Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT

PANITIA ASAS SAINS KOMPUTER


SMK PANGKALAN TLDM LUMUT, PERAK
BIL 2 TAHUN 2020

Tarikh : 20 Julai 2020


Masa : 2.00 petang
Tempat : Makmal Komputer

Hadir

Mohd Ilmei Bin Mohd Filus Ketua Panitia ASK (Pengerusi)

Suhaila Binti Shapee Guru Mata Pelajaran ASK (Setiusaha)

Hadir Bersama

Rokiah Binti Hassan Guru Kanan Bidang Vokasional dan Teknologi (VOTEK)

AGENDA 1 Ucapan Pengerusi

1.1 Encik Mohd Ilmei Bin Mohd Filus mempengerusikan mesyuarat dan
mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia dan Guru Kanan
Bidang VOTEK, Puan Rokiah binti Hassan kerana sudi hadir ke Mesyuarat
Panitia Asas Sains Komputer kali kedua bagi tahun 2020.
Tindakan: Makluman

AGENDA 2 Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia Perniagaan Bil. 1 Tahun 2020

2.1 Minit Mesyuarat Panitia Asas Sains Komputer Bil. 1 Tahun 2020 dibacakan
oleh Setiausaha Panitia Asas Sains Komputer dan disahkan oleh Guru Kanan
Bidang VOTEK.
Tindakan: Makluman

AGENDA 3 Perkara Berbangkit

3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa tarikh pelaksanaan kerja kursus telah


dipinda bermula dari Jun hingga Oktober 2020.

3.2 Bengkel Teknik Menjawab Soalan ASK PT3 2020 dimansuhkan dengan rasmi
kerana Peperiksaan PT3 pada tahun ini telah diumumkan tiada peperiksaan
oleh KPM.

3.3 Walaubagaimanapun, Kerja Kursus dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi
tingkatan 1, tingkatan 2 dan khususnya tingkatan 3 tetap dilaksanakan.

1
3.4 Program kecemerlangan seperti Bengkel KPKAT3 dan Code It Yourself
(HTML) tetapkan akan diteruskan dalam bulan Oktober.
Tindakan: Makluman

AGENDA 4 Analisis Peperiksaan PT3 Tahun 2019

4.1 Gred Purata Sekolah (GPS) peperiksaan PT3 pada tahun 2019

Tahun 2019
GPS 3.84

4.2 GPMP Mata Pelajaran Asas Sains Komputer bagi Tahun 2019

Subjek GPMP
2019
Asas Sains Komputer 2.67

4.2.1 Guru Kanan Bidang VOTEK mengucapkan tahniah kepada semua ahli
panitia kerana 5 orang pelajar telah mendapat ‘A’ dan juga mendapat 100%
lulus dalam mata pelajaran ASK.

4.2.2 Guru Kanan Bidang VOTEK berharap agar panitia dapat meningkatkan
GPMP pada tahun 2021.
Tindakan: Makluman

AGENDA 5 Penetapan Target PT3 Tahun 2020

5.1 Guru Kanan Bidang VOTEK memaklum tidak ada penetapan target untuk PT3
pada tahun ini. Namun begitu guru-guru perlu memastikan:

5.1.1 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) tetap dilaksanakan dan pengisian


laporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) mestilah mengikut garis masa
yang ditetapkan oleh Setiusaha Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

5.1.2 Guru tingkatan 3 pula, perlu memastikan pelajar dapat menghabiskan


Kerja Kursus KPKAT3 yang perlu dilaksanakan dan Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD) pada tahun ini diisi dengan baik.

Tindakan: Makluman

AGENDA 6 Hal-hal lain

6.1 Kerja kursus mungkin akan menghadapi masalah kerana ramai pelajar tidak
mempunyai kemudahan komputer di rumah.

6.2 Pengerusi berharap agar pihak pentadbir membenarkan kelas tambahan


diadakan untuk tujuan menyelesaikan kerja kursus.

2
Tindakan: Makluman

Penutup

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir. Mesyuarat ditangguhkan
pada pukul 4.00 petang dengan bacaan surah Al - Asr.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_____________________ _____________________
(SUHAILA BINTI SHAPEE) (ROKIAH BINTI HASSAN)
Setiausaha Panitia ASK Guru Kanan Bidang Vokasional dan Teknologi.

You might also like