Ervin Ahbabovic v. Amalyna Evelyn Abdullah: HADHANAH: Children - Custody - Child Born Less Than Six Months

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

Ervin Ahbabovic v.

[2013] 1 CLJ (Sya) Amalyna Evelyn Abdullah 101

A ERVIN AHBABOVIC

v.

AMALYNA EVELYN ABDULLAH


B SYARIAH COURT OF APPEAL,
WILAYAH PERSEKUTUAN
HUSSIN HARUN AJ
MD YUSUP CHE TEH AJ
ZOHDI TOHA AJ
C [CIVIL APPEAL NO: 14000-028-0034-2010]
26 JULY 2011
HADHANAH: Children - Custody - Child born less than six months
after marriage - Whether could be ascribed to biological father - Whether
D biological father entitled to custody - Whether having no locus standi to
be party in action for hadhanah - Islamic Family Law (Federal
Territories) Act 1984 s. 85

This was an appeal by the appellant against the decision of the


Syariah High Court judge (‘trial judge’) ruling that the appellant
E
had no locus standi to prosecute his claim for child custody and
granting the right to custody thereof to his ex-wife respondent.
The facts showed that the two children were born less than six
months to the date of the appellant’s marriage to the respondent
(one of them was born before their marriage – editor). Following
F
that, the children were not allowed to be ascribed to the appellant
and the trial judge too held that the two children were not the
appellant’s children in Hukum Syarak. Be that as it may, in the
appeal, the appellant contended that he was equally entitled to
custody of the children as he was their biological father. He
G
further alleged that the respondent had become an apostate, and
that granting custody to her would cause the children to become
apostates as well. The appellant went on to argue that the
proceeding before the trial judge was vitiated with multiple “flaws”
such as to cause injustice to him. Finally, it was alleged that the
H
trial below was flawed as it was being presided over and heard by
three different judges.

Held (dismissing appeal)


Per Husin Harun AJ delivering the judgment of the court:
I
(1) The court has heard the respondent’s ikrar that she was still
a Muslim and still observing the tenets of Islam. That being
102 Syariah Reports [2013] 1 CLJ (Sya)

so, there is not merit in the appellant’s concern that the A


respondent would cause the children to renounce Islam.
(para 15)

(2) Considering that the children were not born six months or
later after the marriage between the appellant and the B
respondent, the trial judge was right in holding that they were
the illegitimate children of the appellant and that the appellant
could not claim ascription vis-a-vis the children. Since the
appellant, under the Hukum Syarak, was not the lawful father
of the children, it follows that he had no locus standi to stake C
a claim to custody of the children. It follows further that the
trial judge was right in granting custodial right to the
respondent. The decision was consonant with the provision of
s. 85 of the Islamic Family Law (Federal Territories) Act 1984.
(paras 10, 11, 16, 20) D

(3) The trial judge had adjudicated the case herein according to
procedure prescribed by law. Although this case was presided
over by three different judges, the two earlier judges did not
at all hear the case. They were only mentioning the case
E
which was very much part and parcel of what is termed as
case management.

Obiter:
The Hukum Syarak did not prohibit anyone who is not a nasab to F
visit the child of another. It therefore follows that there was
nothing wrong for the appellant to meet the children provided the
meeting is conducted in peace and with the permission and under
the supervision of the respondent. The respondent too should not
prevent the appellant from visiting the children if the visit does no G
harm to her or the children.

Headnotes in Bahasa Malaysia

HADHANAH: Kanak-kanak - Hak jagaan - Anak dilahirkan kurang


enam bulan dari tarikh pernikahan - Sama ada boleh dinasab kepada H
bapa biologi - Sama ada bapa biologi berhak kepada hak jagaan - Sama
ada tiada locus standi untuk menjadi pihak dalam tuntutan hadhanah -
Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)
1984 s. 85
I
Ini adalah rayuan perayu terhadap keputusan hakim Mahkamah
Tinggi Syariah (‘hakim bicara’) kerana memutuskan bahawa perayu
tiada locus standi untuk menuntut hak jagaan anak sekaligus
Ervin Ahbabovic v.
[2013] 1 CLJ (Sya) Amalyna Evelyn Abdullah 103

A memberikan hak jagaan kepada bekas isterinya responden. Fakta


menunjukkan kedua-dua anak tersebut lahir kurang dari enam
bulan setelah perayu mendirikan rumah tangga dengan responden
(seorang darinya lahir sebelum pernikahan mereka – pengarang).
Berikutan itu, anak-anak tidak dibenarkan dinasab kepada perayu
B dan hakim bicara juga memutuskan bahawa kedua-dua anak bukan
anak perayu di sisi Hukum Syarak. Apapun, dalam rayuannya di
sini perayu berkata bahawa beliau harus diberikan juga hak jagaan
kerana beliau adalah bapa biologi kepada anak-anak tersebut.
Perayu juga mendakwa bahawa responden telah murtad dan
C memberikan hak jagaan kepada responden akan menyebabkan
anak-anak berkenaan menjadi murtad. Dihujahkan seterusnya
bahawa wujud banyak “ketidakberesan” dalam prosiding di
hadapan hakim bicara yang menyebabkan ketidakadilan kepadanya
perayu. Akhir sekali, kecacatan juga dikatakan berlaku kerana kes
D dikendalikan oleh tiga orang hakim yang berbeza.

Diputuskan (menolak rayuan)


Oleh Husin Harun HR menyampaikan penghakiman
mahkamah:
E
(1) Mahkamah telah mendengar ikrar responden bahawa beliau
masih beragama Islam dan masih mengamalkan ajaran-ajaran
Islam. Oleh itu, kebimbangan perayu bahawa responden akan
menyebabkan anak-anaknya keluar dari agama Islam adalah
tidak berasas. (perenggan 15)
F
(2) Memandangkan anak-anak tidak dilahirkan selepas enam bulan
hijrah dari tarikh pernikahan perayu dan responden, maka
hakim bicara betul apabila memutuskan bahawa anak-anak
tersebut adalah anak tak sah taraf kepada perayu dan perayu
G tidak boleh dinasabkan kepada kedua anak-anak tersebut. Oleh
kerana di sisi Hukum Syarak perayu tidak diiktiraf sebagai bapa
atau keturunan kepada kedua anak tersebut maka gugurlah hak
locus standi perayu untuk menuntut hak jagaan anak. Hakim
bicara dengan itu juga betul apabila memberikan hak jagaan
H anak-anak tersebut kepada ibunya. Keputusan tersebut juga
adalah bertepatan dengan peruntukan s. 85 Akta Undang-
Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
(perenggan 10, 11, 16, 20)

I (3) Hakim bicara telah melaksanakan tugas membicarakan kes ini


mengikut tatacara perbicaraan yang betul. Sungguh pun kes ini
dikendalikan oleh tiga orang hakim, dua hakim yang awal tidak
104 Syariah Reports [2013] 1 CLJ (Sya)

membicarakan kes. Mereka sekadar menyebut kes ini di mana A


penyebutan tersebut adalah sebahagian dari apa yang dipanggil
sesi pengurusan kes. (perenggan 18, 19)

Obiter:
B
Hukum Syarak tidak menegah seseorang yang bukan nasab untuk
melawat anak seseorang yang lain. Oleh itu, tiada salahnya perayu
dibenarkan untuk bertemu dengan anak-anak tersebut dengan
syarat pertemuan hendaklah berlaku dengan aman dan dengan
persetujuan dan di bawah pemerhatian responden. Responden juga
C
tidak seharusnya menyekat lawatan perayu selagi lawatan tersebut
tidak mendatangkan mudarat kepada anak-anak atau dirinya.
(perenggan 25 -28)
Case(s) referred to:
Government of Malaysia v. Lim Kit Siang & Another Case [1988] 1 CLJ D
219; [1988] 1 CLJ (Rep) 63 SC (refd)
Lim Cho Hock v. Speaker, Perak State Legislative Assembly [1979] 1 LNS
45 HC (refd)
R v. Commissioner of Police for the Metropolis exp. Blackburn [1973] 1 All
ER 324 (refd)
E
Legislation referred to:
Islamic Family Law (Federal Territories) Act 1984, s. 85

For the applicant - Unrepresented


For the respondent - Ahmad Tarmizi Sharif (Hazlina Hambali with him);
F
M/s Tarmizi Marzuki & Sulaiman

Reported by Wan Sharif Ahmad

PENGHAKIMAN G

Hussin Harun HR:

[1] Perayu dalam rayuannya mengemukakan tiga alasan rayuan


bagi mahkamah ini menimbangkan rayuannya. Alasan rayuan perayu H
bolehlah diringkaskan sebagaimana berikut:

(i) Semasa prosiding kes, terdapat banyak “ketidakberesan” dan


menyebabkan ketidakadilan pada perayu.

(ii) Hakim bicara “tidak celik” terhadap isu-isu yang dikemukakan I


oleh badan penguatkuasaan Islam.
Ervin Ahbabovic v.
[2013] 1 CLJ (Sya) Amalyna Evelyn Abdullah 105

A (iii) Kes dikendalikan oleh tiga orang hakim yang berbeza.

[2] Namun perayu hanya menghujahkan alasan pertama dan


ketiga sahaja tanpa memberi sebarang penjelasan lanjut berkenaan
alasan kedua.
B
[3] Mahkamah berpuas hati dan bersetuju dengan hujahan
responden di perenggan 3 - 22 yang menjawab alasan pertama dan
perenggan 23 dan 24 yang menjawab alasan ketiga perayu.

[4] Semasa penghujahan lisan perayu di hadapan mahkamah ini,


C perayu telah gagal meyakinkan mahkamah terhadap ketiga-tiga
alasan rayuan yang difailkan sebaliknya menyatakan keinginannya
untuk mendapat hak melawat anak dan menyatakan rasa
bimbangannya jika anak-anaknya keluar daripada agama Islam
(murtad). Dengan mendakwa responden telah murtad dan boleh
D menyebabkan anak-anak tersebut murtad.
[5] Dakwaan perayu tersebut tidak dibuktikan dengan keterangan
yang sah sebaliknya mahkamah telah mendengar pengakuan (ikrar)
responden yang menyatakan bahawa responden masih beragama
E Islam dan masih mengamalkan ajaran Islam. Oleh itu kebimbangan
perayu terhadap andaian responden akan menyebabkan
anak-anaknya keluar dari agama Islam adalah tidak berasas.

[6] Setelah menekuni rekod rayuan dan hujahan kedua belah


pihak perayu dan responden mahkamah menyimpulkan untuk
F
membincangkan tiga isu penting sebelum membuat keputusan
terhadap kes ini.

[7] Isu tersebut adalah seperti berikut:

G (i) Adakah perayu mempunyai locus standi dalam tuntutan


hadhanah atau hak lawatan anak terhadap kedua anak-anak
yang menjadi subject matter dalam kes ini.

(ii) Apakah tatacara perbicaraan Hakim MTS benar dalam


memutuskan kes yang dirayu.
H
(iii) Adakah perayu boleh diberi hak lawatan ke atas kedua-dua
anak tersebut?

I
106 Syariah Reports [2013] 1 CLJ (Sya)

Isu Pertama: Adakah Perayu Mempunyai Locus Standi A


Dalam Tuntutan Hadhanah Atau Hak Lawatan Anak
Terhadap Kedua Anak-Anak Yang Menjadi Subject Matter
Dalam Kes Ini

[8] Dalam kes ini mahkamah berpuas hati dengan keputusan B


hakim bicara yang berpendapat beliau mempunyai bidang kuasa
untuk mendengar dan memutuskan kes ini berdasarkan bidang
kuasa tempatan pihak perayu yang tinggal di negeri Wilayah
Persekutuan berdasarkan s. 4 Akta 303 (AUUKI WP).
(ms. 103 RR) C

[9] Hakim bicara juga telah mendengar dakwaan responden yang


mendakwa perayu bukan bapa (nasab) kepada kedua anak
tersebut. Hakim bicara selanjutnya memutuskan perayu bukan bapa
yang sah nasabnya kepada kedua anak-anak tersebut. Keputusan
D
tersebut diputuskan setelah dibuktikan wujudnya perbezaan tarikh
lahir anak tersebut dalam sijil kelahiran masing-masing dengan tarikh
nikah antara perayu dan responden yang mana anak-anak tersebut
lahir kurang dari enam bulan hijrah dari tarikh pernikahan perayu
dan responden. Malah dakwaan tersebut diakui oleh responden.
E
Oleh itu kami berpuas hati dengan keputusan hakim bicara yang
memutuskan perayu bukanlah bapa yang dinasabkan kepada kedua
anak-anak tersebut.

[10] Apabila perayu disahkan tiada nasab ke atas anak-anak


tersebut kami berpendapat perayu telah tiada hak untuk menuntut F
hadhanah dalam kes tersebut kerana ketika itu perayu telah tiada
lagi locus standi untuk menjadi plaintif.
[11] ‘Locus standi’ adalah hak seseorang untuk memulakan
pembicaraan di mahkamah. Dalam kes England, R v. Commissioner G
of Police for the Metropolis exp. Blackburn [1973] 1 All ER 324, Lord
Denning memutuskan akan menidakkan locus standi kepada
seseorang penyibuk yang menyentuhi hal yang tidak berkaitan
dengannya tetapi akan memberikan locus standi kepada sesiapa yang
mempunyai isu benar di mana sesuatu yang dilakukan atau bakal H
berlaku mempunyai kesan ke atasnya.

[12] Manakala dalam kes-kes yang diputuskan di Malaysia,


khasnya dalam kes Lim Cho Hock v. Speaker, Perak State Legislative
Assembly [1979] 1 LNS 45; [1979] 2 MLJ 85, mahkamah telah
I
memutuskan bahawa plaintif mempunyai locus standi di bawah
alasan beliau mempunyai kepentingan persendirian yang benar
untuk membawa kes tersebut.
Ervin Ahbabovic v.
[2013] 1 CLJ (Sya) Amalyna Evelyn Abdullah 107

A [13] Dalam kes Government of Malaysia v. Lim Kit Siang &


Another Case [1988] 1 CLJ 219; [1988] 1 CLJ (Rep) 63; [1988] 2
MLJ 12, Pesuruhjaya Kehakiman memutuskan dengan keputusan
majoriti bahawa plaintif tidak mempunyai locus standi untuk
membawa kausa tindakan ke atas defendan kerana sebagai seorang
B pembayar cukai di Majlis Perbandaran, hak-hak peribadi mereka
tidak diganggu dan mereka tidak berhak atas apa-apa ganti rugi
khas yang khusus kepada mereka.

[14] Merujuk kembali kepada kes rayuan ini, isu yang disepakati
C dalam kes ini sejak awal lagi adalah keputusan hakim bicara yang
memutuskan bahawa kedua-dua anak yang menjadi subject matter
dalam kes ini adalah bukan anak perayu. Mereka adalah anak tak
sah taraf dan menjadi nasab kepada responden seorang sahaja di
sisi Hukum Syarak.
D
[15] Perayu semasa berhujah mengesahkan hal ini dan tidak
mempertikaikan keputusan hakim bicara.

[16] Oleh kerana di sisi Hukum Syarak perayu tidak diiktiraf


sebagai bapa atau keturunan kepada kedua anak tersebut maka
E dengan ini gugurlah hak locus standi perayu untuk menuntut hak
jagaan anak dan benarlah keputusan hakim bicara apabila
memutuskan hak jagaan anak-anak tersebut kepada ibunya. Ianya
bertepatan dengan s. 85 Akta Undang-Undang Keluarga Islam
(Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 yang mana telah
F memperuntukkan bahawa:
Seksyen 85

Penjagaan kanak-kanak tak sah taraf adalah sematamata pada ibu


dan saudara mara ibu.
G
[17] Atas alasan inilah hakim bicara tidak meneruskan perbicaraan
tuntutan hadanah yang dituntut oleh perayu malah terus
memutuskan kes berdasarkan terlucutnya locus standi perayu sebagai
plaintif maka kes memihak kepada responden.
H
Isu Kedua: Apakah Tatacara Perbicaraan Hakim MTS Benar
Dalam Memutuskan Kes Yang Dirayu?

[18] Setelah meneliti nota keterangan dan alasan penghakiman


hakim bicara, mahkamah dapati hakim bicara telah melaksanakan
I tugas membicarakan kes ini mengikut tatacara perbicaraan yang
betul.
108 Syariah Reports [2013] 1 CLJ (Sya)

[19] Sungguhpun perayu mendakwa kes ini dikendalikan oleh tiga A


orang hakim tetapi dua hakim yang awal tidak membicarakan kes,
mereka menyebut kes ini pada tarikh kes disebut di hadapannya.
Perkara ini juga dikenali sebagai sesi pengurusan kes di mahkamah.

[20] Malah kes ini diputuskan sebelum perbicaraan penuh B


dijalankan. Hakim bicara telah menjimatkan masa prosiding kes ini
dengan terus memutuskan kes ini apabila memutuskan anak-anak
tersebut merupakan anak tak sah taraf kepada perayu.

Isu Ketiga: Adakah Wajar Perayu Diberi Hak Lawatan Ke


C
Atas Kedua Dua Anak Tersebut?

[21] Dalam kes ini perayu bukanlah bapa atau nasab keturunan
anak-anak tersebut dan memohon kepada mahkamah untuk diberi
hak untuk melawat anak. Perayu mengadu bahawa responden tidak
membenarkan beliau menemui atau melawat anak-anaknya. D

[22] Mahkamah berpendapat sungguh pun perayu bukan bapa


yang dinasabkan kepada anak-anak tersebut, tetapi perayu telah
mengakui bahawa dia adalah bapa biologi yang menyebabkan
kelahiran anak-anak tersebut dan fakta ini tidak dinafikan oleh E
responden.

[23] Responden dalam hujah bertulisnya di perenggan 19 dan 22


menegaskan bahawa perayu tiada hak untuk mendapat hak lawatan
ke atas kedua anak tersebut.
F
[24] Isu yang timbul ialah adakah seseorang yang bukan nasab
(keturunan) ditegah oleh Hukum Syarak untuk melawat anak
seseorang yang lain?

[25] Jawapan bagi persoalan ini adalah diharuskan atau boleh bagi G
seseorang yang bukan nasab untuk melawat anak seseorang yang
lain kerana tiada dalil yang menegah hal ini. Namun keharusan ini
adalah bergantung dengan persetujuan pihak penjaga anak
tersebut.
H
[26] Atas dasar ini mahkamah berpendapat tiada salahnya perayu
dibenarkan untuk bertemu dengan anak-anak tersebut tetapi
pertemuan tersebut hendaklah berlaku dengan aman dan di bawah
pemerhatian responden atau wakilnya.

[27] Perayu juga tidak berkewajiban untuk memberi nafkah kepada I


anak-anak tersebut namun perayu bolehlah memberi hadiah (hibah)
kepada sesiapa sahaja termasuklah bekas isterinya dan anak-anak
kepada bekas isterinya.
Ervin Ahbabovic v.
[2013] 1 CLJ (Sya) Amalyna Evelyn Abdullah 109

A [28] Dalam hal ini responden tidak seharusnya menyekat hak


lawatan perayu terhadap anak-anak tersebut selagi lawatan tersebut
tidak mendatangkan mudharat kepada anak-anak dan dirinya sendiri.
Ini bukan merupakan satu perintah mahkamah.

B Keputusan

[29] SETELAH MENDENGAR HUJAH KEDUA BELAH


PIHAK dan meneliti rekod rayuan serta hujah bertulis kedua belah
pihak perayu dan responden, mahkamah dengan ini memutuskan
seperti berikut:
C
1. Rayuan Perayu ditolak dengan kos.

2. Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah bertarikh


9 November 2010 dikekalkan.
D

You might also like