APEL A-Bm

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 26

BAHASA MALAYSIA

Prepared By
Norul Huda Binti Mohd Ghazali
Course Leader Bahasa Kebangsaan A
UNITAR International University
FUNGSI BAHASA MELAYU

u n i t a r.my
Norul Huda binti Mohd Ghazali, UNITAR
BAHASA KEBANGSAAN

BAHASA RASMI
FUNGSI
BAHASA PERPADUAN

BAHASA ILMU
Menurut Tunku Abdul Rahman:
“Adalah wajar bahawa sebagai satu negara
membangun, kita memerlukan satu bahasa
kepunyaan sendiri. Jika bahasa kebangsaan tidak
diadakan, negara kita akan ketiadaan nyawa.”

FUNGSI 1: SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN


FUNGSI 1: SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN
❑ Dalam Perlembagaan Persekutuan pada Perkara 152, termaktub bahawa bahasa
kebangsaan ialah bahasa Melayu
❑ Bahasa adalah tunggak jati diri bangsa.

❑ Setiap negara yang merdeka, memiliki bahasa kebangsaan yang melambangkan identiti
negaranya.

❑ Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, secara perlembagaan, bahasa
Melayu dimaktubkan sebagai bahasa Kebangsaan. (Perkara 152 Perlembagaan Malaysia)

❑ Melambangkan identiti kebangsaan sehingga kini.

❑ Berfungsi mencipta satu lambang untuk menimbulkan satu identiti kebangsaan

❑ Mengatasi segala perbezaan dari segi bangsa dan kebudayaan


FUNGSI 2: SEBAGAI BAHASA RASMI
❑ Digunakan dalam situasi rasmi, iaitu dalam urusan pemerintahan, pentadbiran, sistem
pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahan, upacara rasmi, kehakiman
dan sebagainya.

❑ Melihat fungsi bahasa rasmi itu, maka bahasa kebangsaan juga boleh menjadi
bahasa rasmi sesebuah negara.

❑ Selepas Merdeka, bahasa Melayu telah menggantikan bahasa Inggeris sebagai


bahasa rasmi tunggal di Malaysia.

❑ Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa urusan pentadbiran


kerajaan dan sebagai bahasa perbahasan di Parlimen dan di Dewan Perundangan
Negeri.
FUNGSI 3: SEBAGAI BAHASA PERPADUAN
❑ Di Malaysia, pola kepelbagaian bahasa wujud iaitu bahasa pendatang mahupun bahasa-bahasa serumpun dengan bahasa Melayu.

❑ Setiap bahasa itu hanya menjadi alat komunikasi dalam kalangan kaumnya sendiri sahaja.

❑ Bahasa Inggeris tidak dapat menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum kerana hanya segelintir rakyat sahaja yang
berkemampuan untuk bertutur dalambahasa Inggeris.

❑ Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan memainkan peranan yang penting untuk menyatupadukan semua kaum di negara ini.
Selaras dengan pendapat Garvin dan Mathiot (1968) yang menyatakan bahawa fungsi simbolik sesuatu bahasa standard ialah fungsi
penyatuan.

❑ Bahasa boleh bertindak sebagai alat yang menghubungkan penutur-penutur yang menuturkan berbagai-bagai dialek bahasa yang sama,
dengan demikian menyatukan mereka ke dalam satu masyarakat bahasa. Hasil daripada penyatuan ini, akan wujudlah satu bangsa yang
dikenali dengan bangsa Malaysia.

❑ Bahasa merupakan alat pengisi fikiran dan alat untuk melahirkan pendapat (alat perpaduan)
FUNGSI 4: SEBAGAI BAHASA ILMU
Kedua-dua konsep ini membawa
maksud yang sama, iaitu bahasa
❑ Konsep bahasa Melayu sebagai “bahasa ilmu” mula diperkenalkan dalam tahun 90-an Melayu sebagai pengantar ilmu
pengetahuan untuk menyampaikan
seiring dengan penekanan “budaya ilmu” kerana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri ilmu pengetahuan moden iaitu
dengan kegiatan keilmuan. Sains, Teknologi, Kedoktoran,
Ekonomi, Undang-undang, Sastera
dan agama.
❑ “Bahasa ilmu” ialah bahasa yang mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian ilmu
pengertahuan sehingga ke peringkat tinggi (Kamus Dewan 1994:88).
❑ “Bahasa ilmiah” pula ialah bahasa yang bersifat ilmu (secara pengetahuan, keilmuan,
akademik (Kamus Dewan 1994:483).

❑ Ciri-ciri Bahasa ilmu :


(a) Keintelektualan Bahasa-keupayaan sesuatu bahasa itu menyampaikan buah
fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan.

(b) Kesempurnaan Bahasa- iaitu, sesuai, tepat, tegas dan berkesan dalam sesuatu
situasi penggunaannya.
EJAAN DAN TATABAHASA
JENIS – JENIS PENGIMBUHAN
AKHIRAN APITAN SISIPAN

PINJAMAN
AWALAN

JENIS PENGIMBUHAN

Prepared by Norul Huda Mohd Ghazali


PEMILIHAN KATA
PEMILIHAN KATA
• PROSES PEMBENTUKAN KATA: menerangkan
bagaimana sesuatu kata itu dibina dan
dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat
dan ujaran.
• Proses pembentukan kata dalam bahasa
Melayu dari segi bentuk-bentuk yang terhasil
1. Bentuk kata tunggal
2. Bentuk kata terbitan
3. Bentuk kata majmuk
4. Bentuk kata ganda
Prepared by Norul Huda Mohd Ghazali
1. BENTUK KATA TUNGGAL

• Merujuk kepada perkataan yang tidak mengalami proses pengimbuhan,


pemajmukan dan penggandaan
• CONTOH:
• Cat, draf, teks, skru, ubi, adik, ambil, biasa, laksamana
• Akronim juga merupakan kata tunggal
• CONTOH:
• Pawagam, kugiran

2. BENTUK KATA TERBITAN


• Bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan.
• Menggandingkan imbuhan pada kata dasar.
1. Kata terbitan berawalan – pelari, mahasiswa, mendaki, terbesar
2. Kata terbitan berakhiran – jahitan, hadirin, bersarkan
3. Kata terbitan berapitan – perasaan, memainkan
4. Kata terbitan bersisipan – telunjuk, selerak
Prepared by Norul Huda Mohd Ghazali
3. BENTUK KATA MAJMUK

• Merangkaikan dua kata dasar dan bentuk yang terhasil membawa makna
tertentu
• Tiga kelompok kata majmuk ialah:
1. Rangkaian kata bebas – gambar rajah, perdana menteri
2. Bentuk istilah khusus – pita suara, atur cara
3. Maksud kiasan – anak emas, berat tulang

4. BENTUK KATA GANDA

• Proses menggandakan kata dasar.


• Tiga jenis penggandaan:
1. Penggandaan penuh – pulau-pulau, pelatih-pelatih
2. Penggandaan separa – lelaki, sesiku, bantu-membantu, berlari-lari
3. Penggandaan berentak – sayur-mayur, gunung-ganang, anak-pinak
Prepared by Norul Huda Mohd Ghazali
GOLONGAN KATA
• Golongan kata dalam bahasa
Melayu terbahagi kepada empat
bahagian utama:
1.Kata Nama
2.Kata Kerja
3.Kata Adjektif
4.Kata Tugas
Prepared by Norul Huda Mohd Ghazali
STRUKTUR AYAT
AYAT TUNGGAL
• Ayat yang mengandungi hanya satu klausa iaitu satu unit
rangkaian perkataan yang mengandunyi satu subjek dan satu
predikat.
SUBJEK PREDIKAT

1. Ahmad guru.

2. Dia jurutera pelatih.

3. Orang tua itu kuat berjalan.

4. Kamu keluar!

5. Awak tak usah datang lagi.

Prepared by Norul Huda Mohd Ghazali


AYAT MAJMUK
• Ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih dan
percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga
menjadikan ayat baharu.

• CONTOH:

AYAT TUNGGAL Ali sedang membaca buku.

AYAT TUNGGAL Fatimah sedang membuat kira-kira.

AYAT MAJMUK Ali sedang membaca buku dan Fatimah sedang


membuat kira-kira.

Prepared by Norul Huda Mohd Ghazali


JENIS-JENIS AYAT

Berdasarkan maknanya, ayat boleh dibahagikan kepada empat


jenis:

1. AYAT PENYATA

2. AYAT TANYA

3. AYAT PERINTAH

4. AYAT SERUAN

Norulhuda Mohd Ghazali


1. Ayat penyata ialah ayat yang
diucapkan dengan maksud
membuat sesuatu pernyataan
AYAT atau memberi keterangan
sesuatu hal, biasanya diakhiri
PENYATA dengan tanda noktah(.)

Contohnya:
I. Ah Chong sedang tidur.
II. Emak guru.
III. Dia di kedai buku.

Norulhuda Mohd Ghazali


Ayat tanya ialah ayatyang
digunakanuntuk menanya seseorang
atau untuk menanyakan sesuatu.
Berdasarkan nada suara dan
penggunaan perkataan tertentu,
AYAT ayat tanya boleh digolongkan
kepada dua jenis, iaitu:
TANYA 1. Ayat tanya tanpa kata tanya
a. Dia terkejut?
b. Madu ini masam?

2. Ayat tanya dengan kata tanya.


a. Itu apa?
b. Orang itu siapa?
c. Ibu bapa awak mana?

Norulhuda Mohd Ghazali


AYAT PERINTAH

Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menyuruh atau memerintah seseorang
supaya berbuat sesuatu atau melakukan sesuatu. Berdasarkan perkataan yang digunakan,
ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu:

3. Ayat Silaan
1. Ayat Suruhan. Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata
Ayat suruhan merupakan ayat yang silaan seperti jemput, mari, sila dan sebagainya
diucapkan dengan tujuan memberi perintah dengan maksud mempersilakan atau
atau suruhan. menjemput sesorang.
a. Tembak anjing gila itu. a. Jemput makan.
b. Pergi dari sini! b. mari masuk.
c. Basuh pinggan mangkuk! c. sila duduk.
2. Ayat Larangan.
Ayat larangan sering menggunakan kata- 4. Ayat Permintaan.
kata larangan seperti jangan, usah atau tak Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan
usah kata-kata permintaan seperti minta, atau tolong
a. Jangan memandai-mandai! dengan maksud memohon bantuan atau
b. Usah dikenang peristiwa lalu. meminta sesuatu.
c. Tak usah kau datang lagi. a. Minta murid-murid semua bertenang.
b. Tolong angkat sampah ini.
c. Tolong tutup pintu depan.
Norulhuda Mohd Ghazali
PENGHUBUNG AYAT
PENGHUBUNG AYAT
• Kata penghubung ayat (kata hubung) – merupakan sejumlah perkataan
yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehiingga
menjadi satu bentuk ayat yang berlapis yang dikenali sebagai ayat
majmuk.
• Kata hubung digunakan untuk menghubung ayat majmuk menjadi ayat
tunggal.

Prepared by Norul Huda Mohd Ghazali


KATA HUBUNG BERPASANGAN

• Kata hubung yang digunakan secara berpasangan dalam satu ayat

baik…mahupun kian…kian

entah…entah sedangkan….inikan pula

bukan sahaja…bahkan juga sungguhpun…namun

makin…makin bukan sahaja…tetapi juga

sungguhpun….tetapi sama ada…atau

Prepared by Norul Huda Mohd Ghazali


CONTOH AYAT

1. Sebagai seorang nelayan yang bergantung hidup


kepada laut, Pak Ali terpaksa turun ke laut juga baik
dalam keadaan cuaca baik mahupun keadaan laut
bergelora

2. Swee Kim bukan sahaja rajin, bahkan juga seorang


yang cerdik.

3. Daripada membazir wang, lebih baik saya menabung

Prepared by Norul Huda Mohd Ghazali


THANK YOU

u n i t a r.my
Prepared by Norul Huda Mohd Ghazali

You might also like