Kesan Ajaran Sesat

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kesan-kesan Ajaran Sesat Terhadap Masyarakat

Kesan-kesan Ajaran Sesat

Melihat perkembangan ajaran sesat dalam golongan msyarakat kita pada hari ini yang
bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan menimbulkan persoalan sejauh manakah ajaran sesat
dapat memberi kesan kepada keimanan seseorang yang mengikuti dan mempraktikkan ajaran
tersebut dalam kehiupan sehariannya selain memberikan ancaman yang besar kepada masyarakat
dari segala aspek kehidupan.

Perkara ini harus diberi perhatian yang berat kerana ia berkaitan dengan akidah seseorang.
Selain daripada berkaitan dengan kehidupan di dunia, ia juga melibatkan kehidupan selepas
kematian iaitu alam akhirat. Status akidah sesebuah negara juga dapat dilihat dan dinilai sama ada ia
adalah negara Islam ataupun bukan berdasarkan masyakarat dan rakyatnya. Berdasarkan kepada
ulasan dari fasl yang lalu berkenaan jenis-jenis ajaran sesat, menunjukkan bahawa sememangnya
banyak ajaran sesat yang berleluasa di Malaysia dan tidak kurang ramai juga yang menganut ajaran
tersebut. Dapat disimpulkan, sesiapa yang menganut ajaran sesat akan merosakkan akidahnya dan
menyebabkan seseorang itu terjerumus kedalam kesyirikan dan menyekutukan Allah. Dalam pada
itu, ada juga yang tanpa diketahui mereka telah murtad kerana perbuatannya sendiri.

Sememangnya ajaran sesat membawa kesan yang negatif bukan sahaja kepada penganut
ajaran tersebut, tetapi juga kepada agama, masyarakat serta negara. Ia juga menimbulkan pelbagai
masalah serta mengancam perpaduan masyarakat. Antara kesan ajaran sesat terhadap masyarakat
adalah:

4.1 Keruntuhan dan keretakkan institusi keluarga dalam kalangan masyarakat. Hal ini dapat
dilihat dengan jelas apabila pengikut ajaran sesat membuta tuli mematuhi pemimpin mereka yang
dianggap membawa ajaran dan pengaruh yang benar. Menurut berita yang diterbitkan oleh Berita
MediaCorp pada 6 Oktober 2021, ekoran daripada amalan ajaran sesat yang semakin berleluasa,
pada 5 Oktober 2021 yang lalu, satu kes berkaitan dengan ajaran sesat yang bertempat di Kampung
Kemahang Hulu, Lipis telah berlaku. Seorang anak lelaki dipercayai membunuh kedua ibu bapanya
dengan cara menetak leher mereka berpunca daripada perselisihan mengenai ilmu agama dan hal
ketuhanan yang dibincangkan oleh mereka. Perkata sebegini dapat menjejaskan perpaduan dan
keharmonian hidup dalam masyarakat.
4.2 Seterusnya, kesan daripada ajaran sesat adalah membentuk individu masyarakat yang
bersikap kasar dan agresif. Ajaran sesat boleh mewujudkan keganasan di mana kepatuhan
membutatuli kepada pemimpin ajaran sesat memudahkan pengikutnya dipergunakan untuk
melakukan keganasan sesuai dengan keinginan mereka. Hal ini terjadi kerana masing-masing ingin
menjadi kumpulan yang unggul dan mencari pengaruh yang besar untuk menyebarkan kesesatan
mereka lalu berakhir dengan tindakan tindas menindas sesama sendiri. Firman Allah SWT dalam
Surah Al-Kahfi ayat 103-104;

“Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-
orang yang paling rugi amalamal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal
usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul
dan baik pada apa sahaja yang dilakukan oleh mereka.”

4.3 Selain daripada pernyataan yang telah dijelaskan di atas, keruntuhan dan keretakan
institusi keluarga juga berlaku akibat daripada pengamalan ajaran sesat. Hal ini terjadi apabila
seseorang terlalu mengikuti kumpulan ajaran sesat sehingga melupakan tanggungjawabnya
terhadap keluarga kerana mempunya sifat taksub yang keterlaluan dalam beragama. Keluarga akan
kelihatan tidak terurus dengan sempurna sepertimana yang telah diamanahkan oleh Allah. Menurut
sbuah artikel yang ditulis oleh Mahani Ishak dan diterbitkan oleh Berita Harian pada 21 Mei 2021
yang lalu, seorang isteri dan tiga orang anak daripada satu pasangan suami isteri menjadi mangsa
keganasan rumah tangga yang dilakukan oleh suami yang terlalu taksub dengan ajaran sesat. Hal ini
terjadi kerana perniagaan si suami mulai goyah yang membuatkan dia berasa tertekan lalu
melempiaskan kemarahan kepada isteri dan anak-anaknya. Keadaan seperti inilah yang mendorong
kepada keruntuhan dan keretakan institusi sesebuah keluarga yang tidak seharusnya berlaku dalam
kalangan masyarakat.

You might also like