Laporan Dadah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

SJKC CHONG HWA 3, JALAN BALAU,

86000 KLUANG
NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM

LAPORAN
SAMBUTAN
MINGGU ANTIDADAH
PERINGKAT SEKOLAH

TARIKH
10 APRIL -28 APRIL 2022

LEBIH BAIK CEGAH


1. TAJUK
Sambutan Minggu Anti Dadah

2. RASIONAL

Menerapkan kesedaran dan mewujudkan persekitaran yang bersih dan bebas dari segala unsur negatif khususnya
berkaitan dengan penyalahgunaan dadah.

3. LATAR BELAKANG

Sambutan Minggu Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan Kementerian Pelajaran
Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat
Kebangsaan.

Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya,
kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya bahana
dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan lapisan komuniti masyarakat.

Selain itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat memanfaatkan peluang ini sebaik-
baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan
yang berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus
memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat.

4. MATLAMAT

Supaya murid-murid mempunyai pengetahuan tentang keburukan najis dadah, mempunyai ketahanan diri yang
tinggi, sikap yang positif, mengamalkan nilai-nilai keagamaan, moral, budaya dan sosial yang murni. Murid perlu sedar
bahawa dadah adalah penghalang utama ke arah pencapaian cita-cita.

5. OBJEKTIF

5.1. Mempertingkatkan kesedaran dan pengetahuan murid dari semua peringkat umur  mengenai
bahaya penyalahgunaan dadah.
5.2. Memperkukuhkan pengetahuan murid mengenai jenis-jenis dadah dan bahaya dadah.
5.3. Menanam sifat benci kepada dadah di dalam diri murid

6. TEMA

‘Lebih Baik Cegah ‘

7. TARIKH PROGRAM

10 April – 28 April 2021

8. JANGKAAN IMPAK DAN SASARAN

Murid-murid akan mempunyai pengetahuan dan kesan penyalahgunaan dadah.

9. STRATEGIK PELAKSANAAN
Jawatankuasa di peringkat sekolah telah ditubuhkan bagi memastikan aktiviti yang telah dirancang berjalan lancar dan
mempunyai impak yang besar terhadap akhlak dan pencapaian murid dari semasa ke semasa.

Penasihat : En.Kon Tiong Soon (Guru Besar SJKC Chong Hwa 3)


Pengerusi : Cik Ng Miaw Ching (GPK HEM)
Penyelaras Program : Mohamad Hazmin Bin Mohd Taib
Setiausaha : Pn Chong Yeh Tian
Ahli Jawatankuasa : Cik Set Chou Kim
: Pn Ong Geok Lan

10. ANGGARAN PERBELANJAAN

Sumbangan PIBG
11. KUMPULAN SASARAN
9.1 Murid-murid Tahun 1 – Tahun 6
9.2 Semua guru dan kakitangan

12. AKTIVITI MINGGU ANTIDADAH

- Pertandingan Mewarna ( Tahap 1 )


- Pertandingan Melukis Poster (Tahap 2 )
- Program 5 minit Antidadah
- Sudut PPDa di dalam kelas
- Video PPDa

13. TENTATIF PROGRAM

TARIKH / MASA AKTIVITI


HARI

PERASMIAN MINGGU ANTIDADAH

14 /3/2021 7.30 pagi - Murid dan guru berkumpul di dalam kelas


AHAD
7.35 pagi - Nyayian Lagu Negaraku, Lagu Bangsa Johor, Lagu Sekolah

7.45 pagi - Ikrar Antidadah

8.00 pagi - Perutusan Pengarah pendidikan Negeri Johor

8.15 pagi - Ucapan Guru Besar dan Perasmian Minggu Antidadah

8.25 pagi - Program 5 minit Antidadah

PERTANDINGAN MEWARNA
16/3/2021 10.20-12.20 ( Tahap 1 )
SELASA tengahari
- PERTANDINGAN MELUKIS POSTER
( Tahap 2 )

17/3/2021- 7.30 pagi-7.35 VIDEO PPDa


25/3/2021 pagi

4/4/2021 7.30 – 8.30 pagi MAJLIS PENUTUP MINGGU ANTIDADAH


AHAD
- Penyampaian hadiah kepada para pemenang

14. PENUTUP

Minggu Anti Dadah pada tahun ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya walaupun dalam keadaan
pandemik Covid 19. Aktiviti-aktiviti sihat seperti ini akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari
semua pihak demi kesedaran untuk mencegah dan menghapuskan dadah. Semoga usaha ini mendapat sokongan dari
semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-muridnya khususnya.

Sekian, Terima Kasih.

Disediakan oleh :

……………………..
MOHAMAD HAZMIN
Penyelaras Program ,
SJKC Chong Hwa 3, Kluang

Disemak oleh :

……………………….
CIK NG MIAW CHING
GPK HEM
SJKC Chong Hwa 3, Kluang

Disahkan oleh :

………………………..
EN KON TIONG SOON
Guru Besar
SJKC Chong Hwa 3, Kluang

PERTANDINGAN MEWARNA ANTIDADAH


PERTANDINGAN MELUKIS POSTER ANTIDADAH
LAMPIRAN

You might also like