Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 22

Azizah bt Musa v Mohd Kamal @ Raja Kumaran bin

[2016] 3 ShLR Abdullah (Salehan Yatim ShHCJ) 8

A Azizah bt Musa v Mohd Kamal @ Raja Kumaran bin Abdullah

HIGH COURT (SHAH ALAM) — CASE MAL NO 10200–017–0371 OF


2006
B SALEHAN YATIM SHHCJ
08 AUGUST 2016

Islamic Law — Matrimonial property — Application for matrimonial property


C after divorce — Whether court has jurisdiction — Whether properties were
jointly acquired during period of marriage — Division of properties
— Administration of Islamic Law (Selangor) Enactment 2003 s 61(3)(b)(iv)
— Islamic Family Law (Selangor) Enactment 2003 s 4

D The plaintiff and the defendant married in 1981 and divorced on 30 March
2005. However, during the divorce, there was no agreement between the
parties on the matrimonial property. In this action, the plaintiff claimed for a
house in Taman Desa, Serdang, Selangor to be declared as matrimonial
property while the defendant counterclaimed and claimed that a house in
E Rawang, Selangor and a Kancil vehicle bearing the registration number TAA
5920 be declared as matrimonial property. Three issues that arose for the
court’s determination were (a) whether the court had the jurisdiction to hear,
adjudicate and decide on this case; (b) whether the properties were acquired or
obtained together during their marriage; and (c) the apportionment of the
F parties’ portion on the matrimonial property.

Held, allowing the claim:


(1) The court had the jurisdiction to hear and decide on this case based on
G the provision of s 61(3)(b)(iv) of the Enakmen Pentadbiran Agama Islam
(Negeri Selangor) 2003. Aside from that, the court found that the
plaintiff domiciled and lived in Selangor, consistent with the provision of
s 4 of the Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor)
2003. Furthermore, the divorce between the parties were settled in
H Syariah Lower Court, Gombak Barat, Kuang, Selangor, consistent with
Arahan Amalan Mahkamah Syariah, No 6 Tahun 2003 (see paras 6–10).
(2) Based on the facts of the case, the property in Taman Desa, Serdang,
Selangor was registered on 14 January 1994 after the marriage between
the plaintiff and the defendant. Therefore, the property was the
I matrimonial property of the plaintiff and the defendant as the property
was bought during the marriage of both parties. For the property in
Rawang, Selangor, the defendant failed to prove that the said property
was matrimonial property as the defendant failed to prove the acquisition
of the same and his contribution to it. The Kancil vehicle bearing the
9 Shariah Law Reports [2016] 3 ShLR

registration No TAA 5920 was also a matrimonial property based on the A


fact that the car was acquired during the marriage and based on the
plaintiff’s admission on the immovable property (see paras 27–28, 34 &
38).
(3) To determine the apportionment of a property which is declared as B
matrimonial property, the court must scrutinise and determine the
contribution of both parties towards the property in order not to oppress
to the extent of handing something to the undeserving (see para 39).
(4) For the property in Taman Desa, Serdang, Selangor, the indirect
contribution by the defendant was payment of monthly loan for the C
property while the plaintiff contributed to the renovation process of the
said property in the sum of RM12,000. The plaintiff also contributed
indirectly as a housewife by maintaining the house, taking care of the
defendant and the children. Based on the defendant’s contribution D
which was dominant in the development of the matrimonial property,
the court divided the matrimonial property to 30% for the plaintiff and
70% for the defendant (see paras 43–44, 50 & 52).
(5) For the Kancil vehicle, the indirect contribution of the defendant was the
purchase and payment of the monthly loan until completion. The E
plaintiff indirectly contributed as a wife who was not working and then
worked to support the family by maintaining the house and the
well-being of her husband and the children. Since the defendant’s
contribution leaned on towards acquiring the matrimonial property, the
F
court ordered the plaintiff to receive 15% while the defendant received
85% of the matrimonial property (see paras 54–56).
(6) The court held that the plaintiff had to support her claims by way of oath
as the plaintiff only brought one witness which was not strong enough to
support her claims (see para 57). G

[Bahasa Malaysia summary


Plaintif dan defendan telah bernikah pada tahun 1981 dan bercerai pada 30
Mac 2005. Namun, semasa perceraian, tiada apa-apa persetujuan di antara
kedua-dua pihak tentang harta sepencarian. Dalam tindakan ini, plaintif H
menuntut supaya sebuah rumah di Taman Desa Serdang, Selangor
diisytiharkan sebagai harta sepencarian manakala defendan membuat tuntutan
balas dan menuntut agar sebuah rumah di Rawang, Selangor dan sebuah kereta
kancil bernombor pendaftaran TAA 5920 diisytiharkan sebagai harta
sepencarian. Mahkamah telah mengemukakan tiga isu untuk perbincangan I
iaitu: (a) sama ada mahkamah berbidang kuasa untuk mendengar, membicara
dan memutuskan kes ini; (b) sama ada harta-harta tersebut diperolehi ataupun
diusahakan secara bersama dalam tempoh perkahwinan; dan (c) berapakah
kadar bahagian pihak-pihak ke atas harta sepencarian tersebut.
Azizah bt Musa v Mohd Kamal @ Raja Kumaran bin
[2016] 3 ShLR Abdullah (Salehan Yatim ShHCJ) 10

A Diputuskan, membenarkan tuntutan:


(1) Mahkamah berbidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan kes ini
berdasarkan kepada peruntukan s 61(3)(b)(iv) Enakmen Pentadbiran
Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Selain itu, mahkamah mendapati
B plaintif telah bermastautin atau menetap di Negeri Selangor selari
dengan peruntukan s 4 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
(Negeri Selangor) 2003. Tambahan pula, perceraian kedua-dua pihak
telah diselesaikan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat,
Kuang, Selangor bersesuaian dengan Arahan Amalan Mahkamah
C Syariah, No 6 Tahun 2003 (lihat perenggan 6–10).
(2) Berdasarkan fakta kes, hartanah di Taman Desa Serdang, Selangor telah
didaftarkan pada 14 Januari 1994 selepas berlakunya pernikahan antara
plaintif dan defendan. Oleh itu, hartanah tersebut merupakan harta
D
sepencarian plaintif dan defendan kerana hartanah tersebut telah dibeli
dalam tempoh perkahwinan kedua-dua pihak. Seterusnya, bagi hartanah
di Rawang, Selangor, defendan telah gagal untuk membuktikan bahawa
harta tersebut merupakan harta sepencarian kerana defendan gagal
untuk membuktikan pemerolehan hartanah tersebut serta
E sumbangannya terhadap hartanah tersebut. Kereta Kancil bernombor
pendaftaran TAA 5920 juga merupakan harta sepencarian berdasarkan
kepada pemerolehan kereta tersebut di dalam tempoh perkahwinan dan
pengakuan plaintif berkenaan harta alih tersebut (lihat perenggan 27–28,
34 & 38).
F (3) Bagi menentukan kadar pembahagian sesuatu harta yang telah
diisytiharkan sebagai harta sepencarian, mahkamah perlu meneliti dan
menentukan takat sumbangan kedua-dua pihak terhadap harta tersebut
agar mahkamah tidak berlaku zalim sehingga menyerahkan sesuatu
kepada yang bukan haknya (lihat perenggan 39).
G
(4) Bagi hartanah di Taman Desa Serdang, Selangor, sumbangan secara
langsung defendan adalah pembayaran pinjaman pembiayaan bulanan
hartanah tersebut manakala plaintif menyumbang terhadap proses
pengubahsuaian hartanah tersebut sebanyak RM12,000. Plaintif juga
H telah memberi sumbangan tidak langsung sebagai suri rumah dengan
menjaga rumah dengan baik, menjaga anak-anak serta menjaga makan
minum untuk defendan dan anak-anak. Berdasarkan sumbangan
defendan yang lebih dominan dalam pemerolehan dan pembangunan
harta sepencarian tersebut, mahkamah membahagikan harta sepencarian
I tersebut dengan kadar 30% kepada plaintif dan 70% kepada defendan
(lihat perenggan 43– 44, 50 & 52).
(5) Bagi kereta kancil pula, sumbangan secara langsung oleh defendan adalah
pembelian dan pembayaran bulanan pinjaman kereta tersebut sehingga
habis. Plaintif pula memberi sumbangan secara tidak langsung sebagai
11 Shariah Law Reports [2016] 3 ShLR

seorang isteri yang sebelum ini tidak bekerja kemudian bekerja bagi A
membantu keluarga serta menjaga rumah, menjaga keperluan suami dan
anak-anak. Memandangkan defendan lebih menyumbang secara
langsung ke atas pemerolehan harta sepencarian ini, mahkamah telah
memerintahkan plaintif mendapat 15% manakala defendan mendapat
85% daripada harta sepencarian ini (lihat perenggan 54–56). B

(6) Mahkamah mendapati plaintif perlu mengukuhkan dakwaannya dengan


sumpah kerana plaintif hanya membawa seorang saksi yang mana adalah
tidak kuat untuk mensabitkan tuntutan plaintif tersebut (lihat perenggan
57).] C
Notes For a case on application for matrimonial property after divorce, see 8(1)
Mallal’s Digest (5th Ed, 2015) para 830.
Cases referred to
Boto’ bt Taha v Jaafar bin Muhamad [1985] 2 MLJ 98 ; JH 5 (1), HC (refd) D
Hawa Embong lwn Ahmad Muda (2004) 17 JH (ii) 199, HC (refd)
Noh bin Atan @ Khamis v Shakila bte Mohamed [2004] 1 SHLR 61 ; (1998)
12 JH 27, CA (refd)
Noorbee lwn Ahmad Sanusi (1979) 1 JH (2) 63 (refd)
Noraini bt Hanipah lwn Nasruddin Shah Bhaghit bin Abdullah JH XXIII (refd) E
Piah bt Said lwn Che Lah bin Awang (1983) 3 JH 220, (refd)
Tengku Anum Zaharah bt Tengku Abdul Hamid lwn Dato’ Dr Hussein bin
Mohamed Yusof (1980) 3 JH 125 (refd)
Yang Chik lwn Abdul Jamal (1986) 6 JH 146 (refd)
F
Legislation referred to
Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 s 58
Arahan Amalan Mahkmah Syariah No 6 Tahun 2003
Arahan Amalan Mahkmah Syariah No 2 Tahun 2006
Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Negeri Selangor Tahun 2003 ss 17, G
48, 72, 73, 78, 81,
Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Selangor Tahun 2003 s 121
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 ss 2, 4, 17,
58, 122, 122(1)
H
Quranic verses referred to
Surah al-Baqarah 118, 228
Surah al-Nisa’ 32
Books referred to I
Abu Bakar Ibnu Muhammad Syata’a al-Dimyaty 1997 Hasyiah I’aanah al
Talibin, Jld 3 Cetakan Beirut: Dar al-Fikr
Abdul Karim Zaidan 2009 al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh, Beirut: Muassasah
al-Risalah al-Nashirun
Azizah bt Musa v Mohd Kamal @ Raja Kumaran bin
[2016] 3 ShLR Abdullah (Salehan Yatim ShHCJ) 12

A Al-Imam Jalaluddin Abdul Rahman bin Abi Bakr as-Suyuti 2001 al-Asbah wa
al- Nazhair fi-Qawa’id wa furu’ Fiqh al-Syafiiyyah Juz 1 Beirut: Dar al-Kutub
al-Ilmiyyah
Al-Imam al-Shafie 1996 al-Umm Jld 10 Beirut: Dar al-Qutaibah
Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Abu Abdullah Muhammad Ibn Abu Bakar 1995
B al-Turuq al-Hukmiyyahfi al-Siyasah al-Shar ’iyyah Cetakan Pertama Beirut: Dar
al-Kutub al-‘Ilmiyyah
Dr Wahbah al-Zuhaily 1997 al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh Jld 4 Beirut: Dar
al-Fikr
Mahmud Saedon A Othman 2003 Undang-Undang Keterangan Islam Cetakan
C
Ketiga Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Mohd Khairul Masni (Khairul Masni Assoc) for the plaintiff.
Marlina bt Amir Hamzah (Hisham Sobri & Kadir) for the defendant.
D Salehan Yatim ShHC J:

FAKTA KES

[1] Plaintif dan defendan telah bernikah pada tahun 1981 dan telah
E bercerai pada 30 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat,
Selangor dengan rujukan Saman No 025903. Semasa penceraian, tiada
apa-apa persetujuan yang dibuat antara plaintif dengan defendan berhubung
dengan harta sepencarian. Sepanjang tempoh perkahwinan plaintif dan
defendan telah dikurniakan tujuh orang cahaya mata.
F
[2] Berdasarkan penyata tuntutan pindaan bertarikh 26 Disember 2012,
plaintif dalam kes ini menuntut supaya harta berikut diisytiharkan sebagai
harta sepencarian iaitu:
G (a) sebuah rumah yang bernombor Lot/PT 29058, No Hak Milik HSM
17921 Mukim Kajang, Serdang Lama dan beralamat di No 48, Jalan
Desa Serdang 20, Taman Desa Serdang, Selangor Darul Ehsan.

[3] Manakala, defendan melalui tuntutan balasnya yang telah difailkan


H pada 19 April 2007 pula menuntut harta-harta berikut diisytiharkan sebagai
harta sepencarian iaitu:
(a) rumah yang beralamat di No 49, Lrg Serai 2, Kg Sungai Serai, Kuang
48020 Rawang Selangor; dan
I (b) kereta Kancil No pendaftaran TAA 5920.

[4] Kemudiannya, pihak plaintif telah memfailkan jawapan kepada


pembelaan dan pembelaan kepada tuntutan balas pada 17 Mei 2007. Kes ini
pada awalnya didengar di hadapan YA Tuan Zainor Rashid bin Hassin
13 Shariah Law Reports [2016] 3 ShLR

sehingga keterangan utama pihak defendan. Seterusnya, kes ini diteruskan A


dihadapan YA Tuan Salehan bin Yatim (‘hakim bicara kini’). Selanjutnya,
peguam plaintif telah memfailkan hujah pada 29 April 2014 sewaktu sesi
sebutan di hadapan pendaftar.

[5] Terdapat tiga (3) isu utama yang mahkamah perlu beri ulasan di dalam B
membuat keputusan bagi kes ini iaitu:
(a) sama ada mahkamah ini berbidang kuasa untuk mendengar, membicara
dan memutuskan kes ini;
C
(b) sama ada harta-harta tersebut diperolehi ataupun diusahakan secara
bersama dalam tempoh perkahwinan; dan
(c) berapakah kadar bahagian pihak-pihak ke atas harta sepencarian
tersebut?
D
Isu pertama: bidang kuasa mahkamah

[6] Mahkamah ini berbidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan


kes ini berdasarkan kepada peruntukan s 61 (3)(b)(iv) Enakmen Pentadbiran
Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang memperuntukkan seperti berikut: E

Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah —


(b) Dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan
prosiding jika semua pihak dalam tindakan dan prosiding itu adalah orang Islam
dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubung dengan — F
(iv) Pembahagian atau tuntutan harta sepencarian ...

[7] Mahkamah mendapati bahawa pihak plaintif telah bermastautin atau


menetap di Negeri Selangor berdasarkan perenggan 1 penyata tuntutan G
pindaan plaintif bertarikh 26 Disember 2012 yang menyatakan alamat tempat
tinggal terkini plaintif iaitu di No 49, Lrg Serai 2, Kg Sungai Serai, Kuang
48020 Rawang, Selangor. Ini bersesuaian dan selari dengan peruntukan di
bawah s 4 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
yang memperuntukan: H
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya, Enakmen ini
terpakai bagi semua orang Islam yang tinggal dalam Negeri Selangor dan bagi
semua Orang Islam yang bermastautin dalam negeri selangor tetapi tinggal di luar
Negeri itu.
I
[8] Tambahan pula, perceraian pihak-pihak pula telah diselesaikan di
Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat, Kuang, Selangor Darul
Ehsan. Ini selari dengan keputusan Mahkamah Rayuan Syariah di dalam kes
Noh bin Atan @ Khamis v Shakila bte Mohamed [2004] 1 SHLR 61 ; (1998)
Azizah bt Musa v Mohd Kamal @ Raja Kumaran bin
[2016] 3 ShLR Abdullah (Salehan Yatim ShHCJ) 14

A 12 JH 27, di mana Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan Kuala


Lumpur telah mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, bahawa mahkamah tidak mempunyai kuasa
memerintahkan pembahagian harta sepencarian di bawah s 58 Akta
Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, apabila
B perceraian itu dibuat bukan di Kuala Lumpur tetapi di Negeri Selangor.

[9] Selain itu, mahkamah juga merujuk kepada peruntukan s 122 (1)
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 yang
memperuntukkan:
C
Mahkamah adalah mempunyai kuasa, apabila membenarkan lafaz talaq atau
apabila membuat perintah perceraian, memerintah supaya apa-apa aset yang
diperolehi dalam masa perkahwinan dengan usaha tunggal satu pihak kepada
perkahwinan itu dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan
D hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu.

[10] Mahkamah juga merujuk kepada Arahan Amalan Mahkamah Syariah


No 6 Tahun 2003 atas tajuk ‘Penentuan Mahkamah Yang Berbidang
kuasa Membicarakan Kes-kes harta sepencarian’ yang menyatakan seperti
E berikut:
... telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan
berhubung dengan tuntutan hara sepencarian hendaklah dituntut di mahkamah
yang berbidangkuasa dala negeri di mana perintah perceraian atau pengesahan
perceraian dikeluarkan. Mahkamah dalam hal ini bolehlah merujuk kepada
penghakiman kes Noh bin Noh bin Atan @ Khamis v Shakila bte Mohamed [2004]
F 1 SHLR 61; (1998) 12 JH 27 (CA) Jurnal Hukum Jld XII Bhg 1 Rabiul Awwal
1419H/Jun 1998M sebagai panduan sebelum membuat apa-apa keputusan sama
ada menerima atau menolak tuntutan harta sepencarian yang dituntut di negeri
yang berkuasa mengeluarkan perintah perceraian atau pengesahan perceraian.

G [11] Oleh itu, berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan undang-undang


dan autoriti yang telah dikemukakan, maka mahkamah berpuas hati dan
bersetuju bahawa mahkamah ini berbidang kuasa untuk mendengar dan
memutuskan tuntutan harta sepencarian ini.

H Isu kedua: sama ada harta-harta tersebut diperolehi ataupun diusahakan secara
bersama dalam tempoh perkahwinan

Harta sepencarian

I [12] Di dalam menentukan apa-apa aset/harta sebagai harta sepencarian,


mahkamah perlu melihat dan memahami kehendak undang-undang bahawa
maksud harta sepencarian itu boleh wujud dalam tiga keadaan jika dilihat
berdasarkan s 122 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri
Selangor) 2003 iaitu:
15 Shariah Law Reports [2016] 3 ShLR

Pertama: harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan A
berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak, dengan
usaha bersama mereka;
Kedua: harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan
berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak, dengan
usaha tunggal satu pihak kepada perkahwinan itu; dan B

Ketiga: aset-aset yang dipunyai oleh satu pihak sebelum perkahwinan itu yang telah
dimajukan pada sebahagian besarnya dalam masa perkahwinan itu berkuatkuasa
menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak oleh pihak yang satu itu
atau dengan usaha bersama suami isteri. C

[13] Ini bersesuaian dengan prinsip yang dipakai di dalam kes Yang Chik lwn
Abdul Jamal (1986) 6 JH 146, YAA Sheikh Ghazali bin Hj Abdul Rahman,
Kadi Besar telah berkata:
D
Konsep harta sepencarian ialah harta yang diperolehi semasa dalam perkahwinan
dengan masing-masing suami isteri sama-sama menyumbang tenaga atau wang
ringgit untuk mendapat harta tersebut.

[14] Kes Piah bt Said lwn Che Lah bin Awang (1983) 3 JH 220, hakim E
Harussani Zakaria menyatakan bahawa:
Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi secara bersama semasa suami isteri itu
hidup bersama dan sama-sama berusaha terhadap harta tersebut samada kedua-dua
pasangan itu sama-sama bekerja dalam bidang yang sama atau dalam bidang
berlainan dan samada secara rasmi atau tidak rasmi dan samada F
dibahagikan-bahagikan tugas atau tidak. harta sepencarian berbeza dengan harta
perkongsian yang mana harta itu diperolehi dengan berkongsi seperti membeli
sesuatu dengan pihak-pihak mengeluarkan modal.

G
[15] Hukum Syarak melihat harta sepencarian sebagai satu cara
pengiktirafan harta yang boleh dimiliki oleh seseorang di atas daya usahanya
untuk memiliki harta tersebut. Ini dibuktikan melalui firman Allah SWT di
dalam surah al-Nisa’, ayat 32:
Bermaksud: H
Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia Yang
Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untukmenjadikan mereka)
melebihi sebahagian Yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau
pangkat kebesaran). (kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa
Yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa I
Yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah
akan limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap
sesuatu.
Surah al-Nisa’: ayat 32
Azizah bt Musa v Mohd Kamal @ Raja Kumaran bin
[2016] 3 ShLR Abdullah (Salehan Yatim ShHCJ) 16

A [16] Pemakaian harta sepencarian dalam Islam juga diambil daripada kaedah
fiqh berkenaan urf (adat) yang diakui memberi kebaikan kepada masyarakat
yang dipetik daripada kitab al-Asybah wa al-Nazair Fi al-Qawaid wa al-Furu’
karya Imam al-Suyuti, hlm 193:
B Bermaksud:
Adat itu boleh dijadikan sebagai hukum.

[17] Abdul Karim Zaidan dalam kitab al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh, hlm 201
menyatakan adat yang juga dikenali dengan urf telah ditakrifkan sebagai:
C
Bermaksud:
Sesuatu yang telah menjadi kebiasaan oleh manusia dan mematuhinya dalam
urusan kehidupan harian sehingga sebati dengan mereka dan menjadi suatu perkara
yang lumrah, sama ada ‘urf itu qauli atau amali, am atau khas, sahih atau fasid.
D

[18] Manakala Imam al-Shafie pula menyatakan pandangannya di dalam


kitab al- Umm, hlm 328 seperti yang berikut:
Bermaksud:
E
Imam Syafie telah berkata: Apakala berlaku pertelingkahan antara seorang lelaki
dengan seorang perempuan terhadap mata benda atau perkakas rumah yang mana
kedua mereka mendiami rumah berkenaan, kerana mereka berpisah (bercerai); atau
sekali pun tidak berpisah; atau kedua suami isteri itu meninggal dunia; atau salah
seorang daripada mereka berdua meninggal dunia, yang mana dalam keadaan
F
kedua suami isteri meninggal dunia; atau salah seorang daripada mereka berdua
meninggal dunia, berlaku pertelingkahan di antara waris kepada kedua-dua pihak
atau pertelingkahan oleh waris kepada salah satu dari kedua pihak itu; maka
kedudukan cara penyelesaian semuanya adalah serupa, iaitu; bagi perkakas rumah
apabila kedua-duanya sama-sama menduduki sebuah yang menjadi milik bersama
G mereka, maka pada zahirnya perkakas-perkakas di dalam rumah itu adalah menjadi
milik bersama suami isteri itu. Jika perkakasan rumah yang dipertelingkahan itu
berada di dalam pegangan dua orang lelaki lain, andainya salah seorang daripada
pemegang perkakasan itu bersumpah mengatakan bahawa perkakasan itu adalah
milik salah satu daripada kedua pihak yang bertelingkah dan seorang pemegang
H perkakasan yang lain pula bersumpah mengatakan bahawa perkakasan itu adalah
milik pihak yang satu lagi, maka hendaklah diputuskan bahawa perkakasan itu
dibahagi dua di antara pihak-pihak yang bertelingkah. Haruslah diperhatikan
bahawa, kadangkala lelaki memiliki perkakasan perempuan dengan cara
membelinya, mewarisi dan sebagainya; begitu juga kadangkala perempuan
I memiliki perkakasan lelaki dengan cara membelinya, mewarisi dan sebagainya.
Oleh yang demikian tidaklah boleh, di dalam pertikaian seperti ini, dihukum selain
dari cara ini ...
17 Shariah Law Reports [2016] 3 ShLR

BEBAN PEMBUKTIAN A

[19] Beban pembuktian atau beban membuktikan merujuk kepada beban


membuktikan kes dan beban mengemukakan keterangan. Perkara ini telah
dijelaskan melalui satu kes tuntutan harta yang telah dibawa ke hadapan
Rasulullah SAW, sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh ‘Alaqamah bin B
Wa-il bin Hujr daripada bapanya yang berkata, sebagaimana yang dimuatkan
di dalam Sunan al-Tarmizi, Jld 3, Matbaah al-Bab al-Halabi, cetakan 1, 1937,
hlm 625 seperti berikut:
Yang bermaksud: C
Seseorang lelaki dari Hadramaut dan seorang lelaki dari Kindah telah datang
menemui Rasulullah SAW, lalu lelaki Hadramaut berkata, ‘Wahai Rasul,
sesungguhnya lelaki ini (lelaki dari Kindah ini) telah mengambil tanah kepunyaan
saya’. Kemudian lelaki dari Kindah itu berkata, ‘Tanah itu adalah kepunyaan saya
dan dia tidak berhak ke atas tanah itu’. Rasulullah SAW bertanya kepada lelaki D
Hadramaut, ‘Adakah kamu mempunyai bukti?’ Lelaki Hadramaut mejawab,
‘Tidak’. Rasulullah SAW bersabda kepada lelaki Kindah, ‘kamu mesti bersumpah’.
Mendengar sabda Rasulullah SAW itu lantas lelaki Hadramaut berkata, ‘Wahai
Rasulullah, sesungguhnya lelaki dari Kindah ini buruk perangainya; dia tidak
bertanggungjawab atas perkara yang disumpahkannya dan dia juga tidak menjaga
dirinya dari sesuatu perkara’. Lalu Rasulullah SAW bersabda, ‘Kamu tiada pilihan E
melainkan melalui cara sedemikian’.

[20] Ia selari dengan kaedah fiqh yang berbunyi:


Bermaksud: F
Keterangan atas yang mendakwa dan sumpah atas yang engkar.

[21] Plaintif adalah pihak yang memikul beban untuk membuktikan


dakwaanya terhadap sebuah hartanah yang dituntut. Manakala defendan juga G
menanggung beban pembuktian dalam dakwaannya ke atas dua jenis harta
iaitu sebuah harta tak alih dan sebuah harta alih. Pihak yang menanggung
beban pembuktian perlu membuktikan bahawa harta yang didakwanya itu
adalah harta sepencarian dan juga membuktikan takat sumbangannya di
dalam pemerolehan harta itu bagi membolehkan mahkamah ini memberikan H
penghakiman kes ini. Perkara ini telah diperuntukan di dalam s 72 Enakmen
Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang menyebut:
Beban untuk mengemukakan keterangan dalam sesuatu kes mal terletak pada orang
yang mengatakan atau menegaskan sesuatu fakta (al-mudda’ii) dan orang yang
mengangkat sumpah untuk menafikan atau mempertikaikan sesuatu fakta I
(al-Muda’a ‘alaih).

[22] Seksyen ini boleh dibaca bersama s 73 Enakmen Keterangan


Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang mengatakan:
Azizah bt Musa v Mohd Kamal @ Raja Kumaran bin
[2016] 3 ShLR Abdullah (Salehan Yatim ShHCJ) 18

A (1) Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana Mahkamah memberikan


penghakiman tentang apa-apa hak atau tanggungan di sisi
undang-undang yang bergantung kepada kewujudan fakta yang
ditegaskan olehnya, mestuilah membuktikan bahawa fakta itu wujud.
(2) Apabila seseorang terikat untuk membuktikan kewujudan apa-apa fakta,
B maka dikatakan bahawa beban membuktikan terletak pada orang itu.

[23] Beban membukti di dalam peruntukan undang-undang merujuk


kepada beban membuktikan fakta atau kes. Beban pembuktian ini terletak ke
C atas pihak-pihak yang inginkan mahkamah memberi penghakiman ke atas
apa-apa hak atau liabiliti sepertimana mengikut fakta-fakta yang ditegaskan
olehnya. Dalam beban membuktikan pemunyaan plaintif dan juga defendan
terhadap harta-harta yang didakwa, mahkamah merujuk kepada s 81 Enakmen
Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang menyatakan:
D Apabila soalnya ialah sama ada mana-mana orang ialah pemunya apa-apa jua benda
yang dibuktikan sebagai ada dalam miliknya, beban membuktikan bahawa dia
bukanlah pemunya benda itu terletak pada orang yang menegaskan bahawa dia
bukan pemunyanya.

E [24] Selain itu, hanya plaintif dan defendan sahaja secara prinsipnya
mengetahui sama ada harta tersebut adalah harta sepencarian dan takat
sumbangan mereka di dalam pemerolehan harta-harta tersebut. Oleh itu, bagi
dakwaan yang dikemukakan oleh plaintif dan defendan hendaklah dibuktikan
oleh mereka tentang dakwaan tersebut. Pengetahuan khusus terhadap harta
F tersebut perlu dibuktikan oleh pihak-pihak yang mengetahuinya berdasarkan
peruntukan s 78 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)
2003 yang menyatakan:
Apabila mana-mana fakta diketahui secara khusus oleh mana-mana orang, maka
G beban membuktikan fakta itu terletak padanya.

[25] Di dalam kes Hawa Embong lwn Ahmad Muda [2004] 17 (ii) JH 199,
Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Terengganu menolak sabitan tuntutan harta
sepencarian kerana beban pembuktian (pembuktian fakta dan memberi
H keterangan) yang perlu bagi plaintif kemukakan untuk tuntutannya boleh
disabitkan tidak sampai ke tahap yakin. Saksi-saksi plaintif tidak tahu apakah
yang dituntut oleh plaintif dan tidak tahu menahu berkenaan harta
sepencarian yang dituntut oleh plaintif di mahkamah.

I [26] Di dalam kes ini, memandangkan terdapat tiga (3) jenis harta yang
dituntut oleh plaintif dan defendan untuk diisytiharkan sebagai harta
sepencarian, maka Mahkamah perlu meneliti satu persatu sama ada harta-harta
tersebut telah diperolehi ataupun telah diusahakan secara bersama dalam
tempoh perkahwinan.
19 Shariah Law Reports [2016] 3 ShLR

(a) Sebuah rumah yang bernombor Lot/PT 29058, No Hak Milik HSM 17921 A
Mukim Kajang, Serdang Lama dan beralamat di No 48, Jalan Desa Serdang 20,
Taman Desa Serdang, Selangor Darul Ehsan

[27] Mahkamah mendapati bahawa fakta yang dipersetujui ialah hartanah


tersebut telah didaftarkan pada 14 Januari 1994 selepas berlakunya pernikahan B
antara plaintif dan defendan berdasarkan kepada ikatan dokumen defendan
bertanda ‘D18’ iaitu salinan suratan hakmilik sementara Mukim Kajang HS
(M) 17921. Mahkamah juga merujuk kepada keterangan defendan di dalam
perbicaraan bertarikh 16 November 2012 yang menyatakan bahawa rumah
C
tersebut telah dibeli diantara tahun 1995 hingga 1996 dan pihak plaintif dan
defendan telah berpindah masuk untuk tinggal di rumah tersebut pada tahun
1997.

[28] Plaintif selain itu telah mengemukakan seorang saksi iaitu SP1 yang D
bernama Hasiah bt Musa yang mana SP1 mengakui mengetahui kewujudan
hartanah tersebut dan juga pernah ke rumah tersebut diantara tahun 1992
hingga 2000 yang mana tempoh tersebut adalah masih dalam tempoh
perkahwinan plaintif dan defendan.
E
[29] Setelah mahkamah membuat penelitian berdasarkan keterangan
plaintif, defendan dan juga SP1, mahkamah bersetuju bahawa rumah tersebut
telah dibeli dalam tempoh perkahwinan pihak-pihak berdasarkan kepada
tarikh mereka bernikah iaitu pada tahun 1981 dan tarikh penceraian mereka
pada 30 Mac 2005. Mahkamah dengan ini berpuas hati bahawa bahawa F
hartanah tersebut adalah harta sepencarian diantara plaintif dengan defendan.

(b) Rumah yang beralamat di No 49, Lrg Serai 2, Kg Sungai Serai, Kuang 48020
Rawang Selangor
G

[30] Seterusnya, hartanah kedua yang dinyatakan di dalam tuntutan balas


yang dikemukakan oleh pihak defendan telah dinafikan oleh oleh plaintif
sebagaimana jawapan kepada pembelaan dan pembelaan kepada tuntutan
balas bertarikh 17 Mei 2007. H

[31] Merujuk kepada hujahan bertulis pihak plaintif yang menyatakan


bahawa tanah bagi tapak rumah tersebut diberikan oleh kerajaan kepada
peneroka getah seperti ibu bapa plaintif. Rumah tersebut juga telah wujud
sebelum plaintif bernikah dengan defendan lagi. Rumah dan tanah tersebut I
juga di atas nama ibu plaintif iaitu Kamariah bt Kimin. Selain plaintif juga
menafikan bahawa plaintif dan defendan tidak pernah tinggal di rumah
tersebut hanya ibu plaintif sahaja yang tinggal di rumah tersebut semasa
plaintif berkahwin dengan defendan.
Azizah bt Musa v Mohd Kamal @ Raja Kumaran bin
[2016] 3 ShLR Abdullah (Salehan Yatim ShHCJ) 20

A [32] Walau bagaimanapun, mahkamah tidak berpuas hati terhadap tuntutan


balas defendan terhadap hartanah tersebut kerana tidak disokong oleh
mana-mana keterangan dokumen mahupun keterangan saksi berkenaan
dakwaan defendan tersebut. Mahkamah berpendapat defendan wajar
membuktikan dawaannya memandangkan defendan yang menanggung beban
B pembuktian bagi tuntutan balas terhadap hartanah tersebut. Walau
bagaimanapun defendan tidak menghadirkan dirinya untuk sesi soal balas
Defendan pada perbicaraan bertarikh 22 November 2013.

C
[33] Mahkamah dengan ini merujuk kepada buku berjudul Undang-undang
Keterangan Islam karya Dr Mahmud Saedon di hlm 25–27 di bawah sub topik
Syarat Dakwaan yang mana ada menyatakan seperti berikut:
(vii) Hendaklah dakwaan itu mengandungi keterangan yang mencukupi agar dapat
menghapuskan kesamaran dalam tuntutan.
D
(ix) Jika perkara yang didakwa berbentuk harta, sama ada harta alih atau harta tak
alih, hendaklah dinyatakan bahawa yang didakwa telah menguasainya dengan tidak
melalui cara yang sah.

E [34] Beban membukti dalam kes ini adalah terletak ke atas diri defendan
selaku orang yang mendakwa berkenaan hartanah di dalam tuntutan balas kes
ini yang mana defendan sepatutnya membuktikan dakwaannya dengan
mengemukakan keterangan sokongan seperti mana menurut kitab Nidzam
al-Qada’ Fi al-Syariati al-Islami karya Prof Dr Abdul Karim Zaidan di ms
F 106–107:
Bermaksud:
Orang yang mendakwa itu ialah mereka yang membuktikan sesuatu, dan yang
didakwa ialah mereka yang menafikan sesuatu.
G Orang yang mendakwa ialah mereka yang menuntut dengan perkataannya bagi
mendapatkan sesuatu yang berada di tangan orang lain, atau membuktikan hak
yang ada pada tanggungan oranglain, sedangkan yang didakwa ialah mereka yang
mengingkari dakwaan tersebut.

H
[35] Oleh itu, mahkamah memutuskan bahawa pihak defendan telah gagal
untuk membuktikan hartanah ini sebagai harta sepencarian pihak-pihak
berdasarkan kegagalan defendan untuk membuktikan pemerolehan hartanah
tersebut serta sumbangannya terhadap hartanah tersebut. Ini bertepatan
I dengan kaedah fiqhiyyah:
Bermaksud:
Beban bukti bagi pihak yang mendakwa dan sumpah bagi pihak yang kena dakwa.
21 Shariah Law Reports [2016] 3 ShLR

[36] Mahkamah memutuskan bahawa dakwaan defendan terhadap hartanah A


ini adalah lemah dan ditolak. Namun, defendan boleh mengemukakan
dakwaan ini semula jika ada pembuktian baru yang ingin dikemukakan kepada
mahkamah kelak.

(c) Kereta Kancil no pendaftaran TAA 5920 B

[37] Bagi harta yang ketiga iaitu sebuah kereta Kancil no pendaftaran TAA
5920 yang dibeli di atas nama defendan pada 27 Disember 1999 berdasarkan
ikatan dokumen defendan bertanda ‘D30’ iaitu sesalinan Perakuan C
Pendaftaran Kenderaan No Siri 7119784. Plaintif dalam hujahannya
mengakui bahawa beliau bersetuju harta alih tersebut diisytiharkan sebagai
harta sepencarian pihak-pihak.

[38] Pengakuan plaintif tersebut adalah selari dengan peruntukan s 17 D


Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 menyatakan
seperti berikut:
(1) Iqrar ialah suatu pengakuan yang dibuat oleh seseorang, secara bertulis
atau lisan atau dengan isyarat, menyatakan bahawa dia mempunyai
obligasi atau tanggungan terhadap mana-mana orang lain berkenaan E
dengan sesuatu hak.
(2) Apa-apa iqrar hendaklah dibuat —
(a) di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau
F
(b) di luar Mahkamah, di hadapan dua orang saksi lelaki yang aqil,
baligh dan ‘adil.
(3) Sesuatu iqrar yang berhubungan dengan apa-apa fakta persoalan atau
fakta relevan ialah qarinah.
G
[39] Berdasarkan kepada pemerolehan harta di dalam tempoh perkahwinan
serta pengakuan plaintif berkenaan harta alih ini, mahkamah dengan ini
memutuskan bahawa harta alih iaitu sebuah kereta Kancil nombor
pendaftaran TAA 5920 adalah harta sepencarian pihak-pihak.
Isu ketiga: benarkah kadar bahagian pihak-pihak ke atas harta sepencarian tersebut H

[40] Dalam kes ini mahkamah telah menentukan hanya dua jenis harta sahaja
yang diisytiharkan sebagai harta sepencarian pihak-pihak iaitu sebuah rumah
yang bernombor Lot/PT 29058, No Hak Milik HSM 17921 Mukim
Kajang, Serdang Lama dan beralamat di No 48, Jalan Desa Serdang 20, I
Taman Desa Serdang, Selangor Darul Ehsan dan sebuah kereta Produa
Kancil bernombor pendaftaran TA 5920. Sebelum menentukan bahagian
yang plaintif dan defendan wajar perolehi daripada harta-harta tersebut,
takat sumbangan
Azizah bt Musa v Mohd Kamal @ Raja Kumaran bin
[2016] 3 ShLR Abdullah (Salehan Yatim ShHCJ) 22

A hendaklah dilihat terlebih dahulu sama ada sumbangan secara langsung


dan/atau sumbangan tidak langsung. Penentuan kadar pembahagian sesuatu
harta/aset yang telah diisytiharkan sebagai harta sepencarian, mahkamah perlu
meneliti dan menentukan takat sumbangan kedua-dua pihak terhadap
harta/aset tersebut agar mahkamah tidak berlaku zalim sehingga menyerahkan
B sesuatu kepada yang bukan pada haknya. Ini dijelaskan di dalam firman Allah
SWT dalam surah Al-Baqarah, ayat 228 yang berbunyi:
Bermaksud:
... dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang
C ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak
dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu)
mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya) dan
(ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Surah Al-Baqarah: ayat 228.
D

[41] Mahkamah menjadikan s 122 Enakmen Undang-Undang Keluarga


Islam (Negeri Selangor) 2003 sebagai panduan dalam menentukan takat
sumbangan pihak-pihak. Mahkamah dengan ini merujuk kepada s 122 (2)
E hingga (4) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor)
2003 yang memperuntukkan:

(2) Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (1), Mahkamah hendaklah
mengambilperhatian tentang —
F
(a) takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh tiap-tiap satu pihak
dalam bentuk wang, harta, atau kerja bagi memperolehi aset-aset itu;
(b) apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan
bagi manfaat bersama mereka; dan
G (c) keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu,
jika ada.
dan, tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, Mahkamah hendaklah
membuatpembahagianyang sama banyak.
H (3) Mahkamah adalah mempunyai kuasa, apabila membenarkan lafaz talaq atau
apabila membuat perintah perceraian, memerintah supaya apa-apa aset yang
diperolehi dalam masa perkahwinan dengan usaha tunggal satu pihak kepada
perkahwinan itu dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan
hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu.
I (4) Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (3), Mahkamah hendaklah
memberi perhatian kepada —
(a) takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh pihak yang tidak
memperolehi aset itu, kepada kebajikan keluarga dengan memelihara
rumahtangga atau menjaga keluarga;
23 Shariah Law Reports [2016] 3 ShLR

(b) keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu, A


jika ada,
dan tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, Mahkamah boleh
membahagikan aset-aset itu atau hasil jualan itu mengikut apa- apa kadar yang
difikirkannya munasabah, tetapi walau bagaimanapun, pihak yang telah
memperolehi aset-aset itu dengan usahanya hendaklah menerima suatu kadar yang B
lebih besar.

[42] Di dalam kitab al-Turuq al-Hukmiyyah fi as-Siasah al-Syar’iyyah, Ibnu


Qayyim al-Jauziyyah, Darul Ihya’ al-Ulum, Beirut, pada ms 30 ada
menyebut: C

Bermaksud:
Yang demikian, sebilangan besar ahli perundangan Islam telah mengatakan
dakwaan 2 orang suami isteri berhubung dengan perabot rumah dan kes 2 orang
tukang rumah berhubung dengan sebuah kedai, bahawa pendapat yang D
mengatakan percakapan orang yang ada menunjukkan menunjukkan satu
petunjuk di atas kebenarannya itulah yang diterima. Dan yang tepat dalam
persoalan ini seperti ini tidak boleh dianggap semata-mata kerana memegang
dengan tangan atau menguasai atas sesuatu atas sesuatu harta dengan mendapat
nama dalam geran tanah dan sebagainya akan menjadikan haknya seorang sahaja,
E
malah adanya sama seperti ketiadaannya, dan jika ini boleh diterima, nescaya kita
akan terima juga pengakuan seorang yang merampas serban daripada seorang yang
sedang mengikutinya dibelakang dalam keadaan kepalanya terdedah tanpa kain
serban. Oleh itu kami memutuskan bahawa ini adalah tangan yang zalim lagi
perampas. Maka tidak boleh diterima pengakuannya.
F
[43] Sabitan tuntutan harta sepencarian adalah berlandaskan kepada
kaedah pembuktian menurut hukum Syarak sama ada melalui
keterangan pihak-pihak, saksi dan juga boleh diputuskan berdasarkan kepada
qarinah. Ini adalah mengikut pendapat Dr Wahbah al-Zuhaily di dalam G
kitabnya Al- Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh, Jld 4, hlm 69 yang menyatakan:

Bermaksud:
Penghakiman dengan qarinah merupakan sumber Hukum Syarak sama ada ketika
ada keterangan atau pengakuan atau dalam keadaan tidak ada apa-apa bukti lain. H

Sebuah rumah yang bernombor Lot/PT 29058, No Hak Milik HSM 17921
Mukim Kajang, Serdang Lama dan beralamat di No 48, Jalan Desa Serdang 20,
Taman Desa Serdang, Selangor Darul Ehsan
I
Azizah bt Musa v Mohd Kamal @ Raja Kumaran bin
[2016] 3 ShLR Abdullah (Salehan Yatim ShHCJ) 24

A (a) Sumbangan langsung

[44] Mahkamah berpuas hati bahawa fakta yang tidak dipertikaikan oleh
mengenai sumbangan secara langsung pihak-pihak adalah defendan yang
membayar pinjaman pembiayaan bulanan hartanah tersebut
B
manakala plaintif menyumbang terhadap proses pengubahsuaian hartanah
tersebut sebanyak RM12,000 yang mana wang tersebut diperolehi dari
pemberian ibu plaintif daripada hasil jualan tanahnya. Mengikut surat
kelulusan pinjaman perumahan Petronas yang ditanda D19, pinjaman
C perumahan defendan dengan majikan beliau Petroliam Nasional Bhd iaitu
pinjaman perumahan RM74,000, insuran gadai janji RM287.70 dan
insurans pemilik RM2,106.40 berjumlah RM79,085.10. Defendan
dikehendaki membayar ansuran bulanan sebanyak RM458.66 sebulan selama
240 bulan. Rumah tersebut telah selesai dibayar sepenuhnya pada 12 Ogos
D 2005 sebagaimana dokumen ditanda D21. Selanjutnya pihak defendan juga
telah mencagarkan semula rumah tersebut dengan Malaysian Building
Society Bhd (MBSB) dengan pinjaman sebanyak RM117,400 pada 18 April
2004 sebagaimana dokumen ditanda D22.

E [45] Plaintif dalam hujahan bertulisnya mengakui bahawa hartanah tersebut


dibeli dan didaftarkan di atas nama defendan serta bayaran ansuran
bulanan hartanah tersebut dibayar sepenuhnya oleh pihak defendan.
Pengakuan plaintif tersebut juga telah memenuhi rukun pengakuan
atau iqrar sebagaimana ditetapkan oleh hukum Syarak dan undang-undang.
F Al-Sheikh al Allamah Abi Bakr al-Masyhor Bisayyid al-Bakri Ibnu al-Sayed
Muhammad Shata al-Dumyati dalam kitab I’aanah al-Taalibin, Juz ketiga,
ms 187 ada menyebut:

Bermaksud:
G
Iqrar dari segi bahasa bererti mensabitkan, manakala mengikut Syarak diertikan
sebagai memberitahu hak orang lain ke atas dirinya.

[46] Seterusnya bagi menyokong berkenaan sumbangan langsung pihak


H plaintif telah mengemukakan seorang saksi iaitu ‘SP1’ yang bernama Hasiah
bt Musa yang merupakan adik kandung plaintif. ‘SP1’ dalam keterangannya
di dalam perbicaraan bertarikh 22 November 2011 menyatakan plaintif ada
sumbangan terhadap pengubahsuaian hartanah tersebut sebanyak
RM12,000.
I
(b) Sumbangan tak langsung
[47] Berkaitan isu sumbangan tidak langsung pula, ia hendaklah ditentukan
dengan sebaik mungkin dan dipastikan menepati kehendak keadilan
kerana
25 Shariah Law Reports [2016] 3 ShLR

mengambil harta orang lain dengan cara batil adalah dilarang sama sekali A
dalam Islam. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 188:
Bermaksud:
Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang- orang lain) di antara
kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu B
(memberi rasuah) kepada Hakim-Hakim kerana hendak memakan (atau
mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu
mengetahui (salahnya).

[48] Mahkamah merujuk juga kepada kitab I’anah Al-Talibin, Juzu’ IV, C
hlm 76 yang menyatakan bahawa:

Bermaksud:
Adapun perkara-perkara yang tidak khusus kepada isteri melakukannya seperti D
memasak makanan suami dan mencuci pakaian suami, maka tiadalah menjadi
kewajipan ke atas isteri mahupun orang gaji bagi isteri, tetapi kewajipan tersebut
menjadi tugas suami. Oleh yang demikian suami hendaklah menanganinya sendiri
atau ditangani oleh orang lain iaitu dengan suami membayar upah dan sebagainya.
E
[49] Manakala Sayyid Sabiq di dalam kitab Fiqh Sunnah, Jld 2, seperti
menjelaskan berikut:

Bermaksud:
F
Dasar yang ditetapkan oleh Islam dalam mengatur dan menguruskan kehidupan
suami isteri adalah merupakan suatu dasar yang sesuai dengan fitrah dan tabiat
semulajadi manusia itu sendiri ... Lelaki lebih mampu bekerja,
bersungguh-sungguh berusaha dan mencari pendapatan di luar rumah, manakala
perempuan lebih mampu menguruskan rumah tangga, mendidik anak-anak,
menjadikan suasana rumah tangga menyenangkan dan penuh ketenteraman. Oleh G
kerana itu ditugaskan kepada lelaki kerja-kerja yang sesuai dengan fitrahnya,
manakala ditugaskan kepada perempuan dengan tanggungjawab sesuai dengan
fitrahnya. Dengan yang demikian, rumah tangga dapat tersusun dengan baik
samada di dalam atau di luar yang mana suami isteri tidak bertemu tanggungjawab
masing-masing yang tidak bersesuaian dengan diri masing-masing. H

[50] Banyak penghakiman terdahulu yang menjelaskan mengenai


sumbangan secara tidak langsung seorang isteri sepertimana di dalam kes
Boto’ bt Taha v Jaafar bin Muhamad [1985] 2 MLJ 98; JH 5 (1), Noorbee lwn
Ahmad Sanusi (1979) 1 JH (2) 63 dan Tengku Anum Zaharah bt Tengku I
Abdul Hamid lwn Dato’ Dr Hussein bin Mohamed Yusof (1980) 3 JH 125.
Azizah bt Musa v Mohd Kamal @ Raja Kumaran bin
[2016] 3 ShLR Abdullah (Salehan Yatim ShHCJ) 26

A [51] Bagi kes ini, mahkamah mendapati bahawa terdapat sumbangan tak
langsung plaintif terhadap harta sepencarian ini yang mana plaintif di dalam
hujahannya menyatakan bahawa sepanjang lima tahun plaintif dan
defendan tinggal di rumah tersebut dari tahun 1993 hingga 1998, plaintif
adalah suri rumah sepenuh masa yang mana plaintif telah memberi
B sumbangan secara tak langsung dengan menjaga rumah dengan baik,
menjaga anak-anak serta menjaga makan minum untuk defendan dan anak-
anak.
[52] Hal ini juga disokong oleh ‘SP1’ yang turut menyatakan perkara
yang sama berkenaan banyak sumbangan secara tak langsung oleh pihak
C
plaintif terhadap harta sepencarian ini.

[53] Walau bagaimanapun, mahkamah berpendapat kadar


D pembahagaian mengikut nisbah 50:50 sebagaimana permohonan plaintif
adalah terlalu tinggi jika dibandingkan dengan sumbangan defendan yang
lebih dominan dalam proses pemerolehan dan pembangunan harta
sepencarian ini yang mana defendan menyumbang secara langsung dengan
membayar secara bulanan, menanggung kos penyelenggaraan termasuk
E membayar bil-bil utiliti. Oleh yang demikian, mahkamah memutuskan
kadar pembahagian yang wajar adalah dengan kadar plaintif mendapat
30% manakala defendan mendapat
70%.
(II) Sebuah kereta Produa Kancil no pendaftaran TAA 5920
F (a) Sumbangan langsung
[54] Mahkamah mendapati bahawa plaintif di dalam hujahan bertulisnya
menyatakan bahawa harta sepencarian ini dibeli di atas nama defendan dan
atas kegunaan defendan. Namun, pada tahun 2005 sehingga kini plaintif yang
menggunakan kereta tersebut setelah defendan memberikannya kepada
G plaintif. Semenjak plaintif menggunakan kereta tersebut, segala kos
penyelenggaraan ditanggung oleh pihak plaintif. Dalam hujahan itu juga,
plaintif turut mengakui bahawa defendan yang membayar pinjaman kereta
tersebut secara bulanan sehingga selesai.

H [55] Sekali lagi pengakuan plaintif telah secara langsung memberikan hak serta
menguatkan lagi dakwaan defendan terhadap sumbangannya secara langsung
terhadap harta sepencarian tersebut. Manakala dakwaan plaintif berkenaan
tanggungan kos penyelenggaraan bagi harta alih tersebut yang ditanggung
olehnya tidak dibuktikan dengan keterangan sokongan. (b) Sumbangan tak
I langsung

[56] Walaupun sumbangan secara langsung plaintif terhadap harta


sepencarian ini tidak dapat dibuktikan dengan jelas kepada mahkamah tetapi
mahkamah perlu menilai terhadap sumbangan tak langsung plaintif sebagai
27 Shariah Law Reports [2016] 3 ShLR

seorang isteri yang sebelum ini tidak bekerja kemudian bekerja bagi membantu A
keluarga serta menjaga rumah, menjaga keperluan suami dan anak-anak.

[57] Setelah mahkamah membuat pertimbangan ke atas sumbangan tak


langsung plaintif terhadap harta alih ini, mahkamah tidak bersetuju dengan
kadar pembahagian terhadap harta sepencarian ini dengan nisbah 50:50 B
kerana mahkamah mendapati bahawa defendan lebih menyumbang secara
langsung ke atas pemerolehan harta sepencarian ini secara keseluruhannya.
Oleh itu, mahkamah memerintahkan bahawa plaintif mendapat 15%
manakala defendan mendapat 85% daripada harta sepencarian ini.
C

[58] Mahkamah seterusnya berpendapat dalam kes ini plaintif perlu


mengukuhkan dakwaannya dengan sumpah kerana mahkamah mendapati
plaintif hanya membawa seorang saksi yang mana pada pendapat ahkamah
adalah tidak kuat untuk mensabitkan tuntutan plaintif tersebut. Hal ini D
berdasarkan peruntukan s 88 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah
(Negeri Selangor) 2003:
Keterangan seorang saksi sahaja bagi pihak yang menuntut adalah layak diterima di
dalam kes mal dengan syarat dibuat bersama- sama dengan sumpah oleh pihak yang
menuntut. E

[59] Hal ini juga bertepatan dengan Arahan Amalan No 2 Tahun 2006 yang
menyatakan seperti berikut:
(b) al-mudda’i mengemukakan seorang saksi dan Hakim memerintahkannya F
bersumpah Yamin al Takmilah.

[60] Selain itu, konsep al-yamin ini adalah bertepatan dengan kaedah fiqh
iaitu:
Bermaksud: G

Pada asal sesuatu itu bebas dari sebarang tanggunggan.

[61] Yang mana jelas asal dakwaan ke atas sesuatu itu adalah tiada melainkan
jika dibuktikan sebaliknya. Para jumhur berpendapat harus dijatuhkan H
hukuman berdasarkan sumpah di pihak al-Mudda’i dan seorang saksi dan
pendapat yang rajih ini adalah berdasarkan kepada hadis Nabi SAW yang
berbunyi:
Bermaksud:
I
Sesungguhnya Rasulullah SAW telah membuatpenghukuman berdasarkan yamm
al-mudda’i dan seorang saksi.

[62] Adapun kes-kes yang boleh dihukumkan dengan sumpah al-mudda’i dan
Azizah bt Musa v Mohd Kamal @ Raja Kumaran bin
[2016] 3 ShLR Abdullah (Salehan Yatim ShHCJ) 28

A seorang saksi melibatkan kes-kes mal dan yang ada kaitan dengannya sahaja,
sementara kes hudud tidak diharuskan sama sekali. Hukum telah disepakati
oleh para ulamak tetapi dalam kes-kes lain dari mal dan hudud seperti qisas,
hak-hak badan dan lain-lain, jumhur ulamak terdiri daripada Malikiyyah,
Syafiiyyah dan Hanabilah bersependapat tidak harus dihukum berdasarkan
B sumpah pendakwa dan seorang saksi sahaja.

[63] Merujuk kitab Al-Bayan fi Mazhab al-Shafi’i karangan al-Imam Yahya


Ibnu Abi al-Khair al-Imraniy, Jld 13 hlm 313 ada menyebut seperti berikut
yang bermaksud:
C
Menurut pandangan Abu Bakar ra, Umar ra, Usman ra, Ali ra, Ubaiy bin Ka’ab,
Umar Ibnu Al-Aziz, Abu Salamah Ibnu Abdul Rahman, Al-Sa’biy, Syuraih, Fuqaha’
Madinah, Rabi’ah, Malik, Ahmad, Ishak ialah:
Setiap hak (kes-kes mal) boleh disabitkan dengan seorang saksi lelaki dan dua orang
D saksi perempuan dan boleh disabitkan juga dengan seorang saksi lelaki dan sumpah
Plaintif.
KEPUTUSAN

E [64] Setelah mahkamah meneliti saman dan penyata tuntutan pindaan


bertarikh 26 Disember 2006, penyata pembelaan dan tuntutan balas bertarikh
19 April 2007, jawapan kepada pembelaan dan pembelaan kepada tuntutan
balas bertarikh 17 Mei 2007, setelah mendengar keterangan-keterangan lisan
dan merujuk kepada hujahan bertulis plaintif serta setelah plaintif bersumpah
F Yamin Ma’a Syahid (sumpah bersama seorang saksi), maka mahkamah berpuas
hati dan memerintahkan seperti berikut:
(a) mahkamah mengisytiharkan harta sepencarian kedua-dua pihak adalah:
(i) sebuah rumah yang bernombor Lot/PT 29058, No Hak Milik HSM
G 17921 Mukim Kajang, Serdang Lama dan beralamat di No 48, Jalan
Desa Serdang 20, Taman Desa Serdang, Selangor Darul Ehsan; dan
(ii) sebuah kereta Kancil No pendaftaran TAA 5920.
(b) mahkamah memerintahkan rumah yang bernombor Lot/PT 29058, No
H Hak Milik HSM 17921 Mukim Kajang, Serdang Lama dan beralamat
di No 48, Jalan Desa Serdang 20, Taman Desa Serdang, Selangor Darul
Ehsan hendaklah dinilai dengan nilaian semasa dan plaintif berhak
terhadapnya dengan kadar sebanyak 30% dan defendan sebanyak 70%;
I (c) mahkamah memerintahkan bahawa sebuah kereta Kancil
nopendaftaran TAA 5920 hendaklah dinilai dengan nilaian semasa
berdasarkan susut nilai dan plaintif adalah berhak dengan kadar
sebanyak 15% dan defendan sebanyak 85%;
29 Shariah Law Reports [2016] 3 ShLR

(d) mahkamah menolak tuntutan balas defendan terhadap rumah yang A


beralamat di No 49, Lrg Serai 2, Kg Sungai Serai, Kuang 48020 Rawang
Selangor untuk diisytiharkan sebagai harta sepencarian pihak-pihak;
(e) kos ditanggung oleh pihak masing-masing; dan
(f) mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan ini, B
hendaklah mengemukakan notis rayuan dalam tempoh 14 hari mulai
hari ini.

Claim allowed.
C
Reported by Dzulqarnain Ab Fatar

You might also like