Fungsi Absorber

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Pengenalan

Absorber kereta atau penyerap hentakan kereta merupakan salah satu komponen dalam
sistem suspension kereta yang berfungsi menyerap hentaman, mengawal
pergerakan spring dan keseluruhan sistem suspension kereta. Komponen absorber kereta
ini akan menyesuaikan fungsinya mengikut struktur jalan dan memastikan permukaan tayar
sentiasa bersentuhan dengan permukaan jalan sepanjang masa. Oleh sebab itu, aspek
penjagaan absorber penting untuk mengelakkan kerosakan dan risiko kemalangan yang
mungkin boleh membahayakan nyawa anda dan pengguna jalan raya yang lain.

Penyerap Hentakan Kereta: 5 Perkara Tentang Absorber Kereta yang Perlu Anda Tahu


Absorber atau exsober, asober, eksober, ekzober, obsober, ezober, exober kereta, exzober
kereta, oksober kereta atau apa jua panggilan yang anda berikan memainkan peranan
penting dalam sistem suspension kereta.
1. Fungsi Absorber Kereta
Absorber atau penyerap hentakan kereta memainkan fungsi penting dalam mengawal impak
dan pergerakan spring serta suspension kereta. Ia secara tidak langsung meminimumkan
gegaran dan lantunan, memberi respon kawalan serta pengendalian brek yang lebih baik.
Berikut merupakan fungsi absorber kereta atau fungsi shock absorber untuk panduan dan
rujukan anda:

 Memastikan tayar sentiasa bersentuhan dengan permukaan jalan;


 Mengoptimumkan prestasi brek;
 Mengawal pergerakan kenderaan daripada melantun;
 Meningkatkan tindak balas pengendalian stereng;
 Memastikan perjalanan lancar, selamat dan selesa.
2. Jangka Hayat Absorber Kereta

Kegagalan absorber berfungsi dengan baik boleh menyebabkan ketidakselesaan


sepanjang pemanduan. Malah, dalam kes tertentu, ia juga boleh menjejaskan
prestasi dan menyebabkan kenderaan sukar dikawal dan melantun-lantun
terutamanya apabila melalui permukaan jalan raya yang berbonggol dan tidak rata.
Secara amnya, jangka hayat absorber kereta atau persoalan “bila perlu
tukar absorber kereta” bergantung pada beberapa faktor antaranya jarak perjalanan,
cara pemanduan, keadaan jalan, tempoh masa penggunaan dan lain-lain lagi. Anda
disarankan untuk tukar absorber kereta setiap lima (5) tahun atau setelah
bacaan mileage mencapai 80,000 hingga 100,000 km bergantung pada situasi.

3. Jenis Absorber Kereta

Secara amnya, terdapat beberapa jenis absorber kereta yang dijual di pasaran buat


masa ini terdiri daripada absorber minyak atau gas.

Absorber Minyak
Absorber minyak secara amnya menawarkan kawalan dan pengendalian kenderaan
yang lebih baik untuk prestasi perjalanan yang lebih selesa. Jika anda menggunakan
kereta standard, absorber jenis ini sudah memadai untuk kegunaan
anda. Absorber minyak menjanjikan prestasi yang baik terutamanya untuk
pemanduan di jalan raya yang berturap. Namun begitu, prestasi absorber jenis ini
mungkin sedikit terhad pada permukaan jalan raya yang lebih mencabar.

Absorber Gas
Absorber gas mengandungi gas nitrogen bertekanan rendah. Kegunaan gas
nitrogen ini adalah untuk mengatasi masalah peningkatan suhu bendalir hidraulik.
Selain itu, ia juga digunakan untuk menstabilkan dan mengekalkan kadar hentakan
injap. Penggunaan gas absorber atau absorber gas adalah disyorkan untuk
kenderaan muatan berat. Ia juga sesuai digunakan untuk kenderaan yang biasa
menggunakan laluan yang teruk, berlubang dan tidak berturap. Ini
kerana, absorber jenis ini memiliki prestasi yang lebih baik, tahan lasak dan sesuai
untuk persekitaran dan pemanduan yang mencabar. Selain itu, absorber jenis ini
juga dikatakan berupaya memberikan kawalan stereng yang lebih baik pada
kelajuan tinggi
4. Beza Absorber Minyak dan Gas

Absorber gas vs minyak, yang mana absorber kereta terbaik untuk anda? – ini


merupakan pertanyaan biasa yang sering diajukan oleh pemilik
kenderaan. Kebanyakan pemilik kenderaan keliru untuk memilih shock
absorber terbaik untuk kenderaan masing-masing. Namun secara amnya, sama
ada absorber gas atau minyak, kedua-duanya jenis absorber ini memainkan peranan
dan fungsi yang sama pada kenderaan anda. Pemilihan absorber yang sesuai
bergantung sepenuhnya pada jenis kenderaan dan tabiat pemanduan anda.

Jadual perbezaan absorber gas dan minyak untuk panduan dan rujukan anda


seperti berikut:

Absorber Gas Absorber Minyak

Harga lebih mahal dalam pasaran Harga lebih murah dalam pasaran

Sesuai digunakan untuk kenderaan


dengan muatan berat Sesuai untuk kenderaan standard

Prestasi yang lebih baik – kawalan yang Prestasi lebih baik terutamanya semasa
lebih mantap semasa kelajuan tinggi, pemanduan jalan raya berturap. Namun
sesuai untuk pemanduan jalan raya begitu, prestasi sedikit terhad semasa
tidak berturap pemanduan jalan raya tidak berturap

Sesuai untuk pemanduan lasak, Sesuai untuk pemanduan biasa


persekitaran dan pemanduan yang lebih – normal performance
mencabar – better performance
5. Harga Absorber Kereta
Secara amnya, harga absorber kereta bergantung pada jenis absorber yang dipilih.
Kos tukar absorber Myvi misalnya, bermula antara RM150 hingga RM500
(sepasang) atau mungkin lebih bergantung pada jenis absorber yang digunakan.
Harga absorber kereta ini juga tertakluk pada kos pemasangan antara RM50 hingga
RM100 bergantung pada lokasi bengkel.

6 Tanda Absorber Rosak,
Tanda Absorber Belakang Rosak
Absorber rosak perlu digantikan dengan segera untuk mengelakkan kerosakan yang
lebih serius pada mana-mana komponen kereta yang lain. Carsome membantu
menyenaraikan enam (6) tanda absorber kereta rosak untuk panduan anda:
1. Stereng Kereta Bergegar Secara Berlebihan
Jalan raya yang tidak rata atau berlubang boleh menyebabkan stereng kereta
bergegar dan sukar dikawal. Namun begitu, jika stereng bergegar secara berlebihan
walaupun semasa memandu di atas permukaan jalan yang rata, ia merupakan tanda
kerosakan absorber yang serius. Stereng kereta bergegar biasanya disebabkan oleh
injap atau penutup piston yang telah haus di dalam penyerap hentakan. Penutup
piston yang haus menyebabkan cecair yang berlebihan dibenarkan melepasi piston
sekali gus menjejaskan prestasinya.
Absorber yang rosak tidak lagi dapat menyerap hentakan dengan baik lalu hentakan
dipindahkan kepada pemandu melalui stereng. Kesan ini lebih ketara terutamanya
apabila kenderaan melalui jalan berbonggol atau permukaan jalan yang tidak sekata.
Malah, kesan gegaran ini juga semakin teruk dirasai semasa memandu pada
kelajuan yang tinggi. Gegaran ini bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan
dalam pemanduan, malah turut memberi kesan kepada aspek keselamatan dan
kemampuan anda untuk mengawal kenderaan jika berlaku kemalangan.
2. Kereta Rasa Membuai Semasa Melalui Selekoh
Jika kenderaan anda mengalami body roll berlebihan semasa melalui selekoh, ia
mungkin menandakan anda perlu tukar absorber kereta anda.
Apabila absorber gagal berfungsi dengan baik, kesan redaman (damping effect)
akan berkurangan. Ia secara tidak langsung menyebabkan
pemampatan suspension kereta menjadi tidak terkawal. Absorber kereta rosak akan
menyebabkan kereta rasa membuai secara berlebihan. Anda akan mendapati kereta
anda menjadi tidak stabil atau terapung secara berlebihan (floaty) terutamanya
semasa melalui selekoh tajam.

3. Kereta Bergoyang Ketika Memandu


Absorber kereta berfungsi menyerap tenaga yang berlebihan
daripada spring apabila kenderaan melalui bonggol atau jalan raya yang tidak rata.
Jika absorber berada dalam keadaan baik, ia dapat mengelakkan kereta anda
daripada terus melantun dalam jangka masa yang lama. Namun begitu,
jika absorber tidak lagi berfungsi secara optimum, tenaga berlebihan ini akan
menyebabkan kereta bergoyang ketika memandu dan melantun dengan berlebihan.
Ia sekali gus mempengaruhi keselesaan dan pengendalian sepanjang pemanduan.

4. Tayar Haus dengan Tidak Sekata


Kerosakan absorber juga boleh dikesan melalui kerosakan pada bahagian tayar
kereta. Tayar kereta yang rosak atau haus secara tidak sekata atau turut dikenali
sebagai cupping menandakan kereta anda mengalami masalah yang serius
berkaitan suspension kereta. Situasi ini berlaku kerana suspension kereta tidak lagi
dapat menampung berat kenderaan sekali gus menyebabkan lebihan berat tertumpu
pada satu bahagian tayar sahaja. Jika tayar kereta anda mengalami kehausan
bunga tayar yang tidak sekata, besar kemungkinan ia berlaku
disebabkan absorber rosak dan perlu digantikan dengan segera.

5. Absorber Bocor
Cecair bendalir sepatutnya berada di bahagian dalam dan bukannya di bahagian
luar shock absober. Jika anda dapat mengesan cecair bendalir di bahagian
luar absorber anda, ini menandakan penutup absorber bocor atau
rosak. Absorber bocor tidak akan berfungsi dengan baik disebabkan oleh cecair
bendalir yang hilang. Selain itu, kotoran dan jelaga yang terperangkap
dalam shaft juga akan mempengaruhi pergerakan shaft sekali gus menjejaskan
fungsi dan prestasinya. Absober bocor merupakan tanda yang mudah dan jelas
untuk menjawab persoalan “cara mengetahui absorber kereta rosak” yang sering
diajukan pemilik kenderaan.

6. Nose Dive Berlebihan Semasa Brek atau Bahagian Belakang Terjongket


Semasa Memecut

Selain meningkatkan jarak dan masa untuk berhenti, nose dive atau kenderaan


menjunam secara berlebihan semasa brek turut menandakan kerosakan pada
bahagian absorber kereta anda. Namun begitu, tanda kerosakan ini biasanya sukar
untuk dikenal pasti melainkan anda sendiri menyedari kekurangan dinamik pada
kereta anda. Jika anda merasakan sesuatu yang tidak kena pada kereta anda, bawa
kereta anda ke bengkel berdekatan untuk pemeriksaan. Selain itu, bahagian
belakang terjongket semasa memecut turut menunjukkan simptom absorber rosak.
Anda juga boleh menguji sendiri tahap lantunan kenderaan anda dengan menekan
kuat di bahagian sisi kereta. Kereta yang berayun beberapa kali sebelum kembali
kepada keadaan asal menandakan kerosakan absorber yang memerlukan
penggantian segera.
Sekiranya anda ingin tukar penyerap hentakan kereta yang rosak kepada yang
baharu, anda juga disarankan untuk perhatikan dan periksa keadaan coil
spring kereta anda. Coil spring kereta perlu digantikan sekiranya ia telah haus, rosak
atau mengalami perubahan bentuk.

You might also like