Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

DATA JENIS BAHASA MAKNA LINGUISTIK

FIGURATIF
Sebab Hiperbola Sebab - Yang mengakibatkan sesuatu.
mereka mereka - Kata ganti nama diri ketiga untuk
semuanya menunjukkan bilangan orang yang
bukanlah banyak.
perempuan semuanya - Kesemuanya sekalian.
tetapi betina bukanlah - Berlainan daripada yang sebenarnya.
semata-mata perempuan - Lawan kepada laki-laki iaitu wanita.
tetapi - Kata penghubung untuk menyatakan hal-
hal yang agak berlawanan.
betina - Binatang yang melahirkan anak atau
mengeluarkan telur, bahagian tumbuh-
tumbuhan yang memutikkan buah dan
panggilan kesat kepada wanita yang
kelakuannya menyimpang daripada
norma masyarakat.
semata-mata - Belaka
(Pusat Rujukan Persuratan
Melayu, t.t.)
Jadual 1 : Data 1 “Sebab mereka semuanya bukanlah perempuan tetapi betina semata-mata”

ANALISIS TEORI RELEVAN


Kod Inferens Andaian
Betina Sindiran kerana tidak  Perempuan yang tidak sopan.
mempunyai akhlak yang  Perempuan yang gatal.
baik.  Perempuan yang tidak mempunyai maruah diri
seperti binatang.
Jadual 2 : Analisis TR Data 1
Berdasarkan analisis kumpulan pengkaji, ayat “sebab mereka semua bukanlah perempuan tetapi
betina semata-mata” merupakan ayat yang berbaur unsur sindiran dan merupakan bahasa
figuratif hiperbola. Hiperbola merupakan gaya bahasa yang digunakan untuk menyampaikan
sesuatu secara berlebih-lebihan daripada makna asal yang ingin disampaikan. Gaya bahasa ini
dikatakan sering digunakan oleh masyarakat Melayu yang acap kali menggunakan ayat yang
berlapik untuk menyampaikan sindiran atau teguran tanpa mengguriskan perasaan lawan tutur
(Subet, 2015). Oleh hal yang demikian, penentuan kod, inferens dan andaian dalam teori relevan
dapat membantu untuk mencari makna implisit (tersirat) pada kata yang digunakan dalam filem
“Musang Berjanggut” tersebut. Berdasarkan penentuan kod, inferens dan andaian, kumpulan
pengkaji datang dengan tiga andaian yang berkaitan dengan inferens dimana andaian ketiga
didapati paling relevan dan dua andaian terawal digugurkan untuk memperlihatkan bahawa ayat
tersebut berbentuk sindiran.
Menurut Nopiah dan Nasrong (2020), usaha untuk membuktikan makna tersirat sesuatu
ungkapan dapat dibuktikan melalui perluasan konteks dan penambahan maklumat terhadap
konteks awal sesuatu ungkapan. Melalui analisis kumpulan pengkaji, didapati bahawa konteks
awal ayat di atas melibatkan perbualan antara Raja Pura Cendana bernama Sultan Alam
Shahbana yang merupakan ayah angkat kepada seorang pemuda bernama Tun Nila Utama untuk
merancang perkahwinan anak angkat baginda. Jika diandaikan dari segi pemikiran dan
kepercayaan pula, masyarakat Melayu memang terkenal dengan masyarakat yang menganuti
agama Islam, dan mengamalkan budaya, nilai dan budi pekerti yang mulia sesuai dengan istilah
yang sudah tidak asing lagi iaitu sifat mahmudah (sifat terpuji) berpandukan kepada ajaran Al-
Quran dan Hadis Rasulullah. Melalui andaian dari segi pemikiran dan kepercayaan ini, jika
seorang perempuan dipanggil sebagai betina, perempuan tersebut dianggap tidak mempunyai
akhlak yang mulia dan mempunyai perwatakan yang menyimpang daripada norma masyarakat
Melayu pada ketika itu sesuai dengan sokongan daripada makna linguistik pada jadual 1.
Di samping itu, usaha untuk memproses makna “sebab mereka semuanya bukanlah
perempuan tetapi betina semata-mata” didapati tinggi kerana sukar difahami oleh lawan tutur dan
kesan kognitifnya rendah. Hal ini dapat dibuktikan melalui ujaran selepas oleh lawan tutur iaitu
Sultan Alam Shahbana iaitu “apa bezanya perempuan dengan betina?”. Sungguhpun begitu,
ujaran selepas itu telahpun membuktikan bahawa ujaran tersebut relevan apabila Tun Nila Utama
menjelaskan makna implisit disebalik ujaran awal dan dapat difahami dengan mudah oleh lawan
tutur dan menyebabkan baginda murka.
DATA JENIS BAHASA MAKNA LINGUISTIK
FIGURATIF
Inilah yang Metafora Ini - Kata yang digunakan untuk menunjuk waktu,
boleh tahan tempat atau benda yang dekat
tuanku lah - Partikel pada akhir kata yang menguatkan
(mengeraskan) maksud atau pengertian kata itu
yang - 1. Kata penghubung untuk menyatakan bahawa
kata keterangan berikutnya
boleh - 1. Tidak mustahil melakukan sesuatu
2. Tidak di larang melakukan sesuatu
tahan - 1. Tidak berubah keadaannya, tidak lekas rosak
(luntur, berubah, dll)
2. Sanggup menderita sesutau, tabah
menanggung (kesusahan dll)
3. Dapat menguasai dirinya, betah
4. Tidak mudah jemu (kasihan dll)
5. Mencukupi, memadai (pd makanan , bekalan
dll)
6. Tidak roboh (runtuh), kuat
7. Lebih baik, bertambah baik (drpd sakit), sihat
sedikit
tuanku - Tuan yang mulia (dlm percakapan dngn raja)

(Pusat Rujukan Persuratan


Melayu, t.t.)
Jadual 3 : Data 2 “Inilah yang boleh tahan tuanku”

ANALISIS TEORI RELEVAN


Kod Inferens Andaian
Tahan Pilihan yang  Kanak laki-laki yang bertahan memikul
terbaik tanggugjawab sebagai pemangku raja
 Kanak laki-laki yang mempunyai keupayaan dan
kekuatan yang berbeza daripada yang lain
 Kanak laki-laki yang pintar
 Kanak laki-laki yang mempunyai rupa paras yang
lebih baik daripada yang lain
Jadual 4 : Analisis TR Data 2

DATA JENIS BAHASA MAKNA LINGUISTIK


FIGURATIF
Kelabu asap tuanku Metafora Kelabu asap - Warna kelabu seperti warna
asap
Kelabu - Warna seperti abu; suram,
tidak ceria
asap - Gas yang kelihatan keluar
dari benda yang dibakar
(berkepul-kepul disebabkan
naik ke udara)
tuanku - Tuan yang mulia (dlm
percakapan dgn raja)

(Pusat Rujukan Persuratan


Melayu, t.t.)
Jadual 5 : Maklumat tambahan data 2 “Kelabu asap tuanku”

ANALISIS TEORI RELEVAN


Kod Simpulan Bahasa Andaian
Kelabu asap Tidak menyerlah  Orang tua kepada kanak laki-laki tersebut cabut lari
dan lesap seperti asap kerana enggan memberikan
anak mereka kepada Sultan Alam Shahbana.
 Rupa paras yang kurang menarik dan warna kulit
yang hitam.
 Akhlak yang tidak baik dan tidak sesuai dijadikan
waris takhta Sultan di masa akan datang.
Jadual 6 : Analisis TR maklumat tambahan data 2

Jika diteliti, ayat “inilah yang boleh tahan tuanku” merupakan ayat berlapik untuk meyampaikan
makna tersirat tetapi mempunyai makna yang berbeza daripada makna sebenar kepada leksikal
tersebut seperti yang tertera pada makna linguistik di jadual di atas yang lebih menjurus kepada
objek dan bukan manusia. Ayat ini juga tergolong dalam bahasa figuratif metafora kerana secara
tidak langsung membandingkan sifat yang bertentangan iaitu yang terbaik dan tidak sesuai
diambil. Melihat kepada kesan kognitif pendengar, kebiasaannya pendengar akan memproses
ayat ini dan mengaitkannya dengan kebolehan seseorang yang melebihi orang lain tetapi dalam
konteks yang lebih luas dan tidak khusus. Hal ini demikian kerana pendengar biasa akan
mengaitkannya samada dengan rupa paras seseorang yang lebih menarik atau sifat dan kualiti
sesuatu objek yang kuat dan lebih tahan atau kebolehan seseorang yang lebih daripada individu
yang lain. Hal ini demikian juga kerana sudah menjadi kebiasaan orang Melayu untuk
menggunakan bahasa kiasan bagi menyatakan sesuatu yang kurang baik bagi mengelak daripada
menyakiti perasaan orang lain. Oleh itu, penentuan kod, inferens dan membina andaian sesuai
dengan teori relevan akan membantu dalam merungkai makna implisit daripada ujaran ini.
Jika dilihat dari segi konteks pula, pendengar sudah jelas bahawa ia berkaitan dengan
pemilihan anak angkat kepada pendengar sndiri. Oleh kerana konteks ayat ini adalah umum bagi
pendengar yang merupakan orang Melayu, maka kos memproses maklumat adalah tinggi kerana
pendengar akan mengandaikan beberapa perkara yang berlainan dengan melalui proses andaian
dan melalui proses ini andaian yang kedua digugurkan kerana dianggap tidak relevan. Bukti ini
dapat disokong melalui proses pengukuhan maklumat yang diambil daripada ungkapan penutur
yang kemudian iaitu “Kelabu Asap”. “Kelabu Asap” merupakan penambahan maklumat baru dan
simpulan bahasa Melayu yang membawa maka linguistik seperti yang terdapat dalam jadual
makna linguistik di atas. Sungguhpun begitu, penggunaan ayat tersebut dalam perbualan penutur
dan pendengar dalam babak filem ini merujuk kepada konteks yang berbeza iaitu sebagai bahasa
kiasan. Ketika ungkapan ini diterima penutur, mereka akan mengaitkannya dengan asap yang
berwarna kelabu kerana asap memang wujud dalam kehidupan orang Melayu. Perkara ini
disokong dengan gaya hidup orang Melayu yang berkebun dan bercucuk tanam seperti menanam
padi dan sayur dimana kegiatan ini memerlukan mereka membakar kawasan penanaman terlebih
dahulu sebelum menanam. Pendek kata, kesan kognitif pendengar semakin jelas kerana kata
“Kelabu asap” membawa maksud tersirat seperti yang terdapat dalam andaian di atas yang
memperlihatkan maksud sebenar ungkapan penutur pada data 2. Melihat kepada andaian
tersebut, makna implisit disebalik ungkapan penutur pada data 2 adalah ketidaklayakan kanak
laki-laki yang lain untuk disertakan dalam pemilihan oleh kerana tidak mempunyai ketahanan
dan kebijaksanaan yang mencukupi untuk menggalas tanggungjawab sebagai pemangku Sultan.
Maklumat ini juga dapat disokong apabila melihat kepada babak seterusnya yang
menggambarkan Tun Nila Utama ketika sudah dewasa dan memiliki tubuh badan yang sasa, kuat
dan bijak dalam memilih pasangan hidupnya.
LAMPIRAN
TRANSKRIPSI DATA 1
Tun Nila Utama : Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun. Anakanda Tun Nila Utama
masuk mengadap.
Sultan Alam Shah Bana : Aaa! Anakanda Tun Nila Utama, ayahanda berasa sangat-sangat
bangga kerana pelajaran anakanda pun tamat. Dari itu, sanggupkah
anakanda menunaikan permintaah ayahanda?
Tun Nila Utama : Ampun Tuanku beribu-ribu ampun. Anakanda sedia menjunjung
perintah.
Sultan Alam Shah Bana : Anakanda Tun Nila Utama, sekarang anakanda sudah dewasa. Aa..
Bagaimana kalau anakanda beristeri?
Tun Nila Utama : (Berdiam diri)
Sultan Alam Shah Bana : Mengapa anakanda berdiam diri? Pura Chendana tidak kurang
dengan perempuan-perempuan yang cantik. Lebih-lebih lagi anak
datuk-datuk menteri sekalian. Pilih saja yang mana satu.
Tun Nila Utama : Ampun Tuanku beribu-ribu ampun. Adapun anak-anak dari Datuk
sekalian, memang tidak layak menjadi istri patik tuanku.
Sultan Alam Shah Bana : Tak layak? sebab?
Tun Nila Utama : Sebab mereka semuanya bukanlah perempuan tetapi betina
semata-mata.
Sultan Alam Shah Bana : Apa bezanya perempuan dengan betina?
Tun Nila Utama : Ampun Tuanku, perempuan memelihara maruah, tapi betina
menjual maruah.
Sultan Alam Shah Bana : Cis! Betahan mukabumi, berikan Nila 3 ribu Dinar!Beta beri
tempoh setahun,mika kembali mesti membawa perempuan
mengadap beta! Jikalau tidak, mika dihukum pancung!
Koleksi P. Ramlee|| Musang Berjanggut|| 1959
(Minit 11:12)

TRANSKRIPSI DATA 2
Sultan Alam Shahbana : Datuk Bendahara?
Datuk Bendahara : Tuanku?
Sultan Alam Shahbana : Tadi Datuk katakan 100 kanak laki-laki, ini beta lihat 10 sahaja.
Datuk Bendahara : Inilah yang boleh tahan tuanku.
Sultan Alam Shahbana : Yang lain?
Datuk Bendahara : Kelabu asap tuanku.
Sultan Alam Shahbana : Oh...
Koleksi P. Ramlee|| Musang Berjanggut|| 1959
(Minit 11:12)

You might also like