STACMA Kertas Kerja Nasyid

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN CAHAYA MASAI

PASIR GUDANG, JOHOR

KERTAS KERJA
PENUBUHAN KUMPULAN NASYID STACMA
2022

ANJURAN:

PASUKAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN

SK TAMAN CAHAYA MASAI

KERJASAMA:

SARWA STUDIO

STaCMa dalam Program Transformasi sekolah 2025


1. PENGENALAN
1.1. Kertas Kerja ini bertujuaan untuk mencari murid-murid yang mempunyai bakat
dalam bidang nyanyian dan bermain alat muzik. Disamping itu, penubuhan
kumpulan nasyid ini juga dapat menarik murid untuk mengenali hiburan yang
dibenarkan dalam Islam sesuai dengan minat mereka yang sukakan hiburan.
Wujudnya kumpulan ini juga, bertujuan menyebarkan mesej Islam melalui
nyanyian bukan sahaja kepada warga sekolah bahkan juga masyarakat
kampung.

2. MATLAMAT

2.1. Diharapkan aktiviti yang akan diadakan dapat memupuk bakat dan kemahiran
murid dalam aktiviti nasyid.

3. OBJEKTIF

3.1. Memperkenalkan hiburan dalam Islam kepada murid-murid.


3.2. Mengembangkan bakat dan potensi murid ke arah melahirkan murid yang
seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Spritual selari dengan
kehendak Falsafah Pendidikan Negara.
3.3. Menjana kemenjadian murid dan memiliki sahsiah terpuji selari dengan aspirasi
murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

4. ELEMEN PAK21 MELALUI PELAKSANAAN PROGRAM

4.1. Murid diberi pendedahan terhadap aktiviti nasyid. Setiap tahun MTQSS yang
dijalankan setiap tahun merangkumi pertandingan tilawah al-quran, nasyid, hafazan,
bercerita dan lain-lain akan diadakan untuk semua murid sekolah rendah. Justeru,
penubuhan kumpulan ini dapat memperkembangkan bakat mereka supaya dapat
bersaing seiring dengan murid-murid lain. Antara konklusi yang diperoleh adalah
dengan program ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara ahli ahli
kumpulan yang sedia ada bagi membina semangat kerja berpasukan.
(***Elemen PAK21- Komunikasi dan Kolaborasi).

5. TARIKH DAN TEMPAT

STaCMa dalam Program Transformasi sekolah 2025


5.1. Tarikh :-
5.2. Tempat : Bilik JQAF

6. PENYERTAAN / SASARAN

6.1. Murid-murid Tahun 3, 4 dan 5


6.2. Proses pemilihan akan dibuat oleh guru yang terlibat.
6.3. Seramai 10 murid yang layak akan dipilih untuk setiap persembahan atau
pertandingan yang disertai.

7. BIODATA JURULATIH
7.1. Lampiran A

8. JAWATANKUASA

Pengerusi : Pn. Muhini Binti Abdullah (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : En.Saifuldin Bin Hassan(GPK Pentadbiran )

Naib Pengerusi 1 : Pn. Hjh Raziah Binti Abd Latif (GPK Hem)

Naib Pengerusi 2 : Pn.Khuzaimah Binti Hairudin (GPK KoKu)

Naib Pengerusi 3 : Pn. Tengku Intan Zaharah Binti Tengku Mustapa

Penyelaras : Pn. Siti Haidah Binti Abdul Hanan

9. PENUTUP

STaCMa dalam Program Transformasi sekolah 2025


Diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat mencapai
objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti yang telah dirancang mendapat
sambutan yang baik dari semua pihak sama ada guru atau murid. Semoga usaha murni
ini dapat sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada warga
STACMA.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

............................................. ........................................... .............................................


(PN. SITI HAIDAH BINTI (PN.KHUZAIMAH BINTI (PN. MUHINI BINTI
ABDUL HANAN) HAIRUDIN) ABDULLAH )

Pengerusi GPK Kokurikulum Guru Besar

Kebudayaan & Kesenian SK Taman Cahaya Masai SK Taman Cahaya Masai

SK Taman Cahaya Masai

STaCMa dalam Program Transformasi sekolah 2025


LAMPIRAN A

BIODATA JURULATIH

STaCMa dalam Program Transformasi sekolah 2025

You might also like