Etika Pakaian Pelajar 2023

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KOLEJ VOKASIONAL BATU PAHAT


KM 7 JALAN KLUANG Tel : 07-4312051
83000 BATU PAHAT Fax : 07-4315529
Email :jha0002@moe.edu.my
JOHOR Laman Web :
KOD SEKOLAH : JHA 0002 https//:kvbatupahat.moe.edu.my

Ruj. Kami: KVBP.700-1/1/1( )


Tarikh : 18 Januari 2023

Semua Pelajar
Semua Ibu bapa/Penjaga
Kolej Vokasional Batu Pahat

Tuan/Puan,

ETIKA PAKAIAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL BATU PAHAT

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pakaian pelajar Kolej Vokasional Batu Pahat semasa
menghadiri kelas adalah seperti yang digariskan berikut:

2.1 Baju korporat

2.1.1 Pelajar SVM memakai baju korporat pada setiap hari kecuali hari Selasa.
Baju korporat hendaklah dimasukkan ke dalam seluar (tuck in) bagi pelajar
lelaki.

2.1.2 Pelajar DVM memakai baju korporat pada setiap hari kecuali hari Rabu.

2.2 Baju t-shirt kolej

Pelajar dibenarkan memakai baju t-shirt kolej pada waktu pertama dan kedua jika
ada kursus PJK pada hari berkenaan dan kursus-kursus vokasional di bengkel
sahaja. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam seluar (tuck in) bagi pelajar lelaki.

2.3 Baju t-shirt KrMJ (Pelajar SVM sahaja)

Pelajar wajib memakai baju t-shirt KrMJ pada hari Selasa. Baju hendaklah
dimasukkan ke dalam seluar (tuck in) bagi pelajar lelaki.

2.4 Pakaian Formal (Pelajar DVM sahaja)

2.4.1 Pelajar lelaki memakai baju kemeja lengan panjang berwarna bebas tanpa
corak lengkap dengan tali leher pada hari Rabu. Lengan kemeja hendaklah
dikancing atau dibutang sepenuhnya. Kemeja hendaklah dimasukkan ke
dalam seluar (tuck in).

2.4.2 Pelajar perempuan memakai baju kurung pada hari Rabu. Pelajar dibenarkan
memakai tudung berwarna bebas tanpa corak. Tudung yang mempunyai
aksesori seperti manik tidak dibenarkan.

2.5 Seluar

Pelajar memakai seluar panjang berwarna hitam. Panjang seluar hendaklah


sekurang-kurangnya separas buku lali. Bentuk seluar ialah potongan slek yang tidak
ketat.
ETIKA PAKAIAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL BATU PAHAT______________________

Ruj. Kami: KVBP.700-1/1/1( )


Tarikh : 18 Januari 2023

2.6 Kasut

Pelajar memakai kasut berwarna hitam yang bertutup dan lengkap berstokin hitam.
Panjang stokin hendaklah sekurang-kurangnya menutup buku lali.

3. Semua pelajar diwajibkan mematuhi Etika Pakaian Rasmi Pelajar semasa menghadiri kelas.
Tindakan tatatertib akan dikenakan kepada pelajar yang tidak mematuhi peraturan ini.

Kerjasama dan perhatian pelajar dalam perkara ini amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………….
(ABD RASHID BIN MASDUKI)
Pengarah,
Kolej Vokasional Batu Pahat,
Batu Pahat, Johor.

You might also like