Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 11

SK MARIAN CONVENT SETAPAK, KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID BIL 1 TAHUN 2023/24

TARIKH : 14 Mac 2023


HARI : Selasa
MASA : 2.30 pm
TEMPAT : Bilik Gerakan
PENGERUSI : Pn. Kasratul Najah bt Nazuri (Guru Besar)
Kehadiran :
1. Pn Kasratul Najah bt Nazuri (Guru Besar)
2. Pn Hazlina bt Mustapha (PK Tadbir dan Kurikulum)
3. Pn Nor Azita bt Abidin (PK Hal Ehwal Murid)
4. Datin Halida bt Zakaria (PK Kokurikulum)
5. Pn Salina bt Omar (S/U HEM)
6. Cik Nur Hanan Nasriah bt Mohamad Rafiai (NAIB S/U HEM)
7. Pn Suzze bt Ghani
8. Cik Nur Shahida Bt.Shamsul Alias
9. En Adam Zainufi bin Elliyes @Azmi
10. Pn Khairul Bariah bt Ab Hamid
11. Pn Sharmini a/p R.Ambikawathy
12. Pn Siti Rahimah bt Mohamed ‘Abdan
13. Pn Nur Aziemah bt Abdul Aziz
14. En Mohamad Rizam bin Zamri
15. Pn Amutha a/p Sabapathy
16. Cik Suriani bt Zakaria
17. Pn Razimah Bt. Mohd Ghadin
18. Pn Zalikha Asyran bt Akilul Nazar
19. Cik Umi Norwahida bt Sallahudin
20. Cik Dinaggary A/P Lazarus
21. Cik Farhana bt Mohd Khairul Perbakaran
22. Cik Karthiga a/p k Dharmalingam

Tidak Hadir Bersebab :

1. Pn Khairul Bariah bt Ab Hamid - Cuti Sakit


2. Pn Nik Nadia bt Nik Kamaruzaman - Kelas IPG

Tidak Hadir Tanpa Sebab : Tiada

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Puan Nor Azita mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar, barisan pentadbir dan semua guru
yang telah banyak membantu dan melancarkan dalam pengurusan HEM sesi 2022/2023
1.2 Beliau mengharapkan semua guru memberikan perhatian terhadap kebajikan murid dan bertindak
segera untuk membantu murid.
1.3 Beliau mengingatkan agar semua guru menjaga hubungan baik dengan murid melalui tingkahlaku dan
kata kata sepanjang guru berada bersama murid.

Tindakan : Makluman

1
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Tiada Pengesahan Minit Mesyuarat

3. PERKARA BERBANGKIT

Tiada

4. PEMBENTANGAN DAN LAPORAN HEM (Puan Nor Azita binti Abidin -GPK HEM)

4.1 Pelantikan Jawatankuasa


4.1.1 Terdapat beberapa perubahan dalam JK Pengurusan HEM. Beliau juga mengucapkan
tahniah kepada lantikan baharu penyelaras dan AJK Unit HEM. (Sila Rujuk Buku Pengurusan
HEM)
4.1.2 GPK HEM mengharapkan semua AJK dapat memberi komitmen & bertanggungjawab bagi
melancarkan segala urusan dan program yang perlu dilaksanakan dengan lebih terancang

Tindakan: Makluman
Program Unit HEM

4.1.3 Antara aktiviti yang akan dilaksanakan adalah :


(i) Minggu Penghayatan Disiplin & Ceramah Henti Buli
(ii) Pelancaran Program Mentor Mentee
(iii) Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda / Kem Kepimpinan
(iv) Sambutan Hari Lahir (2 kali setahun)
(v) Sambutan Hari Kanak-Kanak
(vi) Minggu/Fiesta PPDa
(vii) Latihan Kebakaran Siri 1 & 2
(viii) Program Mentor Mentee (Isnin minggu keempat setiap bulan)
(ix) Pertandingan Kelas Kondusif ( – penilaian akan dibuat bermula bulan MEI selepas
Program Transisi)
(x) Anugerah Kehadiran Penuh 100%
(xi) Anugerah Sahsiah Terpuji
(xii)
Tindakan: Makluman

4.1.4 Aktiviti 5 minit dijalankan secara mingguan adalah:


(i) 5 Minit Anti Dadah akan dijalankan setiap hari Selasa
(ii) 5 Minit Anti Rasuah (Pengawas & KPJ - minggu ke-3 setiap bulan)
(iii) 5 Minit Bersama Denggi (setiap hari Rabu)
(iv) 5 Minit Bicara Disiplin (berselang-seli KGD & GBK – setiap hari Khamis)

Tindakan: Guru Disiplin/Penyelaras PPDa/Penyelaras 3K/ Guru B&K

2
4.2 DISIPLIN DAN PENGAWAS

LEMBAGA DISIPLIN & PENGAWAS

4.2.1 Guru Disiplin perlu menyediakan jadual dan bidang tugas pengawas serta mengigatkan agar
pengawas bekerjasama dengan guru bertugas mingguan untuk kawalan murid.

4.2.2 Guru Disiplin harus menyampaikan maklumat dan perkembangan disiplin dari semasa ke
semasa dalam perhimpunan sekolah.

4.2.3 Majlis Watikah Pelantikan Pengawas & Kursus Kepimpinan akan dijalankan pada 24 Mac
2023.

4.2.4 Merancang dan melaksanakan program disiplin bersesuaian dengan keperluan. Program
Intervensi Disiplin (program yang melibatkan masalah kehadiran, salah laku ponteng sekolah,
buli dan tingkah laku jenayah) berdasarkan data SSDM

4.2.5 Menjalankan Spot Check sekurang-kurangnya 3 kali setahun atau mengikut keperluan.

4.2.6 Semua guru perlu meneruskan pengisian murid lewat di talian ‘Google Form’ dan
memantau murid lewat.

4.2.7 Guru pengawas dikehendaki menyenarai & mengemukakan beberapa calon Ketua/Penolong
pengawas kepada PK HEM untuk sesi temuduga Bersama Guru Besar.

4.2.8 Guru Disiplin perlu membuat perjumpaan bulanan bersama pengawas sekolah bagi
membimbing serta membantu pengawas dalam menguatkuasakan peraturan sekolah

4.2.9 Guru Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) perlu merancang & menjalankan aktiviti KPJ
semasa aktiviti kokurikulum

4.2.10 SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu, guru-guru perlu memastikan semua
murid mematuhi peraturan pada setiap masa.

Tindakan: Guru Disiplin/Guru KPJ/Guru B&K/Guru Kelas

DISIPLIN

4.2.11 Terdapat 12 kesalahan sahaja diambil kira untuk pengiraan peratus masalah disiplin iaitu
ponteng sekolah, buli, tingkah laku jenayah, tingkah laku lucah, tingkah laku kurang
sopan/biadap, tingkah laku tidak pentingkan masa, rokok, kekemasan diri, kenakalan dan
kesalahan vandalism.

4.2.12 Pastikan semua Standard Operating Procedure (S.O.P) dipatuhi dalam mengambil tindakan
kepada murid serta semua data perlu dimasukkan dan dibentangkan dalam mesyuarat @
Dialog Prestasi sekolah.

4.2.13 Bagi murid yang berisiko tinggi, pastikan sesi kaunseling individu dijalankan.

Tindakan: Makluman

3
TATACARA HUKUMAN & TINDAKAN

4.2.14 Semua hukuman dan tindakan terhadap murid perlu mengikut S.O.P yang telah ditetapkan.
Patuhi SPI yang telah dinyatakan secara jelas seperti SPI Rokok, Telefon Bimbit dan lain-lain.

4.2.15 Hukuman rotan perlu dijalankan mengikut ketetapan yang betul. Pastikan setiap guru disiplin
yang diberi kuasa merotan mendapat surat penurunan kuasa merotan. Hukuman rotan perlu
direkodkan dan dijalankan di tempat yang tertutup dan disaksikan oleh seorang guru lain. Ibu
bapa murid perlu dihubungi sebelum hukuman rotan dijalankan.

4.2.16 Hukuman gantung dan buang sekolah hanya boleh dijatuhkan oleh PGB sahaja. Ibu bapa perlu
dimaklumkan melalui panggilan telefon @ surat berdaftar.

4.2.17 Setiap peraturan tambahan yang dibuat oleh pihak sekolah perlulah disebar luaskan kepada
semua murid dan ibu bapa. Peraturan tambahan yang dibuat tidak boleh ultra vires iaitu
melebihi peraturan yang sedia ada. Contoh : Hadir lewat.

4.2.18 Semua guru mesti melakukan pemantauan kendiri disiplin mengikut instrumen yang diberi.

Tindakan: Makluman

SSDM

4.2.19 Pastikan data SSDM dimasukkan setiap hari, minggu dan bulan. Jika tiada kes nyatakan tarikh
tiada kes. DATA KESALAHAN DAN AMALAN BAIK PERLU DIMASUKKAN.

4.2.20 Data SSDM – TIDAK BOLEH dikongsi pada pihak ketiga. Status SULIT.

4.2.21 KES POLIS tidak perlu direkodkan dalam SSDM sehingga siasatan polis selesai.

4.2.22 SEKOLAH PERLU MEMASTIKAN SEMUA GURU TERMASUK PGB MENGISI


AMALAN BAIK SEHINGGA AKHIR TAHUN.

4.2.23 Analisis data SSDM perlu dicetak setiap bulan dan dimasukkan dalam fail SSDM dan PK
HEM perlu semak dan membuat pengesahan.

4.2.24 TIDAK BOLEH dicetak dan dibawa keluar untuk dibawa ke sekolah baru.

4.2.25 Pastikan jika tiada kes untuk tempoh masa tertentu perlu isytihar tiada kes. Contoh sesi
persekolahan bermula 21/3/2023 - 31/3/2023. MAKA, ISYTIHAR TIADA KES.

4.2.26 Pastikan KGD kemaskini data setiap kali kes telah disahkan oleh PGB.

4.2.27 SSDM sekolah boleh dilayari melalui https://ssdm.moe.gov.my/ dengan:

ID PENGGUNA: WBB0055 KATA LALUAN: Skmcwbb0055


4.2.28 KPI SSDM SK Marian Convent adalah 80 amalan baik bagi setiap murid.

Tindakan : Makluman
Tindakan : Penyelaras Disiplin

4
4.3 RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)

4.3.1 Kos untuk makanan RMT bagi setiap murid ialah RM 3.50 bermula 6 November 2022.

4.3.2 Permohonan baru perlulah mengisi borang PB1 & PB2. RMT bagi murid Tahun 1 yang
telah disaring bermula minggu ke tiga sesi persekolahan.

4.3.3 Penyelaras RMT menyerahkan borang SST RMT & PSS kepada murid yang layak.
Membuat hebahan kepada semua guru kelas Tahun 2 – 6 sekiranya terdapat murid yang layak
menerima RMT bagi tahun 2023.

4.3.4 Penyelaras RMT perlu membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan
pengusaha kantin mematuhi menu & sukatan yang telah ditetapkan disamping memastikan
makanan RMT murid mencukupi.

4.3.5 Menyediakan jadual pengawas bertugas serta AJK RMT bagi mengawal semasa rehat dan
mencatat laporan harian kehadiran murid RMT & PSS

4.3.6 Mempamerkan senarai nama penerima RMT, carta organisasi & jadual bertugas AJK RMT,
menu RMT mingguan pada papan kenyataan

Tindakan: Makluman
Tindakan: Penyelaras APDM
4.4 SKIM PINJAMAN BUKU TEKS

4.4.1 Pengagihan buku teks SPBT kepada murid yang belum terima hendaklah diselesaikan
pada hari pertama sesi persekolahan.
4.4.2 Mengemaskini maklumat tahun semasa berkaitan SPBT dan dipamerkan di papan
kenyataan.
4.4.3 Mengemas kini semua fail serta buku stok SPBT dari semasa ke semasa.
4.4.4 Membuat pemeriksaan fizikal buku teks yang disimpan di Bilik SPBT secara berkala.
4.4.5 Membuat pesanan buku teks berdasarkan enrolmen murid dalam APDM yang terkini.
4.4.6 Buku teks Tahun 2 hingga 6 ada dan mencukupi, manakala buku teks Tahun 1 tidak
mencukupi.
Tindakan: Makluman
Tindakan: Guru SPBT
4.5 APDM

4.5.1 Penutupan aplikasi APDM bermula 11 sehingga 15 Mac 2023 untuk PROSES NAIK
KELAS yang akan dilaksanakan oleh KPM dan ianya akan dibuka semula pada 16 Mac 2023
4.5.2 Data APDM tidak boleh dikongsi kepada pihak ketiga.
4.5.3 Data kehadiran murid wajib diisi setiap hari dengan sebab yang tertera dalam APDM. Sebab
ketidakhadiran boleh diubah sekiranya telah mendapat maklum balas daripada ibu bapa/
penjaga dalam tempoh seminggu
4.5.4 Berdasarkan Kenyataan Media oleh Menteri Pendidikan pada 17 Februari 2023, KPM telah
menetapkan waktu mengunci masuk rekod kehadiran murid yang lebih fleksibel kepada guru
iaitu 12 tengah hari untuk sesi pagi dan 5 petang untuk sesi petang bagi mengelakkan
kesesakan dalam sistem.
Tindakan: Makluman

5
4.6 2K (KECEMASAN DAN KESELAMATAN)

4.6.1 Memastikan peraturan keselamatan disebar luas kepada warga sekolah.


4.6.2 Menyediakan makluman untuk memberitahu pelawat tentang tatacara berurusan dengan
pihak sekolah.
4.6.3 Mengadakan latihan kebakaran 2 kali setahun. Latihan Kebakaran Siri 2 bersama Balai
Bomba & Penyelamat, melibatkan semua murid semasa demonstrasi memadam api kebakaran
& sesi bergambar dengan jentera bomba.
4.6.4 Menampal pelan laluan kecemasan di setiap kelas, bilik-bilik khas dan laluan strategik.
4.6.5 Memastikan semua alat pemadam api dalam keadaan baik dan sempurna. (Pihak sekolah
juga perlu menyediakan alat pemadam api di kantin)
4.6.6 Menetapkan laluan tertentu untuk murid masuk dan keluar dari kawasan sekolah demi
keselamatan murid.
4.6.7 Memastikan tanda amaran BAHAYA diletakkan di tempat yang berbahaya.
4.6.8 Mengisi data penarafan keselamatan sekolah.
Tindakan: Makluman
Tindakan: Penyelarak 2K
4.7 3K (KEBERSIHAN, KECERIAAN, KESIHATAN)

4.7.1 Membantu pihak sekolah mengawasi dan mempertingkatkan kebersihan dan keceriaan
sekolah
dari semasa ke semasa.
4.7.2 Memantau kebersihan tandas agar dibersihkan oleh pekerja pembersihan mengikut jadual.
4.7.3 Melaksanakan Pertandingan Kelas Kondusif (Tahap 1, Tahap 2)
4.7.4 Guru Penyelaras 3K diminta membuat google form untuk Pelaporan Kebersihan kelas.
Tindakan: Makluman
Tindakan: Penyelaras
3K
4.8 PPDa

4.8.1 PPDa adalah tanggungjawab warga sekolah dan semua sekolah rendah & menengah
melaksanakan program PPDa.
4.8.2 PPDa adalah untuk semua murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa.
4.8.3 Pendekatan yang digunakan hendaklah berupaya meningkatkan kefahaman dan jati diri
murid.
4.8.4 Program PPDa hendaklah menjurus ke arah “SEKOLAH BEBAS DADAH”
4.8.5 Program PPDa perlu diolah mengikut kesesuaian semasa. Contoh : 5 minit anti dadah
secara paparan digital, poster digital dan lain-lain dengan menggunakan kreativiti masing-
masing.
4.8.6 PPDa merentas kurikulum juga masih boleh dilakukan dengan menyelitkan elemen-elemen
tersebut semasa PdP berlaku.
4.8.7 Sediakan senarai tugas guru & Pengawas PPDa yang akan menyampaikan maklumat 5
Minit Anti Dadah
4.8.8 Buat perancangan untuk mengemaskini laluan PPDa bersama AJK PPDa
Tindakan: Makluman
Tindakan: Penyelaras PPDa

6
4.9 Kantin / Kedai Buku

KANTIN

4.9.1 Memastikan kebersihan dan mutu makanan sentiasa terjamin dan peraturan kesihatan
sentiasa dipatuhi oleh pengusaha kantin.
4.9.2 Memastikan pengusaha kantin melakukan kerja-kerja penyelenggaran dan pembersiha
kantin dengan lebih proaktif.
4.9.3 Memastikan label ruang berbaris & label aliran dipamerkan.
4.9.4 Memastikan pengusaha kantin menyediakan tong sampah bertutup dan sentiasa bertutup.
4.9.5 Membantu menceriakan dan mempamerkan bahan bercetak mengenai langkah kebersihan
dan keselamatan di kantin.
Tindakan: Makluman
Tindakan: Penyelaras Kantin

4.10 UBK (UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING)

4.10.1 GBK perlu memberi tumpuan kepada empat fokus utama iaitu:-
 Pembangunan sahsiah murid
 Peningkatan disiplin diri murid.
 Pendidikan kerjaya murid
 Psikososial dan kesejahteraan mental murid.

4.10.2 GBK mesti mengatur masa untuk memberi khidmat kaunseling kepada murid yang menerima
surat amaran
4.10.3 Guru perlu memaklumkan GBK jika ada murid yang mempunyai masalah dan perlu dirujuk
untuk sesi kaunseling.
4.10.4 Murid juga perlu didedahkan dengan skop kerjaya supaya mereka mempunyai cita-cita
meningkatkan potensi diri. (PROGRAM KERJAYA PERINGKAT SEKOLAH)
4.10.5 Menjalankan Program Mentor Mentee
4.10.6 Menjalankan Program Amalan Guru Penyayang. (Sambutan Hari Lahir, Kempen 3S)
4.10.7 Mengadakan program menggalakkan murid ke sekolah untuk meningkatkan kehadiran.
4.10.8 Mengendalikan atau mengelolakan program ceramah motivasi sekolah.
4.10.9 Bekerjasama mengadakan Kem Kepimpinan & Majlis Watikah Pelantikan Pengawas dengan
Lembaga Disiplin
4.10.10 Merancang dan mengendalikan Ujian Psikometrik Tahun 6.
4.10.11 Bekerjasama dan berhubung rapat dengan guru disiplin dalam menyelesaikan masalah murid.
4.10.12 Menjalankan Program Ziarah Cakna & Gerobok Rezeki. Pastikan laporan aktiviti dibuat.

Tindakan: Makluman
Tindakan: GBK
4.11 Bantuan

4.11.1 Bantuan yang terdapat di sekolah adalah seperti BAP/ KWAPM/ BAITULMAL/ EMK/
ZAKAT/ SUMBANGAN/ GEROBOK REZEKI
4.11.2 Mengenal pasti jenis bantuan yang diperlukan oleh murid. (Agihan BAP bermula tahun 2023
adalah untuk semua murid WARGANEGARA dan menerima bantuan sebanyak RM 150.00)
4.11.3 Penyelaras boleh mendapatkan senarai nama murid miskin/ miskin tegar yang layak mendapat
bantuan berdasarkan keutamaan dan keperluan dengan kerjasama guru kelas.
4.11.4 Mengurus dan memantau hal ehwal kebajikan murid yang memerlukan bantuan khusus seperti
murid miskin, kemalangan, rawatan berterusan, kematian atau bencana alam
7
4.11.5 Merancang program untuk mengutip sumbangan di samping meningkatkan keprihatinan murid
terhadap kebajikan atau menguruskan lain-lain sumbangan mengikut keperluan.
4.11.6 Merekodkan maklumat murid yang menerima bantuan.
4.11.7 Jawatankuasa Bantuan Sekolah akan bermesyuarat membuat tapisan dan pemilihan
berdasarkan permohonan yang diterima.
Tindakan: Makluman

4.12 Hal-hal Lain

4.12.1 Penggunaan semula buku kawalan kelas & pas kebenaran keluar kelas (RASMI & TANDAS)
4.12.2 Kemaskini fail-fail & papan kenyataan sub unit HEM
4.12.3 Kemaskini fail peribadi murid dan Buku daftar masuk bagi umurid tahun 1 dan murid baru
4.12.4 Pelaporan COVID-19

Tindakan: Makluman
Tindakan : Guru Tahun 1, Penyelaras sub unit HEM

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

……………… …………………………….
(SALINA BT OMAR (NOR AZITA BT ABIDIN)
Setiausaha Unit HEM, Penolong Kanan HEM
SK Marian Convent SK Marian Convent

8
MAKLUMBALAS MESYUARAT HAL EHWAL MURID BIL4 SESI 2023/24

Tarikh/ Hari : 14 Mac 2023


Masa : 2.30 p.m
Tempat : Bilik Mesyuarat SKMC
Pengerusi : Pn Kasratul Najah Binti Nazuri (Guru Besar)

MUKASURAT PARA PERKARA TINDAKAN MAKLUMBALAS

2 4.1 4.1 Aktiviti 5 minit dijalankan secara mingguan adalah:


1. 5 Minit Anti Dadah akan dijalankan setiap hari Selasa 1. Penyelaras Rujuk lampiran
2. 5 Minit Anti Rasuah (Pengawas & KPJ - minggu ke-3 PPDa Jadual Penggiliran Murid
setiap bulan) 2. Penyelaras
3. 5 Minit Bersama Denggi (setiap hari Rabu) KPJ
4. 5 Minit Bicara Disiplin (berselang-seli KGD & GBK – 3. Penyelaras 3K
setiap hari Khamis) 4. Penyelaras
Disiplin

4.2 DISIPLIN DAN PENGAWAS

4.3 RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)

4.4 SKIM PINJAMAN BUKU TEKS

4.5 APDM

4.6 2K (KECEMASAN DAN KESELAMATAN)

4.7 3K (KEBERSIHAN, KECERIAAN, KESIHATAN)

9
4.8 PPDa

4.9 KANTIN / KEDAI BUKU

4.10 UBK (UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING)

4.11 BANTUAN

4.12 HAL -HAL LAIN

Disediakan oleh,

……………

Salina bt Omar
Setiausaha
Unit Hal Ehwal Murid
SK Marian Convent Setapak
Tarikh: 23 Mac 2023

10
Lampiran

11

You might also like