Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

1.

PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kawasan Operasi (Topografi)

Kulim adalah salah sebuah daripada sebelas buah Daerah di Negeri Kedah Darul
Aman. Kedudukannya sebelah utara yang bertumpu dengan Sungai Muda menjadi
sempadan Daerah Kuala Muda di sebelah timur laut bertumpu dengan Sungai
Sedim yang menjadi sempadan dengan Daerah Baling. Manakala di sebelah
tenggara yang bertumpu dengan Sungai Kerian adalah menjadi sempadan dengan
Negeri Perak Darul Ridzuan, di selatannya bersempadan dengan Negeri Pulau
Pinang.

Daerah Kulim ini meliputi keluasan 298.86 batu persegi ( 202.368 ekar atau 77,437
hektar ).

Daerah Kulim mengandungi 15 buah Mukim, Bilangan JKKK 110 dan Bilangan Ahli
JKKK 1,637 .

Mukim :
 Kulim
 Keladi
 Sungai Ular
 Sungai Seluang
 Padang Cina
 Lunas
 Junjong
 Sidam Kanan
 Terap
 Nagalilit
 Karangan
 Mahang
 Padang Meiha
 Bagan Sena
 Sedim
1.2 Taburan Penduduk (Demografi)
Mukim Junjong di anggarkan mempunyai populasi penduduk sebanyak 4038
orang dengan keluasan dianggarkan 17.09 kilometer persegi dan terdapat 6
buah kampung dan juga 15 orang JKKK setiap kampung.Nama penghulu
bagi mukim junjong ialah Encik Abdul Kalib Bin Embi. Akhir sekali, peratus
pekerjaan penduduk 10% peniaga, 45% pekerja kilang, 15% petani, 5 %
sektor awam, 15% lain-lain dan 10% penganggur.

1.3 Kemudahan Asas Dalam Mukim Junjong

• Sekolah
• Masjid
• Pasar Awam
• Tadika
• Balai Polis
• Pejabat Pos
• Klinik Kesihatan
1.4 Kumpulan Etnik Mengikut Pecahan Kampung di Mukim Junjong

Kampung Melayu India Cina Lain-lain Jumlah

Kg Air Puteh 1575

Kg Ptg Tiong 459

Kg Pdg Janggus 553

Kg Pdg Penyangga 1281

Kg Binjal 88

Kg Berjaya 82

JUMLAH 4038
2. OBJEKTIF PEMERIKSAAN

2.1 Objektif Am

 Memudahkan kerja-kerja berkaitan Unit BAKAS


 Mengenalpasti kedudukan kawasan operasi dengan lebih mudah
 Mengenalpasti semua kemudahan asas yang terdapat dalam kawasan operasi
 Mengetahui sempadan kawasan operasi
 Memudahkan kerja-kerja penambahbaikan bagi masa akan datang
 Mengenalpasti peralatan yang digunakan dalam membuat peta lakar
 Mempelajari teknik-teknik membuat peta lakar kawasan operasi dengan tepat

2.2 Objektif Spesifik

 Menentukan perkembangan dan pembangunan dalam kawasan operasi


 Mengenalpasti kawasan operasi dalam pembangunan dan perancangan seperti
pembekalan subsidi tandas curah, perigi terkawal , sistem pelupusan air limbah,
sistem pelupusan sisa pepejal dan lain-lain.
 Mengenalpasti laluan perhubungan ke kawasan operasi dengan mudah
 Hasil kerja yang telah dilaksanakan dapat ditunjukkan dengan mudah dan jelas
di atas peta kawasan operasi.
 Mewujudkan hubungan yang sejahtera antara penduduk kampung
3. PEMERIKSAAN

3.1 Aktiviti Kesihatan Unit Bakas Untuk Tempoh 5 tahun Di Mukim Junjong

Aktiviti utama Unit BAKAS Pejabat Kesihatan Daerah Kulim di Mukim Junjong meliputi
kesemua 3 program yang diutamakan iaitu pembinaan/ penyambungan Bekalan Air
PBA/KKM, pembinaan dan penyelenggaraan tandas curah dan pembinaan Sistem
Pelupusan Air Limbah (SPAL). Kesemua aktiviti kesihatan ini dipantau dan diselia oleh
seorang PKA yang ditempatkan di Klinik Kesihatan Lunas. Antara agensi kerajaan
yang terlibat dalam perlaksanaan program ini ialah seperti Pejabat Daerah dan Tanah,
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Syarikat Bekalan Air Darul Aman (SADA),
Jabatan Kerja Raya (JKR), Jawatankuasa Keselamatan Dan Kemajuan Kampung
(JKKK) dan penduduk kampung.

Jadual Jumlah Liputan Bagi Semua Sistem Di Mukim Lunas


Jumlah Rumah Yang
Jumlah Rumah Yang
Mempunyai
Bil Rumah Tiada Kemudahan
Kemudahan
Aktiviti Keseluruha
n
Bil Peratus Bil Peratus

Bekalan
6,754 6,736 99.7 18 0.3
Air(PBA/KKM)

Tandas Curah 6,754 6,754 100 0 0.00

Sistem
Pelupusan Air 6,754 6,622 98.05 132 1.95
Limbah
GRAF PERBANDINGAN TANDAS CURAH DALAM TEMPOH 5 TAHUN DI
KAMPUNG PERENGGAN

25

20

15

Subsidi
Persendirian

10

0
2009 Persendirian
2010
2011 Subsidi
2012
2013
Pencapaian Aktiviti Tandas Curah Dari Tahun 2009 Hingga 2013 Di

Kampung Perenggan

Graf di atas menunjukkan perbezaan jumlah projek pembinaan Tandas Curah yang
telah dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun di Kampung Perenggan pada tahun
2009,2010,2011,2012 dan 2013.Bagi aktiviti tandas curah di kawasan ini tahun 2009
iaitu sebanyak 22 buah tandas subsidi dan 15 tandas persendirian. Tetapi pada tahun
2010 terdapat dua sahaja pertambahan tandas curah yang dilakukan iaitu sebanyak 24
tandas berikutan penambahan dua unit rumah di kawasan Kampung Perenggan.

Bagi aktiviti tandas curah pada tahun 2010 hingga 2012 tidak berlaku pertambahan bagi
tandas curah subsidi dan persendirian. Hal ini kerana tiada pertambahan penduduk di
Kampung Perenggan.Bagi aktiviti tandas curah pada tahun 2012 hingga 2013 berlaku
satu sahaja pertambahan bagi tandas curah persendirian.Penambahan penduduk ini
kerana penambahan satu unit rumah di Kampung Perenggan.

Setelah objektif memastikan setiap rumah mempunyai satu tandas satu rumah tercapai
maka aktiviti pendidikan kesihatan dijalankan dari masa ke semasa supaya penduduk
sentiasa mengunakan tandas dengan betul supaya tandas yang dibina sentiasa dalam
keadaan bersih dan berfungsi dengan sempurna.

Kesimpulannya objektif dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia terutama dalam unit
BAKAS bagi memastikan pembinaan tandas di setiap rumah telah berjaya dengan
cemerlang terutamanya di Kampung Perenggan. Selain itu pengagihan subsidi bagi
membina kemudahan ini untuk menangani masalah penyakit bawaan air dan makanan
juga berjaya dilaksanakan. Dengan itu masalah penyakit berjangkit bawaan air dan
makanan akan dapat dikurangkan atau dapat ditangani dengan efisyen demi
mewujudkan masyarakat yang sihat sejahtera.
GRAF PERBANDINGAN SISTEM PELUPUSAN AIR LIMBAH (SPAL) DALAM
TEMPOH 5 TAHUN DI KAMPUNG PERENGGAN

25

20

15

Memuaskan
Tidak Memuaskan
10

0
2009 Tidak Memuaskan
2010
2011 Memuaskan
2012
2013
Pencapaian Sistem Pelupusan Air Limbah Dari Tahun 2009 Hingga Tahun 2013 Di
Kampung Perenggan

Graf di atas menunjukan pencapaian bilangan Sistem Pelupusan Air Limbah (SPAL)
dalam tempoh 5 tahun di Kampung Perenggan.Pada tahun 2009 SPAL di Kampung
Perenggan, sistem yang memuaskan ialah sebanyak 20 buah rumah dan yang tidak
memuaskan ialah 17 buah rumah.Pada tahun berikutnya iaitu tahun 2010 SPAL yang
memuaskan tidak meningkat dan yang tidak memuaskan meningkat sebanyak dua
buah rumah dan jumlahnya ialah 19 buah rumah.Faktor yang menyebabkan SPAL yang
tidak memuaskan meningkat ialah kurangnya kesedaran masyarakat untuk membuang
sisa kumbahan dalam keadaan teratur dan selamat meningkat.

Pada tahun 2010 hingga 2012 SPAL graf mendatar iaitu sebanyak 20 buah rumah bagi
yang memuaskan dan 19 buah rumah bagi yang tidak memuaskan.Ini mungkin
disebabkan oleh pendidikan kesihatan yang diberikan oleh pegawai kesihatan tidak
dipraktikkan sendiri oleh penduduk kampung.

Pada tahun 2012 hingga 2013 SPAL yang memuaskan meningkat sebanyak tiga buah
rumah dan jumlahnya ialah 23 buah rumah.Bagi SPAL yang tidak memuaskan tidak
berlaku peningkatan dan jumlahnya 19 buah rumah.

Secara kesimpulannya pembinaan SPAL masih banyak usaha perlu ditingkatkan


supaya penyakit bawaan air dapat dikurangkan ke tahap maksimum.Bagi menjayakan
matlamat itu, anggota kesihatan terutama Pembantu Kesihatan Awam perlu
menerapkan lebih kesedaran tentang kebersihan dan kesihatan terhadap penduduk
kampung.
GRAF PERBANDINGAN BEKALAN AIR KKM DARI TAHUN 2009 HINGGA TAHUN
2013 DI KAMPUNG PERENGGAN

30

25

20

15 PBA/KKM
PBA Sendiri
Telaga Terkawal
GFS

10

GFS
Telaga Terkawal
0
2009 PBA Sendiri
2010
2011 PBA/KKM
2012
2013
Pencapaian Aktiviti Bekalan Air KKM Dari Tahun 2009 Hingga 2013 Di

Kampung Perenggan

Graf di atas menunjukkan pencapaian aktiviti bekalan air KKM dari tahun 2009 hingga
2013 di Kampung Perenggan.Pada tahun 2009, terdapat sebanyak 25 rumah yang
mempunyai bekalan air PBA/KKM manakala 12 buah rumah lagi mempunyai bekalan
air PBA sendiri.Pada tahun 2010 terdapat penambahan pada sistem bekalan air
PBA/KKM di Kampung Perenggan di mana sebanyak empat buah rumah dibekalkan
dengan sistem bekalan air PBA/KKM menjadikan jumlahnya sebanyak 29 pada tahun
tersebut. Kemudian tidak terdapat sebarang penambahan sistem bekalan air PBA/KKM
sehingga tahun 2013.

Graf sistem bekalan air PBA sendiri juga tidak menunjukkan sebarang penambahan
dari tahun 2009 hingga 2013. Terdapat dua sistem bekalan air telaga terkawal di
Kampung Perenggan dan tiada sebarang penambahan sepanjang lima tahun itu.
Manakala sistem bekalan air paip graviti GFS(Gravity Fit System) pula tidak terdapat di
kampung Perenggan berikutan bentuk muka bumi dan geografinya yang tidak sesuai
untuk menggunakan sistem tersebut.

Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan data aktiviti bekalan air di atas adalah
kebanyakan penduduk Kampung Perenggan dibekalkan dengan sistem bekalan air
PBA/KKM. Kemudahan tersebut penting untuk memastikan kualiti dan tahap
keselamatan air yang digunakan berada pada tahap yang baik dan
selamat.Penambahbaikan juga amat diperlukan bagi memastikan semua penduduk
Kampung Perenggan mendapat manfaat dari kemudahan yang disediakan oleh pihak
Kementerian Kesihatan Malaysia.
4. MASALAH DAN CADANGAN

4.1 Masalah

Terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti semasa gerak kerja data asas dan
peta lakar operasi di lakukan. Antaranya ialah:

 Kepadatan rumah telah menyebabkan peta menjadi kurang kemas kerana


sukar untuk melakar dengan jarak yang tepat.
 Kedudukan kampung tidak dapat ditanda dengan tepat berbanding
dengan penggunaan alat GPS yang menggunakan satelit.
 Ukuran skala juga kurang tepat seperti yang di gambarkan di dalam peta
lakar bagi satu-satu kawasan operasi.
 Rumah yang tidak berpenghuni menyukarkan proses membuat bancian
dan pengumpulan data asas.
 Keadaan rupa bentuk muka bumi juga tidak dapat menujukkan gambaran
yang sebenar seperti berbukit, kawasan lembah sungai dan sebagainya.
 Kedududukan rumah, bangunan serta lain-lain kemudahan juga tidak
dapat ditunjukkan dengan jelas dan tepat di dalam peta lakar kawasan
operasi.
4.2 Cadangan

Bagi merungkai masalah-masalah tersebut, langkah-langkah atau cadangan di bawah


hendaklah diambil kira. Antaranya ialah :

 Penggunaan GPS sebagai panduan untuk kedudukan sesebuah kawasan


operasi kerana GPS menggunakan satelit untuk mengesan rumah ataupun
satu-satu kawasan yang dikehendaki apabila kawasan tersebut telah ditanda di
dalam sistem GPS.
 Selain itu, penggunaan alat GPS juga bertujuan untuk menanda kawasan
operasi adalah sangat tepat berbanding dengan penandaan biasa di dalam peta
lakar kawasan operasi.
 Ukuran skala di dalam peta lakar hendaklah menggunakan alat GPS kerana
ukuran menggunakan alat ini adalah tepat. Sekiranya menggunakan ukuran
langkah, penggunaan adalah tidak tepat kerana berkemungkinan terdapat
halangan bangunan, pokok atau sebagainya.
 Menggunakan peta topo yang lebih sesuai untuk kegiatan peta lakar bagi
kawasan operasi kerana peta topo menujukkan rupa bentuk muka bumi,
kecerunan dan ketinggian bagi setiap kawasan.
 Meminta kerjasama yang baik dari penduduk kampung serta memberi
kesedaran tentang pentingnya proses bancian dalam memudahkan
perancangan kesihatan pada masa akan datang.
5. KESIMPULAN

Kesimpulannya , laporan kawasan operasi ini penting bagi mengenalpasti pencapaian


aktiviti kesihatan di dalam sesuatu kawasan. Dengan adanya data-data ini, kita dapat
mengetahui tahap kemudahan kesihatan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia dalam kawasan operasi.Peta kawasan operasi juga amat penting untuk
memastikan setiap unit dapat beroperasi dengan mudah dan berkesan dalam
melaksanakan kerja-kerja yang berkaitan dengan kesihatan bagi meningkatkan
kesedaran penduduk atau masyarakat luar Bandar terhadap kesihatan persekitaran.

Penyediaan Peta Kawasan Operasi ini juga dapat memenuhi hasrat Kementerian
Kesihatan Malaysia dalam memenuhi visi dan misi bagi melakasanakan program
kesihatan terutama pada kawasan luar bandar disamping menjadi kayu pengukur bagi
keperihatinan dan kecekapan Pembantu Kesihatan Awam dalam melaksanakan tugas
yang diamanahkan.
PETA DAERAH KULIM
PETA MUKIM LUNAS
Sistem pelupusan air limbah
Subsidi tandas curah
Sistem Bekalan Air Sambungan PBA/KKM
Sistem Bekalan Air Telaga Tiub

Klinik Kesihatan Lunas

Sekolah Kebangsaan Lunas


Masjid Tunku Abdul Rahman Putra, Lunas

Pemandangan Pekan Lunas

You might also like