Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

LAPORAN BULANAN EXCO DAKWAH PENGHAYATAN ISLAM

BULAN MAC 2023

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah yang telah


memudahkan urusan exco kami . Bersempena dengan kehadiran bulan ramadhan yang mulia,
bulan dimana semua umat muslim berpuasa. Kesemua pelajar asrama Umar Abdul Aziz dan
Rabiatul Adawiyah telah menunaikan solat terawih bermula pada malam 23 haribulan Mac.
Seterusnya, waktu sahur bagi pelajar asrama telah dilaksanakan mengikut sunnah iaitu
dilambatkan. Sehubungan dengan itu, dewan makan asrama dibuka seawal pukul 5 pagi
sehingga pukul 5.50 pagi untuk sahur.

Selain itu , kami juga telah menjalankan aktiviti mingguan seperti kuliah muslimat
yang diadakan pada setiap hari Jumaat pada waktu tengah hari , yang hanya dihadiri oleh
pelajar muslimat . Alhamdulillah, kuliah muslimat tersebut berjalan dengan lancar . Hal ini
demikian kerana , semua pelajar muslimat memberikan kerjasama yang bagus dalam
menjayakan aktiviti tersebut .

Seterusnya , exco kami juga telah mengadakan kuliah Subuh yang dijalankan setiap
hujung minggu bukan balik kampung iaitu pada selepas tamat sahaja solat fardhu Subuh
secara berjemaah di Surau Al-Khalili . Alhamdulillah dengan izin Allah , program kami
berjalan dengan baik kerana mendapat sokongan daripada pelajar asrama muslimin dan juga
muslimat.

Akhir kalam , kami daripada Exco Dakwah Penghayatan Islam ingin memohon
ampun dan maaf seandainya terdapat sebarang kekhilafan atau kesalahan sepanjang kami
menjalankan tugas kami di Asrama Rabiatul Adawiyah .

Disediakan oleh ,

_______________________

( MUHAMMAD AMINNURASYID BIN MUHD MUAZZIN )

Ketua Exco Dakwah Penghayatan Islam

Asrama Umar Abdul Aziz

SAMT Sultan Hisamuddin SKK

You might also like