuatan sehingga 9000 lbs.

Kegunaan tali

1. Mengikat untuk mengukuhkan sesuatu


2. Menyambung antara dua atau lebih benda
3. Memanjat / menuruni bukit, pokok dan sebagainya
4. Bergayut menyeberani sungai atau lurah
5. Menyelamat mangsa di tempat yang sukar
6. Membuat aktiviti abseiling dan ‘flying fox’

SIMPULAN DAN IKATAN

PENGENALAN
Simpulan ialah aktiviti antara tali dengan tali
Ikatan ialah aktiviti yang menggunakan tali dengan objek.

OBJEKTIF
Kemahiran tali temali didedahkan kepada murid supaya mereka akan dapat
mempraktikkannya semasa menyertai perkhemahan. Ianya meliputi mendirikan khemah,
membuat gajet dan aktiviti-aktiviti lain yang menggunakan tali.

JENIS-JENIS SIMPULAN DAN IKATAN

SIMPULAN BUKU SILA


Kegunaan – menyimpul anduh, tali kasut, dan menyelamatkan nyawa. Tidak boleh digunakan
untuk menyambung tali.

SIMPULAN BUNGA KETI

25
Kegunaan – membuat gelungan dan penyambungan sementara

IKATAN MANUK
Kegunaan – mengikat objek kepada tali yang lain

SIMPULAN TINDIH KASIH


Kegunaan – menyambung benda yang berlubang, menyambung tali yang berlainan saiz

SIMPULAN BELIT
Kegunaan – mengikat tali pada tiang dan mematikan ikatan pada objek

26
SIMPULAN PENGAIL
Kegunaan – menyimpul atau menyambung tali yang licin atau tali kail

B: 2.2.3 PENGGUNAAN KOMPAS


Pengenalan

Masyarakat Cina telah mengenali prinsip kompas sejak 5000 tahun dahulu. Kompas
merupakan peralatan yang sangat penting dalam setiap pengembaraan. Ia juga merupakan
bantuan yang tidak ternilai pentingnya bagi navigasi dalam keadaan-keadaan terburuk.
Kompas boleh didapati dalam berbagai bentuk. Walau bagaimanapun fungsinya adalah sama
iaitu sebagai pandu arah.

1. Kegunaan kompas
Sebuah kompas perlu kejap (compact), lasak ringan dan mudah di kendali. Secara amnya
kompas bertujuan menunjuk arah. Di dalam orienteering kompas orienteering digunakan
dalam perkara-perkara berikut:

 Melaras peta
 Membantu dalam navigasi
 Menentukan kedudukan
 Membuat peta
 Mengukur jarak di atas peta

2. Bahagian-bahagian di setiap kompas.

27
Gambar kompas

1, Rumah kompas (home)


2. Jarum kompas
3. Skala
4. Kanta Pembesar
5. Panduan grid
6. Arah Pergerakan
7. Tapak
8. Bacaan Bering
9. Garis panduan (selari dengan rumah kompas)
10. Rumah dail ( “Compas housing” boleh diputar)
11. Tali Keselamatan

3. Mata Pedoman Kompas

Gambar arah mata angin


4. Bearing

Bearing memberi tanda arah yang tepat dari satu tempat ke tempat yang lain. Bearing adalah
sudut yang diukur mengikut perjalanan jam, dari satu garisan dengan garisan yang
ditetapkan. Garisan yang ditetapkan selalunya adalah utara

SKEMA PEMARKAHAN
(Markah penuh 50 markah)

1. Memahami kaedah menggunakan kompas serta boleh mencari bearing dengan


betul. (10 markah)

28
2. Menyatakan Etika Perkhemahan serta boleh memasang dan melipat khemah
dengan betul (Etika Perkhemahan 5 markah, memasang 5 markah dan melipat 5
markah)

3. Telah mengikuti aktiviti perkhemahan selama 3 hari 2 malam dengan menunjukkan


buku laporan yang telah ditandatangani oleh Penyelaras Perkhemahan. (15
markah)

B: 2. 2.4 Ikhtiar Hidup

Objektif
1. Membolehkan pelajar mengetahui pengetahuan asas kemahiran ikhtiar hidup, bagi
membolehkan mereka meneruskan keupayaan untuk terus hidup dengan menggunakan
sumber alam semula jadi dan dengan peralatan asas yang ada pada mereka.
2. Membolehkan pelajar mengenali sumber-sumber ikhtiar hidup dan jejak atau tanda-tanda.

Perlaksanaan Aktiviti
Semasa aktiviti
1. Teori dan prinsip Ikhtiar Hidup diterangkan oleh Jurulatih.
2. Peserta kemudian dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
3. Setiap jurulatih kemahiran membimbing pelajaran ikhtiar hidup mengikut kumpulan
kemahiran.
4. Demonstrasi dan penerangan ikhtiar hidup oleh jurulatih.
5. Tanya soalan dan nilai yang berkaitan dengan kemahiran yang dipelajari.

Selepas aktiviti
1. Bacaan doa
2. Membersihkan alat
3. Berkumpul semula
4. Rumusan dari jurulatih
5. Bersurai

Sumber-sumber Ikhtiar Hidup


1. Rotan
2. Buluh
3. Akar
4. Kayu/ranting kayu
5. Tanah liat

29
6. Daun pisang
7. Daun bertam
8. Daun nipah
9. Batu batan

Hutan-hutan di Malaysia merupakan hutan hujan Tropika. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan
dan bahan yang boleh digunakan untuk ikhtiar hidup.

1. Rotan - merupakan pokok yang menjalar dan mempunyai duri di


permukaannya. Apabila dikikis kulitnya, kita akan mendapati rotan
yang boleh digunakan untuk mengikat dan lain-lain.

2. Buluh - Buluh merupakan bahan yang paling banyak didapati di hutan-hutan


Malaysia. Buluh boleh digunakan untuk membuat gajet-gajet serta
perlindungan atau khemah sementara. Rebung boleh juga dijadikan
bahan makanan.

3. Akar - Di dalam hutan Malaysia terdapat pelbagai jenis akar. Akar juga
terdapat di dalam tanah. Pokok juga menjalar dan melilit pokok-pokok
besar. Sebahagian akar tersebut boleh digunakan untuk manfaat
manusia contoh akar yang boleh diminum airnya dan untuk membuat
ikatan/ perubatan dan lain-lain.

4. Kayu dan ranting - Benda ini boleh digunakan sebagai bahan bakar untuk memasak dan
lain-lain. Kayu juga boleh digunakan untuk membuat gajet dan juga
senjata.

5. Tanah liat - Tanah liat banyak digunakan dalam aktiviti ikhtiar hidup. Tanah liat
boleh dibentuk dengan mudah apabila dicampur dengan sedikit air.
Tanah liat juga boleh digunakan untuk memasak seperti membuat
telur masin, membakar ikan dan juga membuat bekas-bekas air atau
makan seperti tembikar sayap dan sebagainya. Benda ini juga boleh
dibuat ubat untuk menyejukkan anggota badan yang terbakar atau
melecur.

6. Daun pisang - Daun pisang boleh digunakan untuk membalut atau membungkus
makanan (tradisional). Daun pisang juga boleh digunakan untuk mem-
bungkus ikan yang hendak dibakar.

7. Daun Nipah - Sejenis pokok palma yang banyak terdapat di hutan Benda ini boleh
dibuat atap. Jika dianyam boleh dibuat dinding atau lantai. Air Nira
juga boleh dibuat daripada pokok Nipah.

8. Batu-batan - batu-batan adalah bahan yang boleh didapati di tepi sungai dan kaki
bukit. Batu-batan boleh digunakan dalam aktiviti ikhtiar hidup contoh
untuk membuat tungku memasak . Di samping itu batu juga boleh
digunakan sebagai tungku untuk mengecutkan bengkak-bengkak pada
badan dan juga rahim ibu selepas bersalin.

Di dalam rajah di bawah bahan-bahan yang digunakan ialah :


1. ranting kayu

30
2. kayu kering
3. buluh
4. daun pisang

Mengenali jejak atau tanda-tanda.


Semua binatang yang ada dalam dunia ini mempunyai jejak. Kita dapat mengesan binatang
tertentu melalui tapak kaki (jejak). Tujuan kita mengenali ini adalah untuk mengetahui sama
ada ia musuh ( binatang buas) . Contohnya hariman. Selain itu kita dapat mengenali hidupan
liar yang terdapat dalam hutan. Selain daripada tapak kita juga dapat mengenali binatang ini
melalui sisa buangan contohnya gajah dan musang.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan.


1. Mengenal tapak binatang.
2. Perbincangan secara lisan.
3. Mengenali najis binatang, tempat tinggal dan habitat

B : 2.2.5. PERTOLONGAN CEMAS

MATLAMAT:
Mendedahkan pelajar KRS kepada asas pertolongan cemas bagi
menghadapi situasi kecemasan yang dihadapi serta mengenal anggota
tubuh badan dan fungsinya.
OBJEKTIF :
1. Pelajar dapat mengetahui maksud pertolongan cemas
2. Pelajar dapat mengenal anduh tiga segi,anduh besar, anduh leher dan
anduh lengan.
3. Pelajar dapat melipat anduh tiga segi dengan betul
4. Pelajar dapat membuat anduh tiga segi,anduh besar, anduh leher dan
anduh lengan.
5. Menamakan struktur anggota badan serta fungsinya secara ringkas

KANDUNGAN SUKATAN
1. ASAS PERTOLONGAN CEMAS
a) Apa itu pertolongan cemas?
Pertolongan cemas adalah bantuan pertama atau rawatan yang diberi kepada
orang tercedera atau pesakit sebelum ambulans tiba atau mereka yang
berkelayakan.
b) Objektif Pertolongan Cemas
 Melindungi nyawa
 Mengelakkan kecederaan atau keadaan bertambah teruk
 Membantu pemulihan
c) Sifat-sifat sebagai Pembantu Dalam Pertolongan Cemas
 Tajam perhatian-nampak segala tanda-tanda dan gejala kecederaan
 Pantas Ikhtiar- dapat menggunakan apa yang sesuai di persekitaran
kemalangan
 Tidak Kasar- Tidak menyakiti mangsa

31
 Bertimbang rasa- bersimpati dengan masa
 Berakal budi- Berbudi tinggi dan tidak berlaku kasar
 Sentiasa senyum-muka sentiasa senyum akan memberikan keyakinan kepada
mangsa
 Memberi Pertolongan- lakukan setakat mampu sahaja.
d). Tugas sebagai pembantu dalam pertolongan cemas.
 Mengetahui apa yang terjadi tanpa membahayakan diri sendiri
 Menyakinkan pesakit dan melindungi daripada sebarang kemungkinan bahaya
 Menguruskan untuk membawa pulang atau hospital berhampiran jika perlu
 Membuat keputusan dengan bijak dan pantas
e) Alatan Dan Bahan dalam Peti Pertolongan Cemas
 Pembalut merekat kalis air  Pen dan pensel
 Pembalut steril kasa  Penyepit Kecil
bersegi  Gunting
 Gulungan kapas  Pin
 Pembalut segitiga  Bekas plastik
 Pembalut bergulung  Pembalut elestik
 Gulungan pita  Sabun
 Sapuan antiseptic  Buku catatan

f. Pembalut Segitiga

32
g. Simpulan buka sila

33
h. Pembalut kepala

34
i. Sling

35
j. Sling yang di ubah suai .

36
k. Sling Pengangkat

37
SOALAN PENILAIAN
Jawab soalan dan buat amali berikut untuk mendapat pengiktirafan dalam
Pangkat Lans Koperal .

1. Buat satu amali cara melipat anduh segitiga dengan betul.


2. Buat satu simpulan buku sila dengan menggunakan anduh segitiga .
3. Buat satu amali anduh leher, anduh lengan dan anduh besar dengan betul.

SKEMA PEMARKAHAN

1. Pelajar diuji oleh guru untuk membuat kerja amali melipat anduh segitiga dengan
betul. ( 2 markah )
2. Pelajar boleh membuat simpulan buku sila dengan mengunakan anduh segitiga atau
tali. ( 3 markah )
3. Pelajar dapat membuat amali anduh leher,anduh lengan dan anduh besar dengan
betul setelah diajar oleh guru.( 15 markah )

SUMBER RUJUKAN :

1. Abdul Rahman Isa, (1989)


Pertolongan cemas, Prinsip dan Amalan Crescent news (K.L) Sdn.Bhd. Kuala Lumpur
2. Palang Merah British. (1996) Buku Kecil Pertolongan Cemas. Golden Books Centre
Sdn. Bhd Kuala Lumpur
3. St. John Ambulans (1994). Manual Pertolongan Cemas. Golden Books Centre Sdn.

38
Bhd. Kuala Lumpur.

B: 2.2.6. Asas Kebombaan

Pengenalan
Api terdiri daripada tindakbalas pengoksidaan atau tindakbalas kimia yang pantas hasil
daripada unsur penting seperti oksigen, haba dan bahan .
Kebakaran biasanya akan melibatkan kerugian dan kehilangan harta benda. Selain itu,
kebakaran juga boleh mengakibatkan kemalangan jiwa atau kerosakan tubuh badan dan
juga kerosakan harta benda.
Kebakaran sering terjadi disebabkan oleh kecuaian manusia yang tidak
mengendahkan tentang bahaya api, seperti peribahasa “API YANG KECIL MENJADI
KAWAN DAN API YANG BESAR MENJADI LAWAN“ sering tidak menjadi iktibar dan
pengajaran kepada pengguna.

Api boleh dikelaskan kepada 4 kumpulan di antaranya ialah :


 Api kelas A daripada bahan pepejal
 Api kelas B daripada bahan cecair
 Api kelas C daripada bahan gas.
 Api kelas D daripada bahan logam .

39
Punca Kebakaran
 Kecuaian manusia - sikap yang mengabaikan keselamatan , dilakukan dengan
sengaja dan tidak sengaja serta penggunaan peralatan yang tidak betul .
 Kerosakan pendawaian dan peralatan elektrik – berlaku akibat litar pintas.
 Kejadian semula jadi – kejadian petir , kilat, dan kebakaran hutan .
 Bahan Kimia - ammonia, belerang dan gas terpeluwap
 Haba - api, matahari dll.
 Arus elektrik - voltan tinggi
 Sinaran radiasi - nuklear dan sinar X-ray

Cara-cara Mengelak/Mencegah Kebakaran.


 Padamkan punca api dengan betul.
 Matikan punca bekalan kuasa elektrik selepas digunakan.
 Jangan mendedahkan bahan kimia berbahaya.
 Hindarkan diri dan harta daripada punca sinar radiasi.
 Sediakan alat pemadam api yang sesuai di persekitaran tempat kerja, rumah dan
kawasan permainan.
 Memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang bahayanya api yang boleh
mengakibatkan kebakaran.
 Jauhkan puntung rokok, lilin dan ubat nyamuk daripada bahan-bahan yang mudah
terbakar.
 Melakukan pendawaian semula bagi peralatan elektrik dan pendawaian yang
rosak.
 Menyediakan jadual pemeriksaan alat kebakaran .
 Memasang alat pengesan kebakaran.
 Mengenal pasti tempat-tempat untuk menyimpan alat keselamatan.

40
B: 2.2.7. KEBUDAYAAN

UJIAN KEBUDAYAAN

- Pelajar menyertai atau mempersembahkan 2 persembahan kebudayaan seperti


nasyid, berzanji, bermain kompang, bersajak, pentomin, seni silat atau
persembahan lain yang sesuai mengikut kebudayaan kaum-kaum yang lain.

ARAHAN UJIAN KEBUDAYAAN

1. Persembahan pelajar lelaki sahaja atau perempuan sahaja dalam bentuk


kumpulan.
2. Kedudukan penonton pelajar lelaki dan perempuan diasingkan.
3. Persembahan pelajar harus berlandaskan teras kurikulum bersepadu KRS.

PEMARKAHAN UJIAN

1. Gaya dan penampilan- 15 markah


2. Kreativiti - 15 markah
3. Mesej - 15 markah
4. Peralatan - 5 markah

B : 3. KHIDMAT MASYARAKAT ( KHIDMAS )

SUKATAN

41
 menyertai 2 khidmat masyarakat dengan masa tidak kurang daripada 6 jam

OBJEKTIF
 menggembleng tenaga menjadi satu pasukan gotong royong
 menyedari kepentingan bekerja dalam satu pasukan (contoh : kerja yang berat
menjadi ringan, kerja yang lama menjadi singkat). Konsep berat sama dipikul ringan
sama dijinjing.

PELAKSANAAN
 pelajar dibahagikan kepada kawasan-kawasan tertentu dan diketuai oleh ketua platun.
 Urusetia akan menyelia tugasan yang diberikan kepada murid serta
mengesahkannya.

B : 4. ALAM SEKITAR

SUKATAN
 Menyertai atau melaksanakan 2 projek yang berkaitan dengan alam sekitar seperti
membuat taman, menanam pokok, mengutip sampah di kawasan sekolah, sungai,
tempat rekreasi atau lain-lain aktiviti yang sesuai.

OBJEKTIF
 Memberi kesedaran tentang alam sekitar dan isu-isu yang berkaitan dengan alam
sekitar
 menghasilkan sajak atau syair atau pantun yang berkaitan dengan alam sekitar
 mendekatkan pelajar dengan alam ciptaan tuhan

PELAKSANAAN
 mencipta sajak dengan menggunakan perkataan yang disediakan seperti langit, awan,
sungai, air, batu, pokok, tanah, pencemaran, merosakkan, cantik, harmoni, dll. Tema
utama ialah alam, manusia, tuhan, masyarakat dan kesatuan ketiga-tiga unsur. (pada
sehelai bersaiz kertas A4)
 mendeklamasikan sajak, syair atau pantun.

B: 5. KEUSAHAWANAN

SUKATAN
 menyediakan salah satu projek yang berikut:
o Sains Pertanian (cara menjaga pokok komersial)
o Kemahiran Teknikal ( merekacipta, mengira, bertukang, menjahit, membaiki
peralatan elektrik dll)
o ERT (menyiang ikan/ayam, memasak 3 jenis makanan)

42
OBJEKTIF

 menyenaraikan sifat-sifat usahawan yang baik


 menanam minat kepada keusahawanan
 memberi pengetahuan tentang kemahiran hidup

PELAKSANAAN
 menghasilkan projek secara individu
 menyenaraikan bahan-bahan yang digunakan dengan anggaran kos
 membuat projek tersebut secara individu

43

You might also like