Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Sungguh indah negeri Melaka

Tempat lahir ramai pahlawan, 


64 tahun kita merdeka, 
Hidup aman tiada keperitan.

Yang Berusaha, Pn Shalina bt Mohamed, Pengetua


MRSM FELDA Trolak

Yang Dihormati, Timb Pengetua Kecemerlangan


Akademik En Mohd Huzaimi b Husin

Timb Pengetua Pembangunan Pelajar, En Hussin b


Ghazalli

Ketua-ketua Jabatan, guru2, kaunselor dan pelajar2


MRSM FELDA Trolak yang disayangi.

Assalamualaikum wht dan salam sejahtera.

Alhamdulillah Malaysia telah mencapai ulang tahun


kemerdekaan yang ke-64. Lazimnya kemerdekaan
dikaitkan dengan penjajahan. Masa berlalu pantas
zaman turut berubah. Seiring kemajuan negara erti
kemerdekaan juga berubah dari beberapa persepsi.

Erti kemerdekaan sebenar pada generasi kini adalah


membabitkan kemerdekaan jiwa dan minda dipupuk
menerusi pembinaan jati diri yang dibentuk melalui
empat aspek utama, iaitu agama, akhlak, pendidikan
dan bahasa. Generasi muda ini berhadapan ancaman
penjajahan dari segi bentuk baharu, terutama pemikiran
dan budaya selari dengan kepesatan teknologi masa
kini. Maka 4 aspek ini hendaklah kita pelihara dalam
acuan kita sendiri.

Semangat patriotisme ini perlu sentiasa mekar


dalam hati kita. 64 tahun merdeka bukanlah satu
tempoh yang membolehkan kita berasa selesa. Saban
waktu ada sahaja cabaran yang negara hadapi.
Sebagaimana kini negara dibelenggu pandemik COVID-
19. Pelbagai usaha telah dilakukan demi kesejahteraan
rakyat Malaysia. Menepati tema kemerdekaan kali ke-64
iaitu MALAYSIA PRIHATIN setiap lapisan masyarakat
daripada pemerintah hinggalah masyarakat iaitu
keluarga Malaysia mempunyai tanggungjawab dalam
memastikan COVID-19 tidak terus melatari hidup kita.

Justeru, setiap tahun, semangat ini akan kita


perkukuhkan lagi terutama dalam Bulan Kebangsaan
iaitu Ogos dan September dengan mengadakan
pelbagai aktiviti yang berteraskan patriotisme. MRSM
FELDA Trolak juga tidak melepaskan tangan dalam
membentuk generasi muda dalam menghayati
kemerdekaan negara. Tahniah diucapkan kepada
Jawatankuasa Sambutan Bulan Kemerdekaan atas
inisiatif yang diambil bagi mengadakan sambutan
kemerdekaan, Selari dengan norma baharu aktiviti
diadakan secara atas talian namun sambutan yang
diterima daripada pelajar MRSM FELDA Trolak sangat
menggalakkan. Pelbagai kreativiti juga dapat dilihat
dalam usaha pelajar-pelajar mengekspresi rasa kasih
dan cinta akan negara. Mudah-mudahan dengan aktiviti
seumpama ini semangat patriotisme kepada negara
tidak akan lekang dari diri walau di mana kita berada.

Akhir sekali saya mengucapkan syabas dan tahniah


kepada pemenang. Kepada yang tidak berjaya sekalung
penghargaan dan terima kasih atas penyertaan anda
dalam menyemarakkan semangat kemerdekaan.

Sekian.

Salam merdeka kali ke-64.


MALAYSIA PRIHATIN
Terima kasih

You might also like