Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SMK PADANG GARUDA

JALAN LAPANGAN TERBANG SULTAN AHMAD SHAH


26070,KUANTAN PAHANG.

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS


KALI PERTAMA

TARIKH : 21 MAC 2023


MASA : 1.00 TENGAHARI
TEMPAT : PSS

KEHADIRAN:
1. Puan Najwa Zahidah bt Razali - Ketua Panitia
2. Puan Noor Ilya @ Il bt Md Yusop - Setiausaha Panitia
3. Puan Lilis Suriani bt Abd Malik -AJK
4. Puan Surizawati bt Shaafi - AJK

Agenda:

1. Ucapan Aluan Pengerusi – Puan Najwa Zahidah bt Razali

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir dan memohon kerjasama
semua agar dapat memberi pandangan dan kerjasama yang erat untuk memastikan panitia
Bahasa Inggeris dapat berjalan lancar dan mencapai kejayaan yang diharapkan.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat

Puan Surizawati bt. Shaafi mengesahkan Minit Mesyuarat Ketiga dan disokong oleh Puan Lilis
Suriani bt. Abd Malik

3. Perkara Berbangkit

KP memaklumkan buku Listening Tingkatan 5 dan alat-alat tulis telah dibeli. Wang panitia bagi
sesi 2022/2023 telah habis dibelanjakan.
Makluman semua ahli panitia
4. Pengurusan Panitia

4.1 KP memaklumkan guru-guru perlu menyediakan Dokumen Kurikulum Penjajaran 2.0, DSKP
dan RPT mengikut ketetapan dalam panitia manakala fail RPH mestilah mengandungi
maklumat diri, HSP, DSKP dan RPT perlu dilengkapkan dan dihantar pada 7 April 2023
manakala e-RPH pula perlu disediakan mengikut item KSSM dan dihantar pada 31 Mac
2023 menerusi pautan yang akan diberikan. Berikut merupakan nama-nama guru yang
bertanggungjawab menyediakan RPT mengikut Tingkatan:

TINGKATAN GURU
1 Puan Noor Ilya @ Il bt Md Yusop
2 Puan Surizawati bt Shaafi
3 Puan Najwa Zahidah bt. Razali
4 Puan Najwa Zahidah bt. Razali
5 Puan Lilis Suriani bt Abd Malik

4.2 KP memaklumkan kepada semua guru untuk menyediakan 2 buah buku iaitu English 1 dan
English 2 untuk digunakan setiap kelas bagi sesi 2023/2024.

Makluman semua ahli panitia


5. Perancangan Panitia

5.1 KP memaklumkan kepada semua tentang pembahagian kelas bagi sesi 2023/2024 seperti
berikut:

TINGKATAN GURU
2AR 3G, 4AG,5AF Puan Najwa Zahidah bt. Razali
1AR,1AF Puan Noor Ilya @ Il bt Md Yusop
1AG,2AF,2AG,3AF Puan Surizawati bt. Shaafi
4AF,4AR,5AG,5AR Puan Lilis Suriani bt Abd Malik
Makluman semua ahli panitia
5.2 KP membahagikan agihan tugas menyediakan bahan untuk Program Minggu Pertama
Persekolahan. Puan Lilis mencadangkan untuk melakukan aktiviti Listening dan penyediaan
bahan dibahagikan kepada Menengah Atas dan Menengah Bawah. Puan Lilis dan Puan Najwa
menyediakan bahan untuk Menengah Atas manakala Puan Surizawati dan Puan Ilya
menyediakan bahan untuk Menengah Bawah.
Makluman semua ahli panitia

6. Program Kecemerlangan Akademik


KP mencadangkan setiap guru menggunakan Modul yang telah disediakan bagi setiap
tingkatan. Selain itu, Program Kecemerlangan SPM 2023/2024 akan dilaksanakan mengikut
perancangan Setiausaha Program Kcemerlangan Sekolah.
Makluman semua ahli panitia

7. Kualiti Keguruan PLC


Puan Surizawati mencadangkan agar peer coaching dan program penandaan bagi
meningkatkan kemahiran pengajaran dan penandaan dalam kalangan ahli panita.
Makluman semua ahli panitia

8. Hal-Hal lain
8.1 KP memaklumkan jumlah wang Panitia Bahasa Inggeris masih belum diterima.
Makluman semua ahli panitia

9. Ucapan Penangguhan

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang

Makluman semua ahli panitia

Disediakan oleh Disahkan oleh

……………….......................... ..........................................
(NOOR ILYA @ IL BT MD YUSOP) (NAJWA ZAHIDAH BT RAZALI)
Setiausaha Ketua Panitia
Panitia Bahasa Inggeris Pantia Bahasa Inggeris
SMK Padang Garuda SMK Padang Garuda

You might also like