Ukiran & Makna Ukiran (Murut) : 1. Lumayau Awas (Perantauan)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Ukiran & Makna Ukiran (Murut)

1. Lumayau Awas (Perantauan)

Ukiran ini diukir oleh individu yang hendak merantau dan memulakan perjalanan. Ukiran ini
dipaparkan untuk memaklumkan pemergiannya.

2. Pinansiet Ungkuyon

Ukiran ini bertujuan untuk memaklumkan upacara pertunangan. Pihak lelaki akan menyediakan
ukiran ini dan diserahkan kepada pihak perempuan untuk diletakka di simpang-simpang jalan
sebagai alat hebahan majlis pertunangan tersebut.

3. Nangkawo/nandikar (Perpisahan)

Ukiran ini diadaptasi untuk menyampaikan sesuatu yang sulit untuk dinyatakan. Kebiasaannya ukiran
ini diukir oleh lelaki yang kecewa dalam percintaan.

4. Pinandayun

Ukiran ini dibuat untuk menghebahkan kepada umum bahawa terdapat satu pertandingan membuat
hasil kraftangan antara dua gadis yang bertelagah. Pertandingan diadili berdasarkan jumlah
kraftangan yang dihasilkan. Gadis yang kalah akan didenda.

5. Pinansiet Ruandu

Ukiran ini amat simbolik, iaitu untuk memaklumkan sesuatu secara tidak langsung. Keluarga
perempuan akan meletakkan ukiran ini di ruang tamu bagi menyatakan bahawa anak perempuan
mereka telah bertunang.

6. Sinimpung

Ukiran ini bertujuan untuk memaklumkan kepada pihak lain bahawa wujud persatuan yang kukuh di
kalangan penduduk yang mendiami sesuatu penempatan. Biasanya ukiran ini dipamerkan di ruang
tamu sesebuah rumah Panjang.

You might also like