Assignmn 3803

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

BACHELOR OF EARLY CHILDHOOD EDUCATION WITH HONOURS

SEMESTER JANUARI / 2023

HBEC3803
PERANCANGAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-
KANAK

NO. MATRIKULASI : 000701121906001

NO. KAD PENGENALAN : 000701-12-1906

NO. TELEFON : 0132003963

E-MEL : nursazreenkamil@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : KENINGAU LEARNING CENTRE

1
ISI KANDUNGAN

BAHAGIAN I................................................................................................................3
Soalan 1: Rancangan pembangunan sosial.....................................................................3
1.0 Pengenalan................................................................................................................3
2.0 Objektif latihan dalaman..........................................................................................4
2.1 Bidang pembangunan profesional untuk dilatih.......................................................5
3.0 Jadual program.........................................................................................................7
3.1 Penerangan jadual program......................................................................................9
4.0 Bajet........................................................................................................................12
4.1 Penerangan bajet program......................................................................................13
5.0 Kesimpulan.............................................................................................................13
BAHAGIAN II.............................................................................................................14

2
BAHAGIAN I

Soalan 1: Rancangan pembangunan sosial

1.0 Pengenalan

Menurut Muhamad Ali (2001), latihan merupakan satu program yang


terancang dan sistematik untuk membangunkan pengetahuan, kemahiran dan
kecekapan melalui satu proses pembelajaran bagi mencapai prestasi kerja yang
efektif. Latihan juga merupakan suatu proses pembelajaran yang berterusan yang
disusun untuk mengubah sikap, pengetahuan dan kemahiran pekerja agar prestasi
kerja mereka dapat ditingkatkan. Manakala Menurut Peel (1992), mengatakan bahawa
pembangunan merupakan satu keperluan yang wajib kepada setiap individu,
organisasi dan masyarakat secara keseluruhan. Pembangunan merupakan satu
keperluan dalam sesebuah organisasi. Ianya merupakan satu peranan asas dalam
pembangunan sumber manusia untuk melihat sejauh mana kesan pembangunan
kerjaya ke atas seseorang individu. Dengan adanya pembangunan kerjaya bagi
sesuatu organisasi itu, ia akan meningkatkan lagi tahap kerja seseorang dengan lebih
efektif dan dinamik.
Bagi tugasan ini, saya telah memilih Tadika Permata Kampung Bayangan
yang berada di Keningau Sabah sebagai tadika saya. Tadika ini mempunyai 4 orang
kakitangan yang terdiri daripada 2 orang guru dan 2 orang pembantu guru. Jumlah
kanak-kanak yang berdaftar di Tadika ini adalah sebanyak 49 orang kanak-kanak,
iaitu 24 orang kanak-kanak berumur 6 tahun dan 25 orang lagi berumur 5 tahun. Visi
bagi Tadika Permata ini ialah “Nadi Pembangunan dan Perubahan Masyarakat Luar
Bandar”. Manakala pula misi bagi Tadika Permata ialah Meningkatkan sistem
penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, dan juga mewujudkan masyarakat
berilmu melalui Pendidikan sepanjang hayat. Oleh itu, objektif bagi tugasan ini adalah
untuk membolehkan pelajar memahami kepentingan memimpin dan mengurus
kakitangan di pusat pendidikan awal kanak-kanak. Saya juga telah menggunakan
bantuan lamang sesawang sebagai rujukan saya untuk mendapatkan maklumat untuk
menyempurnakan tugasan ini.

3
2.0 Objektif latihan dalaman

Pembangunan profesional melalui latihan dalaman merupakan aspek yang


sentiasa diberi perhatian terutama sekali oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM). Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Awam (PKPA) menyatakan bahawa
adalah menjadi tanggungjawab ketua jabatan untuk memastikan anggota masing-
masing di semua peringkat mengikuti kursus sekurang-kurangnya tujuh hari setahun.
Tambahan pula dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM), telah mewajibkan
kakitangan menghadiri latihan pada peringkat tertentu semasa mereka dalam
perkhidmatan. Oleh itu, pembangunan profesional perlulah dirancang dengan teratur
supaya lebih berkesan dan memberi manfaat. Pembangunan profesional tidak
berlaku begitu sahaja kerana ia perlu dipimpin, diurus dan dilaksanakan secara
efektif supaya berkesan dan mempunyai bajet tertentu. Dengan ini setiap ketua
jabatan termasuklah pemilik tadika atau taska hendaklah memastikan pekerja dan
kakitangan mendapat latihan yang secukupnya bagi memberi pendedahan awal dan
pengetahuan yang diperlukan tentang pendidikan awal kanak-kanak serta pengurusan
kelas yang efisien.
Oleh itu, objektif utama bagi latihan dalaman yang telah dijalankan oleh guru
Tadika Permata adalah untuk memberi kemahiran baru atau memantapkan kemahiran
sedia ada agar pendidikan yang diberikan oleh guru dan kakitangan dapat membantu
perkembangan kanak-kanak sekaligus dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan
oleh Tadika Permata. Sebagai pemilik tadika, saya akan membuat pemerhatian dan
penilaian atas kemahiran setiap pekerja dan menyatakan apa yang perlu diperbaiki
serta membuat jalan penyelesaian terhadap isu tersebut. Hal ini dapat membantu saya
dalam pengurusan tadika dan dapat meningkatkan lagi profesionalisme dalam
kalangan guru dan kakitangan di dalam Tadika Permata. Objektif utama untuk
menjalankan latihan dalam perkhidmatan ini juga dapat dilakukan dengan lancar dan
memberi manfaat kepada peserta serta boleh dipraktikkan di dalam premis Tadika
Permata. Oleh sebab itu, saya telah mengenalpasti dua pembangunan profesional
dalam kalangan pekerja Tadika Permata yang perlu ditingkatkan lagi melalui latihan
dalaman antaranya ialah seperti berikut.

4
2.1 Bidang pembangunan profesional untuk dilatih

Menurut Guskey dan Sparks (1991), ada mendefinisikan bahawa


pembangunan profesional sebagai proses multidimensi yang mengandungi aspek
latihan, aktiviti persediaan, amalan, bimbingan dan tindakan susulan serta sokongan.
Oleh itu, saya juga telah menjalankan latihan dalaman terhadap pekerja saya, Di
dalam Tadika Permata, terdapat 2 orang guru dan 2 orang pembantu guru. Untuk
latihan dalaman ini, saya telah meminta agar semua kakitangan untuk meyertainya.
Latihan kursus dalaman ini akan dikendalikan oleh saya sendiri dengan beberapa
orang penting berkenaan yang saya panggil untuk memberi perkongsian berkaitan
dengan pembangunan profesional tersebut. Saya telah mengambil 2 pembangunan
profesional untuk dimasukkan di dalam kursus latihan. Kursus latihan yang pertama
adalah mengenai kesihatan dan keselamatan kanak-kanak prasekolah manakala yang
kedua adalah tentang asas penyediaan barang permainan atau alat bantu mengajar.
Alasan saya memilih 2 pembangunan profesional ini adalah kerana saya dapati
pelaksanaan kesihatan dan keselematan di dalam premis Tadika Permata amat penting
dan bukanlah satu perkara yang remeh. Saya juga amat menitikberatkan sesuatu
perkara yang melibatkan tentang kesihatan dan keselamatan kanak-kanak kerana
kanak-kanak yang dihantar ke Tadika Permata merupakan satu tanggungjawab kepada
guru, kakitangan dan juga saya sendiri. Saya juga ingin kakitangan pekerja seperti
pembantu guru di Tadika Permata mengetahui cara pengendalian makanan yang
bersih dan bersesuaian dengan sajian kanak-kanak seperti menyediakan roti dan susu
untuk sarapan pagi. Manakala nasi, sayuran, ayam dan buah untuk makanan tengah
hari. Selain itu, keselamatan juga perlu diambil kira agar guru dan kakitangan pekerja
dapat lebih peka dengan keadaan sekeliling dan tahu apa yang perlu dilakukan jika
sesuatu kemalangan berlaku sepanjang berada di kawasan tadika.
Manakala pula, pembangunan profesional kedua yang saya pilih untuk
disertakan di dalam latihan dalaman ini adalah berkenaan dengan penyediaan barang
permainan dan juga alat bantu mengajar. Alasan saya memilihnya adalah kerana
untuk memberi pendedahan yang lebih meluas kepada guru serta pembantu guru
tentang pemilihan dan penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai mengikut umur
dan perkembangan kanak-kanak prasekolah. Sebagai pemilik tadika, saya ingin yang

5
terbaik untuk kanak-kanak oleh itu, pendidikan yang berkualiti adalah sangat penting
dari segi kognitif, sosial dan juga rohani. Alat bantu mengajar yang digunakan juga
amat memainkan peranan dalam merangsang perkembangan kanak-kanak. Oleh itu,
saya telah memilih kemahiran pembangunan profesional berkaitan dengan isu ini
untuk dimasukkan di dalam kursus latihan dalaman yang saya anjurkan kepada guru
dan kakitangan Tadika Permata. Walaupun alat bantu mengajar dan penyediaan
barang permainan merupakan satu perkara asas dalam pendidikan awal kanak-kanak,
namun adalah lebih baik para guru lebih efisien terhadap kepelbagaian dalam
pemilihan alat bantu mengajar untuk mempermudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berlangsung di kelas. Dengan ini, saya telah membuat jadual
program latihan dalaman pembangunan profesional khusus untuk guru dan kakitangan
Tadika Permata.

6
3.0 Jadual program

KURSUS KEMAHIRAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN KANAK-KANAK DAN ASAS PENYEDIAAN PERMAINAN
SERTA ALAT BANTU MENGAJAR UNTUK GURU DAN KAKITANGAN TADIKA PERMATA.

18-19 FEBRUARI 2023

HOTEL JUTA KENINGAU, SABAH.

7
MASA 7:00 8:00 9:00 AM 10:00 AM 11:00 12:00 2:00 PM 4:00 PM 5:00 PM 7:00 PM
AM AM - - AM PM - - - -
- - 10:00 AM 11:00 AM - - 3:00 PM 5-00 PM 7:00 pm 9:00 PM
HARI 8:00 9:00 12:00 2:00 PM
AM AM PM

SLOT 1: SLOT 2: SLOT 3:


R
I. Ice breaking Kemahiran kesihatan dan Kemahiran
Pendaftaran II. Penerangan E keselamatan di tadika MAKAN kesihatan dan
program ( Bahagian 2 ) MALAM keselamatan di
18 FEB SELAMAT dan III. Kemahiran H -Latihan simulasi & tadika
2023 kesihatan dan
DATANG Taklimat urus REHAT (Bahagian 3)
keselamatan di tadika A Penceramah jemputan:
setia (Bahagian 1) - Pihak bomba
T Penceramah
- Wakil BSMM
Penceramah jemputan: jemputan:
- Dr. Rayzond Wong - Puan Sazreen

SLOT 4: SLOT 5:

Asas Asas penyediaan


R
penyediaan permainan dan alat
permainan bantu mengajar E
19 FEB SARAPAN
MAJLIS PENUTUPAN
2023 PAGI dan alat bantu (Bahagian 2) H BERSURAI
DAN PENGHARGAAN
mengajar
Penceramah: A
(Bahagian 1)
-Puan Sazreen T

Penceramah:
- Dr. Azizah
bt Zain 8
3.1 Penerangan jadual program

Jadual di atas merupakan jadual program pembangunan profesional melalui


latihan dalaman anjuran pemilik Tadika Permata iaitu saya sendiri. Melalui jadual
tersebut, dapat dilihat aktiviti latihan dalaman ini berlangsung selama dua hari pada
18 sehingga 19 februari 2023 sahaja. Jadual program ini sangat padat dengan perisian
penting tentang perkara-perkara yang ingin ditekankan kerana masa yang ada cuma
dua hari satu malam. Program ini dilaksanakan di Hotel Juta yang terletak di
Keningau, Sabah. Pada hari pertama program, peserta dikehendaki untuk mendaftar
tanda hadir pada jam 7 pagi sehinggalah jam 9 pagi. Apabila kesemua peserta siap
mendaftar, pada jam seterusnya ialah sedikit taklimat daripada urus setia tanda
mengalu-alukan peserta untuk datang ke program tersebut.

Seterusnya pada jam 10 pagi, program pembangunan profesional melalui


latihan dalaman dimulakan dari slot yang pertama. Di dalam slot ini, ice breaking atau
sesi perkenalan diri merupakan aktiviti yang pertama. Aktiviti ini bertujuan untuk
memperkenalkan diri kepada peserta ataupun penceramah yang diundang. Hal ini
penting bagi memulakan sebarang aktiviti bersama bagi mempermudahkan program
berjalan dengan lancar. Setelah itu, penerangan program akan dimulakan oleh
penganjur bagi menerangkankan tujuan program ini diadakan. Program ini diadakan
untuk memperkasakan lagi kemahiran guru dan kakitangan Tadika Permata tentang
pemilihan alat bantu mengajar serta menambah pengetahuan tentang kesihatan dan
keselamatan kanak-kanak di tadika. Di dalam slot ini juga, tetamu undangan iaitu Dr.
Rayzond Wong selaku pegawai perubatan Keningau akan memberi perkongsian
tentang tahap kesihatan kanak-kanak termasuklah cara mengendalikan makanan yang
bersih dan berkhasiat. Setelah tamat slot yang pertama pada jam 12 tengah hari,
peserta dan tetamu undangan akan rehat sebentar sebelum memulakan slot yang
seterusnya.

Pada slot kedua yang bermula pada jam 2 petang, slot ini merupakan slot yang
agak menarik kerana terdapat simulasi latihan tentang keselamatan seperti cara
menggunakan peti pertolongan cemas, cara-cara menggunakan pemadam api, cara
yang betul menyelamatkan orang tersedak, cara memberi bantuan pernafasan dan juga

9
cara membalut dan membuat simpulan ikatan pada tangan atau kaki yang terseliuh.
Slot ini memerlukan orang yang mempunyai pengalaman tentang keselamatan oleh
itu, saya telah mengundang pihak bomba dan juga wakil Bulan Sabit Merah Malaysia
(BSMM) untuk menyempurnakan program latihan ini. Slot kedua ini berlangsung
selama 4 jam iaitu bermula dari jam 2 petang sehingga 5 petang. Hal ini kerana
latihan simulasi sudah pasti memakan masa yang agak lama daripada slot yang lain
namun memberi banyak pengalaman dan pengetahuan kepada peserta. Setelah tamat
slot kedua, peserta dikehendaki untuk rehat dan makan malam sebelum memulakan
slot yang ketiga.

Pada jam 7 malam, slot ketiga tentang kesihatan dan keselamatan kanak-kanak
di tadika bermula. Slot ketiga ini akan dikendalikan oleh pemilik Tadika Permata
melalui perkongsian personal daripada saya sendiri. Melalui perkongsian pada kali
ini, saya akan meminta pendapat dan pandangan daripada guru serta kakitangan
tadika untuk memberi idea bagaimana kesihatan dan keselamatan kanak-kanak di
Tadika Permata dapat ditingkatkan. Melalui slot ini juga, saya telah mengambil
kesempatan untuk memberi taklimat untuk menggantikan barangan di tadika dengan
barangan yang kebih selamat seperti tempat duduk buaian hendaklah diperbuat
daripada bahan plastik dan ringan. Keselamatan peralatan dengan kanak-kanak amat
penting oleh itu, saya akan mengarahkan kakitangan tadika untuk memastikan
ketinggian barangan seperti buaian dan monkey bar sesuai dengan kanak-kanak dan
tidak boleh melebihi had jangkauan kanak-kanak. Perbincangan bajet bagi
memperbaiki barang-barang di tadika juga telah diadakan di dalam slot ini. Slot ketiga
berakhir pada jam 9 malam. Setelah itu, para peserta dikehendaki untuk rehat di bilik
masing-masing dengan ini hari pertama bagi latihan dalaman bagi guru dan
kakitangan Tadika Permata telah pun selesai.

Seterusnya hari kedua atau hari terakhir, program latihan dalaman akan
bersambung dengan sarapan pagi pada jam 7 pagi. Slot ke-4 akan bermula pada jam 9
pagi iaitu tentang asas penyediaan barang mainan dan alat bantu mengajar untuk
kanak-kanak di tadika. Tetamu atau penceramah yang diundang adalah Dr. Azizah
Zain selaku pensyarah Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak akan memberi
perkongsian tentang manfaat pengetahuan dan kemahiran pemilihan alat bantu
mengajar yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak. Melalui perkongsian

10
beliau, pekerja Tadika Permata dapat mengambil ilmu bagi mempelbagaikan lagi idea
dalam membuat bahan bantu mengajar di kelas dengan lebih kreatif. Sebagai contoh,
membuat corak bunga mengunakan jari, membuat penanda buku dengan
menggunakan batang aiskrim, abjad dan butang baju sebagai hiasan dan banyak lagi.

Pada Slot yang terakhir iaitu slot ke-5, bahagian kedua asas penyediaan
permainanan dan alat bantu mengajar sekali lagi dikendalikan oleh saya sendiri.
Sebagai pemilik tadika, saya mesti mempunyai pengetahuan yang berkaitan dengan
pendidikan awal kanak-kanak. Oleh itu, saya akan memberi sedikit perkongsian
tentang cara-cara penyediaan alat mainan untuk kanak-kanak mengikut tahap
perkembangan mereka. Saya juga akan mendedahkan kepada pekerja saya tentang
kepentingan menggunakan teknologi dalam pendidikan awal kanak-kanak. Sebagai
contoh, dengan menggunakan komputer dan laman web yang dapat membantu para
guru dalam pemilihan bahan bantu mengajar yang kreatif dan menarik.

Selesai slot yang terakhir, peserta dan tetamu undangan akan rehat pada jam
12 tengah hari untuk makan dan usai diri. Setelah itu, pada jam 2 petang majlis
penutupan dan penghargaan akan diadakan untuk peserta, tetamu undangan serta
pihak yang terlibat dalam menjayakan program pembangunan profesional melalui
latihan dalaman yang berlangsung di Hotel Juta Keningau. Pada penutupan ini, saya
selaku pemilik Tadika Permata dan penganjur program akan membuat sedikit ucapan
terima kasih kepada peserta yang sudi meluangkan masa untuk mengikuti program
latihan ini begitu juga dengan tetamu yang diundang. Pada jam 5 petang, program
latihan dalaman khusus pekerja Tadika Permata telah tamat sepenuhnya.

11
4.0 Bajet

BAJET KURSUS KEMAHIRAN UNTUK GURU DAN KAKITANGAN TADIKA PERMATA 2023

Tarikh Senarai Tunai Tarikh Senarai Tunai (RM)


18/2/2023 Bajet pengurusan RM 3, 960.00 19/2/2023 Sewa ballroom (Dewan seminar) (RM300 x 2 hari) RM 600.00
Sarapan pagi (RM18 x 10 pek) x 2 hari RM 360.00
Makan tengah hari (RM20 x 10 pek) x 2 hari RM 400.00
Makan malam (RM20 x 10 pek) x 2 hari RM 400.00
Penceramah undangan (RM300) x 2 hari RM 600.00
Bilik peserta (RM150 x 4 bilik) x 2 hari RM1,200.00
Bilik penceramah jemputan (RM150 x 2 bilik) RM 300.00
Alat tulis dan kertas fotostat RM100.00

Jumlah perbelanjaan: RM 3,960.00


Baki: RM 0. 00

Jumlah: RM 3,960.00 Jumlah keseluruhan baki: RM 3,960.00

Disediakan oleh: _______________ Disemak oleh: ___________________ Disahkan oleh: __________________

12
4.1 Penerangan bajet program

Jadual di atas merupakan jadual bajet program pembangunan profesional


melalui latihan dalaman khusus kepada guru dan kakitangan di Tadika Permata. Di
dalam bajet ini, terdapat lapan senarai bajet antaranya ialah sewa bajet untuk dewan
seminar, harga sarapan, makan tengah hari dan makan malam untuk peserta, urus setia
dan juga fasilitator selama 2 hari, harga bajet untuk penceramah undangan, bilik
peserta, bilik penceramah jemputan dan termasuklah bajet untuk alatan tulis dan
kertas fotostat sebagai lampiran isi penting sepanjang program. Harga sewa dewan
seminar Hotel Juta Keningau adalah RM300.00 untuk satu hari termasuklah
kemudahan yang tedapat di dewan seminar tersebut. Manakala bajet untuk makan
pula, saya telah mengambil anggaran 10 pek setiap sajian seperti yang dapat dilihat
melalui jadual bajet di atas dan jumlah bajet makan keseluruhan ini adalah
RM1,160.00 untuk dua hari program. Seterusnya, bajet untuk penceramah undangan
adalah RM300 setiap seorang. Di dalam program ini, saya telah mengundang 2 orang
penting bagi menyempurnakan program oleh itu, jumlah bajet yang dikenakan adalah
RM600.00. Manakala bilik untuk peserta pula ada 4 bilik dalam 2 hari. Harga satu
bilik adalah RM150.00 oleh itu jumlah keseluruhan untuk bajet bilik peserta adalah
RM1,200.00. Berbeza dengan bilik tetamu undangan yang hanya 2 bilik sahaja oleh
itu jumlah bajetnya juga lebih rendah daripada bajet bilik peserta iaitu RM300.00
untuk 2 orang. Dan akhir sekali adalah bajet untuk alatan tulis dan kertas fotostat
adalah RM100.00. Oleh itu, jumlah keseluruhan untuk bajet program latihan dalaman
selama 2 hari di Hotel Juta Keningau ini adalah RM3,960.00.

5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, guru yang berkualiti adalah pemangkin kepada


kecemerlangan pendidikan negara. Dalam menjana guru yang berkualiti selaras
dengan aspirasi negara, maka pemimpin sekolah harus berusaha untuk menyediakan
program pembangunan yang dapat meningkatkan tahap profesionalisma guru seiring
dengan keperluan dan perkembangan semasa. Justeru itu, kejayaan pemimpin atau
pemilik tadika dalam mengurus sumber manusia akan menentukan sama ada sesebuah
organisasi sekolah akan berkembang maju atau sebaliknya dalam menghadapi
perkembangan dan cabaran pendidikan yang semakin ke hadapan.

13
BAHAGIAN II

14
15

You might also like