Bachelor of Early Childhood Education With Honours

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 12

BACHELOR OF EARLY CHILDHOOD EDUCATION WITH HONOURS

JANUARY 2023

HBEC1203

COGNITIVE DEVELOPMENT

MATRICULATION NO : 951108086066001
IDENTITY CARD NO. : 951108086066
TELEPHONE NO. : 01110857795
E-MAIL : NRNBELLAYUSRII@OUM.EDU.MY
LEARNING CENTRE : IPOH PERAK LEARNING CENTER
HBEC1203
ISI KANDUNGAN

BIL ISI MUKA SURAT

1 Pengenalan 2

2 Defini Kecerdasan 2

3 Cara untuk memastikan anak mempunyai 4


Intelligence Quotient (IQ) yang lebih tinggi

4 Jika kanak-kanak itu mendapat markah kecerdasan 6


tinggi, adakan anda bercadang untuk menghantarnya
ke sekolah biasa?

5 Kesimpulan 8

6 Rujukan 10

7 Bahagian II : Online Class Participant 12

1
HBEC1203

Kecerdasan kanak-kanak adalah topik yang kompleks dan pelbagai rupa yang telah
menarik minat ahli psikologi, pendidik dan ibu bapa selama beberapa dekad. Kecerdasan juga
sering ditakrifkan sebagai keupayaan untuk belajar, menaakul, menyelesaikan masalah, dan
menyesuaikan diri dengan situasi baru. Walaupun terdapat banyak teori kecerdasan yang
berbeza, kebanyakannya bersetuju bahawa ia adalah konstruksi berbilang dimensi yang
merangkumi faktor kognitif, sosial dan emosi. Salah satu cabaran yang paling ketara dalam
memahami kecerdasan kanak-kanak ialah ia bukanlah sifat statik yang kekal berterusan
sepanjang hayat kanak-kanak. Sebaliknya, kecerdasan dipengaruhi oleh pelbagai faktor
termasuk genetik, persekitaran, pengalaman, dan peluang untuk pembelajaran dan
pertumbuhan. Ini bermakna kecerdasan kanak-kanak boleh berubah dari semasa ke semasa,
dan mungkin dipengaruhi oleh pelbagai faktor, rumah dan sekolah mereka, kualiti pendidikan
dan konteks sosial dan budaya tempat tinggal. Terdapat banyak kaedah berbeza yang boleh
digunakan untuk mengenal pasti dan menilai kecerdasan kanak-kanak, setiap satu dengan
kekuatan dan batasannya sendiri. Beberapa kaedah yang biasa digunakan termasuk ujian IQ,
ujian pencapaian, pemerhatian guru, dan temu bual dengan ibu bapa atau penjaga. Walaupun
kaedah ini boleh memberikan pandangan berharga tentang kebolehan kognitif kanak-kanak,
adalah penting untuk menyedari bahawa kaedah ini tidak mudah dan terdapat banyak faktor
yang boleh mempengaruhi prestasi kanak-kanak. Walaupun menghadapi cabaran ini,
memahami kecerdasan kanak-kanak adalah penting untuk mewujudkan program pendidikan
dan sokongan yang berkesan bagi membantu kanak-kanak mencapai potensi penuh mereka.
Dengan mengenal pasti kanak-kanak yang mungkin berbakat atau berbakat dalam bidang
tertentu, pendidik dan ibu bapa boleh memberikan mereka sumber dan sokongan yang perlu
untuk mengembangkan kemahiran dan mengejar minat kanak-kanak itu. Selain itu, kanak-
kanak dan pendidik juga boleh mencipta persekitaran pembelajaran yang lebih diperibadikan
dan berkesan yang menggalakkan kejayaan akademik dan pertumbuhan peribadi.
DEFINISI KECERDESAN
Kecerdasan adalah sebuah komponen meluas yang telah dipelajari secara menyeluruh selama
bertahun-tahun. Kecerdasan kanak-kanak merupakan bidang penelitian yang sangat penting,
ini kerana kecerdasan kanak-kanak itu mampu mempengaruhi keberhasilan dalam akademik,
perkembangan sosial dan turut mempengaruhi perkembangan mereka di masa hadapan.
kecerdasan kanak-kanak dapat didefinisikan dalam pelbagai aspek termasuk kaedah
pengukuran dan faktor-faktor yang mempengaruhi kecerdasan kanak-kanak tersebut.

2
HBEC1203
Kecerdasan telah didefinisikan dalam pelbagai maksud. Antaranya menurut Charles
Spearmen, maksud kecerdasan adalah faktor tunggal dan umum yang mendasari semua
kemampuan mental. Beliau berpandangan bahawa individu yang mendapat nilai tinggi dalam
satu ujian kemampuan kognitif akan cenderung mendapat nilai markah yang tinggi pula
dalam ujian seterusnya. Teori ini menyatakan bahawa kecerdasan individu dapat diukur
menggunakan kiraan mata iaitu skor atau faktor tunggal yang dikenali sebagai g.
Menurut Howard Gardner yang memperkenalkan Teori Kecerdasan Majmuk
menyatakan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan yang pelbagai. Ianya merupakan
kebolehan seseorang individu dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Teori ini juga turut
menyatakan terdapat lapan jenis kecerdasan yang pelbagai iaitu kecerdasan linguistik,
matematik-logis, ruang-spatial, muzikal, kinetik-badan, interpersonal, intrapersonal,
naturalisasi dan eksistensialis.
Teori Kecerdasan Triarchic yang dikemukakan oleh Robert Sternberg pula
berpendapat bahawa kecerdasan terbahagi kepada tiga aspek yang berbeza. Pertama,
kecerdasan analisis iaitu kemampuan seseorang individu menyelesaikan masalah dan berfikir
secara kritikal. Seterusnya, kecerdasan kreatif iaitu kemampuan individu tersebut
menghasilkan idea baru dan berfikir di luar kebiasaan manusia berfikir. Manakala aspek
ketiga pula, kecerdasan praktikal iaitu kemampuan berfikir untuk mengadaptasi situasi baru
dan mengaplikasikan pengetahuan individu tersebut dengan cara yang praktikal.
Teori kecerdasan Emosional menurut Peter Salovey dan John Mayer berpandangan
kecerdasan itu meliputi kemampuan individu merasakan, memahami dan mengawal emosi
diri sendiri serta orang lain.
Terdapat juga definisi lain iaitu Teori Pemprosesan Informasi yang menyatakan
kecerdasan adalah cara individu itu memproses maklumat di dalam otak. Individu yang
berkebolehan memproses informasi secara lebih efisien dan efektif cenderung memiliki
tingkat kecerdasan yang lebih tinggi.
CARA UNTUK MEMASTIKAN ANAK MEMPUNYAI Inteligence Quotient (IQ) YANG
LEBIH TINGGI
Terdapat beberapa cara yang telah diperkenalkan untuk mengenal pasti IQ kanak-
kanak tersebut antaranya adalah Standardized IQ Test dan Observation and Interview
(Pemerhatian dan Temuduga)
Standardized IQ Test telah digunakan secara meluas untuk mengidentifikasikan IQ
kanak-kanak samada tinggi atau rendah. Ujian ini telah dirancang untuk mengukur

3
HBEC1203
kemampuan kognitif yang berbeza. Seperti pemahaman verbal, daya persepsi, daya ingatan,
dan daya pemprosesan. Dua ujian yang paling kerap digunakan adalah Wechsler Intelligence
Scale for Children (WISC) dan Standford-Binet Intelligence Scale.
WISC adalah ujian standard yang dirancang untuk menilai kemampuan kognitif anak
usia 6 sehingga 16 tahun. Ujian ini terdiri daripada 10 subjek (orang) yang dikelompokkan ke
dalam empat domain: pemahaman verbal, daya persepsi, daya ingatan, dan daya
pemprosesan. Ujian ini bertujuan untuk mengukur pelbagai kemampuan termasuklah dari
segi kosa kata, pengetahuan umum, kemahiran spatial, aritmetik, dan penyelesaian masalah.
Ujian ini menghasilkan skor IQ berskala penuh min 100 dan sisih piawaian 15. Manakala,
Standford-Binet Intelligence Scale pula ujian khas untuk individu berumur 2 sehingga 85
tahun keatas dan skor IQ berskala penuh min 100 dan sisih piawaian 15. Ianya juga sangat
penting untuk kita ketahui bahawa ujian IQ ini ada limitasinya juga dan tidak semestinya IQ
tinggi menjamin kepada kecemerlangan seseorang kanak-kanak. Ujian ini tidak mengambil
kira faktor-faktor lain yang penting sebagai contoh kreativiti, motivasi dan keterampilan
sosial, yang penting juga diambil kira dalam menentukan kecemerlangan seseorang. Namun,
ujian IQ juga tidak tepat mengukur tahap kecerdasan seseorang kanak-kanak yang berbeza
dari segi budaya dan bahasa yang berbeza.
Teacher and Observations merupakan salah satu cara dan sumber informasi bagi
menentukan kecerdasan IQ kanak-kanak kerana guru sering kali menjadi orang pertama yang
mampu menyedari kemampuan kanak-kanak di dalam kelas dan mereka juga dapat
memberikan penilaian yang berkualiti dalam perkembangan intelektual dan sosial kanak-
kanak tersebut. Pemerhatian guru ini termasuklah secara informal dan formal terhadap
prestasi akademik, perilaku, dan interaksi sosial dalam kelas. Seorang guru juga dapat
memerhati kemampuan anak dalam mempelajari konsep baru, menyelesaikan masalah-
masalah yang kompleks, dan mengaplikasikan pemikiran berfikir aras tinggi. Bahkan, guru
itu juga dalam masa yang sama mampu memerhati perilaku kanak-kanak seperti keterlibatan,
motivasi, dan ketekunan mereka dalam menyelesaikan tugas. Pemerhatian dapat
didokumentasikan melalui catatan anekdot atau senarai semak dan dapat digunakan untuk
mengenal pasti pola kekuatan dan kelemahan kemampuan kognitif kanak-kanak.
Sesi temuduga dengan guru juga dapat memberikan informasi yang berharga tentang
kemampuan intelektual kanak-kanak. Temuduga tersebut dapat dilakukan secara berstruktur
dan tidak berstruktur yang boleh merangkumi pelbagai topik seperti minat, hobi dan
pencapaian akademik kanak-kanak. Guru juga boleh mengajukan pertanyaan terbuka dan

4
HBEC1203
mendorong kanak-kanak tersebut untuk mengekspresikan fikiran dan idea mereka. Ia juga
boleh digunakan untuk mengumpulkan informasi tentang latar belakang kanak-kanak, seperti
keluarga, budaya dan pengalaman mereka. Ketika menggunakan kaedah pemerhatian dan
temuduga untuk menentukan kecerdasan IQ seorang kanak-kanak, penting untuk kita
mengambil kira beberapa limitasi dalam kaedah ini. Pemerhatian dan temuduga dari guru itu
boleh dipengaruhi dalam beberapa faktor contohnya bias dan mungkin tidak memberikan
gambaran yang komprehensif mengenai kemampuan intelektual kanak-kanak. Selain itu,
seseorang guru mungkin tidak memiliki latihan khas atau kepakaran dalam menentukan
kecerdasan IQ seorang kanak-kanak dengan tepat. Oleh itu, pemerhatian guru dan temuduga
ini mesti digunakan bersama dengan sumber-sumber lain seperti Standardized IQ Test dan
Pemerhatian dari ibubapa. Pendekatan dari pelbagai sisi ini dapat memberikan pemahaman
yang lebih komprehensif mengenai kemampuan kognitif anak dan membantu mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan mereka. Pada akhirnya, tujuannya adalah untuk memberikan
kesempatan dan sokongan pendidikan yang tepat untuk membantu kanak-kanak mencapai
potensi penuh mereka.
Bukan itu sahaja, ujian ini boleh digunakan di pelbagai tempat seperti sekolah, taska,
dan tadika. Prestasi kanak-kanak dapat dinilai secara konsisten berdasarkan peringkat umur
dan gred di paras yang sama. Namun, terdapat beberapa limitasi yang perlu diambil kira
semasa menggunakan ujian ini kerana terdapat beberapa faktor yang tidak diambil kira
contohnya dari segi kreativiti, motivasi dan juga kemahiran sosial kanak-kanak.

JIKA KANAK-KANAK ITU MENDAPAT MARKAH KECERDASAN TINGGI,


ADAKAN ANDA BERCADANG UNTUK MENGHANTARNYA KE SEKOLAH BIASA?
Terdapat beberapa sebab kenapa saya tidak menghantar anak saya yang mempunyai
kecerdasan IQ yang tinggi ke sekolah biasa antaranya adalah seperti berikut;
Pembelajaran personal (Pembelajaran secara peribadi): memandangkan anak saya
mempunyai kecerdasan IQ yang tinggi berkemungkinan anak saya mempunya keunikan
pembelajaran yang mungkin tidak dapat dipenuhi dengan baik semasa berada di sekolah
biasa. Melalui Homeschoolig anak saya akan dapat menyesuaikan pendidikannya dengan
kekuatan, kelemahan, dan minatnya masing-masing sehingga dapat belajar dengan
momentumnya sendiri. Pembelajaran secara peribadi adalah pendekatan pendidikan yang
menyesuaikan pengajaran dan pembelajaran dengan keperluan, minat dan kemampuan anak
saya. Berdasarkan cara ini arahan adalah bergantung kepada gaya belajar, kecepatan dan

5
HBEC1203
kecenderungan setiap anak-anak itu sendiri yang mana dapat meningkatkan keterlibatan,
motivasi dan hasil pembelajaran mereka. Antara aspek penting juga dalam pembelajaran
secara peribadi ini adalah peranan guru sebagai fasilitator dan pelatih, bukan sebagai pengajar
tradisional. Guru bekerja dengan kanak-kanak tersebut untuk mengidentifikasikan kekuatan
dan kelemahan mereka, dan untuk merancang pengalaman belajar yang memenuhi keperluan
masing-masing. Manakala, kaedah pembelajaran ini juga dalam dilakukan dalam berbagai
bentuk, termasuk pembelajaran berasaskan projek, pertanyaan, dan kompeten. Pendekatan ini
memberikan fleksibiliti dan autonomi untuk menentukan pembelajaran mereka sendiri,
sementara guru memberikan bimbingan dan dorongan. Banyak yang berpandangan bahawa
kaedah pembelajaran secara peribadi ini dapat meningkatkan keterlibatan, meningkatkan
pencapaian yang lebih tinggi, serta meningkatkan penguasaan terhadap pembelajaran kanak-
kanak tersebut.
Sebab yang seterusnya pula adalah Kebebasan memilih kurikulum berdasarkan minat
atau kesesuaian dengan keperluan kanak-kanak itu sendiri. Saya juga boleh menyesuaikan
kurikulum berdasarkan keperluan untuk memenuhi kemajuan dan perubahan minatnya
sendiri. Kemudahan fleksibiliti seperti ini tidak mungkin berlaku di sekolah biasa yang mana
kurikulumnya adalah tetap dan tidak fleksibel. Fleksibiliti kurikulum ini merujuk kepada
keupayaan untuk mengubah suai atau menyesuaikan kurikulum untuk memenuhi keperluan
asas dan matlamat khusus pelajar dan juga guru. Ianya merupakan perubahan dari metode
tradisional yang bersifat satu ukuran untuk semua dalam pendidikan dan mengiktiraf bahawa
kanak-kanak itu datang dari pelbagai latar belakang dan mempunyai gaya pembelajaran yang
berbeza mengikut keperluan dan minat yang berbeza. Reka bentuk kurikulum yang fleksibel
ini membolehkan guru melaraskan kandungan, langkah dan strategi penilaian untuk
memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelajar mereka. Tambahan pula, membolehkan
guru itu menyesuaikan kaedah pengajaran mereka mengikut keperluan individu pelajar
seperti menyediakan sokongan tambahan kepada pelajar yang berusaha ataupun yang sedang
menyediakan bahan lanjutan untuk pelajar berpencapaian tinggi. Di samping menampung
keperluan pelajar, fleksibiliti membolehkan penggabungan penyelidikan dan pembangunan
baharu dalam bidang tertentu. Ini amat penting dalam bidang seperti teknologi atau sains di
mana kemajuan dan penemuan dibuat dengan pantas. Secara keseluruhannya, fleksibiliti
dalam kurikulum menyediakan pendekatan pendidikan yang lebih peribadi dan dinamik,
membolehkan guru menyesuaikan pengajaran mereka dengan keperluan individu pelajar
mereka dan memastikan mereka bersedia dengan secukupnya untuk masa hadapan.

6
HBEC1203
Kesimpulannya, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah satu proses yang
kompleks dan menarik yang melibatkan pelbagai peringkat dan faktor. Hasil kerja Jean
Piaget dan teori perkembangan kognitifnya telah memberi kesan yang besar terhadap
pemahaman kita tentang cara kanak-kanak berfikir dan belajar. Teori Piaget telah membantu
membentuk cara kita mendekati pendidikan dan perkembangan kanak-kanak, terutamanya
dari segi mencipta pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan umur. Salah satu perkara
penting dari Teori Piaget ialah kepentingan membenarkan kanak-kanak belajar melalui
penerokaan dan penemuan. Dengan menyediakan persekitaran yang selamat dan menyokong
kanak-kanak untuk melibatkan diri dalam aktiviti hands-on dan penyelesaian masalah, kami
boleh membantu mereka mengembangkan kebolehan kognitif dan kemahiran berfikir kritis
mereka.
(2508 Patah Perkataan)

7
HBEC1203

REFERENCES
1. Fazree, S. D. M., & Zakaria, S. M. (2018). Kesan penggunaan gajet kepada
perkembangan kognitif dan sosial kanak-kanak prasekolah. Jurnal Wacana
Sarjana, 2(4), 1-6.
2. YUSOF, H. A. M. (2012). Perkembangan kecerdasan emosi kanak-kanak prasekolah
bermasalah pendengaran: Implikasinya terhadap penglibatan ibu
bapa. Akademika, 82(2), 137-142.
3. KECERDASAN, D. PENGERTIAN KECERDASAN.
4. Nachiappan, S., Andi, H. K., Veeran, V. P., Ahmad, A. I., & Zulkafaly, F. H. M.
(2014). Analysis of cognition integration in Intelligence Quotient (IQ), Emotional
Quotient (EQ) and Spiritual Quotient (SQ) in transforming Cameron Highlands
youths through hermeneutics pedagogy. Procedia-Social and Behavioral
Sciences, 112, 888-897.
5. Spearman, C. (1904). "General Intelligence", Objectively Determined and Measured.
The American Journal of Psychology, 15(2), 201-292.
6. Gardner, H. (1983). Frames of mind: The theory of multiple intelligences. Basic
Books.
7. Sternberg, R. J. (1985). Beyond IQ: A triarchic theory of human intelligence.
Cambridge University Press.
8. Salovey, P., & Mayer, J. D. (1990). Emotional intelligence. Imagination, Cognition
and Personality, 9(3), 185-211.
9. Sternberg, R. J. (1997). Successful intelligence. Plume Books.
10. Kaufman, A. S. (2018). Assessing intellectual giftedness with the Kaufman
Assessment Battery for Children. In S. B. Kaufman & J. C. Plucker (Eds.), Essentials
of gifted assessment (2nd ed., pp. 195-222). John Wiley & Sons.
11. Naglieri, J. A. (2010). Nonverbal intelligence testing: Implications for identifying
gifted and talented students. Psychology in the Schools, 47(7), 721-730.
12. Flanagan, D. P., & Harrison, P. L. (Eds.). (2012). Contemporary intellectual
assessment: Theories, tests, and issues. Guilford Press.
13. Coleman, M. R., & Cross, T. L. (2011). Using multiple criteria to identify gifted
students: Implications for equity and diversity. Gifted Child Quarterly, 55(2), 88-102.
14. Reynolds, C. R., & Kamphaus, R. W. (2015). Assessment of children: Cognitive
applications (5th ed.). John Wiley & Sons.

8
HBEC1203
15. Davis, G. A., Rimm, S. B., & Siegle, D. (2011). Education of the gifted and talented.
Pearson.
16. Silverman, L. K. (2013). Upside-down brilliance: The visual-spatial learner (2nd ed.).
DeLeon Publishing.
17. Robinson, N. M., & Noble, K. D. (2012). Identification of gifted and talented
students. In B. J. Irby, G. Brown, R. Lara-Alecio, & S. Jackson (Eds.), Handbook of
educational theories (pp. 1045-1059). Information Age Publishing.
18.

9
HBEC1203

BAHAGIAN II
PENYERTAAN DALAM TALIAN

10
HBEC1203

11

You might also like